Tuesday, August 26, 2014

Kemenangan Gaza

Alhamdulillah, maksud kemenangan ini adalah gencatan senjata lebih lama akan dilaksanakan. Tp AlQassam perlu terus bersedia, mungkin dgn bom mortar yg lebih berkuasa krn bila2 masa zionis boleh melanggar gencatan teesebut dan tiada siapa pun akan menyalahkan mereka.

Byk masjid dibom kononnya menjadi tempat simpanan senjata hamas. Tp xdak PBB hantar pegawai cek pon seblom serang. Jd sedarlah kita bhw zionis ni sgt kebal krn putar belit mereka. Hanya Al Qassam boleh menundukkan mereka.

Dunia ni berat seblah, krn ketakutan mereka kpd kebangkitan Islam. Semakin Islam ditindas, org Islam menjadi lebih kuat dan kemurnian Islam dpt disaksikan sendri oleh bangsa lain yg seblom ni disajikan dgn fitnah2 kekejaman, penindasan dan keganasan yg kononnya diajar oleh Islam.

Dgn penyebaran tentang kebenaran Islam melalui media2 telah membuka mata byk pihak sehingga ramai yg menunjukkan penentangan terhdp zionis dan amerika secara besar2an.

Namun begitu terus mengekploitasi Islam dgn mengujudkan propaganda keganasan spt di Syria Mesir Iraq bg mengalih pandangan dunia dr keganasan mereka di Gaza... 

Wallahua'lan

Sent from Samsung Mobile

Khalid letak jawatan MB?


Ah sudah. Ari tu suruh ltk jawatan x mau. Dah kn pecat, ltk jwtn plok....aduh...buat penat ja. Tp apa pun tindakannya, beliau lebih tahu. Semoga itu adalah yg terbaik demi rakyat Selangor.

Nmpkny Wan Azizah la penggantinya. Setelah dipersetujui oleh semua dlm PR.

Ada dengar pendpt seorg ustaz dlm video dipos dlm fb yg kata kalu wanita jd pemimpin.....institusi itu xkan berjaya....katanya petikan hadis tu. 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Wallahua' lam



Sent from Samsung Mobile

PKR, DAP hanya hantar nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor

PKR dan DAP tetap hanya akan mencalonkan satu nama sebagai menteri besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menghendaki Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada dua nama.

Melalui satu kenyataan lewat malam ini, dua parti itu berkata, hanya nama Dr Wan Azizah akan dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan PR pada tahun lepas. "Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.

"Ia juga memandangkan Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang ahli Dewan Undangan Negeri Selangor," menurut kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua. Kenyataan berkenaan turut melampirkan surat dari istana bertarikh 7 Mei, 2013 berkenaan pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.


Sambil merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara Sultan Selangor, Pua dan Saifuddin berkata, keputusan berkenaan diambil dengan mengambil kira titah Sultan dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Khalid apabila parti dalam PR mencadangkan beliau pada 2013. "Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh Sultan Selangor. "Oleh yang demikian, PKR dan DAP menjunjung titah Sultan dan akan mempersembahkan pencalonan Dr Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh PR dalam tahun 2013," kata mereka dalam kenyataan itu.

Sultan Selangor hari ini menangguh peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat. Baginda mahu PAS, DAP dan PKR setiap satu mengemukakan lebih daripada dua nama bagi memudahkannya menentukan calon yang layak. Khalid berkata, beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Istana Kayangan, Shah Alam hari ini, namun ia ditolak Sultan.

"Ini ialah tatacara yang pernah dilakukan oleh istana bukan saja semasa PR, tetapi juga semasa Barisan Nasional (BN) ingin menamakan mereka yang dicadangkan untuk dilantik menjadi menteri besar," katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang tadi. Khalid dipecat keahlian PKR pada 9 Ogos lalu selepas enggan berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.

Beliau kemudiannya memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada PKR dan DAP dan mentadbir Selangor dengan empat exco PAS. "Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan Sultan Selangor menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

"Ini adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Khalid. Khalid dalam pertemuannya dengan sultan memohon maaf kepada baginda atas suasana politik masa kini sehingga menyebabkan pihak istana terheret sama. Katanya, beliau menyerahkan kepada baginda untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam. – TMI

TAHUKAH ANDA MAHLUK LEPRECHAUN SAMA SEPERTI TOYOL?

Toyol? Didalam adat resam cerita-cerita hantu yang di momokan oleh nenek moyang orang melayu mahluk "Toyol" adalah sejenih hantu atau jin yang boleh dikatakan mahluk halus yang digunakan untuk tujuan mencuri.Si toyol mampu mencuri dengan menyelinap masuk kesesuatu tempat dengan begitu mudah sekali tanpa dikesan.



Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Ok..itu sedikit sebanyak cerita singkat mengenai toyol di dalam hikayat cerita-cerita hantu orang melayu.Apa kata kita cuba bandingkan persamaanya dengan mahluk yang lebih kurang samanya identitinya iaitu "Leprechaun" dikenali si kerdil yang kaya.

"Leprechaun" adalah sejenis hantu yang agak famous di kalangan orang Amerika namun ada sesetengah meraka menganggap Leprechaun ini seperti pari-pari jantan dan ada pula mengatakan yang mahluk ini adalah seekor hantu kerdil yang suka mencuri dan menyimpan harta kekayaannya.

Kenakalan mahluk ini juga telah di filemkan sekitar tahun 1983 sebagai filem bergenre komedi seram.Adakah filem ini di adaptasi dari filem toyol yang terlebih dahulu di filemkan pada sekitar tahun 1981?Cuma bezanya kedua dua mahluk ini adalah Leprechaun berbaju dan toyol pula tidak.Dari segi identiti dan misi mahluk ini lebih kurang sama iaitu suka pada emas dan duit.


Buku ilmiah yang wajib dibaca!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bismillahirahmanirrahim...

Sebelum tu  saya nak kongsikan petikan daripada buku Mukmin Profesional Celik Mata Hati.

''Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh apa yang kamu baca sekarang''.

So, baca dan hayati maksud di atas..

Semua buku saya baca tak kiralah komik, novel cinta, majalah dan buku-buku motivasi..hmm, susah nak digambarkan apabila masuk ke kedai buku terbau ''haruman'' buku rasa macam tenang je..tak mustahil kadan-kadang saya menghabiskan 2 jam dalam kedai buku terutama di Popular dan kedai buku 1 Malaysia.

Ini adalah koleksi buku-buku yang saya baca....Tapi ada yang tak sempat habis lagi buku ni, biasalah dok mindset buku berat, lambatlah nak habiskan walhal kalau novel dalam 1 atau 2 hari dah habis...






  1. 33 Pesan Nabi volume 2 Jaga hati, Buka fikiran-vbi-djenggotten
  2. Jangan Tidak-tidak- Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
  3. Jom menjadi-jadi
  4. Cipta Syurga hati
  5. Jom Mengetop
  6. Buat Sampai Jadi
  7. Bukan main lagi
  8. Membina personaliti Terbilang
  9. Membina cinta sayang
  10. Bercinta Ok ataupun Ko?-Rabi'atul Adawiyah
  11. La Tahzan kerana jodoh-Najla Mahfuzh
  12. Soal Jawab Remeh  Temeh Tentang solat 2
  13. Inspirasi Cinta Terhebat- Burhan Sodiq
  14. *Doa & Tips keluarga bahagia- Norlela Ibrahim
  15. Pemilik cintaku setelah ALLAH DAN RASUL- Fatimah Syarha
  16. Sebarkan Cinta-Mu
  17. Rahsia menjadi lepasan graduan berjaya-Natra Abd Hamid
  18. *Uthman Affan Pengumpul AL-Quran- Abdul Latip Talib
  19. *Sebelum aku bernikah- Hilal Asyraf 
  20. *Mukmin Profesional Celik Mata Hati- Pahrol Mohamad Juoi
  21. *Mulakan kerja dengan doa- Wan Shuhairi Wan Mohamad
  22. *Chicken Soup for the Soul Stay at Home Moms
  23. *Chicken Soup for the Soul Berfikir Positif  
* tak habis baca lagi..
# buku ini tidak dijual, hanya sebagai perkongsian

Insya allah buku-buku baru akan diupdate setelah habis baca buku yang belum dibaca lagi..
Berminat tengok koleksi saya buka page Novel/komik secondhand untuk dijual..klik di sini



Outdoor Decor Landscaping

Landscape decorations - landscaping pics for front yardLandscape decorations. outdoorOutdoor Decor - Yarn Patio Mats from Paola Lenti Landscape CollectionOutdoor Decor - Yarn PatioOutdoor Decor Landscaping Promotion-Shop for Promotional Outdoor ...hand-painted oil wall art Outdoor trees home decoration Landscape Framed oilOutdoor Garden Decor Ideas Photograph | ... Outdoor DecoratiOutdoor

PKR adakan sidang tergempar bincang titah Sultan

SHAH ALAM - PKR hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mencadangkan lebih dua nama sebagai calon jawatan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.

“Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini,” katanya.

Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.


Petang tadi menyaksikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu ditetapkan.

PKR yang pada awalnya dijadual mengadakan sidang media jam 8.30 malam ini bersabit perkembangan terbaru ini tiba-tiba membatalkannya setengah jam kemudian. - SH

Gambar Belangkas