Monday, January 19, 2015

TUMPANG GLAMOUR PAGparanormal?


Salam sejahtera buat semua.Cerita meletop lagi hangat sejak dua menjak ini iaitu kisah mengenai sebuah produksi yang telah `menempelkan` gambar (poster) PAGparanormal tanpa kebenaran.



Sebenarnya isu ini adalah isu kecil namun ianya dipandang serius oleh beberapa individu yang nampak tidak berpuashati dengan tindakan produksi filem terbabit yang tidak memohon kebenaran dan memperlihatkan mereka seolah olah `senang` mengambil kesempatan yang ada pada PAGparanormal.

PAGparanormal bukanlah sebuah pasukan paranormal yang sangat terkenal di Malaysia namun segala hasil titik peluh mereka membuat kajian dan mempromosi nama mereka dianggap berharga dan tidak boleh sewenang wenangnya di ambil begitu sahaja.



Masih sibuk bermain di minda, mengapa dan kenapa poster PAG terpampang di situ.Harap pihak yang berkaitan dapat memberi penjelasan yang munasabah.Semoga kekalutan ini boleh diperbetulkan dengan cara profesional. - ADMIN PAGPARANORMAL MALAYSIA

PUJA LABU AIR GERGASI UNTUK NOMBOR EKOR?


Johor Bahru: Kebun milik seorang mak andam di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, di sini, kini menjadi perhatian selepas tiga pokok labu air yang ditanam mula berbuah dan bersaiz besar.Amira Mukri, 53, berkata, tiga biji labu gergasi yang terdapat di kebunnya itu berukuran kira-kira satu meter panjang dan seberat tujuh kilogram setiap satu.



Bagaimanapun, dia kecewa apabila labu gergasi berkenaan dipuja oleh segelintir kaki nombor ekor tanpa kebenaran keluarganya kerana percaya ia memiliki kuasa luar biasa iaitu membawa rezeki.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki pada awal pagi minggu lalu berkumpul dan membakar kemenyan di kebun yang terletak bersebelahan kediamannya.

“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun berkenaan sejak dua tahun lalu dan labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.

“Beberapa penduduk datang ke kebun kami untuk merakamkan gambar kerana menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” katanya.

Arsenal Perkenalkan Permainan Tradisional Indonesia Ke Dunia


Siapa yang tidak mengenal Arsenal ? Arsenal merupakan sebuah klub besar di Inggris dan bahkan salah satu klub besar yang ada di dunia. Klub yang di arsiteki Arsene Wenger ini merupakan klub yang telah memiliki banyak penggemar tidak hanya di inggris saja namun juga di seluruh negara di dunia termasuk Indonesia. Tentu tentu saja jika anda gooners, maka Arsenal adalah klub kebanggaanmu Apakah anda

Gagal mengawan, gajah di Thailand hancurkan sebuah kereta

Sebuah rakaman dimuat naik di laman perkongsian video Youtube memperlihatkan seekor gajah menghancurkan kereta dengan menaiki bumbungnya. Binatang itu kemurungan kerana  memasuki musim mengawan namun belum juga dapat melepaskan birahinya.

Kereta berwarna perak itu dinaiki satu keluarga di Taman Negara Khao Yai, Thailand. Pemandu menghentikan kereta setelah melihat dari jauh ada gajah masuk ke jalan raya.

Muka si gajah kelihatan garang, ia menaiki kereta, berusaha duduk di atasnya, menginjak-injak, bahkan melaga-lagakan alat sulitnya di kenderaan itu, dengan satu keluarga masih berada  di dalam kenderaan.

Setelah puas, gajah itu meninggalkan kenderaan hancur lebur, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Rabu (14/1).

Menurut pegawai taman negara, Patarapol Maneeorn, gajah memang sedikit memperlihatkan tanda-tanda tekanan memasuki musim mengawan.

"Gajah jantan akan keluar dari kelompoknya. Mereka tidak akan mengawan dengan gajah satu darah dengannya," ujar Patarapol.




Sumber: Merdeka.com

Gambar Selfie Ratu Cantik Israel Dengan Ratu Cantik Lebanon Cetus Kekecohan


Satu gambar 'selfie' oleh ratu cantik dari Israel telah menyebabkan kekecohan di Lebanon kerana bersama-sama ratu cantik Israel itu adalah ratu cantik dari Lebanon, Saly Greige.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh ratu cantik Israel tersebut yang bernama Doron Matolon ketika mereka dalam persiapan untuk pertandingan ratu cantik di Miami.

