Friday, September 5, 2014

Media Room Projectors

Setting up new media room - 65" LED TV or Projector? HelpSetting up new media roomCollege Bowl and Superbowl: Time for an upgraded BIG Screen TV or ...A multi-puppose media room isMedia Rooms/Projector and ScreensMedia Rooms/Projector andBig Window Media Room With Projector System | EDGonlineBig Window Media Room WithHome Theater Seating - Surround Sound – Projection Screen – Media RoomProjector

Kecewa dengan Azmin, Hadi calonkan sendiri 3 Adun PAS

Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor. Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama. Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu.

"Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri. Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR. Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri.


Pada 2 September, surat Hadi mencalonkan ketiga-tiga Adun PAS untuk menjadi menteri besar Selangor. Namun keesokan harinya pada 3 September, Hadi menghantar surat pencalonan baru menamakan dua Adun PKR dan seorang Adun PAS. Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tidak ada seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar Hadi ke istana pada 2 dan 3 September lalu.

"Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya. Mat Sabu hari ini mengesahkan beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar pengetahuannya dan AJK Pusat parti. "Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider. Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit. Sumber dalaman PAS kemudian memberitahu, surat pencalonan pertama Hadi kepada Sultan pada 2 September dihantar sendiri melalui pejabatnya.

Bagaimanapun, selepas Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan menamakan dua calon PKR dan seorang calon PAS, Hadi keesokannya membuat pusingan 'U', menghadap Sultan dan menghantar surat kedua menarik balik senarai calon sebelumnya. "Kandungan surat kedua itu kemudiannya baru dimaklumkan kepada pemimpin PAS lain, termasuk Mustafa," katanya.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Mustafa mengatakan keputusan menghantar nama dua Adun PKR dan seorang Adun PAS dibuat Majlis Syura Ulama. Namun, dua nama PKR itu bukannya Dr Wan Azizah dan Azmin, sebaliknya Dr Idris Ahmad (Adun Ijok), Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) serta Exco negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama. Laporan The Star Online semalam mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun daripada partinya iaitu Iskandar serta dua rakan Exconya, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru, dipercayai merujuk kepada surat pertama yang dihantar Hadi. Mustafa dalam responsnya semalam bagaimanapun menafikan laporan itu atas alasan nama terbabit sudah dibatalkan. "Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencalonkan ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider. – TMI

Thursday, September 4, 2014

Lounge Furniture Ikea

living_room__living_room_ ...Go to living room storageLiving Room Furniture - Sofas, Coffee Tables & Inspiration - IKEASo our living room furniture2011 IKEA Living Room Design Ideasthe 2011 Ikea Living RoomIKEA Living Room Design Ideas 2010 | DigsDigsikea living room furnitureFurniture: Amazing White Fur Rug Below Chic Sofa Sofa And ...IKEA Furniture DesignsIkea Furniture Highlights from the 2010

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baharu' Dalam PAS

Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun.
 
Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam.
 
Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.
Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

LANGKAH PERTAMA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.
Matlamat dari kefahaman asal tercapai dengan penubuhan Majlis Syura Ulama yang memantau perjalanan Parti untuk menentukan parti tidak terkeluar dari landasan syariat. Kefahaman ini memberi ruang yang begitu luas bagi semua yang ingin memperjuangkan Islam untuk menyertai PAS dan berperanan diperingkat perlaksanaannya, termasuk golongan profesional dan aktivis masyarakat. Maka cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sering kedengaran pada zaman itu.

