Friday, June 20, 2014

Entry Hall Pictures : HGTV Dream Home 2013

HGTV Dream Home 2013: Entry Hall Tour : Dream Home : Home & Garden ...The HGTV Dream Home 2013:Entry Hall Pictures : HGTV Dream Home 2013 | Modern Furniture DesignEntry Hall Pictures : HGTVEntry Hall Pictures : HGTV Dream Home 2013 | Modern Furniture DesignEntry Hall Pictures : HGTVDH13_Winner-Ambush-Two_4x3_al.jpgPhoto: HGTV Dream Home 2013HGTV Dream Home 2013 Giveaway Accepting Entries Through

Bekas penolong pegawai kementerian wanita didakwa peroleh rasuah RM600,000

Seorang bekas penolong pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap enam pertuduhan memperoleh rasuah hampir RM600,000.


Hazmi Samsudin, 39, bertugas sebagai penolong pegawai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketika kejadian di kementerian itu, didakwa menerima sogokan antara RM98,455 hingga RM99,640.

Mengikut pertuduhan, bagi pertuduhan pertama dan keenam, Hazmi didakwa memperoleh rasuah 10% daripada setiap enam projek kerajaan melalui enam syarikat berlainan dengan perantaraan seorang individu bernama Zainal Arifin Lahuri. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Datuk Onn, antara Jun 2011 dan Oktober 2011.

 Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim yang mewakili tertuduh merayu kepada mahkamah agar mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja dan ibu bapanya.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula. Hazmi membayar jaminan itu. – Bernama, 20 Jun, 2014.

Malaysia perlu cop haram bukan cop halal

SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini. - SH

Pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara ditutup

Sekumpulan penduduk Surabaya menandatangani ikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran.
JAKARTA – INDONESIA. Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup selama-lamanya Rabu lalu.


Menteri Sosial Indonesia, Salim Segaf Al Jufri berkata, apa yang perlu dikekalkan di kawasan itu adalah sesuatu yang positif, lapor VivaNews.

“Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya. “Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini," katanya.

Dalam pada itu, Salim turut memuji pihak berkuasa bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

Ekoran penutupan Dolly, satu perhimpunan dibuat di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini, ahli majlis perundangan wilayah, golongan ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly.

Perhimpunan yang diadakan itu turut disusuli perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran.

Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan. - SH

FOUNDER PENYINGKAP FAKTA MASUK WAD


Selepas solat Jumaat tadi pihak admin PAGparanormal telah menerima satu berita mengenai `founder` Penyingkap Fakta dan orang kuat sebuah stesen tv iaitu Mazidul Akmal Sidek telah di masukan ke sebuah hospital akibat terjatuh.Namun kesahihan dan berita tepat mengenai kejadian yang menimpa diri beliau masih belum diketahui.

Doa kami semoga beliau cepat sembuh.


Di sini admin terpanggil untuk berkongsi sedikit doa-doa harian untuk kita amalkan.

Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. 
Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. 
Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. 
Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. 
Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. 
Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. 
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. 
Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah, 
aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya 
dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. 
Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah 
dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)

Doa Nabi Ayyub A.S
Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, 
wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, 
sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. 
(Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)

Doa luka atau penyakit bernanah
Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah, 
dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki,
sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)

Doa penyakit demam
Bismillaahil kabiir, 
na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, 
kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung 
dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)

Doa ketika sakit bengkak
Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

Ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, 
kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)

Doa mohon diberikan kesihatan
Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, 
ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata 
‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, 
hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. 
Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, 
dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)

Doa setelah pembedahan
Allaahumma ighfir lanaa warhamnaa wardha 
‘annaa wataqabbal minnaa wa adkhilnaal jannata 
wa najjinaa minan naar wa ashlih lanaa sya’nanaa kullahu

Ertinya :
“Ya Allah, ampunilah kami, sayangilah kami, ridhailah kami, terimalah kami, 
dan masukkanlah kami ke dalam surgaMu. 
Selamatkan kami dari api neraka dan perbaikilah seluruh
kondisi tubuh kami”
(H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Doa meminum ubat
Bismillaahi asysyaafi, 
bismillaahi al kaafii, 
bismillaahi al mu’aafi. 
Bismillaahi alladzii 
laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, 
dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, 
dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. 
Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, 
baik yang di bumi maupun yang di langit. 
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa penyakit mata
Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii 
wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini 
dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. 
Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku 
dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)

