Monday, September 29, 2014
Home Decoration In Pakistan
Home Decor in Pakistan - FashionHome Decor in Pakistan0Home Decor in Pakistan - FashionFurnished Home in PakistanHome DecorHome Decor: Creating anBridal Bedroom Decoration Latest Pakistani Fashionbollywood ...Bridal Bedroom Decorationbeautiful kitchens related images,601 to 650 - Zuoda ImagesInterior Home Decoration:Home Decoration Tips in Urdu | Urdu PakistanHome Decoration TipsLatest Wedding
TARIAN SUFI DAN BELLY DANCING DI ISTANBUL
Semasa di Istanbul, saya dan En. Suami berkesempatan melihat tarian sufi dan belly dancing secara live. Sebenarnya kitorang teringin nak tengok tarian sufi jer.. yang belly dancing tu dah di pakej kan sekali dengan tarian sufi tu. So ape lah salahnya tengok je la sekali..
TAK SAH PERGI TURKI KALAU TAK MENONTON TARIAN SUFI!
Sebab tarian ni hanya ada di Turki sahaja. Tarian Sufi, atau juga dikenali sebagai Sufi Whirling, atau nama tradisinya Mevlevi Sema Ceremony. Menurut Wikipedia, UNESCO proclaimed the "The Mevlevi Sema Ceremony" of Turkey as one of the Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity. Tarian ni di kontrol oleh pihak berkuasa Turki sebab tak mahu ada ajaran sesat yang ikut plak nanti.
Pada yang tak pernah dengar pasal tarian ni, bolehlah tanya Encik Google. Huhu.... saya malas nak explain, so saya copy+paste dari Wikipedia.
Tempat kitorang pergi tu namanya ANTEP RESTAURANT. Tempat ni menyediakan makan malam sambil menonton persembahan tarian tu. Lokasi restoran ni tak jauh dari Hotel Faros kitoran tu. Jalan kaki 5-10min dah sampai. Maaf takde plak gambar depan restaurant tu...
Kat Antep Restaurant tu, meja makan di susun mengelilingi ruang tarian. So semua orang leh nampak persembahan tu. Kiranya semua orang leh dapat lokasi strategik. Meja tak banyak. Dorang memang hadkan so that pelanggan puas hati.
Persembahan ini berlatar-belakangkan muzik yang dimainkan oleh pemuzik tradisional. Tak ramai, 3 orang je. Tapi memang syahdu jer dengar. Dorang berpakaian tradisional dengan tarbus tinggi.
Tarian ni xde gerakan lain, selain daripada berpusing-pusing tanpa henti untuk jangkamasa yang amat lama. Tapi penari-penari tu takde plak menunjukkan kepenatan atau kepeningan. Sebabnya, mereka sebenarnye menghayati setiap gerakan dan semasa berpusing-pusing tu mereka semacam bermeditasi.
mereka berpusing...
Empat orang penari ni memakai baju tradisional Sufi serba putih berkain kembang. Teringat kecik-kecik dulu saya pon suka gak pakai kain kembang-kembang gini, sambil berangan jadi princess. Masa tu, saya pon akan pusing-pusing perasan macam cinderella sebab syok tengok kain kembang tu mengembang. Huhu.. itu kesah lama! Tapi yg tarian sufi tu pon sama cam saya kecik-kecik dulu gak la, cuma bezanya dorang berpusing-pusing lama dari saya.
mereka terus berpusing-pusing...
Selepas persembahan tarian sufi, tibalah giliran tarian perut pulak. Yang ni agak sensored sket....
Selepas belly dancing, kami dihiburkan dengan pemuzik moden biasa. Masa ni ramai yang blah, masa tu kitorang tak tahu nape. Rupa-rupanya dorang tadah topi minta tips. Huhu.. apa lagi, semua pon blah keluar. Tak kuasa nak bagi tips. Masuk dah kena bayar, takkan nak kasi tips lagi kot? Hahaha... saya rakyat Malaysia, biasalah kedekut sket part kasi tips nih.
Masa kitorang balik tu dah pukul 10 lebih malam. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak menonton tarian sufi di bumi Turki ni. Korang kalau berkesempatan ke sana, pergilah menontonnya. Takkan menyesal, inshaAllah!
Sunday, September 28, 2014
DAPATKAN PENGINAPAN 2 MALAM PERCUMA DI HOTEL 5 BINTANG
Pernah dengar pasal kumpulan hotel IHG?
