Monday, July 14, 2014

Rumah dirompak, keluarga Datuk Yusof Haslam masih trauma








KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kediaman pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam telah dimasuki perompak dan kejadian itu sekaligus menyebabkan keluarganya masih lagi berada dalam keadaan trauma.


Malah isterinya Datin Fatimah dan anaknya Syafiq seolah-olah tidak percaya dengan insiden yang terjadi kepada keluarga mereka.

“Syafiq yang paling trauma, dia tengok di CCTV, biliknya digeladah dan diselongkar… Kemudian perompak itu telah mengambil cincin serta jam tangannya,” katanya ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara H Live,’ Apa Kata Malaysia.’

Menurut Datuk Yusof, sebelum kejadian itu berlaku dia mengakui pernah bermimpi kediamannya yang terletak di Bukit Melawati dimasuki perompak.

“Saya pernah bermimpi rumah saya dimasuki perompak, ketika kejadian ianya adalah realiti bukan lagi mimpi lalu saya menembak dinding untuk menakut-nakutkan penjenayah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tuan rumah mempunyai hak untuk menembak penjenayah sekiranya keselamatan dan nyawa terancam demi mempertahankan diri.

“Dalam rumah kita memang ada kuasa, kecuali di luar rumah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak suspek atau penjenayah, itu di luar bidang kuasa kita, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan,” jelasnya.

Selepas kejadian itu, Datuk Yusof Haslam mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempertingkatkan lagi sistem kawalan keselamatan dan menambah bilangan CCTV di sekitar rumahnya. - Astro

Ugutan bunuh dalam FB

Alor Setar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.


Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.

Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.

"Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi dan berjaya menahan suspek petang semalam," katanya. - Mymetro

Mak nyah: Kem pemulihan takkan 'normalkan' kami

Pusat pemulihan tidak akan berjaya menukar golongan mak nyah menjadi lelaki “normal”.

Begitu tegas seorang wanita transgender yang hanya mahu dikenali sebagai Diana.


Ketika diwawancara Malaysiakini, Diana, 25, berkata langkah memasukkan golongan itu ke dalam pusat pemulihan bukanlah satu keperluan.

Malah, katanya, jika pakaian mereka dibakar pun, mereka masih dapat membelinya di luar kem tersebut.

"Sebenarnya ia tak perlu. Macam kami dimasukkan ke penjara untuk ubah kami, tapi apabila keluar dari penjara keadaan kami lebih teruk kami berpakaian.

"Dekati kami perlahan-lahan, bagi pengisian dari hati ke hati.

“Apabila kami didekati dengan ikhlas hati, kami juga akan ambilnya dengan perlahan-lahan, kami akan fikir sendiri," katanya.

Diana antara 17 golongan itu yang ditahan polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di Bahau bulan lalu kerana berpakaian perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan.

Beliau dilahirkan di Melaka, membesar dan menuntut di sebuah sekolah berasrama lelaki di Kuala Lumpur, menamatkan pendidikan peringkat diploma di Pahang dan kini menetap di Negeri Sembilan.

Menjadi transgender Muslim

Menurutnya, walaupun menjalani kehidupan sebagai mak nyah, beliau tetap mahu memenuhi tuntutan-tuntutan agama.

"Kami bukan pergi masjid drag (istilah mak nyah untuk berpakaian seperti wanita) pakai seksi, kami pergi masjid pakai biasa-biasa sahaja.

"Sebagai seorang transgender Muslim, rukun Islam itu antara anda dan yang di atas (Tuhan).

"Yang penting nawaitu (niat)," katanya. - Mkini

10 ciri-ciri anggota Al-Qassam

SUKAR untuk ditakrifkan sama ada Hamas dan Al-Qassam mempunyai cukup kekuatan untuk melawan rejim Zionis dalam mempertahankan bumi Gaza. Tetapi kekuatan kumpulan pejuang ini tidak boleh dipandang ringan oleh kuasa luar terutama Amerika Syarikat mahupun Rusia.


Anggota Hamas dan Fatah

Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (Hamas) dibentuk secara rasmi pada Disember 1987 iaitu ketika kemuncak Intifada Pertama yangt berlaku selama 10 tahun.

Ada sumber mengatakan, idea penubuhannya pernah tercetus sekitar 1973 iaitu lanjutan kelahiran pejuang gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ketika itu dikatakan ribuan mujahid sedang menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang ketika itu cuma merampas tanah Palestin pada 1948. Susulan dari itu, Ikhwanul menubuhkan cawangan barunya di Palestin sekali gus lahirlah HaAmas.

Ketua Hamas pertama pada 1987 ialah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya syahid pada 22 Mac 2004. Ia kemudiannya digantikan DrAbdul Aziz Ar-Rantisi.

Beliau bagaimanapun hanya sempat berkhidmat selama sebulan apabila dibedil oleh helikopter Apache Israel pada 18 April 2004.
Jawatan itu kini dipimpin oleh Sheikh Khalid Mish’al dan Sami Abu Zuhri.

Sepanjang perjuangan menentang Israel, Hamas juga berhadapan dengan parti kebangsaan Palestin iaitu Fatah pimpinan Mahmoud Abbas. Fatah adalah lanjutan dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yaser Arafat.

Terdapat sumber menyatakan Fatah mendapat perlindungan dari Israel dan Amerika Syarikat. Namun, sejauh mana dakwaan itu, tiada siapa yang tahu.

Briged Al-Qassam

Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti;

1 - Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2 - Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
3 - Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4 - Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5 - Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6 - Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7 - Puasa sunat dan bertahajud.
8 - Tahap kecerdasan tinggi.
9 - Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10 - Mengamalkan zikir harian.

SH

Misteri Kampung Anjikuni Hilang Tanpa Jejak!


