Tuesday, September 23, 2014

Azmin Ali Mb Selangor


Alhamdulillah terjawab sdh teka teki selama ini apabila sah Azmin Ali diperkenan Sultan Selangor utk menjawat jawatan tersebut. 

Acara angkt sumpah 10:30 pg tadi d Istana Alam Shah , Klang. 

Tahniah dan semoga dpt menjalankn tugas dgn jayanya. Diharapkan beliau dpt memulihkan kembali kemelut dlm pakatan dan mempamerkan kecemerlangan pakatan dlm pemerintahannya. Disamping mengembalikan keyakinan penyokong dan menyatukan mereka semula. 

Mmg PAS dan DAP menyokong pencalonan  Dr Wan Azizah sbg MB tp oleh kerana Sultan meminta lebih calon maka nama Azmin turut dicalonkan. 

Aku x kisah pun sapa janji direstui Sultan dan berwibawa utk melaksanakan tanggungjawab yg diberi. Kalu dah ramai sokong tu dan nm pun dicalonkan mmg layak la kan...  

Wallahua`lam

Sent from Samsung Mobile

Monday, September 22, 2014

TENGOK BOLEH, PERCAYA JANGAN


Supernatural ialah siri televisyen seram dan drama Amerika rekaan Eric Kripke, yang mula ditayangkan pada 13 September, 2005 di WB, dan kini sebahagian CW. Dibintangi Jared Padalecki sebagai Sam Winchester dan Jensen Ackles sebagai Dean Winchester, siri ini mengisahkan dua beradik memburu syaitan sehingga ke neraka dan memohon bantuan dari syurga.


Apa yang admin cuba kupaskan ialah mengenai jalan cerita dan skrip yang boleh membantu memesongkan akidah lebih-lebih lagi buat umat Islam.Mengapa dan kenapa?Sebabnya, penceritaannya amat detail dan memerlukan fokus yang serius untuk memahami plot-plot drama bersiri tersebut.Bayangkan jika kekuatan iman seseorang muslim itu tidak kuat, maka dengan mudah seseorang muslim itu menerima dan mempercayai setiap lafaz skrip yang di lakonkan.So berhati-hatilah ketika memonton.

Pesanan - TENGOK BOLEH, PERCAYA JANGAN..

Bercakap Biar Cerdik Sikit Wahai Lim Guang Eng



Masih ungkit perkara lama. Biar cerdik la sikit. Jangan nampak sangat kebodohan.

Kamu nak ke pilihanraya negeri?

Abdul Hadi ucap tahniah pelantikan Azmin sebagai MB Selangor

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Muhamed Azmin Ali atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Abdul Hadi turut mengingatkan supaya beliau menjalankan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya dan tidak boleh disalahgunakan.

"Jadi kita harap supaya Azmin dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa dan harta Selangor," katanya ketika ditemui di sini, hari ini

YAB Azmin Ali Angkat Sumpah



Jadikan lah jawatan ni sebagai satu amanah.

Ingat allah dan rasul.

Azmin Seorang Yang Berprinsip - Isteri

AMPANG: Shamshida Taharin menggambarkan suaminya, Azmin Ali yang baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai seorang yang berprinsip, profesional, sabar serta penuh semangat.

Shamshida,49, yang telah berkahwin dengan Azmin sejak 26 tahun, berkata: "Azmin seorang yang penuh semangat dan amat mengambil berat terhadap parti serta rakyat. Parti menjadi keutaamaannya dan dia mahu bekerja untuk rakyat.

"Ketika ditemuramah di rumahnya pada Isnin, Shamshida berkata, suaminya sangat teliti, teratur dan mahu menjadi sesuatu perkara itu selesai dengan yang dikehendaki".


Shamshida secara berseloroh menganggap ini adalah latihan kerana Azmin mempunyai Sarjana Pendidikan Matematik.

Sebagai seorang bapa, Azmin seorang yang tegas namun amat mengambil berat dan tidak pernah gagal dalam mengadakan masa untuk majlis hari jadi  kepada tiga orang anak lelaki dan tiga anak perempuannya, yang berumur 12 hingga 24 tahun, jelas Shamshida.

Dua daripada anaknya itu masih lagi bersekolah, manakala yang lain berada di pusat pengajian tinggi.

"Hari jadi atau makan malam bersama perkara yang akan dilakukan walaupun jadualnya sangat sibuk."

Biarpun Shamsidar mempunyai ijazah dalam bidang kewangan, beliau sangat gemnira menjadi surirumah.

"Saya akan menguruskan hal ehwal di rumah sebaik mungkin, jadi dia tidak akan bimbang mengenai keluarga dan anak-anak," tambahnya. - Mstar

Aktivis direman dakwa dipukul warden penjara, buat laporan polis

Aktivis Ali Abd Jalil, yang kini dalam tahanan reman selepas didakwa dengan hasutan, mendakwa dipukul seorang pegawai penjara pada malam pertama dibawa ke penjara Sungai Buloh.

Laporan polis yang dilihat The Malaysian Insider dibuat pada hari Sabtu oleh abangnya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ali sebelum ini memaklumkan kepada keluarganya berkenaan dipukul apabila mereka melawatnya di penjara Sungai Buloh. Beliau dibawa ke penjara pada 8 September dan mendakwa dipukul seorang pegawai penjara yang mempunyai loghat Pantai Timur.

Pegawai penjara didakwa menumbuk, menampar dan memukul Ali menggunakan baton dan paip getah di dalam bilik kosong. Ali bagaimanapun berkata, pukulan itu tidak meninggalkan sebarang tanda atau kecederaan pada tubuhnya.


Beliau juga tidak dapat memberitahu sesiapa hal itu kerana tidak dibenarkan berjumpa sesiapa sebelum Jumaat semasa bertemu dengan peguamnya. Aktivis, yang didakwa menghasut pada 8 September ekoran salah satu posting beliau di Facebook pada bulan Januari berkata, seorang lagi warden penjara juga mengancam menyuruh banduan lain memukulnya.

Ali, yang menyertai pergerakan 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) dituduh menyiarkan kenyataan di Facebook pada 21 Januari tahun ini di sebuah premis di Sunway Batu Caves.

Ali dituduh memuat naik bahan berunsur hasutan di www.facebook.com/kapitalis.bangsat melalui komen berasingan menggunakan akaun Rejimen Anarki. Antara komen termasuk memperkecilkan Kesultanan Johor dan menyeru institusi diraja negeri itu dihapuskan. Rejimen Anarki juga didakwa menentang sistem monarki di Malaysia. – The Malaysian Insider

Gambar Belangkas