Kefahaman yang dibawa golongan baru adalah lebih mirip kepada fahaman 'Theocracy Barat' di mana yang bergelar ulama' (sebenarnya ustaz) perlu diberikan jawatan dan kedudukan walaupun mereka sendiri tidak begitu mahir dalam bidang yang ingin ditugaskan kepada mereka. Kononnya mereka sebagai 'pewaris Nabi' disebabkan ada ijazah dari Azhar, atau sebagainya, termasuk lulus 4 sanawi lebih layak walaupun jawatan yang diinginkan lebih bersifat eksekutif atau perlaksanaan. Ianya menyempitkan ruang keterlibatan semua pihak dan dengan sendirinya cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sudah lama tidak kedengaran.
Setelah ahli biasa mula keliru berhubung konsep kepimpinan ulama', maka langkah kedua dilaksanakan.
LANGKAH KEDUA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah menggelar diri mereka sebagai ulama' atau pembela kepimpinan ulama', golongan baru memulakan serangan terhadap pimpinan lama, khususnya yang terdiri dari golongan profesional yang pro-PR. Mereka bergerak melalui saluran tertentu di dalam Parti, melabel pimpinan sasaran mereka ini dengan label kononnya menentang ulama’, tidak wala’ pada Presiden, lebih wala’ pada PR/PKR, liberal, penaja projek langgar Presiden dan sebagainya. Pimpinan sasaran mereka, adalah terdiri dari golongan profesional yang kuat menyokong pendekatan tahaluf siyaasi dan kerjasama melalui PR.
Hujjah mereka disebar luas melalui program tertutup dalam mana pemikiran golongan muda diracuni untuk memusuhi pimpinan tertentu ini. Dengan menggunakan emosi dan sentimen, harapan mereka adalah supaya pimpinan sasaran mereka ditolak ahli PAS.
Pada masa yang sama, hubungan rapat antara profesional dan ulama’ juga dirosakkan dengan dimasukkan jarum syak dikalangan ulama’ terhadap profesional. Segala perbezaan pendapat yang merupakan suatu kebiasaan tempoh hari, ditonjolkan sebagai tindakan biadap terhadap ulama’ dan sebagainya. Mereka akan digambarkan sebagai lebih wala’ pada DSAI dari TGHH sendiri. Sedangkan mereka adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR!
Dengan itu, harapan golongan baru adalah golongan profesional yang pro-tahaluf siyaasi bersama PR akan tersisih dari golongan ulama’ dan ahli biasa dan tidak lagi serapat seperti dahulu.
LANGKAH KETIGA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’
Setelah langkah kedua mula berkesan,golongan baru ini akan mulakan langkah ketiga.
Langkah ketiga adalah menyerang rakan PAS dalam PR. Pada awalnya PKR dan kemudiannya DAP juga. Peribadi Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran sehingga tidak dapat dibezakan serangan mereka dengan serangan UMNO/BN terhadap beliau. Ketegangan antara parti PR adalah matlamat mereka dan dengan penuh emosi dan sentiment mereka laungkan “PAS yang terkuat, kita tidak perlukan PR, PAS dikudakan PR, tiada makna bersama PR” dan sebagainya, kesemuanya sama seperti yang dilaungkan macai UMNO.
Keadaan menjadi begitu keliru sehingga seolah-olah kesanggupan menyerang DSAI, PKR dan DAP menjadi bukti kesetiaan dan wala'nya seseorang kepada Presiden dan parti. Yang tidak sanggup menyerang dilihat sebagai kurang jelas fahaman mereka dan yang membela dan mempertahankan akan dilabel tidak wala' atau lebih wala' pada PR dari PAS. Akhirnya PAS dilihat lebih berlawanan dengan PKR dan DAP dari dengan UMNO/BN. Dan UMNO/BN sekadar melihat dan mentertawakan.
Oleh kerana usaha mereka ditumpukan kepada menyerang pimpinan Profesional pro-PR dan juga rakan-rakan dalam PR, golongan baru ini langsung tidak berperanan dalam menyerang UMNO/BN. Malahan sikap mereka terhadap UMNO/BN itu sendiri kelihatan lebih lunak dan mesra berbanding terhadap pimpinan sasaran mereka dan rakan dalam PR. Tidak salah kalau dikatakan bahawa sejak kemunculan golongan baru ini, UMNO/BN merasakan jauh lebih selesa kerana kerja UMNO sedang dilakukan oleh golongan ini!
Berselindung di sebalik slogan ‘cintakan Presiden, cintakan ulama’ dan sebagainya, mereka mengapi-apikan sentimen ahli untuk bersama mereka. Sedangkan yang dibawa mereka bercanggah dengan apa yang telah dan sedang diperjuangkan Presiden dan TGNA selama ini. Mereka membawa isu seperti ‘senario satu’, 'menjentik bukan Islam' dan ‘ketuanan Melayu’ yang kesemuanya begituasing bagi PAS dan hasil pemikiran otak yang jauh terpesong dan terkeluar dari PAS.

