Tuesday, July 8, 2014

Ipoh International Run 2014



Ok ... kita lari sikit dari tajuk2 bulan Ramadan ni.......
Sebelum ni ada awok up kan entri berkenaan dengan Ipoh International Run 2014 ni ...
dan macam yang kome tau...
banyak acara yang ditunda atau dibatalkan oleh kerana Kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak sebelum ini...
sebagai menghormati kemangkatan Tuanku negeri Perak berkabung untuk tempoh 100 hari dari tarikh kemangkatan Tuanku ....

tak terkecuali Ipoh International Run 2014 ....
walobagaimanapun..... acara larian antara yang terbesar di Malaysia ni akan diadakan pada 16 November 2014 nanti.......
dan tarikh tutup penyertaan juga dienjakkan ke tarikh 10 Oktober 2014 .......
pada yang berminat jangan segan2 dan jangan malu2 sertai acara larian terbesar di Ipoh yang bertaraf antarabangsa ini...
oh yeeee.... Ipoh International Run merupakan acara yang dikelolakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Perak.....
apalagi..... pergilah berlari!!!!..... hihihi





Buffet Ramadan 2014 di Perak - Daerah Larut Matang Selama & Daerah Kerian

Hotel Taiping Perdana

Hotel Seri Warisan

Taiping Golf Resort

SSL Traders Hotel

Flemington Hotel

Bukit Merah
Bukit Merah Laketown Resort
Parit Buntar
Melor Inn Coffee House

Lagi....
awok up kan entri buffet Ramadan 2014 di Daerah Larut Matang Selama dan Daerah Kerian...
sekali lagi pesanan awok..... jangan membazir nya...
dah ambik makan bio le habis.....
Selamat Berbuka Puasa!!!

Monday, July 7, 2014

Buffet Ramadan 2014 di Perak - Daerah Kinta & Daerah Perak Tengah


Ipoh
Ibis Styles Ipoh

Tower Regency Hotel & Apartments Sdn Bhd
Dubliners Cafe

Casuarina@Meru

Kinta Riverfront Hotel & Suites Sdn Bhd

Heritage Hotel

Syuen Hotel

Impiana Hotel

Ritz Garden Hotel

Batu Gajah

Seri Iskandar
D Hotel

Ok bermula dari waktu ni...
awok akan up kan entri mengenai Buffet Ramadan 2014 yang ada di seluruh Perak....
bermula dengan Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah...
untuk makluman Promosi Buffet yang tertera adalah hanya yang awok ada dan terima je....
selain daripada itu ...awok memang takde.....

P/S: Pesanan awok... kalo berbuka stail buffet... pastikan kita tak membazir...
P/S1: Insyallah akan awok kemaskini dari masa ke semasa selagi tak habis bulan puasa.....

'Suami memang panas baran'

Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam.
MELAKA - "Saya reda jika dia ditahan," kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafis, 17, remaja yang meninggal dunia akibat dipukul bapanya sendiri dengan kayu, kelmarin.

Menurut Siti Habibah, dia mahu suaminya itu bertanggungjawab terhadap perbuatannya memperlakukan anak sulung mereka sebegitu.

"Cuma saya terkilan kerana rasa pengorbanan saya selama ini tak berbaloi. Saya tinggalkan keluarga, sanggup dibenci keluarga dan sudah empat tahun tak balik kampung di Kelantan. Saya ada hubungi keluarga di kampung tapi mereka macam tak boleh terima saya lagi," katanya.

Menurutnya, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memang panas baran, namun sebelum ini sekadar meninggi suara dan memukul dengan tangan, tetapi tidak pernah menggunakan senjata termasuk kayu.

Selain itu, dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan suaminya yang tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak mereka berusia 4 hingga 16 tahun, termasuk seorang OKU, menyebabkan kesemuanya tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.

