Sunday, August 17, 2014

Ketika diri tidak dihargai ?

Tidak semua manusia mampu menghadapi tekanan apabila diri dihimpit resah taktala terasa diri semacam tidak dihargai lagi.  Sungguh betapa sukar untuk menerima hakikat ini hingga ada yang kecewa, sengsara dan derita. Memikirkan diri tidak dihargai lagi bukan sahaja gerak langkah yang kita aturkan semakin sumbang dan tak bermaya bahkan ia akan membunuh semangat diri kita. Hidup akan jadi tidak berkeyakinan lalu sampai bila? bukankah hidup ini terlalu singkat, demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan. Ruginya hidup kita bila terlalu banyak bermainan dengan perasaan, alpa serta khayal memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ramai manusia bila kecewa atau sengsara akan membawa hati yang lara terlalu jauh dari kehidupan ini. Duduk di dalam dunia ciptaan sendiri  walhal dunia itu hanya dunia angan-angan yang tidak wujud!.  
Apa keberhasilan yang kita perolehi disebalik semua itu? sedangkan alam yang diciptakan oleh Allah Ta’aala terlalu banyak nikmatnya untuk dinikmati. Tidak semestinya makan itu nikmat, minum itu nikmat, bercinta itu nikmat, kahwin itu nikmat, keluarga itu nikmat bahkan seluruh isi alam ini terlalu penuh dengan kenikmatan yang tidak mampu kita hitung!. Jadi, mengapa rasa diri tidak dihargai...cuba renung dalam diri kita. Apakah kita tidak sedar bahawa kita punyai harga diri? Kita punyai kelebihan dalam diri kita, keunikan yang tidak mungkin ada pada orang lain.Hari ini jika kita rasa kecewa dan menderita, padamkan-lah dalam kamus diri kita. Hargailah diri kita, tidak mengapa jika orang disekeliling kita atau orang yang kita sayangi tidak menghargai kita asalkan kita sendiri punyai harga diri. Pasakkan dalam hati kita, keyakinan dan  pohonlah hidayah dari Allah, semoga terlimpah dalam jiwa. 
Mudah-mudahan bila kita membuka mata nanti, kita tidak akan lagi nampak keresahan, kekecewaan sebaliknya kekuatan, kesungguhan kita melangkah alam ini dengan penuh bertenaga. Ingat dunia ini tidak akan berubah tetapi mata hati kita yang mulai berubah. Pandanglah ke hadapan bahawa kita punyai matlamat yang lebih penting lagi untuk kita tempuhi. Kembara hidup kita masih lagi jauh, jauh bukan bererti alam ini atau kita hidup ke penghujung usia. Tetapi alam seterusnya masih ada dan masih belum kita lalui. Dunia ini jambatan akhirat maka persiapkanlah diri dan janganlah terlalu lama memandang hal-hal yang remeh dalam kehidupan ini. Gunakan segala setiap ruang dan kesempatan hidup kita serta manfaatkan usia yang Allah kurniakan untuk kita berbakti dan menabur jasa di alam ini.
Jangan mengharapkan balasan tetapi ikhlaslah dalam perjuangan hidup ini. Masa tetap akan berjalan dan begitu pantas sekali hingga kita tidak mampu memintas masa yang cepat berlari. Maka kejarlah kehidupan ini dengan matlamat yang jelas, teladan yang baik pedoman yang lengkap dan jalan serta perjuangan yang mantap!. Gunakanlah kesempatan ini selagi mana Allah tentukan buat kita sebelum kesempatan ini tertutup. Seorang ulama pernah berkata ‘ Setiap inci tanah di muka bumi ini ialah tempat yang subur untuk menanam benih syurga’.
Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah hidup. Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala penawarnya. 
sumber: http://ainakamarkehidupan.blogspot.com

p/s:  bahagia bersama mereka yang membahagiakan...

