Terma-terma lain akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.
Muhammad Fateh juga menetapkan 15 Januari ini untuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perceraian mereka melalui Hakam (penimbang tara) sementara menunggu kajian semula laporan jawatankuasa perdamaian yang difailkan oleh peguam Raja Ahmad, Azmi Mohd Rais.
Kajian ini telah difailkan di bawah Seksyen 51 Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
"Anak guam saya telah mengambil keputusan untuk memfailkan semakan laporan jawatankuasa perdamaian kerana beliau merasakan kandungannya tidak adil kepada beliau," kata Azmi kepada pemberita selepas berakhirnya prosiding pada Isnin.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad juga hadir.
Turut hadir ialah Hakam untuk Nurul Izzah, Mohd Khairul Ahmad Jadi. Hakam Raja Ahmad tidak hadir.
Pada Oktober, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam bagi memuktamadkan perceraian Nurul Izzah, selepas suaminya enggan mengucapkan talak (kenyataan perceraian), mengatakan bahawa beliau masih mencintai isteri dan dua orang kanak-kanak.
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah membuat permohonan untuk hak penjagaan dua anak mereka pada 30 April tahun ini, empat bulan selepas beliau memfailkan permohonan untuk menceraikan Raja Ahmad, yang dikahwininya pada tahun 2003. - Mstar
Admin : Bukan contoh yang baik.