MATLAMAT DI SEBALIK STRATEGI ADU-DOMBA GOLONGAN BARU
Mereka begitu konsisten dengan usaha melaga-lagakan di antara pimpinan dan juga antara PAS dan PR maka semestinya adanya matlamat tertentu yang ingin dicapai. Melalui strategi yang tersusun sebegini akhirnya kehendak mereka sebenar, iaitu untuk PAS tinggalkan PR, akan tercapai. Tinggalkan PR, samada untuk PAS bersama dengan UMNO atau bersendirian, itu belum jelas lagi. Dan semestinya, sekiranya bersama UMNO adalah apa yang diinginkan, mereka sudah pasti tahu bahawa ianya tidak mudah dilakukan dalam suasana sekarang. Oleh itu ianya akan dinafikan dan dinafikan tetapi hakikatnya serangan terhadap UMNO/BN semakin tidak kelihatan.
Namun yang jelas, yang diinginkan adalah supaya PAS tinggalkan PR dan dengan itu, secara sedar atau tidak sedar, UMNO/BN akan kembali bernafas lega. Igauan UMNO selama ini akan berakhir. Ini adalah kerana yang mampu mengalahkan UMNO/BN setakat ini adalah hanya PR. Oleh itu sesiapa sahaja yang berusaha menggagalkan PR sebenarnya membantu UMNO/BN.
Saya tidak tahu samada golongan baru ini sengaja ingin menggagalkan PR atas sebab mereka disokong UMNO/BN atau mereka berpegang kepada fahaman chauvanis-Islam seperti ISMA atau fahaman dan pendekatan yang seakannya.
INGATAN KEPADA SEMUA AHLI PAS
Saya mengingatkan ahli dan pimpinan supaya berwaspada dengan golongan baru ini. Siapa mereka sebenar tidak diketahui. Satu ketika dahulu, ahli-ahli PAS diberi amaran supaya awasi golongan ‘musta’jiluun’, iaitu golongan gopoh yang ingin membawa perubahan melalui kekerasan. Ahli diingatkan, mereka mungkin SB yang telah menyusup dalam PAS pada tahun 80an.
Hari ini saya juga ingin memberikan amaran, supaya ahli PAS supaya berwaspada dengangolongan baru ini. Mereka juga mungkin SB atau diperalat SB. Apa yang saya gambarkan di atas semua dapat lihat bahawa ianya sememangnya sedang berlaku. Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka paling kurang merupakan orang yang mahu merongkai kembali segala yang telah dibina PAS selama ini.
Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman.
Mungkin tanggapan saya terhadap mereka sebagai SB dan sebagainya tersilap, tetapi yang pasti mereka muka baru dengan sikap dan pendekatan baru. Dan sikap dan pendekatan mereka adalah kontra sikap dan pendekatan yang dibawa pimpinan lama. Sikap dan pendekatan mereka, sepertimana yang dizahirkan melalui ‘senario satu’, ‘jentik bukan Islam’ dan ‘ketuanan Melayu’ lebih mirip kepada Islam-chauvanis yang dibawa ISMA.
JEMPUTAN BERDEBAT/BERFORUM DENGAN GOLONGAN ADU-DOMBA
Untuk mengatasi masalah adu-domba melalui amalan label-melabel ini, saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah.
Melalui debat/forum ini akan kita nilai sejauh mana hujjah mereka tepat dan benar atau hanya sekadar ingin membawa kearah perpecahan demi agenda tersirat. Adakah mereka sanggup dan berani? InsyaAllah saya sanggup.
Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
http://www.kedahlanie.info

CAHAYA DARI LANGIT GEMPARKAN NEGERI DI BAWAH BAYU


Kemunculan cahaya merah di langit Sabah yang jelas dilihat selama beberapa minit bukan saja menyebabkan orang ramai panik, malah ada antaranya pantas membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa kejadian itu disebabkan oleh meteor atau tahi bintang.