“Selepas kejadian ini, saya tekad cari kerja dan bina kehidupan baru bersama anak- anak. Cukuplah selama ini hidup berpindah-randah disebabkan sikap suami.

"Saya ingin melupakan apa yang berlaku dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam ketika urusan tuntutan jenazah.

Siti Habibah berkata, Allahyarham Muhamad Hafis yang mesra dipanggil Abang itu dikebumikan di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor. - SH

BRAZIL UPAH "DUKUN" IKAT KAKI PEMAIN JERMAN?

Rio de Janeiro: Selain terpaksa berdepan dengan Brazil, pasukan Jerman juga akan bertarung dengan ilmu hitam seorang dukun tempatan pada perlawanan separuh akhir esok.

Brazil akan turun tanpa bintang mereka, Neymar di Belo Horizonte

Bagaimanapun, dukun Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.

“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.


Foto
GAMBAR menunjukkan patung voodoo mewakili pemain bola sepak Brazil ditempatkan dalam kotak khas, kononnya untuk memberikan tenaga dan tuah kepada mereka. Ia sebahagian daripada ilmu hitam seorang dukun tempatan di Rio ketika pasukan tuan rumah itu bertemu Colombia, Jumaat lalu.

Di kedainya, ‘World of Orixas’ di kawasan kejiranan Madureira, utara Rio, Sillman menjalankan ritual ilmu hitam setiap kali sebelum perlawanan Brazil bermula.

Dengan menggunakan padang bola sepak kecil berbentuk kotak sebagai perantara ilmu hitamnya, dia meletakkan lilin yang dinyalakan mengikut warna kumpulan lawan dan patung voodoo pemain penting mereka.

Bagaimanapun, sumpahan Sillman ke atas bintang Colombia, James Rodriguez tidak mampu menghalang pemain itu menjaringkan gol dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Brazil dalam perlawanan suku akhir Jumaat lalu.

Selain itu, Sillman juga tidak berkuasa menghalang bintang Brazil Neymar daripada cedera tulang belakang ketika beraksi menentang Colombia, sekali gus memaksanya mengundur diri daripada perlawanan menentang Jerman.

Namun, Sillman berkata, keputusan perlawanan Brazil ketika menentang Cameroon, Chile, Croatia dan Mexico adalah hasil keberkesanan sihirnya.

“Brazil tidak berjaya dikalahkan oleh keempat-empat pasukan itu kerana sihir saya,” katanya. - AFP

Pesta makanan

Semlm  adik ipar nk mai buka posa d rumah.     istri pun x sempt nk msk, penat p melwat pak sedara operation....so tgs aku meronda d bazar utkvdptkan lauk dan kuih utk berbuka.

Selalu aku beli okan atau ayam dan sayur je. Tu pun ckp dah utk buka dan sahur. Bila ada tetamu kn la beli lebih jenis skit kan.

Lepas cek baki sen dlm kopek, aku pun mengoder dgn tenangnya. Ikan msk lmk, sambal ikan keli, pajeri, kari ayam, sayur pucuk, sambal petai dan ikam pekasam. Ok brp semua....rm50 lbh lg rm3. Mak ooo aku pun terkejut tp aku buat rilek jer byr.

Fuh mkn sungguh aku berbuka ari ni.....tp x pa adik ipar punya pasai. 

Ikan keli sekor rm4, masak cabai je. Ayam lak murah, rm3 je seketul masak gulai lak tu. Sayur dan lain2 tu ada kot sesenduk 2 kot, skt ja tgk.

Istri bacuh air bandung sejag, tiba2 srh aku p beli ais ketul nk buat sejag lg. Air teh panas jag kecik ja. Pergghh mmg meletop la kalu gini mknnya.

Dismping tu beli murtabak sebj ja tu pun rm2.50, karipap rm2 dpt 6 bj.
cukup dak g

Alhamdulillah walau byk membeli tp berjy di habiskan. Bkn aku habiskan, tp dah bungkuss bg sepupu, tinggalkan skit utk mkn sahur.

