Monday, December 15, 2014

Pelajar Malaysia Di Sydney Dinasihat Jauhkan Diri Dari Lokasi Tebusan

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Sydney telah diberi amaran untuk menjauhkan diri dari pusat bandar Sydney berikutan kafe coklat Lindt yang ditawan oleh lelaki bersenjata.

"Sila elakkan kawasan sekitar Martin Place sehingga diberitahu kelak," menurut mesej kecemasan di laman web Pendidikan Malaysia Australia.

Sementara itu, Majlis Pelajar Malaysia Australia (MASCA) juga mengeluarkan pengumuman kecemasan di halaman Facebooknya, pagi Isnin.


Menurut laporan Reuters, orang ramai di Sydney Opera House Australia yang popular di dunia telah dipindahkan selepas pakej mencurigakan ditemui, lapor saluran televisyen, Isnin, tidak lama selepas lelaki bersenjata dilaporkan menahan tebusan di pusat bandar.


Operasi polis itu sudah bermula di kawasan pusat perniagaan di Sydney itu selepas tebusan ditahan dalam sebuah kafe, di mana bendera hitam dengan tulisan putih Arab dapat dilihat di tingkap.

Jurucakap polis New South Wales tidak dapat mengesahkan laporan dengan segera. Jurucakap Opera House tidak menjawab panggilan. - Mstar

Kewarganegaraan tebusan belum dikenal pasti

KUALA LUMPUR - Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi ini.
Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.
"Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini.

Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang," katanya kepada Bernama menerusi telefon hari ini.
Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.

Reuters melaporkan insiden tebusan bermula pada 9.44 pagi apabila seorang wanita di luar kafe itu melihat seorang lelaki membawa sebuah beg sukan yang kelihatan mengandungi sepucuk senjata api. - SH

Sunday, December 14, 2014

Mahkamah tolak saman fitnah bekas calon PKR

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.


Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.


"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya. 

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kira-kira 100 penyokong Abdul Hadi memenuhi bilik mahkamah hinggakan ada yang terpaksa duduk bersila atas lantai manakala kira-kira 100 lagi penyokongnya berada di perkarangan mahkamah.

Pada 23 Februari lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.

Pada 27 Februari lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama

TAHUKAH ANDA NABI SULAIMAN a.s MEMAHAMI BAHASA SEMUT?


Nabi Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperolehi keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

Firman Allah, 


“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, “Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia  untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.” (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya. 

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Tok Nenek kita pernah berpesan..
JGN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^ Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..




IKUTI KISA NABI SULAIMAN, JIN DAN RATU BALQIS
Di Sini!!

Jantung Tersumbat dan kolestrol

Assalamualaikom......semua org thu yg penyakit jantung adalah pembunuh no 1 negara dan salah satu puncanya adalah kolestrol. Kolestrol ni la yg melekt kat arteri dan menjadikan dia sempit. Ini menyebabkan kekurangan darah ke jantung seterusnya ke otak dan kemudian menjejaskan organ2 lain juga.

Saya dah cuba bermcm2 produk utk krgkn kolestrol selain drp menjaga pemakanan spt omega plus, oat, epal, madu, habatussauda, cuka kurma, cuka epal....mmg berhasil cuma disiplin diri kena kuat dlm menjg pemakanan dan pengambilan produk ni secara berterusn.

Dalam fb ada post yg memberitahu ramuan yg boleh digunakan utk merawat jantung tersumbat menurut pengalaman sesorang. Ramuan itu adalah madu cuka epal cuka kurma jus lemon halia bawang putih madu dll yg perlu diblend sekali. Bg saya ia agak sukar krn kerjanya renyah sdkit....

Saya penah forward pos tersebut kpd sesorg yg disahkan jantung tersumbat dan perlu melalui opt segera....kos opt 70k d kpj specialist.....namun sy dpt thu dia x buat opt tersebut dan mencuba rawatan alternatif lain.

Baru2 ni sy berjumpa beliau dan bertanya keadaan kesihatannya. Tanpa byk bicara beliau menunjukkan kpd saya produk ni dan minyk zaitun yg dia amalkan.

Ini lebih meyakinkan saya dan nenggerakkan saya utk mencuba dan berkongsi produk ni dgn org ramai.

Produk ni adalah hasil campuran ramuan yg diberikan dlm pos rawatan jantung tersumbat tu.. .

Harganya adalah RM69 sahaja sebotol 250ml. Mungkin lebih murah kalu blend sendri...


Sesiapa berminat boleh watsapp saya di 0194446355..pos dicas rm6 sahaja. 