Difahamkan, cahaya merah pegun itu mula jelas kelihatan sekitar Penampang dan Putatan bermula jam 7 malam semalam, sebelum mulai kabur dan akhirnya hilang begitu saja kira-kira jam 10 malam. 

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Winnie, 22, berkata, dia menyedari fenomena itu ketika memandu kereta untuk pulang ke rumahnya, kira-kira jam 9 malam. 

“Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai.

“Saya memberhentikan kenderaan dan melihat satu garisan terang di langit dan menyangkakan ia adalah tahi bintang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Winnie berkata, keadaan itu agak berbeza kerana kebiasaannya cahaya dicetuskan tahi bintang akan bergerak, tetapi cahaya berkenaan kelihatan pegun. 

Wednesday, September 3, 2014

Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 | Download Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam

Dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 | Download Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam.

Dah khatam 3 seksyen untuk jawab soalan peperiksaan online Penguasa Kastam W41 6 September ini? Dah dapatkan panduan khas contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam?

download contoh soalan exam peperiksaan online penguasa kastam


FAQ

Apa yang anda dapati dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam?

  •  Panduan ini khas diterbitkan untuk calon Penguasa Kastam W41 oleh TimInfokerjaya. TimInfokerjaya adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM.
  • TimInfokerjaya telah banyak membantu calon-calon dalam sesi-sesi peperiksaan yang lepas untuk lulus peperiksaan bertulis dan terkini lulus peperiksaan bertulis Penolong Penguasa Kastam.
  • Panduan ini adalah koleksi contoh-contoh soalan, nota ringkas berkaitan GST, GTP dan paling utama ialah tips 'power' memahami 'perangkap' soalan-soalan dalam Seksyen C iaitu ujian Psikometrik!

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 dalam bentuk apa?

  • Ianya adalah dalam bentuk ebook bukannya buku. 
  • Ebook ini dalam format pdf yang anda boleh baca di komputer, tablet, telefon pintar anda. Nak print pun boleh. 
  • Kalau belum tak boleh buka, sila download Adobe Reader di sini: Download Adobe Reader untuk membuka fail pdf Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41.

3 Pakej Rujukan Penguasa Kastam W41 

Ada perbezaan antara 3 pakej utama Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41. Anda boleh rujuk pakej di bawah.

pakej rujukan contoh soalan penguasa kastam w41
Pakej Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
 DAPATKAN DI SINI: Ebook

Betul ke Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 boleh bantu calon lulus exam online nanti?

Anda nilaikan sendiri 'suara-suara' gembira calon Penolong Penguasa Kastam W27 yang lepas. Mereka dapatkan panduan peperiksaan Penguasa Kastam ini yang ada contoh soalan, nota berkaitan dan hasilnya Alhamdulillah mereka lulus!




Ini antara ribuan calon yang dah berjaya. InsyaAllah inilah peluang anda untuk mendahului calon Penguasa Kastam W41 yang lain.

3 langkah mudah mendapatkan Panduan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

  1. Terus ke sini -->  Dapatkan Panduan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
  2. Tunggu pengesahan pembayaran melalui emel (semak inbox dan kotak SPAM anda).
  3. Emel bukti pembayaran (save bukti pembayaran dalam bentuk jpeg, scan).
  4. Tunggu link download dalam masa 24 jam (maksimum). 
Jika ada sebarang masalah, boleh terus emel ke: support@rujukankerjaya.com

TARIKH TUTUP PEMBELIAN Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Tarikh tutup pembelian pada 4 SEPTEMBER 2014, 11.59 MALAM.

Dapatkan di bawah;


Musim 2016 - JDT berminat untuk dapatkan Fernando Torres


JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah telah pun bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.

"Kami telah memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, Selasa.

Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.

Tunku Ismail bertitah antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.

Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.

Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.

"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol," titahnya.

Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.

Baginda bertitah, kesemua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baharu daripada beberapa pasukan.

Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan lima pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.

Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.

Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.

"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.

Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.

JDT 2 pula kata baginda, akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada tahun 80-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan. - mStar

Gambar Belangkas