Sunday, July 20, 2014
Loft Decorating Ideas
Home Styles: Loft Style Home & DecorTherefore, loft decoration is150 Best Loft Ideas - Architecture Design, Home Design, Interior ...150 Best Loft Ideas » 150 BestLoft Decorating IdeasTherefore, loft decoration isModern Minimalist Interior Designs For Living Rooms: interior ...interior decorating ideas forDecorating Ideas: A Manhattan Loft with Latin Style - ELLE DECORA Manhattan Loft with
Saturday, July 19, 2014
Lowes Kitchens
Lowe's Kitchen Gallerycan reinvent your kitchen,Sweet Lowes Kitchen Cabinet: Sweet Lowes Kitchen Cabinet Picture ...Sweet Lowes Kitchen CabinetLowe's Kitchen Renovation PlannerLowe's Kitchen Planner.Kitchen Remodel Ideas Pictures | All About HouseKitchen Remodel Ideas PicturesKitchen Remodel at Lowe'sKitchen RemodelKitchen Cabinets for the Budget Conscious | Millennial LivingLowes stock kitchen
Friday, July 18, 2014
Kampung Ukraine dihujani mayat
Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.
Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.
"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumanya.
"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut.
Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.
Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”.
Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.
Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.
Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan itu.
Petugas penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.
Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.
Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu. Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.
Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian plastik.
- Reuters
- Reuters
Luxury Kitchen Designs
Luxury Kitchen Design Ideas and PicturesLuxury Kitchen Design with10 Luxury Kitchen Ideas For Fraction of the Priceluxury kitchen design 10Sheffield School Interior Design - Room of the Month - Luxury KitchenLuxury Kitchen10 Luxury Kitchen Ideas For Fraction of the Priceluxury kitchen design 2010 10Luxury kitchen with french designInspire Kitchen Designs WithTop 10 amazing kitchens hungeling
Thursday, July 17, 2014
MH17 DITEMBAK JATUH - APAKAH IMPAK KEPADA ENRICH MILES?
Pic from google..
Saya adalah pengumpul setia Enrich miles dari Malaysia Airlines sebab saya memang suka naik MAS bila berkesempatan untuk terbang. Tapi bila saya dikejutkan (ye, suami saya beria-ia kejutkan saya kul 1am pagi tadi) dengan berita kapal terbang MAS MH17 terhempas di Ukraine, saya jadi tak keruan.
Adeh... kenapa jadi kat MAS lagi?
Aritu MH370 hilang dan masih lom dijumpai hingga sekarang.
Now MH17 pula terhempas, dipercayai ditembak jatuh.
Lepas ni, apa pula agaknya....?
Macam-macam soalan berselirat dalam kepala saya.. Saya punya keyakinan terhadap MAS sedikit pudar dek berita terkejut tu. So pagi tadi saya bersahur dengan memikirkan perbagai kemungkinan, antaranya :
1. Adakah MAS menjadi target untuk dijatuhkan? Iyelah kan.. berita2 sebegini memang boleh mengurangkan keyakinan pengguna kepada MAS. Kalu pengguna dah kurang, boleh bankrupt kompeni ni.
2. Adakah keyakinan Oneworld dengan MAS juga akan pudar? Manalah tahu kot2 Oneworld rasa MAS ni memalukan kumpulan depa..
3. Kalau MAS tutup kedai, tak laku lagilah Enrich Miles yang beria2 saya kumpul selama ni
4. Alamak, kalau Enrich dah takleh digunakan, terpaksalah saya start over dengan airlines lain pulak nampaknya!
Semasa di ofis, kawan-kawan sekerja pon bertanyakan benda yang lebih kurang sama. Mereka berguru dengan saya pasal Enrich Miles, so sememangnya mereka mencari saya bila mendengar berita hangat begini. Mereka macam dah tawar hati dengan MAS. Tak selamat, kata mereka.
Kemudian saya teringat bicara seorang ustaz yang diinterview di radio Sinar pagi tadi. Katanya, kita boleh bersedih di atas apa yang berlaku, namun jangan berlebihan memikirkannya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Kalau kita cuba menidakkan apa yang berlaku, macam menidakkan Allah punya kerja. Betul juga katanya tu. Kalau dah ditakdirkan mati, di mana-mana pon boleh mati. Drive kereta pon leh eksiden, jalan kaki pon boleh kena langgar, makan pon boleh tercekik.. so, kita takleh fikirkan sangat tentang cara nak mati tu. Kita kena lebih memikirkan apa persediaan kita jika dimatikan pada bila2 masa... Tapi dalam masa yang sama, kita kena berhati2 juga, kan... kena usaha untuk elak eksiden, dilanggar atau tercekik tu.
So, tak perlu takut naik MAS.. naik Singapore Airlines pon leh mati juga kalu dah ditakdirkan begitu!
