Sunday, September 7, 2014

BUAT RITUAL MAHU ANAK HIDUP SEMULA

Akibat taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.

LELAKI terbabit memangku mayat bayinya.


Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.

ISTERINYA ketika dibawa ke balai polis.

Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

Sumber dari Akhbar Tempatan

Cara Mulakan Bisnes Burger dengan Betul | Ebook Bisnes Burger

Cara Mulakan Bisnes Burger dengan Betul. Panduan Bisnes Burger. Nak mula bisnes burger? Tak tahu cara nak mulakan bisnes burger dengan betul? Segan pulak tu nak jumpa otai-otai dalam bisnes burger, tapi jiwa memang dah lama nak buat bisnes burger. Tak kisahlah burger bakar ke, burger fizo omar ke, burger abang burn, bisnes burger ramly mahupun korang nak buat bisnes burger kat rumah korang. Itu semua menandakan korang memang ada niat yang bagus. 

Cuma tinggal nak kena tahu cara yang betul untuk mulakan bisnes burger ni. Betul tak? Saya antara penggemar burger. Antara gerai burger yang saya suka singgah ialah gerai burger kat Sri Gombak Fasa 1, dekat dengan 7 eleven tu. Apa yang istimewanya kedai burger ni?

Bisnes burger. Apa yang diperlukan untuk berjaya jual burger 200 biji sehari?

Saya ambil contoh kedai burger Sri Gombak ni. Saya anggar burger yang dijual sehari boleh mencecah 300-500 biji sehari. Dengan 2 dapur menyediakan pelbagai jenis burger, jumlah ni bukan satu masalah besar. Tapi, apa yang saya perhatikan ialah ada 'sesuatu' daya tarikan pada bisnes burger mereka ni.

Antaranya ialah;
  1. Cepat
  2. Murah
  3. Tak kedekut bahan-bahan burgernya
  4. Ada bahan tambahan yang umppph dalam burger
Ini antara yang saya nampak. Bagaimana mereka berjaya dalam bisnes burger ni? Bagaimana mereka mulakan bisnes burger mereka sampailah mereka berjaya menjual lebih 200 biji burger sehari? 

Bila saya baca-baca dari pengalaman mereka yang berniaga burger tepi-tepi jalan ni, banyak yang saya tak tahu dan banyak juga RAHSIA dan PANDUAN yang perlu untuk kita tahu kalau nak mula berbisnes burger. Antaranya perkara yang wajib dibuat ialah;
  1. Konsep FIFO - First In-First Out: Iaitu kaedah untuk jaga kualiti bahan mentah
  2. Konsep gerai - Perlu atau tidak untuk hias kedai. First impression penting atau tidak sebagai strategi pemasaran awal memulakan bisnes burger.
  3. Pakaian seragam pekerja kedai burger - Perlu atau tidak? Adakah ada kesan tarikan yang besar mempengaruhi pemakaian seragam kedai burger?
  4. Sistem ambil order burger - Bagaimana cara paling efektif dan mudah untuk terima order burger? 
Banyak lagi rasanya yang perlu diketahui untuk mulakan bisnes burger sendiri. Ianya bukan mustahil sebab dengan ILMU BISNES BURGER dengan betul, korang boleh mulakan bisnes bila-bila masa.

Apa yang penting ialah korang sanggup cari ilmu yang betul untuk mulakan bisnes burger korang yang pertama. Korang ada masa, korang ada modal, korang ada ILMU bisnes burger. TUNGGU APA LAGI?

PERLUKAN EBOOK/PANDUAN BISNES BURGER?

Saya yakin, anda sedang ligat berfikir untuk jana wang tambahan. Bisnes burger jalanan insyaAllah pilihan tepat untuk anda mulakan. Dalam panduan yang bakal saya kongsikan ini, ada dikongsikan banyak perkara penting untuk mulakan bisnes burger. Antaranya ialah;
  1. kelebihan bisnes burger jalanan vs burger franchais!
  2. Cara untuk pilih lokasi tepat supaya permulaan bisnes burger anda mampu menjual lebih 100 biji burger sehari!
  3. Cara terbaik untuk tarik perhatian orang ramai singgah beli burger anda!
  4. Teknik pemasaran burger yang sebenar.
  5.  dan banyak lagi FAKTOR PENTING UNTUK BERJAYA MENJADI PENJUAL BURGER yang menjana 5 ANGKA SEBULAN!!!
Berminat? Terus klik banner di bawah atau link yang saya sertakan di bawah banner ini. Ingat, jika anda benar-benar ingin memulakan bisnes burger yang pertama, ingin belajar dari mereka yang berjaya, panduan/ebook bisnes burger ini adalah JAWAPANNYA.


Dapatkan panduan bisnes burger ----> PANDUAN BISNES BURGER CARA PRO
Kuncinya sudah ditangan anda. Nak mula atau tunggu selama-lamanya????

Selamat bertindak dan selamat maju jaya untuk mulakan bisnes burger pertama anda.

Saturday, September 6, 2014

Outdoor Lighting Brass

Brass - Antique Brass Outdoor Lighting By LampsPlus.More Options. Richmond CoachLuxurious Brass Outdoor Lighting Thats Stands Up To Your Outdoor ...Brass outdoor lighting willTraditional Brass Lighting | WayfairThomas Lighting Coach Outdoorbrass lighting fixture, brass lighting fixture Manufacturers in ...outdoor lighting fixture WallCL-DL3-III Brass LED Deck Light - asian - outdoor lighting ...

