Hati-hati apabila berjalan di Britain kerana mungkin anda terlanggar pula orang ‘halimunan’ yang kelihatan seakan-akan bangunan atau landskap berhampiran.
Puncanya? Pelukis berbakat, Trina Merry, 34, menghasilkan ‘karya’ uniknya di mercu tanda terkenal United Kingdom (UK) apabila mewarnakan tubuh model sehingga sebati dengan latar belakang pelbagai tempat terkenal di negara itu.
Idea menghasilkan karya prosedur yang mengambil masa sehingga lapan jam untuk disiapkan sebenarnya bermula di kota New York sebelum Trina memutuskan untuk berpindah ke UK.
Menggunakan latar belakang monumen tradisional Britain seperti Stonehenge dan gereja Westminster Abbey hinggalah struktur abad ke-21 seperti London Eye dan bangunan pencakar langit logam yang moden, Trina yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) mendapat idea untuk melukis badan manusia kira-kira setahun lalu selepas diberi tugasan untuk melukis subjek wanita dalam kuliahnya supaya ‘lenyap’ daripada pandangan apabila menyamai mercu tanda di bandar itu.
Di New York, Trina tidak menghadapi masalah melakukannya kerana undang-undang tidak menghalang seseorang menanggalkan pakaiannya demi mengekspresikan seni.