 Doron Matolon

Gambar itu telah menyebabkan orang memanggil Saly Greige sebagai pengkhianat dengan menyifatkan tindakannya itu seperti menyerah diri kepada musuh.

 Saly Greige

Beberapa warga Lebanon mendesak Saly Greige digugurkan gelarannya kerana mempunyai kenalan dari negara musuh.

Bagaimanapun, Saly Greige telah mempertahankan dirinya di Instagram dengan mengatakan Doron Matolon telah banyak kali mendesak untuk mengambil gambar dengannya dan akhirnya telah mencuri mengambil gambar itu


Sumber: SiakapKeli

[4 Gambar] Kejutan..Punca Scha Alyahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu 29 Secara Tiba-Tiba Malam Tadi Terjawab !




Tergamam kami seketika apabila mendapat tahu pengacara popular, Scha-Alyahya meninggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL) secara mengejut.

Apa yang berlaku sebenarnya? Bagi kami, Scha amat sesuai untuk mengacarakan pertandingan berprestij itu bergandingan dengan AG. Jadi, kenapa tiba-tiba meninggalkan secara mengejut?

Sedih pula tapi nak buat macam mana lagi, tak gitu?

Pengacara dan pelakon, Scha Alyahya mengumumkan program 'Anugerah Juara Lagu 29' yang akan berlangsung pada malam ini merupakan penampilan terakhirnya di program terbitan TV3 itu.

Selain itu, Scha juga memberitahu yang dia tidak lagi akan terlibat di dalam program mingguan 'Muzik Muzik' bagi musim baru 2015.

"Saya rasa sudah cukup dua tahun terlibat di dalam program gah seperti AJL dan 'Muzik Muzik'. Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujar Scha.

Isteri kepada Awal Ashaari ini turut memberitahu yang dia mahu mencuba mengacara program atau rancangan lain - Mediahiburan.




Sunday, January 18, 2015

PARAH!! GADIS MELAYU SEMAKIN KRONIK MENGIKUT TREND SELFIE TAYANG "BUAH" (GAMBAR)





BAGI makhluk bergelar lelaki, sebaik terpandang seorang gadis yang mengenakan hijab atau tudung labuh maka secara automatis apa yang terlintas di fikiran adalah ‘gadis tersebut pasti seorang yang menjaga akhlak serta mengikut tuntutan agama.’

Bagaimanapun pada masa kini, pemakaian tudung nampaknya telah diselarikan dengan fesyen mengikut aliran zaman.

Lihat saja di pusat beli-belah misalnya, anda pasti dapat menyaksikan fesyen bertudung berwarna-warni, ada yang tinggi melilit seperti turban dan sesetengahnya, ada juga macam dah nak terlondeh.
Apa pun tak salah berfesyen dalam pemakaian tudung, asalkan menutup aurat dengan sempurna.

Itu baru cakap pasal kesempurnaan aurat melalui tudung yang belum tentu tertunai kalau mengikut arus fesyen.. belum disentuh lagi bab pakaian ketat dan sebagainya walaupun kepala molek tertutup rapi.

Bagaimanapun kalau dilihat gambar di bawah, kami percaya perkataan tudung kepala itu sendiri membuatkan anda malu nak menyebutnya.

Apakah jenis manusia begini agaknya, tidakkah sedar mereka sedang ‘kow-kow’ punya menghina agama sendiri!!

Jangan terkejut ya, lihatlah gambar di bawah, apa yang anda fikirkan sekarang?








Sungguh memalukan!

Malah bagai trend pula, semakin ramai gadis bertudung di Malaysia menunjukkan belang akhlaknya yang sebenar akhir-akhir ini.

Nampaknya manusia munafiq pada zaman sekarang turut berada dalam banyak jasad perempuan yang dilihat seolah-olah ‘tahu agama’.

Paling malang, manusia yang tahu hukum menutup aurat ini sendiri yang menghina tudung yang diwajibkan agamanya.

Mana perginya perempuan Melayu Islam yang manis bertudung serta terjamin akhlaknya

Gambar Belangkas