Wednesday, December 10, 2014

Tuesday, December 9, 2014

KTM 200 RC dan 390

DUk belek2 mudah.my terjumpa mutu ni. Design lawa gak. Harga pun murah ja...Cuma bunyi ja xthu gi. Silinder berapa x thu lei...Jom kita usha tgk......ney

mANTAP

hARGA DALAM 16K ++....Mmg lawa, boleh la nak eksyen ngan ninja 250r. Tp speed x tau la boleh chalenge ke x. Kita naik mutu ni bukan nak race dak, tp nk gak power. Tak la lenguh bila long distance...

Lampu depan tu nampak pelik skit kan. Tp overall design memang klasss la.

TP tang bunyi yg sy x brp berkenan. Satu geng ngn ninja 250r, duke...sakit telinga rasanya.

power
Kalu yg 200 x cukup ower, boleh la angkat yg ni. Harga 27k++ ja. Design sama gak enjin je cc besar skit....Yg ni kalu setakat 250 senang2 ja dia tapau.

Nak tau lebih lagi boleh la cek kat youtube.....

kelabu mata
Cuba tgk poster di atas dan bandingkan. Yamaha R25 tu macam menarik ja....

Wallahua'lam....

Monday, December 8, 2014

7 Bela Diri Paling Ditakuti Didunia


Beberapa seni bela diri dirancang untuk mengasah pikiran dan tubuh. Beberapa digunakan sebagai latihan atau harmoni spiritual. Dan mungkin ada juga yang dirancang untuk membunuh. Di seluruh penjuru dunia tersebar begitu banyak bela diri yang bermacam-macam gerakan. Walaupun bela diri sejatinya adalah jenis dari olahraga, namun pada kenyataanya bela diri telah menjadi sesuatu hal yang sangat di

Tiada tindakan terhadap Adun PKR ‘belot’ Wan Azizah, kata Chegubard

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor masih belum dikenakan tindakan disiplin walaupun menarik balik sokongan terhadap presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, kata Badrul Hisham Shaharin.

Bekas ketua cabang PKR Rembau itu berkata, salinan akuan bersumpah tiga Adun itu diterima pada 1 November lalu dan sudah diutarakan kepada beberapa pemimpin kanan parti namun masih belum ada tindakan lanjut.

"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah (kemudian) menarik sokongan tersebut. "Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk biasa yang langgar arahan parti digantung dan dipecat tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?" katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Lima Adun itu ialah Adun Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar (PKR), Adun Batu Caves Amiruddin Shari (PKR), Adun Sri Muda Suhaimi Shafie (PKR), Adun Bukit Gasing R Rajiv (DAP) dan Adun Kinrara Ng Sze Han (DAP).

Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka menandatangani surat akuan bersumpah pada 11 September, menarik balik sokongan terhadap Dr Wan Azizah yang diberikan semasa kemelut menteri besar Selangor. PKR sebelum ini menggantung keahlian Badrul‎ kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.

Menerusi surat akuan bersumpah berkenaan, kelima-lima Adun itu menarik balik sokongan yang diberikan kepada Dr Wan Azizah pada 14 Ogos lalu kerana ia dibuat atas dasar paksaan oleh pemimpin atasan PKR. “Saya juga mengesahkan saya akan mengikut atau mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil atau diturut perintah oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor,” menurut salinan surat akuan bersumpah lima Adun berkenaan yang diedarkan kepada media.

Badrul berkata, satu surat memohon penjelasan mengenai perkara itu juga dihantar kepada presiden parti, lembaga disiplin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. “Jika surat akuan ini sah benar, maka semua yang terlibat harus diambil tindakan disiplin. Satu laporan polis juga akan dibuat bagi mendapat pengesahan keaslian surat-surat ini. “Perkara ini serius kerana, kerakusan dan ketamakan pihak-pihak inilah, negara khususnya Selangor, ditarik kepada satu konflik politik yang merugikan dan ia melibatkan terjejasnya kesejahteraan awam,” katanya.

Sementara itu, mengenai tindakan Sultan Selangor menarik balik gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar, beliau mendakwa keputusan itu hasil perbuatan Azmin yang melobi dirinya sendiri, bukan kerana apa yang berlaku semasa kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini. Katanya, Azmin sendiri berada dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang ketika itu memutuskan gelaran itu ditarik balik pada November. “Siapa pegawai tinggi yang ada dalam itu? Duduk sebelah Sultan dalam mesyuarat ialah Azmin, selaku menteri besar. Maknanya, Azmin setuju kempat-empat alasan yang merumuskan Anwar penderhaka.

Azmin setuju gelaran 'Datuk Seri' ditarik. “Maknanya, Azmin dah tahu sejak November. Dia berselindung, yang akhirnya dia kata, ini semua kehendak istana,” katanya. Badrul berkata apa yang lebih membimbangkan ialah pihak istana selepas ini akan diheret bagi memastikan Anwar tidak berfungsi lagi di negeri itu. Katanya, Anwar dan Dr Wan Azizah diminta peka akan situasi itu serta bertindak bagi menamatkan ketamakan politik pihak tertentu.