Saya pun dah mula mengambilnya. InsyaAlllah ......kolestrol sy sekrg 6.9.....tunggu result setrusya....


Wallahua'lam.....


Sent from Samsung Mobile

10 WEBSITE HOTEL BOOKING YANG TRAVELLERS MESTI TAHU

Sebagai seorang traveller, adalah amat penting untuk kita tahu di mana untuk mencari penginapan dengan mudah dan pantas. Dengan adanya internet, kebanyakan website hotel booking yang saya listkan di bawah boleh dicapai dengan mudah. 

Siapa tak tahu Agoda.com, jangan gelar dirinya traveller. Haha..! Agoda membolehkan kita buat booking sambil mengumpul points. Bila points dah banyak, boleh ditukar kepada penginapan percuma. Sekarang, lebih menarik kerana pemegang kad kredit Maybank boleh mendapat Enrich Miles percuma dengan membuat booking di agoda.

Booking.com juga sehebat dan seglamer Agoda. Boleh cari hotel, B&B dan hostels di sini.

Syarikat ini menawarkan lebih daripada penginapan. Ada pakej pelancongan, kereta sewa dan tiket penerbangan. One-stop centre untuk traveller yang malas nak tengok kat banyak tempat. 

Yang ini popular kerana menawarkan airmiles yang banyak kepada sesiapa yang book hotel melalui websitenya. Paling koman leh dapat 1,000 airmiles tau. Macam saya, Rocketmiles adalah lubuk saya mengumpul Enrich Miles. Sesapa takde account Rocketmiles, wajiblah register. Amat berbaloi. Cuma, harga bilik di sini agak mahal daripada tempat-tempat lain, tapi ia adalah disebabkan oleh imbuhan airmiles yang ditawarkan. 

Backpackers sewajibnya tahu kewujudan hostels.com ni. Kat sini tersenarai hostel yang terdapat di seluruh dunia. 

Jika anda mencari apartment sewa harian atau homestays di seluruh dunia, carilah di airbnb.com. Serius! Banyak apartment/rumah tersenarai dari harga mampu-sewa sehinggalah harga tak mampu sewa. Hahaha..

Takde bajet untuk penginapan tapi nak travel seluruh dunia? Takde hal.. korang leh ke couchsurfing.com untuk mencari penginapan percuma. Tapi hati-hati ye.. menginaplah di rumah orang yang mempunyai ratings yang baik. Manalah tahu, takut ada yang membenarkan orang menginapa atas tujuan tidak baik.. Wanita tidak dinasihatkan couchsurf tanpa kawan-kawan atau lelaki.. bahaya!

Website ini agak baru.. tapi sudah top di Malaysia dan Asia. Jika mencari penginapan di kawasan Asia ini, boleh cuba di sini.

Wego mengangkat dirinya sebagai Malaysia's leading travel site for cheap flights and hotels. Nak tahu murah ke tidak, wajiblah compare harga di sini dengan harga di website yang lain sebelum kita book hotel.

Ini adalah website popular di Malaysia. Bukan setakat untuk jual-beli barang, di sini kita boleh membuat carian tentang homestays dan apartment sewa harian yang ditawarkan di Malaysia. Saya pernah jumpa rumah sewa 3bilik di area PD yang disewakan pada harga RM100/day. Amat berbaloi2!!

Selain daripada senarai di atas, sebenarnya banyak lagi website lain yang ada memberikan servis yang sama. Sebagai traveller yg bijak, kita boleh buat perbandingan harga dari satu website ke website yang lain untuk mengoptimumkan savings.

Sushi Tei @Setia Alam Mall

I never get bored of sushi and of late, I have been frequenting Sushi Tei more than Sushi Zanmai. I used to be crazy over Sushi Zanmai. In my opinion, Sushi Tei's menu has a different variety and taste better than Sushi Zanmai. With that being said, choosing the correct sushi branch is also important. I remember I once patronised Sushi Tei in Pavillion and I was not impressed by their salmon mentai sushi. But, Sushi Tei in Setia Alam Mall does it so well that it was always my first order when I sit down!

Below is a picture of my usual order of Salmon mentai and unagi sushi in Sushi Zanmai.
 
Once, I had Salmon Mentai sushi in Sushi King but I was not impressed at all.


Then theres the shrimp tempura in Sushi Tei which is much better than Zanmai in terms of tempura batter and crispiness.


Today was the first time I tried the cod fish mentaiyaki in Sushi Tei. It was very delicious.


Then, I also had the steak teriyaki. It was thinly sliced and tasty enough. But, I was really thirsty after eating it. 


Its worth making it a weekly affair :)

Gambar Belangkas