Tuesday, August 26, 2014

TAHUKAH ANDA MAHLUK LEPRECHAUN SAMA SEPERTI TOYOL?

Toyol? Didalam adat resam cerita-cerita hantu yang di momokan oleh nenek moyang orang melayu mahluk "Toyol" adalah sejenih hantu atau jin yang boleh dikatakan mahluk halus yang digunakan untuk tujuan mencuri.Si toyol mampu mencuri dengan menyelinap masuk kesesuatu tempat dengan begitu mudah sekali tanpa dikesan.



Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Ok..itu sedikit sebanyak cerita singkat mengenai toyol di dalam hikayat cerita-cerita hantu orang melayu.Apa kata kita cuba bandingkan persamaanya dengan mahluk yang lebih kurang samanya identitinya iaitu "Leprechaun" dikenali si kerdil yang kaya.

"Leprechaun" adalah sejenis hantu yang agak famous di kalangan orang Amerika namun ada sesetengah meraka menganggap Leprechaun ini seperti pari-pari jantan dan ada pula mengatakan yang mahluk ini adalah seekor hantu kerdil yang suka mencuri dan menyimpan harta kekayaannya.

Kenakalan mahluk ini juga telah di filemkan sekitar tahun 1983 sebagai filem bergenre komedi seram.Adakah filem ini di adaptasi dari filem toyol yang terlebih dahulu di filemkan pada sekitar tahun 1981?Cuma bezanya kedua dua mahluk ini adalah Leprechaun berbaju dan toyol pula tidak.Dari segi identiti dan misi mahluk ini lebih kurang sama iaitu suka pada emas dan duit.


Buku ilmiah yang wajib dibaca!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bismillahirahmanirrahim...

Sebelum tu  saya nak kongsikan petikan daripada buku Mukmin Profesional Celik Mata Hati.

''Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh apa yang kamu baca sekarang''.

So, baca dan hayati maksud di atas..

Semua buku saya baca tak kiralah komik, novel cinta, majalah dan buku-buku motivasi..hmm, susah nak digambarkan apabila masuk ke kedai buku terbau ''haruman'' buku rasa macam tenang je..tak mustahil kadan-kadang saya menghabiskan 2 jam dalam kedai buku terutama di Popular dan kedai buku 1 Malaysia.

Ini adalah koleksi buku-buku yang saya baca....Tapi ada yang tak sempat habis lagi buku ni, biasalah dok mindset buku berat, lambatlah nak habiskan walhal kalau novel dalam 1 atau 2 hari dah habis...






  1. 33 Pesan Nabi volume 2 Jaga hati, Buka fikiran-vbi-djenggotten
  2. Jangan Tidak-tidak- Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
  3. Jom menjadi-jadi
  4. Cipta Syurga hati
  5. Jom Mengetop
  6. Buat Sampai Jadi
  7. Bukan main lagi
  8. Membina personaliti Terbilang
  9. Membina cinta sayang
  10. Bercinta Ok ataupun Ko?-Rabi'atul Adawiyah
  11. La Tahzan kerana jodoh-Najla Mahfuzh
  12. Soal Jawab Remeh  Temeh Tentang solat 2
  13. Inspirasi Cinta Terhebat- Burhan Sodiq
  14. *Doa & Tips keluarga bahagia- Norlela Ibrahim
  15. Pemilik cintaku setelah ALLAH DAN RASUL- Fatimah Syarha
  16. Sebarkan Cinta-Mu
  17. Rahsia menjadi lepasan graduan berjaya-Natra Abd Hamid
  18. *Uthman Affan Pengumpul AL-Quran- Abdul Latip Talib
  19. *Sebelum aku bernikah- Hilal Asyraf 
  20. *Mukmin Profesional Celik Mata Hati- Pahrol Mohamad Juoi
  21. *Mulakan kerja dengan doa- Wan Shuhairi Wan Mohamad
  22. *Chicken Soup for the Soul Stay at Home Moms
  23. *Chicken Soup for the Soul Berfikir Positif  
* tak habis baca lagi..
# buku ini tidak dijual, hanya sebagai perkongsian

Insya allah buku-buku baru akan diupdate setelah habis baca buku yang belum dibaca lagi..
Berminat tengok koleksi saya buka page Novel/komik secondhand untuk dijual..klik di sini



Outdoor Decor Landscaping

Landscape decorations - landscaping pics for front yardLandscape decorations. outdoorOutdoor Decor - Yarn Patio Mats from Paola Lenti Landscape CollectionOutdoor Decor - Yarn PatioOutdoor Decor Landscaping Promotion-Shop for Promotional Outdoor ...hand-painted oil wall art Outdoor trees home decoration Landscape Framed oilOutdoor Garden Decor Ideas Photograph | ... Outdoor DecoratiOutdoor

PKR adakan sidang tergempar bincang titah Sultan

SHAH ALAM - PKR hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mencadangkan lebih dua nama sebagai calon jawatan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.

“Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini,” katanya.

Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.


Petang tadi menyaksikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu ditetapkan.

PKR yang pada awalnya dijadual mengadakan sidang media jam 8.30 malam ini bersabit perkembangan terbaru ini tiba-tiba membatalkannya setengah jam kemudian. - SH

Abdul Khalid letak jawatan MB Selangor

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan dari pihak istana memaklumkan, penangguhan penerimaan peletakan jawatan Abdul Khalid itu bagi memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan lancar dan teratur.


"Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara L1, Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (@) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," ujarnya.

Baginda Sultan Selangor juga katanya menitahkan Pakatan Rakyat mencalonkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Abdul Khalid.

"Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar....." - SH

Merdeka ke 57

Lagi seminggu kita akan sambut ulangtahun merdeka ke 57. Tp aku x nampak pun kemeriahan mengibarkan jalur gemilang baik pada kenderaan maupun kediaman. X kira la separuh ka penuh tiang.

Mungkin keghairahan ni terbantut dek peristiwa besar yg telah berlaku dan mengemparkan negara seperti MH370, serangan Israel ke atas Gaza, pergolakan di Syria, Mesir, MH17 dan byk lagi.

Adakah kita dah x rasa merdeka lagi dah???? Atau dah x kisah akan nikmat kemerdekaan yg kita kecapi selama ini???? Seperti yg berlaku Palestine, perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dari Israel terus diperjuangkan dan byk yg telah syahid. Sedangkan jiran2 seagama lain hanya membisu. Namun Turki telah menunjukkan kesungguhan utk membantu........


Monday, August 25, 2014

AL KISAH "POKOK BERHANTU"

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman ternampak kelibat pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Namun kita tidak harus percaya ia bulat-bulat.Mungkin ada sebab musababnya mengapa cerita "pokok berhantu" ini telah diceritakan oleh tok nenek kita.


Pokok Bacang


Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.


Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.


Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 


Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.


Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat 
hantu.


Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.


Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.


Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.

Gambar Belangkas