Friday, July 4, 2014

KISAH HARIMAU JADIAN DI SEBALIK MASYARAKAT KERINCI


Masyarakat Kerinci baik di Sumatera, Indonesia dan Kuala Lumpur sejak dahulu lagi memang terkenal dengan sifat merendah diri dan tidak begitu menonjol berbanding dengan masyarakat keturunan Jawa, Minang dan lain-lain di negara ini.

Justeru, tidak hairanlah banyak kisah-kisah di sebalik masyarakat tersebut termasuk cerita-cerita misterinya semakin hilang dan menjadi rahsia.

Ini kerana orang-orang Kerinci yang berhijrah ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah lama meninggalkan amalan dan kepercayaan harimau jadian itu di Indonesia.


Kumpulan pertama yang sampai ke Bukit Nanas pada waktu itu ialah keluarga Abdullah Ahmad bersama isteri, Fatimah Arfah dan ipar duainya.

Abdul Hakam Jamaluddin, 29, generasi kelima keturunan Abdullah Ahmad, berkata, kajian tentang sejarah penghijrahan masyarakat Kerinci mendapati Abdullah merupakan seorang yang alim dan tinggi ilmunya tentang agama Islam.

"Penghijrahan masyarakat Kerinci ke Tanah Melayu disebabkan beberapa faktor iaitu peningkatan ekonomi keluarga untuk menunaikan haji di Mekah. Sebelum berhijrah ke sini, keluarga Abdullah memang tiada kaitan dengan cerita harimau jadian," katanya.

Terdapat sebuah cerita tentang harimau jadian dalam buku Perihal Orang Melayu yang ditulis oleh Sir Frank Swettenham.

Dalam buku tersebut, diceritakan tentang harimau jadian yang menjadi kepercayaan masyarakat Kerinci di Sumatera.

Menurut buku itu lagi, orang Kerinci memiliki kebolehan bertukar menjadi harimau untuk menjaga keluarga, kebun dan harta benda, tetapi ia disangkal oleh masyarakat Kerinci.

Persatuan Waris Kerinci Kuala Lumpur, Mohd. Husaimi Ismail, 60, berkata, kisah harimau jadian ini umpama kisah dongeng.

"Di Kerinci, Indonesia sana..., ada banyak harimau. Semuanya yang betul dan bukan jadian," seloroh Husaimi mengenai kisah tersebut.

Tambahnya, langsung tidak pernah berlaku di kawasan penempatan orang Kerinci di Malaysia mengenai penduduk atau sesiapa sahaja mampu bertukar menjadi harimau.

"Kami penduduk di sini tidak pernah percaya tentang wujudnya harimau jadian yang dianggap syirik ini.

"Saya rasa kisah ini jadi pelik sebab ia hanya dipercayai oleh orang lain," katanya.

Menurutnya lagi, jika ada pun, ia adalah amalan ilmu sihir yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pendapat yang sama turut dizahirkan oleh Asril Sematludin yang berhijrah dari Indonesia ke Kuala Kubu Bharu pada 1970-an.

"Saya akui harimau jadian ini sering dikaitkan dengan orang Kerinci, tetapi itu cerita dahulu ketika masyarakat di sana belum memeluk Islam," katanya yang berasa sedikit hairan kerana kisah harimau jadian di Kerinci, Indonesia tidak lagi disebut seperti yang berlaku pada orang Kerinci di Malaysia.

Asril menambah: "Apabila saya datang ke sini (Malaysia), ceritanya lebih hangat berbanding di sana."

Selain itu, Asril yang dikenali sebagai Mamok Kincai Niang oleh masyarakat tempatan turut menyatakan kisah harimau jadian ini umpama cerita penglipur lara seorang pahlawan.

"Mungkin dahulu seseorang yang dianggap kuat dan bergelar pahlawan dikatakan mempunyai kuasa yang mampu mengubah dirinya menjadi harimau jadian.

"Justeru, untuk menjadikan dirinya dihormati dan digeruni maka diceritakan kebolehan yang tidak pernah dapat dilakukannya.

"Sekarang tiada lagi cerita harimau jadian, malah orang Kerinci (Abdullah Ahmad) yang menjadi peneroka di negara ini pun merupakan seorang yang alim dan mempunyai ilmu agama yang tinggi.

"Kalau disuruh ceritakan kebenaran dan bertukar menjadi harimau, pasti dia tidak dapat melakukannya," ujar Asril.

Petikan dari Utusan Melayu

Peluk Islam di hari jadi

Kita peluk islam bila hah???? Masa lahir tu terus kira Islam ka lagu mana????Tp mak kata pak azan la kat telinga kita.....So kita ni Islam keturunan la bukan macam yg dah besar masuk Islam. Depa kena mengucap la.....Kita pun kena mengucap gak...

Alhamdulillah....katanya petang marin Felixia sah peluk Islam. Dia peluk Islam selepas dia kenal Islam. Pastu suruh orang delete gambar lama dia yg x tutup aurat. Belajar semayang, posa, tarawih.