IHG adalah satu kumpulan hotel-hotel antarabangsa yang perlu kita ambil tahu jika kita adalah kaki travel. Dalam IHG ni ada hotel-hotel 3 bintang hingga 5 bintang seperti Holiday Inn, Crowne Plaza, Intercontinental dan banyak lagi.
Saya jarang menginap di hotel dari kumpulan IHG. Sebenarnya sebahagian daripada hotel dalam kumpulan IHG ini adalah affiliate kepada Enrich, namun selama ini saya tak jumpa promosi yang kaw-kaw untuk menarik perhatian saya kepada mereka. Namun, sejak akhir-akhir ni IHG menarik minat saya dengan promosi 'Into The Night' mereka. Tapi AWAS! Nak bagitahu siang-siang yang promosi ini tidak membolehkan kita collect Enrich Miles ye. Kena collect points dengan IHG sahaja.
Apa yang best tentang promo Into The Night ni?
1. Leh dapat sehingga 50,000 IHG points
atau
2. Leh dapat penginapan 2 malam percuma di mana-mana rangkaian hotel IHG di seluruh dunia
Kita boleh pilih, sama ada nak amik 50,000 points atau penginapan 2 malam percuma tu. Nih nak bagitahu yang kita leh dapat 1 malam penginapan dengan serendah 10,000 IHG points. Tapi bilik dan lokasi biasa-biasa sajalah untuk 10,000 points tu. Bagi saya, saya mahukan penginapan 2 malam percuma tu. Sebab, saya berangan nak merasa duduk di hotel mewah seperti Paris Le Grand yang berlatar-belakangkan Eifel Tower dengan suami tersayang. Untuk pengetahuan, harga sebuah bilik paling murah di Paris Le Grand adalah melebihi RM1,000/night.
cantik, kan?
Saya suka nak kongsi berita gembira begini dengan rakan-rakan kaki travel yang lain. Kalau saya teruja, saya pasti korang pon akan teruja juga. So bagi yang belum menjadi ahli, meh saya tunjukkan cara nak dapat 50,000 IHG points atau 2 malam penginapan hotel percuma ini. Begini caranya :
1. Mendaftar di IHG sebagai ahli di sini.
2. Selepas mendaftar jadi ahli IHG, nombor ahli akan diberikan melalui email.
3. Register untuk promosi Into the Night di sini.
4. Registration akan selesai bila mereka hantar confirmation melalui email. Check emel anda untuk melihat offer yang mereka berikan.
Perlu saya beritahu yang offer ini tidak sama untuk semua orang. IHG memberikan offer secara random. Apa yang saya perlu buat untuk mendapatkan 50,000 points (atau 2 malam), dan yang orang lain perlu buat mungkin berbeza. Saya punya offer adalah seperti di bawah. Saya perlu stay 4 kali di mana2 hotel IHG untuk mendapatkan bilik hotel idaman saya.
Offer Into the Night ini valid selama 90hari selepas pendaftaran. So, kita ada 3 bulan untuk merancang penginapan hotel. Kalau kena pergi outstation atau ada merancang percutian dengan keluarga, pilihlah hotel-hotel dari group IHG ini dan sila book melalui Into the Night promotion page. Jangan book dari tempat lain. Sebab kalau book dari tempat lain, tak di kira! Kan rugi kalau begitu!!
Itu je tips buat kali ni. Happy travelling :-)
SESI RAKAMAN BERSAMA "PUAKA X" (Promo PUAKA BALAI GOMBAK)
Jutaan Terima Kasih kepada Syaiful Seekers kerana menawarkan Joint Task bersama WPT & Puaka X . Tidak lupa kepada ShowBiz anak syarikat KRU Studio & semua crew produksi seekers yang membantu menjayakan rakaman kajian paranormal Joint Task yang terbesar di Malaysia . Semalam memang penat , pertama kali berada di scene hampir 12 jam . Dpt lihat cara produksi setup , belajar brckp & berinteraksi depan camera.
Apa yg pasti , Puaka X adalah seperti org biasa . Tidak terlalu berani .
PAGparanormal Go Pro - Chapter #1
PAGparanormal Go Pro - Chapter #2
PAGparanormal Go Pro - Chapter #3
PAGparanormal Go Pro - Chapter #4
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...