Monday, June 30, 2014

'Atas prinsip...saya letak jawatan'

SHAH ALAM - Kesal dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan, Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memutuskan untuk melepaskan jawatannya.

Saifuddin berkata, tindakan tersebut dilakukan adalah sebagai tanda sokongannya terhadap Mohamad Redzuan, serta atas prinsip kebebasan akademik.

“Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah Pengarah-Pengasas Umcedel dan Dekan Fakulti Sains Sosial UM.


“Oleh kerana arahan daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, beliau diarah meletak jawatan sebagai Pengarah Umcedel. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," ujar Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

“Hari ini, beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah FSSS). Saya tahu akan cerita ini sejak awal (melalui beliau dan Naib Canselor UM)...," kongsinya lagi di laman sosial Facebook miliknya.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Kajian Umcedel yang kerap kali ‘memihak’ kepada Pakatan Rakyat dianggap sebagai antara punca Mohammad Redzuan dipaksa melepaskan jawatannya.

Antara hasil kajiannya ialah sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menurut laman sesawang UM, Mohammad Redzuan berkhidmat sebagai Pengarah Umcedel dari 26 Febuari 2012 hingga 31 Disember 2014. - SH

Ahli syurga

Kalu nak dinilai, walau dah dicop ahli syurga....tp dilahirkan cacat, ada yg dibuang, di bunuh, dibaling, diabaikan hingga kebulur.....betapa mahalnya syurga tu.

Tp bl dia berada d syurga, dia ttp mencri ibu, x terlintas lansung kesalahan yg dibuat ibunya, bahkan sedia memaafkan. Itulah ciri2 ahli syurga. Menahan marah dan sedia memaafkan.....

Sedangkan kita diberikan rahmat, rezki yg melimpah tp cpt je melenting, skit2 merungut, dengki, ssh memaafkan malah dendam lg kot atas....












Wallahua'lam....


Sent from Samsung Mobile

Buka puasa dengan nasi arab home made

Tgk kengkawan dok sibuk beli, kita pun beli p la. Boleh try buka posa satni....Ada member yg dah try kata sedap, lebih krg macam nasi arab kat restoran tu la....

nin dia nasi arab home made...

Kata  nya 1 kotak ni boleh makan 5 org. Elok sgt, kalu x abis boleh simpan sahur lak....


Harga rm15 ja sekotak. Kira ok la tu.....cuma ayam dan yg lain tu kena tambah sendri la. Dia bagi nasi basmathi  ngan rempah jer.....Mintak2 jadila macam dalam gamba tu....heheheh. Ni buat x sabar nak buka posa ni....

Selamat mencuba.....

Sunday, June 29, 2014

Derian Batu Kughooo

La ni derian top dr batu kurau tgh runtuh. Bukan buah ja runtuh, harga pun runtuh sampi sekilo 5 kupang...

Panjat bukit turun bukit last2 juai dapat 5 kupang ja sekilo. Nak wat gena, tu la rezki org kapong. Selain pisang, kelapa, manggis, lasat, dokong, mottan, tokek pinang dll lagi.

Buah kecik2 jer
Dah start posa ni x leh la nak makan banyak2. Simpan buat serawa sikit cicah roti jala. Buat agar2 pun ok gak. Bagi ke jiran la skit....

Selonggok ni x sapei rm50
Isi dia ada nipis ada tebal. Tp aroma dan lemak nya tu yg x tahan tu...Pergghh...terangkat ooo. Sapa yg x suka makan derian tu mmmg rugi lae...

kucing tido...
Kebanyakan poko derian di bt kuroo ni duk atas bukit. Kebanyakan yg naik ambik buah guna moto skrembler.....pikap power nk panjat bukit dey....

mau 2 trip gak nk wak turun ni

perghhh...

Salam Ramadhan 2014/ 1435h

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan merebut ganjaran yg berlipat ganda di bulan yg mulia penuh keberkatan kerahmatan dan keampunan...Banyak peluang terhidang selain juadah berbuka yg perlu dibeli dan berhimpit2 berebut di bazar ramdhan. Cuma bezanya ganjaran pahala oleh Allah x nampak di mata kassar hanya boleh dilihat oleh iman dan jiwa yg suci yg selalu mengharapkan rahmat dan ehsan tuhan maha esa....

Mana lebih enak lepas sahur, tidur ka p subuh jemaah kat mesjid.....????
Mana lebih rilek, p teraweh ka duk rumah tgk tv....lepak2 ngan kawang makan kerang rebus?????

Pilihan itu menilai sejauh mana kita nampak apa yg Allah janjikan dan apa yg dunia sajikan...




Wallahua'lam....

Kitchen Accessories With Apple Theme

Best Kitchen On The World: Apple Kitchen AccessoriesApple Kitchen Decor ThemeBest Kitchen On The World: Apple Kitchen AccessoriesApple Kitchen Decor ThemeFruit Theme Decorations, Ideas and Functional AccessoriesGreen and red apple kitchenFruit Theme Decorations, Ideas and Functional Accessoriesapple kitchen decorationsApple Theme Kitchen DecorationsAccessories for The AppleFruit Theme Decorations

Tentera Iraq lancar serangan balas

SEORANG askar Iraq memegang peluru dekat senjata api di gurun yang terletak antara Kerbala dan Najaf, selatan Baghdad semalam. - REUTERS

BAGHDAD - Tentera Iraq melancarkan satu serangan besar-besaran semalam untuk mengambil semula wilayah utara negara ini yang telah dirampas militan Sunah.


Fokus utama tentera Iraq itu adalah Tikrit yang terletak 140 kilometer ke barat laut Baghdad dan Mosul yang merupakan bandar raya kedua terbesar Iraq.
Pihak tentera berjaya mengambil semula Awia, yang merupakan bandar kelahiran bekas Presiden Saddam Hussein di Tikrit.

"Anggota-anggota tentera telah membebaskan Awia. Tikrit akan menjadi kubur besar untuk golongan militan.
"Kami telah melakukan sekatan di semua saluran keluar dan mengetatkan kawalan di sekitar Tikrit sebelum melakukan serbuan dari semua arah," kata seorang pegawai tentera.

Dalam pada itu, seorang saksi berkata, sejumlah besar anggota tentera yang dibantu dengan pelbagai jenis senjata api semakin mendekati kawasan selatan Tikrit,
"Pembinaan kekuatan besar-besaran askar itu adalah untuk menyuraikan anggota-anggota Kumpulan Islam Iraq dan Syam (ISIL) keluar dari bandar-bandar," kata saksi berkenaan.

Media Iraq yang memetik sumber-sumber ketenteraan melaporkan, anggota-anggota tentera yang setia kepada Perdana Menteri Nouri al-Maliki berjaya menawan semula Universiti Tikrit dan sejumlah kampung di Tikrit.

Pihak tentera turut memperhebatkan serangan ke atas ISIL di Mosul.
Anggota-anggota ISIL itu telah menguasai kebanyakan kawasan penduduk Sunah dekat sempadan Syria dan Jordan.

Iraq berdepan dengan serangan keganasan lebih setahun lalu.
Pihak ISIL dipersalahkan berhubung kebanyakan serangan ganas itu. - dpa

Gambar Belangkas