Info Pelik. Awal bulan Julai 2012, sepasang suami isteri dari Sao Paulo, Brazil berjaya menemui satu spesis cicak yang unik mirip seperti watak Superhero kegilaan ramai, Spiderman.
Menceritakan saat penemuan itu, Cassio Lopes dan isterinya, Alessandra berada di sebuah lokasi berhampiran sebatang anak sungai yang dikenali sebagai Rongai River.
Di situ, pasangan tersebut sedang giat melakukan
Admin tak tahu nak cakap apa lagi tentang selebriti-selebriti tempatan kita nih. Kalau pun dah kemaruk sangat nak bikin aksi-aksi panas dengan ramai gadis dan wanita, janganlah sampai perkara tersebut diketahui oleh pihak lain.
Senang cakap, pandai makan pandailah simpan. Haa...Korang semua jangan salah faham ya. Admin cakap macam ni bukanlah bermaksud Admin ni menggalakkan lagi selebriti-selebriti kita membuat perkara-perkara yang mendatangkan maksiat serta onar.Tapi, Admin cuba nak menyedarkan diaorang bahawa implikasinya sangat besar jika apa yang mereka lakukan ini didedahkan secara sengaja atau tidak serta terbongkar di pengetahuan umum.
Insiden inilah yang berlaku terhadap seorang selebriti lelaki tempatan kita. Tak payahlah Admin sebutkan nama dia, sebab bikin tambah dosa saja. Yang malu dia dengan keluarga dia jugak nanti.
Tapi, sebelum ini dia ini memang dikenali sebagai seorang yang 'player'. Tapi, dia tak pernah nak mengaku. Tapi, kalau dah banyak simpan koleksi gambar dengan beberapa perempuan, apa kes bang?
Nak dijadikan cerita, si selebriti tempatan yang sengal nih, pergi hantar telefon untuk diservis. Punyalah sengal si selebriti nih, sampai dia terlupa nak ambil kad memori dia.
Bila kad memori tersebut dapat di tangan orang lain, korang rasa. Memang free-freelah, koleksi gambar-gambar panas dia jadi tontonan beberapa orang.
Bila dapat saja tahu dia selebriti, orang yang pegang kad memori tu, terus charge bayaran pada siapa-siapa yang mahukan gambar tersebut.
Ishhh geleng kepala Admin mendengarnya. Setakat ini, gambar-gambar tersebut masih belum lagi tersebar di media sosial. Tapi, siapa tahu, lepas ini ada saja keyboard warrior yang akan melakukannya. Tak mustahilkan?
Admin harapa perkara ini akan dapat dijadikan iktibar oleh sesiapa. Tolonglah jangan simpan gambar aksi panas anda di dalam telefon bimbit. Bahaya!!!