TRIP KE ZOO MELAKA PADA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah yang pendek kali ini kami ke Zoo Melaka. Ini adalah untuk memenuhi permintaan Ammar yang mahu ke sana. Kebetulan baru je belikan mereka buku bergambar tentang haiwan, jadi Zoo adalah pilihan terbaik untuk memberikan mereka gambaran yang lebih jelas tentang rupa-paras haiwan-haiwan yang tertera dalam buku tu.



Kami tiba di Zoo dalam pukul 10am, dan masa tu parking dah hampir penuh. Inilah penangan cuti sekolah kepada tempat-tempat lawatan di Melaka. Memang susah nak cari parking. Sementara En. Suami cari parking, saya pergi beli tiket. Kos tiket masuk ialah RM15/adult dan RM6/child. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk free. Masuk tak boleh bawa makanan atau minimum dari luar. Dorang check beg satu persatu (tapi saya berjaya juga smuggle 1 botol air mineral.. huhu..)

Masuk-masuk je terus nampak burung kakak tua. Sebelah kanan ada playground. Bebudak pon terus jadi tak keruan, sebab dorang memang pantang nampak playground mesti nak pergi main. Tapi alhamdulillah saya berjaya beri macam-macam alasan dan mereka meneruskan pengembaraan tanpa bantahan atau tunjuk perasaan.


Pengembaraan mengenali haiwan pon di teruskan... let the pictures tell all la ek..

 Di kandang haiwan berleher paling panjang di dunia..

Tanduk seladang yang besar dan kuat

 "Apa pandang-pandang?" mungkin itulah yang dikatakan mamat ni..

Brader ni tak peduli kat orang..

Zoo Melaka punya layout agak mesra pelawat. Ia direka agar sekali round kita dah boleh cover semua. Tak perlu nak patah balik atau pusing-pusing. Ada tram disediakan jika tak larat nak jalan. RM5/pax. Boleh turun di mana-mana pon dan naik semula bila-bila masa. Tapi untuk memaksimumkan pembelajaran, sebaiknya jalan kaki lah. Kami memang habiskan ronda dengan berjalan kaki.

Tram Zoo Melaka bermotifkan harimau belang

Antara haiwan yang menarik perhatian anak-anak ialah harimau, singa dan gajah. Tapi biasalah haiwan-haiwan kat zoo langsung tak menunjukkan keghairahan mereka dikunjungi ramai. Dorang duk terlepek je kat situ. Dah boring kot.. hari-hari tengok orang datang tengok depa. Dah takde feel.. huhu...

Harimau bintang kelihatan gelisah ~ mundar-mandir sepanjang kami berada di kandangnya.

Kesimpulannya, worth it la bawa budak2 yang baru nak mengenal dunia ke sini. Dorang memang enjoy. Seronok aper, tengok haiwan-haiwan secara live. Selama ni tengok kat dalam buku dan TV jer. Mana sama dengan tengok depan mata.

Friday, September 5, 2014

Media Room Projectors

Setting up new media room - 65" LED TV or Projector? HelpSetting up new media roomCollege Bowl and Superbowl: Time for an upgraded BIG Screen TV or ...A multi-puppose media room isMedia Rooms/Projector and ScreensMedia Rooms/Projector andBig Window Media Room With Projector System | EDGonlineBig Window Media Room WithHome Theater Seating - Surround Sound – Projection Screen – Media RoomProjector

Kecewa dengan Azmin, Hadi calonkan sendiri 3 Adun PAS

Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor. Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama. Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu.

"Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri. Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR. Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri.


Pada 2 September, surat Hadi mencalonkan ketiga-tiga Adun PAS untuk menjadi menteri besar Selangor. Namun keesokan harinya pada 3 September, Hadi menghantar surat pencalonan baru menamakan dua Adun PKR dan seorang Adun PAS. Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tidak ada seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar Hadi ke istana pada 2 dan 3 September lalu.

"Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya. Mat Sabu hari ini mengesahkan beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar pengetahuannya dan AJK Pusat parti. "Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider. Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit. Sumber dalaman PAS kemudian memberitahu, surat pencalonan pertama Hadi kepada Sultan pada 2 September dihantar sendiri melalui pejabatnya.

Bagaimanapun, selepas Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan menamakan dua calon PKR dan seorang calon PAS, Hadi keesokannya membuat pusingan 'U', menghadap Sultan dan menghantar surat kedua menarik balik senarai calon sebelumnya. "Kandungan surat kedua itu kemudiannya baru dimaklumkan kepada pemimpin PAS lain, termasuk Mustafa," katanya.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Mustafa mengatakan keputusan menghantar nama dua Adun PKR dan seorang Adun PAS dibuat Majlis Syura Ulama. Namun, dua nama PKR itu bukannya Dr Wan Azizah dan Azmin, sebaliknya Dr Idris Ahmad (Adun Ijok), Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) serta Exco negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama. Laporan The Star Online semalam mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun daripada partinya iaitu Iskandar serta dua rakan Exconya, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru, dipercayai merujuk kepada surat pertama yang dihantar Hadi. Mustafa dalam responsnya semalam bagaimanapun menafikan laporan itu atas alasan nama terbabit sudah dibatalkan. "Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencalonkan ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider. – TMI

Thursday, September 4, 2014

Lounge Furniture Ikea

living_room__living_room_ ...Go to living room storageLiving Room Furniture - Sofas, Coffee Tables & Inspiration - IKEASo our living room furniture2011 IKEA Living Room Design Ideasthe 2011 Ikea Living RoomIKEA Living Room Design Ideas 2010 | DigsDigsikea living room furnitureFurniture: Amazing White Fur Rug Below Chic Sofa Sofa And ...IKEA Furniture DesignsIkea Furniture Highlights from the 2010

Gambar Belangkas