Azmin tunggu mesyuarat Pakatan sebelum ulas keputusan PAS

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak tidak terburu-buru membuat kenyataan berkenaan keputusan PAS Pusat menyerahkan namanya sebagai salah seorang calon diterima menggantikan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 "Kita tunggu pimpinan Pakatan Rakyat (selesai bermesyuarat hari ini). Biar majlis tentukan dulu, kemudian baru saya beri respons," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. Beliau diminta mengulas hasil mesyuarat PAS Pusat pagi tadi memutuskan menerima presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin sebagai calon menteri besar bagi negeri terkaya di Malaysia itu.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengatakan ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan PKR petang ini. Pada sidang media itu, Mohamad yang juga dikenali Mat Sabu berkata, PAS juga memutuskan terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun krisis tersebut hampir memecahkan gabungan parti pembangkang itu.


"Empat exco kerajaan negeri daripada PAS akan terus menjalankan tugas bagi memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas," katanya membaca kenyataan yang ditandatangani presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi mempengerusikan mesyuarat pimpinan PAS Pusat itu tetapi tidak menghadiri sidang media.

Beliau sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah dan merupakan sebahagian Majlis Syura yang memutuskan pada 7 Ogos yang Khalid tidak perlu disingkirkan. Ditanya sama ada keputusan hari bertentangan dengan keputusan Majlis Syura yang mahu Khalid dikekalkan, Mat Sabu berkata nama Khalid tidak lagi berkenaan dalam hal itu.

"Beliau kena pecat. Beliau bukan lagi berada dalam Pakatan. Kita tahaluf dengan parti bukan individu," katanya sambil enggan mengulas sama ada pilihan utama PAS adalah Dr Wan Azizah atau Azmin. PAS akan menerangkan kepada PR yang bermesyuarat petang ini kenapa parti itu memilih dua nama dan kenapa Azmin yang dicalonkan. - TMI

Khalid mohon menghadap, tunggu nasihat sultan

Tan Sri Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran perkembangan terbaru itu.

“Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli MMKN (exco) daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.


Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada “rakan-rakan” dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama menjayakan agenda reformasi di Selangor.

“Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

“Insya-Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT,” katanya.- Mkini

Pas Cadang Azizah Atau Azmin Ganti Khalid



Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dipecat PKR sebab Pas tolak Khalid

KUALA LUMPUR - Pas menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjawat jawatan Menteri Besar Selangor kerana beliau bukan lagi ahli PKR.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, kini sudah tidak timbul soal Abdul Khalid selepas keahliannya dalam PKR telah ditarik.

"Sudah tidak timbul lagi soal beliau (Abdul Khalid) kerana dia sudah dipecat partinya.

"Dia bukan lagi ahli PKR. Kita tahaluf siyasi dengan parti bukan dengan individu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat khas jawatankuasa Pas Pusat, hari ini.

Pas hari ini mengumumkan dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Namun ketika ditanya pemberita sebab mencalonkan nama lain sedangkan PKR telah pun menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar, Mohamad tidak menjawab dengan jelas.

Beliau terus diasak soalan sama berulang kali dan akhirnya beliau memberitahu perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat PR, petang ini.

Sementara itu, media membangkitkan soal parti itu yang dilihat mengubah keputusan selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid.

"Tak ada 'U-turn’. Ini (cadang dua nama) keputusan bersama. Sebulat suara," katanya.

Sementara itu, beliau menolak untuk mengandaikan berlakunya pilihan raya negeri kerana PR masih lagi memegang majoriti dua per tiga Dun di Selangor. - SH

Saturday, August 16, 2014

G Plan Dining Furniture Collections

Nancy's - Furniture2 50s E Gomme G Plan DiningA Furniture Clinic - Furniture restoration before and after30 year old G Plan table,G-Plan DanishG-Plan Danish dining chairs by1960's GPlan teak extending dining table1960's GPlan teak extendingRound dining table w/ ext leaf by G-Plan :: Furniture :: Vintage ...Round dining table w/ ext leafIDforLondon — 1950's/60's E gomme g plan dining table ($

Friday, August 15, 2014

Jigs And Fixtures Design

Lake County Technologies Inc. - Jig & Fixture DesignFixture designJig and fixture designJig and fixture design - TitleVassmaan Engineering Consultancy - Jigs & Fixtures Design ...Jigs & Fixtures DesignWoodworking machinery jig and fixture system - Mark Duginske LLCjig and fixture systemTudorTech Design - Jigs and Fixture Design Services in TorontoTudorTech Design - Jigs andJigs And FixturesJig

Gambar Belangkas