“Kita nak beritahu hari ini, akan ada gerakan semua akan menyalahkan istana. Istana suruh Anwar tak berperanan di Selangor, istana suruh itu, dan ini. “Ini mengingatkan (kepada) bapa angkatnya, (Tun Dr) Mahathir Mohamad, yang menggunakan alasan seperti ini untuk naik mendaki tangga politik, menindas dan memijak musuh politik, baik dalam dan luar parti," katanya. Badrul mengingatkan Anwar dan Dr Wan Azizah, mereka diibaratkan ibu bapa gerakan reformasi.

"Kekuatan kamu ialah iltizam dan perjuangan kamu. Kamu sedang dihimpit kiri dan kanan,” katanya. Pada 4 Disember, Istana Selangor mengumumkan, darjah kebesaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan kepada Anwar oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 1992 ditarik balik berkuatkuasa 3 November.. Istana Selangor menyatakan, keputusan itu berikutan Anwar "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sultan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri. –TMI

Admin : Harap ini bukan kerana sifat dengki.

Khazanah berhak lantik Mueller


KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd mempunyai hak untuk melantik Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui Malaysia Airlines (MAS) kerana ia yang menyuntik pelaburan RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan nasional itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelan 12 perkara pemulihan MAS yang digariskan cabang pemegang pelaburan kerajaan itu secara jelas menunjukkan keperluan tokoh yang mempunyai kemahiran diperlukan bagi membantu MAS mencatat keuntungan.

"Kami serahkan kepada Khazanah memilih tokoh terbaik yang mereka fikir mampu menerajui pemulihan MAS.
 
"Lagi pun di segi akauntabiliti, tanggungjawab untuk menjadikan ia berjaya telah diberikan kepada Khazanah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Latihan 1Malaysia Celcom di sini.



Jumaat lepas Khazanah menamakan Mueller sebagai CEO syarikat MAS baharu serta sebagai Pengarah Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah MAS berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Pengumuman itu tidak diterima baik sesetengah pihak yang meluahkan kekecewaan mereka berhubungan keputusan Khazanah itu.
Abdul Wahid berkata, Khazanah perlu diberi peluang memilih calon yang boleh menjadikan pelan penstrukturan semula itu berjaya, termasuk pengurusannya.

Mueller kini CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland.
Kontraknya dengan Aer Lingus tamat 1 Mei tahun depan.
Datuk Seri Shazalli Ramly, CEO dan Pengarah Celcom Axiata Bhd juga akan dilantik menganggotai Lembaga Pengarah MAS sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa 1 Januari 2015.- Bernama

Admin : Adakah Mueller akan menghentikan penjualan arak?

Ketua Pembangkang Selangor letak jawatan

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini susulan keengganan beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.

Adun Sungai Burong itu berkata, tindakan Dun Selangor meminda peraturan tetap 68(1) yang mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC yang diluluskan 4 Disember lalu menyebabkan beliau terikat dan tiada pilihan.


"Jelas di sini, pindaan itu menjadikan saya sebagai pak turut dan boneka semata-mata.

"Ingin saya tegaskan, saya tidak akan sekali-kali melanggar prinsip integriti sebagai seorang wakil rakyat.

"Dalam hal ini, saya tiada pilihan melainkan mempertahankan prinsip-prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama tetapi tangan terikat rapi dan terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi Pengerusi PAC kelak," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Beliau turut memulangkan kereta rasmi kerana pemberian itu didakwa sebagai umpan dan "political mileage" kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menunjuk-nunjuk sedangkan pemberian tersebut diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kemudian. - SH

Admin :  Sepatutnya terima dahulu jawatan itu dan berhenti jika benar terbukti wujud tekanan PR. Apa yang berlaku sekarang adalah lebih kepada prasangka yang tidak baik.

Pengebom Berani Mati Malaysia Terbunuh Di Syria Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Polis telah mendedahkan identiti pengebom berani mati kedua dari Malaysia yang terbunuh di Syria, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Anggota militan itu, yang dikenal pasti sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai telah memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke kem tentera di Homs, Syria, membunuh kira-kira 50 askar Presiden Syria Bashar Al-Assad.


Sumber mendedahkan bahawa Ahmad Affendi, yang masih bujang, telah pergi ke Syria pada 23 April untuk menyertai kumpulan pengganas IS.

Dipercayai bahawa penyerang berani mati itu, yang juga dikenali sebagai Abu Zakaria, berasal dari Tumpat, Kelantan, dan mempunyai kelulusan SPM.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.

"Berdasarkan pengumpulan risikan, kami mengesahkan dia meninggal dunia dalam serangan itu.

"Kami percaya dia melakukan serangan tersebut sama ada pada 8 November atau 9 November," katanya ketika dihubungi , Isnin.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Ahmad Tarmimi Maliki, 26, diberikan penghormatan yang meragukan sebagai pengebom berani mati yang pertama dari Malaysia yang dikaitkan dengan IS.

Dia dikatakan telah meletupkan 25 tentera elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei. - Mstar

Gambar Belangkas