Ok, berbalik pada kes Enrich tadi...
Saya dah check baki Enrich miles saya cukup untuk perjalanan pergi-balik kelas ekonomi dalam Asia Tenggara for 1 pax. Suami punya cukup untuk 2 pax rasanya. Masih tidak mencukupi untuk saya ke Korea bersama keluarga. Kalau nak diikutkan kepanikan saya (yang MAS leh bankrupt), saya sepatutnya redeem Enrich miles tu segera. Tak dapat gi Korea, dapat gi Medan pon jadilah!
Tapi saya cuba rasionalkan pemikiran saya semula.
Kalau MAS nak bankrupt. ia tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini. Sebab MAS adalah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. Gomen akan cuba sedaya-upaya untuk support MAS financially untuk membolehkannya beroperasi seperti biasa. Kalau sales mereka merundum dek ketidakyakinan pengguna terhadap MAS, saya pasti mereka akan buat promosi yang best2 untuk menggalakkan pengguna naik MAS semula. Contohnya buat sale murah2 untuk destinasi terpilih, bagi extra Enrich Miles atau diskaun Enrich Redemption. Kan ke berita baik tuu!
Lagipun, dah menjadi tradisi yang Enrich membuat 50% discount on Enrich redemption pada hujung tahun, seperti tahu-tahun lepas. Sekarang dah bulan Julai.. lagi 4-5bulan lagi je. Takkan bankrupt MAS dalam masa sesingkat ini. InshaAllah. Masa promo tu harapnya akan tercapailah hasrat saya nak gi Korea dengan keluarga secara percuma!
Dan jangan ingat semua orang dah tak mau naik MAS lagi. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang setia dengan MAS, walaupun selepas dilanda pelbagai dugaan. Saya sendiri akan terus bersama MAS (bila mampu). Kalau tak mampu, naik Airasia pon ok.. huhu..

Apa pula pendapat korang?
P.S: Ini adalah pendapat peribadi saya dan ia bukanlah nasihat professional. Saya tidak bertanggungjawab jika pendapat saya ini tidak tepat dan merugikan mana2 pihak. Harap maklum ye...
Saudara mara berang MAS lambat beri maklumat
Selepas menunggu selama tiga jam, anggota keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi sasaran ahli keluarga yang gelisah menunggu maklumat daripada MAS berhubung nahas MH17 di Ukraine.
"Jangan beritahu saya selepas tiga jam, anda masih tidak dapat
memberikan kepada kami senarai senarai penumpang," jerit seorang lelaki, yang enggan namanya disiarkan.
Menurutnya, saudara perempuannya, abang iparnya dan anak pasangan itu yang berusia dua tahun dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.
"Cuma berikan kami senarai itu supaya kita boleh mengesahkannya dan balik, kita tidak boleh berbuat apa-apa walaupun kita tunggu di sini," katanya.
Satu lagi sepasang adik-beradik juga berdepan dengan kakitangan keselamatan lapangan terbang itu selepas menunggu maklumat sejak jam 12.30 tengah malam tadi.
"Anda kata jam 2 pagi, kemudian 3 pagi, mana senarai penumpang? Saya tidak menyalahkan anda, anda kakitangan keselamatan, tetapi di mana MAS?" tanya seorang daripada mereka.
"Ini bukan kali pertama MAS mengendalikan sesuatu macam ini, di mana wakil-wakil MAS?" celah saudara perempuannya.
Pegawai keselamatan lapangan terbang hanya dapat meminta mereka bertenang dan berkata pegawai MAS sedang dalam perjalanan ke situ.
Kemudian, mereka yang mendapat tahu mengenai nahas itu melalui laporan Facebook, menyatakan kekecewaan mereka kepada pihak media tetapi enggan memberikan butir-butir peribadi.
"Facebook lebih cekap daripada MAS. Itu lucu. Ia (MAS) telah menjadi bahan ketawa. Betul-betul jadi bahan ketawa," katanya dengan marah.
"Malah Amerika Syarikat telah keluarkan kenyataan, di mana MAS?" tambah saudara perempuannya. - Mkini

Saham MAS jatuh 13.3 peratus
KUALA LUMPUR - Saham Penerbangan Malaysia (MAS) adalah antara yang paling aktif pagi ini tetapi sudah turun 13.33 peratus pada awal sesi dagangan selepas pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.
Pada jam 9.58 pagi, saham MAS turun kepada 19.5 sen dengan sejumlah 281.162 juta saham diniagakan. Ia mencecah paras terendah dalam tiga minggu apabila dibuka pagi ini pada 19 sen.
Penerbangan MH17 hilang daripada radar di timur Ukraine pada kira-kira 1415 GMT, beberapa jam selepas pesawat Boeing 777 itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.
MAS mengesahkan ada 298 penumpang dalam pesawat itu dan tidak ada yang terselamat.- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...