Wednesday, July 2, 2014

MINUM `DARAH` DI CAFE PUNTIANAK?

`Serangan pontianak` kini menular ke China! Kali ini membabitkan kegilaan yang dibawa sebuah kafe di bandar Benxi yang mengenengahkan tema ala pontianak yang di inspirasikan daripada siri drama ‘The Vampire Diaries’.

Pengunjung kafe ini berpeluang memuaskan ‘ketagihan darah’ mereka dengan minuman yang mempunyai warna seakan darah dan lebih ironi lagi ia disajikan dalam beg darah.

Menurut laporan media, pelayan di kafe berkenaan berpakaian seperti doktor dan jururawat dalam menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.


Ia disajikan di dalam bilik dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.
PELAYAN kafe berpakaian seperti doktor dan jururawat ketika menghidangkan minuman kepada pelanggan.

Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.

Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka.

Pembukaan kafe dengan tema pelik itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.-Agensi

Suspek kes bunuh Timbalan KP Kastam ditahan

KUALA LUMPUR 2 Julai - Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu akhirnya berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang kira-kira pukul 5 pagi ini.


Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves.
"Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi 26 April lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.

Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki itu tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
 
www.utusan.com

Muhammad Rizalman dihantar balik ke New Zealand

Anifah Aman
SHAH ALAM – Wisma Putra hari ini mengesahkan diplomat Malaysia yang merupakan suspek kepada sebuah kes serangan seksual terhadap wanita berusia 21 tahun akan dihantar semula ke New Zealand.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhammad Rizalman Ismail yang merupakan bekas pembantu kakitangan pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington akan kembali untuk membantu siasatan dalam kes itu.

Keputusan itu disampaikan oleh beliau kepada Menteri Luar New Zealand, Murray McCully pada petang ini.

"Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan ini akan memberi peluang kepada suspek untuk bekerjasama  sepenuhnya bagi membantu pihak berkuasa New Zealand terhadap siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan yang dibuat terhadapnya.


"Malaysia mempunyai keyakinan dalam sistem undang-undang New Zealand dan mempunyai keyakinan tinggi bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil di bawah undang-undang ini," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menjamin  akan menyediakan bantuan undang-undang kepada tertuduh sekiranya perlu.

Suspek didakwa mengekori dan menyerang seorang wanita berusia 21 tahun secara seksual di rumahnya di Wellington pada 9 Mei lalu.

Beliau dihadapkan di mahkamah New Zealand pada 10 Mei bagi perbicaraan kali pertama dan dibawa pulang ke Malaysia kerana beliau didakwa mempunyai kekebalan diplomatik. http://www.sinarharian.com.my

Beri atau minta sedekah boleh disaman

Undang2 baru bakal dilaksana bg membendung kehadiran pengemis yg boleh mencemarkan imej negara.

Mmg memcemarkan, org akn mengatakan negara kita miskin, x leh bantu rakyat bekerja atau memberi bantuan sehingga mereka terpaksa mengemis.

Ada jg d klngan pengemis adlh dr warga asing. Ada gak yg menipu dek krn hasil kutipan yg tinggi.

Tp patut ka di saman. Yg beri pun nk kena saman. Siasat dulu. Pasal pa depa mengemis.....

Yg sedihnya ada gak org buta duk jual tisu, main musik, menyanyi sambil minta sedkah. Adakah ada sindiket di sebalik kehadiran mereka ni. Kena siasat, depa mai lagu mn, blk lagu mn. Dah bertahun dah minta sedekah tang tu....duk tara tu gak. Kot hasil kutipan bnyk boleh buat modal menega ka.....xdak sapa tolong ka.....

Kalu boleh tolong tgk dulu.....kena gaya baru saman.....di bulan mulia ni....

Elok rujuk la ustaz2, ulamak2, mufti2 dulu dih......

Wallahua'lam.....


Sent from Samsung Mobile

Bathroom Lighting Sconces

Wall Lighting - Indoor Wall Sconces, Bathroom and Vanity Lighting ...Wall Sconce Lighting TipsBathroom Vanity Lights | Decorative, Task, Ambient, Accentbathroom light sconcesbathroom wall sconces | Bathroom PictureBathroom LightingBathroom Lighting Designbathroom lighting sconcesBathroom LightingLarkspur Wall Sconce by TechBathroom Lighting Fixtures 2013 | Sink, Mirrors, Pendantbathroom wall

Penjawat awam terima RM500 sempena Aidilfitri


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

Selangor Umum Bonus Sebulan Gaji

Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus tahunan dan sempena sambutan Aidilfitri ini kepada semua penjawat awam, hari ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian bonus itu  melibatkan seramai 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dengan peruntukan sebanyak RM32.7 juta.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan. - SH

Gambar Belangkas