Kita pun Islam gak, tp sapei lo ni dok faham Islam. Masih lagi x tutup aurat, x semayang, x posa, x tarawih. Islam bukan tu saja. Sekadar contoh beberapa perkara wajib dalam Islam, fardu ain, fardu kifayah.



Orang bkn Islam nampak Islam ni lagu lain berbanding kita yg dah Islam dari kecik. Bagi mereka Islam ni sangat Indah, mudah, mesra, lembut, prihatin......tp bagi yg Islam keturunan ni menganggap Islam mengonkong, tu tak boleh ni tak boleh....padahal Islam lah cara hidup terbaik sebenar2nya. Tiba2 depa rasa depa lebih pandai dari alim ulamak pulak dah...Nampak sangat x bersyukur, kufur....Kalu la mereka dilahirkan sebagai seorang bukan Islam, agak2 jadi lagu mana???


Bersyukurlah kerana kita dah dilahirkan sebagai Islam, bersyukur gak kepda mereka yg diberi hidayah oleh Allah utk kembali kepada Islam...

Wallahua'lam


Perak Mosque Trail / Jejak Masjid Perak 2014




Alhamdulillah ....
Semalam bertempat di PORT (Place Of Remarkable Talent) di Ipoh...
telah selamat dilancarkan program Jejak Masjid Perak 2014 / Perak Mosque Trail 2014 ....
Program inisiatif PORT dan Tourism Malaysia Perak ini...
Insyallah akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ni...

sebanyak 7 buah Masjid (dalam banner kat atas tertera 8 buah masjid) telah dipilih untuk program perintis....
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid India Muslim Ipoh, Masjid Pakistani Ipoh, Masjid Negeri Ipoh, Masjid Paloh Ipoh, Masjid Dato Panglima Kinta Ipoh, Masjid Muhammadiah Ipoh (Masjid Cina Muslim)...
pelbagai program Insyallah akan diatur untuk mengimarahkan Masjid selain dari meraikan Masjid2 yang ada nilai sejarah...
kebanyakan masjid yang dipilih merupakan antara masjid yang berusia lebih dan hampir 100 tahun.....

lebih meriahnya semalam....
sebabnya Majlis Pelancaran ni juga serentak dengan Program Ziarah Ramadan 3 Buraq Oil......
selain itu jugak, semalam Imam dari Syria didatangkan khas untuk mengetuai Solat Tarawikh ....
serta ada persembahan bercirikan Islamik dipersembahkan....

Majlis Pelancaran telah dilakukan oleh YB EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian ....
Dato' Nollee Ashilin Dato Mohamed Radzi bersama-sama dengan Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) Encik Zul Said, Pengarah Tourism Malaysia Perak Tn Hj Ibrahim Seddiqi Talib dan Pengerusi Buraq Oil Encik Khairul ......
Gambo copy dari FB bro Dino ...
photographer rasmi Program Ziarah Ramadan3 Buraq Oil ...
antara pihak media dengan pihak agensi pelancongan yang hadir....
awok?? macam biasa... menyelit ....hikhihkikh....

Ana Raffali turut sama mengikut program Ziarah Ramadan 3 Buraq Oil ....
Gambo copy dari FB bro Dino ...

`PAGAR` HOSPITAL AGAR TIDAK DIGANGGU MAKHLUK HALUS


Makhluk Halus bernama Shasha Mengganggu Kakitangan Di Hospital Putrajaya adakah benar ?? 

"Hospital Putrajaya berhantu" ? Benarkah dakwaan ini? difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?


Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.

Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.

Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.

Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.

Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran. 

-Dr.Scan

Thursday, July 3, 2014

Outdoor Decor For Lake Homes

Camp Decor - Stylish Outdoor Camping Gear - Country LivingLake HouseCOCOCOZY: May 2011Do you like this lake sideLake House Signs | Lake House Gifts | Lake Wear | Lake House Decor ...for you lake house decorLake House Signs | Lake House Gifts | Lake Wear | Lake House Decor ...Lake House Signs | Lake HouseDOORMAT OUTDOOR « Door MatsHome Tour; Outdoor DecorTimber Houses | Modern House

Shower Curtains Seashells

Beach Augers and Cone Seashells Shower Curtain by SurfandBeachLifeFancy Seashell Shower CurtainHampton Shells Shower Curtain and HooksSeashell Shower CurtainShower Curtains & Bath Accessories - Shower Curtains & Hooks ...Sarasota Seashells ShowerSeashells Lace Shower CurtainSeashells Lace Shower CurtainSea Shell Shower Curtain: Bath : Walmart.Sea Shell Shower CurtainBuy Sea Shells Curtains, Sea

Wednesday, July 2, 2014

Suara Ghaib Yang Berbisik..


Suatu petang pada tahun 1997, seorang wanita Britain yang mesra dipanggil Ab, sedang berehat di balkoni rumahnya sambil membaca majalah.




Gambar hiasan.

Ketika sedang khusyuk membaca, tiba-tiba Ab terdengar satu bisikan suara, seolah-olah sedang berbicara kepadanya.

"Jangan takut. Kami tidak berniat jahat. Memang kamu akan terkejut, tapi hanya ini satu-satunya cara untuk kami berkomunikasi

Gambar Belangkas