Thursday, November 13, 2014

Cristiano Ronaldo terima dua anugerah La Liga Sepanyol

PERMATA Real Madrid dan juga Portugal, Cristiano Ronaldo memberi penghormatan kepada legenda kelab Alfredo Di Stefano pada malam Isnin selepas dia dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak La Liga musim lalu.

"Sedih sekali kerana Don Alfredo Di Stefano tidak dapat berada bersama-sama kita pada malam ini untuk menganugerahkan piala ini kepada saya," kata Ronaldo dalam satu majlis gala yang berlangsung di Madrid.

Di Stefano meninggal dunia Julai lalu pada usia 88 tahun kerana serangan jantung.

Bekas penyerang yang berasal dari Argentina itu memainkan peranan utama pada era Madrid memenangi lima Piala Eropah berturut-turut dari 1956-60.

Dia kemudiannya dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah sebanyak dua kali iaitu pada 1957 dan 1959.

Pada tahun 2000, Di Stefano dinamakan presiden kehormat Real Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyifatkan Ronaldo sebagai pengganti semulajadi kepada Di Stefano.

"Saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan Di Stefano beraksi secara langsung tetapi sayaerbanyak telah menyaksikan hampir kesemua videonya, " ujar Ronaldo sambil menambah, "untuk dibandingkan dengannya adalah satu penghormatan yang istimewa."

Ronaldo menjaringkan 31 gol La Liga musim lalu yang menyaksikan Madrid berakhir di tempat ketiga di belakang Barcelona dan juara Atletico Madrid.

Musim ini sahaja, Ronaldo sudah pun menghasilkan 23 gol liga dari 17 perlawanan, sekali lagi meletakkannya sebagai calon penjaring terbanyak La Liga. Daripada jumlah tersebut, 18 gol dihasilkan menerusi perlawanan liga.

Dia juga diletakkan sebagai calon pilihan untuk anugerah pemain terbaik dunia anjuran Fifa. - mStar Online

David Moyes dilantik sebagai pengurus baru Real Sociedad

BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes diumumkan sebagai pengurus baru kelab La Liga Real Sociedad selepas enam bulan menganggur.

Dia dipecat oleh United April lalu selepas gagal mengekalkan status kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

United berakhir di tangga ketujuh liga musim lalu di bawah pimpinannya.

Pengumuman mengenai pelantikan Moyes, 51, sebagai pengurus Sociedad agak mengejutkan kerana kem Moyes menegaskan bahawa perincian mengenai kontrak lantikannya masih lagi dirundingkan.

Sociedad telah mengadakan rundingan dengan Moyes sejak seminggu yang lalu tetapi pengurus asal Scotland itu masih teragak-agak untuk menerima satu lagi bebanan besar memandangkan kedudukan Sociedad di tangga tercorot La Liga buat masa ini.

Dia dikatakan masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya daripada pemecatan yang dilakukan oleh United April lalu.

Moyes juga menjadi tidak pasti selepas tawarannya kepada Phil Neville sebagai penolong pengurus di Sociedad ditolak oleh bekas pemain United itu.

Menurut akhbar Britain, The Daily Mail, Neville tidak mahu berpindah atas alasan kekeluargaan. Dia dilaporkan tidak bersedia untuk memindahkan keluarganya dari England ke Sepanyol.

Namun begitu Moyes telah dibawa melawat pusat latihan Real Sociedad, Jumaat lalu dan selepas itu dipercayai memberitahu Presiden Sociedad, Jokin Aperribay akan membuat keputusan muktamad menjelang hujung minggu.

Hanya musim lalu Sociedad layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah tetapi nasib mereka tidak begitu baik musim ini. - mStar Online

Lucas Podolski ugut mahu tinggalkan Arsenal Januari nanti

LUKAS PODOLSKI mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada Januari ini jika dia tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama.

Berikutan itu, pemain kebangsaan Jerman terbabit akan bertemu Arsene Wenger untuk membincangkan mengenai masa depan bersama kelab tersebut.

"Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain.

"Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini.

"Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini," jelasnya.

Podolski, 29, tidak pernah diturunkan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia, malah dia hanya tampil di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja.

Pemain yang menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu itu tampil buat pertama kali pada musim ini ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Capital One. - mStar Online

Anak David Beckham, Brooklyn wakili skuad bawah 16 tahun Arsenal

BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.

Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.

Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.

Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.

Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.

Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.

David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.

Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal.




DIdier Drogba mungkin bersara awal dari bolasepak

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba memberi bayangan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini melabuhkan tirai.

Pemain berusia 36 tahun itu kembali menyarung jersi Chelsea pada permulaan musim EPL lalu selepas beraksi di China dan Galatasaray.

Penyerang prolifik itu kembali menjaringkan gol pertamanyua untuk Chelsea ketika menentang Maribor dalam saingan Liga juara-juara Eropah.

Malah dia juga tampil sebagai hero apabila meledakkan gol tunggal untuk The Blues ketika bertemu Manchester United dalam saingan EPL.

Bagaimanapun bekas pemain  kebangsaan Ivory Coast itu memberi bayangan untuk bersara dengan memberitahu bahawa musim ini adalah yang terakhir bagi dirinya di Chelsea.

"Tahun ini merupakan kemuncak bagi diri saya untuk bergembira bersama rakan sepasukan dan memenangi piala.

"Hanya setahun saja lagi, mari lakukannya - menangi piala dan terus melakar sejarah," katanya. - mStar Online

Kawasaki naked z250sl

z250sl
Yang ni muma x minat ka. Lawa gak stylo pa....

spec comparison
Power napaknya buleh ke dia....Harga pun RM16700 ja....Macam murah tu...

pergghhhh

Wanita Cantik Tapi Bersuamikan Patung!


Suzanne Heintz ialah seorang pengarah seni di Starz Entertainment Group di Englewood, Colorado tetapi setiap hari dalam hidupnya akan dihabiskan bersama keluarga patung di rumahnya sejak 14 tahun yang lalu.




Sudah lebih 16,000 kilometer perjalanan di seluruh Amerika yang dilakukannya dengan membawa potret keluarga patungnya dalam satu projek digelar 'Life Once Removed'. 'Suami' patungnya

Gambar Belangkas