Almaklum la, sehari x mkn. Kalu boleh semua nk beli. X heran la walau byk mn pun gerai kat bazar tu tp msh mencapai thp jualan yg memuaskan. Walaupun ada makann yg di jual x sdp....sebab tu aku beli kt org yg aku dah biasa mkn nskn dia.

Jd utk mengimbangi balik kerakusan melantak ms berbuka, ms sahur aku x mkn nasi, ratah lauk je...hehehehe...

Alhamdulillah syukur kita d malaysia ni yg aman, makanan pun byk tp ramai yg terlupa hingga ada gak yg x makan sapei kebulur....ada yg kata bg makan kt pengemis, gelandangan mengotorkan....x bersyukur lasung. Kalu la Allah hentikan kekayaan makanan ni utk seminggu, mesti huru hara malaysia sbb rakyatnya yg x leh lupa dr memikrkan, bercakap, kongsi resepi d fb, upload gambar pasal makanan. 

Macam org d somalia yg berpuasa tp tiada makann utk berbuka dan sahur...masyaAllah....dah tetu pahala posa mrk lebih tinggi dr kita sbb dugaan berposa mereka yg begitu dasat.

Semoga puasa kita tahun mengajar kita makan sekadar perlu bkn krn sedap, mengejar pahala baik dln ibadah puasa atau dlm ibadah lain.

Wallahua'lam....




Sent from Samsung Mobile

Siapa Abu Bakr al-Baghdadi?

ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).


Pada 29 Jun lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.

Siapakah Abu Bakr sehingga beliau layak digelar dilantik sebagai ketua kumpulan itu?

Latar belakang

Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu Dua.

Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan sulungnya semalam. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau penggantinya, Ayman al-Zawahiri.

Menurut catatan biografi ditulis pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.

Abu Bakr yang fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad Salafi.
Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu Al-Bu’Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan sikap pemurah.

Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden Saddam Hussein pada 2003.

Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007.

Ketika dibebaskan pada 2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: ‘Saya akan berjumpa anda semua di New York’ dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki.

Selepas dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama’ah Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan beliau dilantik sebagai ketua.
Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah terwujud sejak Januari 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq.

Bagaimanapun Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).

Abu Bakr sertai ISIL, ISIS

Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda.

Empat tahun kemudian, selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.

Pada akhir 2011, Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya.

Abu Bakr kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Abu Bakr dan Ayman al-Zawahiri

Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan.

Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bagaimanapun, penggabungan itu dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq.

Dalam temu bual di radio, Abu Bakr berkata, “Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH SWT.”

Sejak dari itu,  hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS.

Pengaruh Abu Bakr di Syria

Pengaruh beliau amat kuat apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat akar umbi.

Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud.

Keghairahan untuk menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli akademik seperti sebelum ini.

Ketika mahu menakluki beberapa bandar di Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?.

Seseorang pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup muka.

Pengaruh Abu Bakr di Iraq dan potensi ke Asia

Satu pencapaian besar bagi ISIS adalah pada Jun lalu di mana kumpulan terbabit dapat menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan beberapa bandar kecil di utara negara itu.

Tindakan terbabit mengundang kejutan terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan masyarakat antarabangsa.

Oleh kerana tentera Nouri dan Assad mempunyai matlamat sama iaitu mahu menghapuskan ISIS maka ramai penganalisis berpendapat kumpulan itu mempunyai lebih berkuasa berbanding Al-Qaeda.

Pakar Keselamatan Timur Tengah Paul Sullivan dari Universiti Georgetown berpendapat, ISIS boleh mencapai kejayaan dengan perjuangan mereka.

“ISIS semakin berpengaruh dan sukar untuk mengawal ahli-ahli mereka. Kumpulan ini berkembang dengan cepat termasuk di beberapa negara di Asia. Mereka bukan golongan yang mudah untuk berbincang,” katanya. - SH

Gambar Belangkas