Saturday, November 1, 2014

Pahang Pertahankan Piala Malaysia 2014



mkhairil@bh.com.my


PEMAIN Pahang meraikan kemenangan menjuarai Piala Malaysia 2014 selepas menundukkan JDT, 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.

Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.

Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.

Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.

Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.

Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.

Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.

Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.

Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.

Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.

Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.

Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.

Sekalipun JDT jelas mendominasi permainan, tiada tambahan gol berjaya dijaringkan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.

Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.

Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.

Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0.

Menakjubkan, Kastil ini Berada di Langit Jepang


Jika Anda telah membaca seri Harry Potter, maka Anda mungkin akrab dengan Durmstrang Institute - sebuah sekolah sempurna yang tersembunyi di pegunungan untuk para penyihir kegelapan. Jika sekolah ini ada dalam kehidupan nyata , saya pikir saya telah menemukan tempat yang sempurna untuk itu yaitu di Jepang  , nama tempat itu adalah Takeda Castle. Kastil spektakuler ini terletak di Prefektur Hyogo

Hotel ini Mirip Hogwarts Seperti di Kehidupan Harry Potter


Jika Anda pernah berfantasi untuk dapat tinggal di Hogwarts Castle (seperti semua tokoh pada kisah harry potter), maka ada kabar baik bagi anda yang ingin merasakan nuansa seperti di kehidupan di Hogwarts. The Georgian House adalah  Hotel di London menawarkan para tamu sebuah Harry Potter Hotel Paket, dengan kamar tidur bertema Hogwats yang dirancang untuk menyerupai fiksi kamar asrama Harry.


Anak Che Ta Dan Zain



Syabas dan tahniah buat che ta. Semoga allah tambahkan kebahagian anda sekeluarga.

Friday, October 31, 2014

10 Fakta Menarik Tentang Bulan November


November Wish ? Bagaimana dengan dengan anda ? Tak terasa kita semua telah menginjak bulan november , bulan 2014 terasa begitu cepat berllau hingga sekarang berada di bulan yang kesebelas. Setelah beberapa waktu lalu yoechua telah membahas 10 fakta menarik di bulan oktober, sekarang kita akan membahas 10 faktas menarik di bulan November. Begitu banyak fakta-fakta menarik yang belum kita ketahui

Night Caving@Gua Tempurung



Gua Tempurung rasanya dah tak perlu diperkenalkan pada semua orang dah....
dah terkenal Gua Tempurung pada yang suka aktiviti lasak atopon yang suka dengan keindahan alam....
tapi rasanya tak ramai yang tau bahawa yang Gua Tempurung juga dibuka untuk lawatan pada waktu malam.......
rasanya dah jadi trend pulak masa sekarang semua aktiviti nak buat waktu malam ye.....

bermula pada 1 Jun 2014 yang lalu pendakian malam atopon lebih dikenali dengan bahasa omputihnya Night Caving@Gua Tempurung telah diadakan.....
apa yang awok tau...
minimum 20 orang satu kumpulan barulah pendakian diwaktu malam ni boleh diadakan.....
dan caj yang dikenakan adalah seperti berikut:-

Pendakian Tanpa Makan Malam
* Kering = RM40 seorang
* Basah = + RM10 seorang

Pendakian dengan Makan Malam
* Kering = RM45 seorang
* Basah = + RM10 seorang

dan jangan le kome riso ...
bersama-sama dengan kome nanti akan ada 2 orang guide yang akan mengiringi perjalanan/pendakian kome nanti tu....

awok galakkan kalo boleh kome hubungi dulu operator Gua Tempurung untuk membolehkan deme menyusun pendakian kome tu nanti....
untuk maklumat lanjut kome boleh hubungi 3 nama seperti berikut:-

Ayu : 0175271926
Shahril : 0125549830
Kay : 0194518380

P/S: Awok sendiri tak dapat lagi peluang nak menjelajah Gua Tempurung diwaktu malam lagi ni...
Insyallah ada masa dan peluang awok nak pergi...

Bos Apple Seorang Gay?



Syabas buat pengguna apple :)

Gambar Belangkas