Saturday, January 31, 2015

Jadual Kuliah Bulan FEB UAI



Sebarkan dan semoga bermanfaat untuk umat islam bersama.

Bom tandas gara-gara seekor lipas


TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini.

Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.

Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar.

“Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas.

“Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi.

Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong.



Sumber: Sinar Harian

Kurang Ajar!!!! Fazura dihentam habis-habisan sehinggakan...KERANA SINGKIRKAN VIRUS MLM 2014)


 


Peminat Virus Serang Dan Hentam Fazura, Berat Sebelah Dan Bias Katanya 
Semalam, kumpulan Virus telah terkeluar dari saingan dan pentas semi final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.

Nampaknya Virus gagal mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega. Ini pertama kali buat 3 pelawak ini iaitu Zizan, Yus dan Tauke gagal mara ke final Maharaja Lawak Mega.

Namun, peminat Virus ada yang tidak berpuas hati apabila pada pusingan pertama (tema prop), kumpulan Zero berjaya mendapat 4 bintang walhal Virus lebih baik persembahannya namun hanya mendapat 3 bintang dari Fazura.

Ini sekaligus menyebabkan ramai pihak menuduh Fazura tidak profesional, tidak adil dan berat sebelah.

Pengarah popular, Michael Ang juga akui perkara ini apabila memberi pendapatnya di laman twitter.


Peminat Virus yang kecewa dilihat menghentam dan menyerang Fazura di laman sosial instagram milik pelakon wanita itu,

Jom lihat beberapa komen di laman instagram Fazura:



(4 Foto) Gambar Basah Anzalna Nasir ketika mandi yang mecuri pandangan ramai..??


 





Pelakon terkenal, Anzalna Nasir kini berada di Singapura bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul A Love to Remember untuk pasaran stesen TV Singapura…

Anzalna Nasir telah berkongsi beberapa gambar sepanjang keberadaannya di sana menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan para peminat dan apa yang menarik, beberapa keping gambar Anzalna telah menjadi bualan hangat para netizen…

Salah gambar yang menjadi tumpuan itu ialah gambarnya mandi buih di Marina Bay Singapura…



VIDEO: Lelaki Dibelasah Kerana ‘Skodeng’ Tandas Wanita Di Jusco






GARA-GARA didakwa ‘kantoi skodeng’ dalam tandas wanita, seorang lelaki dibelasah selepas disoal siasat dan dirakam dalam keadaan mengaibkan oleh beberapa pemuda.
Dalam rakaman video yang kini viral, lelaki berasal dari Perak namun bekerja di Gebeng, Kuantan ini dikatakan menceroboh masuk tandas wanita dan duduk di situ berjam-jam sambil berpura-pura membuang air besar.
Tembelangnya pecah apabila salah seorang mangsa ternampak tangannya terjulur bersama telefon bimbit sedang merakam mangsa di tandas sebelahnya.
Lelaki itu bagaimanapun bukan saja berkeras menafikan tuduhan sebaliknya tetap duduk dalam keadaan seluar dilondehkan seolah-olah sedang membuang air besar ketika ditanya.
Hal ini membuatkan beberapa pemuda yang bertanya kepadanya naik angin lalu membelasahnya di situ juga.
Berdasarkan rakaman percakapan dalam video ini, lelaki berkenaan dikatakan mahu diserah kepada pihak polis jadi kami berharap itulah perkara yang berlaku jadi kes ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa.

Kejadian dikatakan berlaku dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Kota Damansara, Kuantan.

RON95, diesel kini RM1.70 seliter

Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Kandungan dalam seorang Pelajar Darjah 6 Akhirnya Terbongkar...




SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima, lapor Sinar Harian.

Gambar Belangkas