Doa mengatasi kemandulan
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul-waaritsiin

Ertinya :
Dengan nama allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian 
dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris”
(Q.S. Al Anbiyaa’ 21:89)

Thursday, June 19, 2014

Kau lupa janji


Byk betul kes cerai la ni. Yg artis la yg selalu dihebohkan. X krg jg org biasa. Artis pun manusia biasa gak kan.

Tp yg sedihnya bl bercerai, org ramai buat tanggapan mcm2. Semestinya lah menghina psgn tersebut pdhal xtau pun hal sebenar.....ni kira fitnah dah ni. Berat ooo dosa fitnah.

Kalu x tau lebih baik diam. Nnti jd mcm kes tuduh org berzina lak, xcukup bukti yg tuduh akan dihukum.

Yg lebih sedih lg saling memburukkan antara pasangan yg bercerai. Yg sudah tu sudah la. Cerita kt mahkamah ja sudah. Cerita bekas isteri dia gitu gini. Yg bekas suami la gitu gini. Apa perasaan ank2. Padahal yg dikutuk dihina dikata mcm2 tu adalah mak bapak diorg walau pun dah berpisah. Bkn bertukar jd bekas ibu atau bekas ayah.

Suka ka kalu org kata mak pak kita mcm tu mcm ni. Walaupun betul ttp x leh kata. Lain la utk sbg nasihat kt ank2 dia spy jgn ikut perangai mcm tu. Kalu org lain elok dirahsiakan sapa org itu kan. Bg contoh ja; vkn nm sebenar....

Masa msh suami isteri pun dah saling memburukkan aptah lg bl berpisah dah.... Elok disimpan sj aib suami atau isteri walaupun sebnrnya org lain pun paham dah.

Wallahualam....

Sent from Samsung Mobile

BAWA `SI MATI` MELANCONG??

Beijing: Ada yang memilih untuk menulis sajak, sesi terapi atau mencari penyelesaian yang lebih buruk apabila kehilangan orang yang disayangi.

Namun, seorang wanita di China mengambil pendekatan berbeza.


Jinna Yang, 25, memilih membawa kadbod yang dibuat menyerupai bapanya untuk mengelilingi Eropah bagi menunaikan impian bapanya sebelum meninggal dunia akibat barah perut pada usia 52 tahun.

Bapanya, Jay Kwon Yang yang pernah bertugas sebagai jurutera alam sekitar, membesarkan Jinna dan adik beradiknya secara sendirian selepas bercerai.

JINNA bersama kadbod gambar bapanya di Blue Lagoon, Iceland.

Dia yang juga ahli perniagaan mengenepikan impiannya menjelajah Eropah dan turut melupakan hasrat untuk menjadi pemain golf profesional semata-mata kerana untuk membesarkan anaknya.


Bagi Jinna, April di dedikasikan khas untuk menyempurnakan impian bapanya walaupun hanya mampu membawa replika kadbod bapanya mengunjungi Eropah.

Dia bersama ‘bapanya’ mengunjungi tempat terkenal seperti Paris, Itali dan Iceland sambil merakamkan gambar kenangan di lokasi berkenaan untuk merasai ‘kehadiran’ bapanya di sisi.

Kadbod itu disiapkan bapa rakannya yang bertugas sebagai pereka industri dan direka khas agar mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana.

‘Percutian keluarga’ itu menarik perhatian orang ramai yang melihat Jinna bergambar bersama kadbod potret bapanya.

“Selalunya apabila anda melihat kadbod bersaiz manusia, ia pasti mereka yang terkenal seperti Justin Bieber atau One Direction dan kebiasaannya berada di bilik tidur kanak-kanak. Ramai yang turut bergambar bersama kadbod bapa saya,” kata Jinna.- Agensi

Gambar Belangkas