Tuesday, November 4, 2014

TUBUH AHMAD RAFIKIN DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN DAN BACAAN YASIN

Tangisan anggota keluarga dan sanak saudara menyelubungi suasana di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu di sini apabila Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang Sabtu lalu semasa menyertai acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom 2014 ditemui mati.



Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.



“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Harga terbaru rokok bermula esok



Syabas dan tahniah. Kerajaan tahu golongan ini tak pernah membantah.

Kaabah Dari Dulu Hingga Sekarang



Allah akan pelihara dengan sebaik yang mungkin.

Semoga allah makbulkan diri kita untuk ke sana. Amin

Semoga Cikgu Azman Tabah



Bapa mangsa yang hilang di hutan sekayu begitu sedih dan sebak apabila mengetahui mayat yang dijumpai ialah anaknya.

Semoga tabah cikgu azman.

Pelajar Hilang Di Sekayu Ditemui Mati

KUALA TERENGGANU: Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Unik, Mahasiswi Cantik ini Ubah Tisu Toilet jadi Gaun Pengantin


Gaun pengantin merupakan sebuah busana yang paling diinginkan oleh seluruh wanita di dunia yang kelak akan di gunakan dalam pernikahan. Banyak desainer ternama baik itu international maupun di Indonesia, saling berlomba-lomba untuk menghadirkan sebuah gaun dengan inovasi baru dan indah . Tak banyak di antara gaun itu yang benilai sangat mahal dan tak sedikit pula gaun tersebut bernilai ekonomi

Monday, November 3, 2014

Lalqila Moghul Food

Tokeh Restoran ni kaki moto beso...
maka tak heran le...
grup moto beso selalu datang lepak disini.....

Dah masuk hari Selasa ni....
kalo kita bercerita bab2 makan ni seronok jugak kan?...
kebetulan awok baru tersinggah di sebuah kedai yang tak berapa beso...
dan kedudukan kedai ni pun agak tersorok di Bandaraya Ipoh....
dan yang penting nak letak kereta senang!!!



Lalqila Moghul Food yang terletak di belakang Pejabat Telekom Malaysia di tengah Bandaraya Ipoh....
atopon diseberang jalan bangunan Seri Kinta, Ipoh......
memang agak tersorok....
Hiasan dalam restoran yang pada awok 'cool'!

dengan konsep yang serba merah.....
tokehnya macam pernah awok tengok sebelum ni.....
Encik Dollah (malu nak bergambo) rupanya sebelum ni bekerja dengan sebuah restoran lain di Ipoh..
beliau pernah bekerja di Pakeeza Restaurant & Catering.....
setelah berhenti dari Pakeeza Restaurant & Catering beliau membuka Lalqila Moghul Food.....


ape yang menariknya lagi...
chef di restoran ni didatangkan khas dari hotel (nama hotel rahsia katanya)......
dan memanglah rasa masakan kat sini sedap!!!....
harganya pada awok mungkin lebih sedikit dari kedai biasa...
tapi dibandingkan dengan rasanya ......
berbaloi2......
Nasi Lele....
errr... lele tu ikan keli....
Roti Telur Goyang!!
Ini macam biasa...
menu awok le ni...
Kotio Goreng...
Mango Soda .....
antara menu yang ada disini adalah Nasi Beriyani nya yang syiokkkkkk....
Nasi Lele.... Nasi Ayam Penyet ...... Nasi Kambing Penyet  dan 3 - 4 lagi menu yang menarik....
Ayam, lele ato kambing tadi akan disaluti dengan kepingan garing yang lain dari kedai2/restoran/gerai yang awok pernah pergi sebelum ni...
jadinya apa lagi...... sila lah berkunjung kesini kalo kome ada kesempatan.....


Anak Jantan awok...
dengan roti telur goyang nya....


Gambar Belangkas