Kes individu hilang secara misteri mungkin sudah biasa kita dengar. Tapi, bagaimana pula kalau satu kampung hilang secara misteri tanpa meninggalkan sebarang jejak?




Inilah yang berlaku di sebuah perkampungan berdekatan dengan Tasik Anjikuni di Nuvanut, Kanada.

Pada suatu malam, November 1930, Joe LaBelle yang merupakan seorang pemburu melintasi sebuah kawasan perkampungan di utara Kanada.

Sunday, July 13, 2014

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak


Kg Dew, Taiping

Alhamdulillah....
Hari Sabtu yang lepas (12/7/2014) ...
awok berkesempatan menyertai Majlis Bebuka Puasa Anjuran Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak, (Kelip-Kelip Kg Dew)...
majlis yang julung2 kali diadakan ini meraikan anak2 yatim dari kawasan Ulu Sepetang, Taman Berkat Simpang dan dari Kg Dew Seberang......

Dua orang kuat program ni... Encik Shukor dari Kelip-Kelip Kg Dew ...
dan Encik Zuk Yusuf dari Zuk Travel & Tours Sdn Bhd


Kalo diikutkan pada itenarary yang awok ada...

2.00 petang : Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk
4.00 petang : Agihan Bubur Lambuk kepada orang ramai
5.30 petang : Agihan Bubur Lambuk di Tol Kamunting
7.00 petang : Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah di Jeti, Solat Isyak dan Terawih Berjemaah di Masjid Kg Dew



Apa yang awok suka...
sikap kerjasama dan tolong menolong masyarakat setempat..
tanpa ada imbuhan.... deme tak berkira...
apalagi program ini meraikan anak2 yatim....
deme tak berat tulang.... dan selagi ada kemampuan....
Insyallah deme ada......

Sesi bungkus-membungkus ....
bergotong royong membawa berkat...




Sebaik sahaja agihan bubur lambuk dibuat kepada orang ramai....
terutamanya kepada penduduk setempat....
kami bergerak ke Tol Kamunting untuk agihan bubur lambuk kepada kereta yang keluar masuk di Tol tersebut....
walopon penat...ditambah cuaca yang agak panas...
tapi demi kerja-kerja kebajikan...Alhamdulillah.... panas pun tak terasa sangat....




Encik Shukor menyerahkan bubur lambuk kepada mereka yang melewati tol Kamunting...

Bila dah buat kerja-kerja amal ni....
rezeki datang tak disangka2....
tak tau dari mana ada yang menyedekah buah durian ni...
isinya??? perghhhhh.... meleleh ayo lio kalo cerita sekarang ni....

Imam yang didatangkan khas dari Masjid Kg Dew ....
Sebelum berbuka puasa.... Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa selamat.....

Antara anak2 yatim yang terlibat....
princess tuuuuu.....



apa yang menariknya....
anak2 yatim ini dibawa menyusuri Sungai Sepetang untuk melihat Kelip-Kelip yang ada disini ....
walopon anak2 yatim ini semuanya dari kawasan yang berhampiran....
tapi tak semuanya berkesempatan melihat Keli-Kelip disini.....
kesian pulak awok dengo nye.....
walopon pada malam tu bulan penuh...
tapi Kelip-Kelip masih dapat dilihat....






Selain itu, anak2 yatim yang diraikan juga diberi sedikit duit raya...
walopom tak semewah seperti NGO2 lain...
tapi sekurangnya dapat mengembirakan anak2 yatim yang hadir....
suka awok nak maklumkan...
dengan bajet yang sedikit.....
pihak Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak (KECAP) (Kelip-Kelip Kg Dew) berjaya menganjurkan majlis yang pada awok meriah...
yang penting anak2 yatim yang diraikan seronok....






SMKA Kerian kalo tak salah awok.....
satu-satu nya sekolah di Malaysia yang dipilih oleh Toyota untuk projek Green Nature deme...
deme memilih topik sampah di sungai sebagai projek deme.....

Penutup malam tu......
Signature Dish Jeti Kelip2 Kg Dew ..
MEE KETAM...

Penerbangan Domestik JB - Ipoh oleh Firefly




Firefly Perkenal Penerbangan Domestik JB-ipoh Bermula 15 Sept Ini

JOHOR BAHARU, 11 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang murah Firefly Bhd bakal memulakan penerbangan domestik ke destinasi baru, Johor Bahru ke Ipoh bermula 15 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ignatius Ong berkata penerbangan dalam negeri ini adalah yang ketiga dari Johor Bahru, selain penerbangan domestik dari Johor Bahru ke Subang dan Johor Bahru ke Kota Bharu.

"Penerbangan Johor Bahru-Ipoh pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad iaitu sebanyak empat penerbangan dalam seminggu terus ke Ipoh," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran penerbangan itu sempena pameran Malaysia International Travel Mart (MITM) 2014 di sini Jumaat.

Ong berkata sejak tempahan dibuka pada bulan lepas, sebanyak 45 peratus tiket sudahpun ditempah bagi penerbangan pertama pada 15 September.

"Kita memilih Ipoh kerana perjalanan yang lebih singkat dari Johor Bahru iaitu mengambil masa sejam 25 minit sahaja bagi perjalanan sehala. Pada masa ini, kita memang ada penerbangan luar negara ke Ipoh iaitu daripada Singapura," katanya.

Menurutnya, tambang yang dikenakan kepada penumpang adalah serendah RM69 sehala termasuk tambang dan cukai penerbangan.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong dan Pengarah Tourism Malaysia Johor Edzuar Zar Ayob Azari.



-- BERNAMA

Berita gembira untuk semua!!!!

Gambar Belangkas