Thursday, July 17, 2014

DCA terima laporan dari Ukraine

SHAH ALAM - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.


Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.

"Buat masa ini, hanya itu yang dimaklumkan, punca sebenar masih belum diperolehi," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Pesawat MAS MH17 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini selepas berlepas dari Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak. - SH

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).


Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.

“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.

Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”

Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat. - SH

Jejak Masjid Perak 2014 / Perak Mosque Trail 2014




Macam yang awok pernah war-warkan sebelum ini....
Program Jejak Masjid Perak 2014 merupakan inisiatif  Tourism Malaysia Perak, Tourism Perak Management Berhad & Port Koloni Karyawan Amanjaya  dan telah dirasmikan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan & Kesenian Perak pada 3 Julai 2014 yang lalu......

bila dah nama Jejak Masjid ....
pastilah ada trail masjid-masjid yang akan kita lawati dan kita imarahkan..
dibawah ini awok sertakan jadual perjalanan/lawatan ke 7 buah masjid yang telah dipilih...
apa yang awok tau...
masjid-masjid ini dipilih berdasarkan keunikan serta nilai sejarah yang ada pada masjid-masjid tersebut........
ada masjid yang dipilih telahpun berusia lebih dari 100 tahun.....

1. Masjid Pakistani, Ipoh - 11/07/2014
2. Masjid Muhammadiah / Masjid Cina - 18/07/2014 (3.00 - 4.00 ptg)
3. Masjid Sultan Idris Shah  II / Masjid Negeri - 18/07/2014 (5.00 - 6.00 ptg)
4. Masjid India Muslim, Ipoh - 19 Julai 2014 (3.00 - 5.00 ptg)
5. Masjid Dato Panglima Kinta, Ipoh - 19 Julai 2014 (5.00 - 7.00 ptg)
6. Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar - 22 Julai 1014 (10.00 pagi - 12.00 tgh)
7. Masjid Kg Paloh, Ipoh - 23 Julai 2014 (4.00 - 5.00 ptg)

moh kome....ramei2 kita memeriah dan mengimarahkan Masjid!!!!!!!

Wednesday, July 16, 2014

Luxury Bedroom Decorating Ideas

Little Girls Bedroom Decorating Ideas Photo CollectionsLuxury Bedroom FurnitureLuxury bedroom decorating ideas Architecture and Interior Design ...Luxury bedroom decoratingModern Bedroom Design Ideas for a Perfect Bedroom - Modern Homes ...bedroom ideas luxuryDecorative Bedroom Decorating Ideas luxury bedroom decorating ...Bedroom Decorating IdeasLuxury Bedroom Decorating Ideas | Home Decoration

Tuesday, July 15, 2014

Polis siasat wanita dalam video buli jalan raya


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya. "Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu. "Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya. - Mkini

Alhamdulillah......dah berapa hari puasa

Lupa la hari ni dah berapa hari posa. Sapa tau tolon haba sat...Byk hari dah tok imam duk baca qunut masa witir 1 rokaat tu. Kalu duk buat 8 jei x merasa la witir ka qunut ka...OOO terima kasih la bgtau dah 18 hari no. Sat ja....baru nak pulun teraweh....Jgn lupa subuh jemaah...Dah bangkit sahur tu teruh la g mesjid, jgn duk sambg tido lak...Pah kelik msjid tu batei la nak tido sapei kui brapa pong...

Time la saf tinggal saf ja org dah takdak. Masa mula2 ari tu ada gak 7 8 saf, pahtu tinggal 5, marin tinggal 4.5 dah....Pelan hari pelan kurang ni. Patutnya makin meningkat. Ada org salah pahan ni. Ustaz2 duk terang molek dah, xkan tak pahan lagi....


Sepatutnya ke penghujung ni la makin ramai g terawih. Semangat meningkat, ada malam lailatul qadar lagi. Ni semangat makin menurun ka. Ka pakat pah ke supermarket cari baju raya, ko raya....Semua pakat kalut dah nak raya.

Ustaz bagitau, di bulan ramadan ni kita posa teraweh baca quran jgn duk ingat ke raya lasung. Nak cari baju pun g la siang2, lepas tadarus. Malam x leh la, nk teraweh. Teraweh ni pun bulan ni ja....bulan dpn xdak dah. Taun dpn plak lei, tu pun kalu nyer panjang umor...

Wallahua'lam...


Timbang jadikan Muhammad anak angkat

KUCHING - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad Jamaluddin sebagai anak angkat.


Beliau berkata, perbincangan dengan ketiga-tiga pihak adalah berkaitan proses perundangan dan dokumentasi yang diperlukan untuk menjadikan remaja itu anak angkat.

Muhammad, 16 yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi imam di penjara itu. 

"Ada beberapa tawaran juga untuk mengambil beliau (Muhammad) sebagai anak angkat, tetapi elok saya berbincang bagaimana supaya proses legalisasi dokumentasi dapat dijalankan terlebih dahulu sebelum mengambil sebagai anak angkat," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga kementerian di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Muhammad kerana kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh.

"Urusan menghukum ini adalah urusan mahkamah, maka saya tidak boleh menghina mahkamah dengan mengenepikan apa yang diputuskan" katanya.

Muhammad pada mulanya disangka seorang remaja Rohingya, namun hasil siasatan mendapati ibu remaja itu merupakan warganegara Thailand manakala bapanya dari Kemboja.

Ahmad Zahid mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat ke penjara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebolehan Muhammad yang menarik minat pengikut laman media sosial. - Bernama

Gambar Belangkas