Sunday, June 15, 2014

Romantic Floors Made Of Glass On Top Of Water

romantic floors made of glass on top of water | Best Modern ...found on the top floor, glassromantic floors made of glass on top of water | Best Modern ...glass doors The roof topromantic floors made of glass on top of water | Best Modern ...romantic floors made of glassromantic floors made of glass on top of water | Best Modern ...romantic floors made of glassromantic floors made of glass on top

Saturday, June 14, 2014

Pelik! Pokok Kurma Di Kota Bharu Lebat Berbuah


Penduduk bandar Kota Bharu, Kelantan pelik apabila beberapa batang pokok buah tamar yang ditanam pihak berkuasa tempatan tujuh tahun lalu, kini lebat berbuah.




Laporan laman Facebook Daily Traffic Report menyebut 37 pokok berkenaan ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Ia ditanam

Ratu Cantik Indonesia meninggal dunia dalam kemalangan

JAKARTA: Miss Jakarta 2004, Rizka Ismalia Putri Iskandar meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di jalan tol Kamal di Jakarta Utara pada Khamis.


Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.

"Pemandu teksi itu dikatakan hilang tumpuan dan gagal mengawal kenderaannya," kata Miyanto seperti yang dipetik Kompas.com pada Khamis.

Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.

Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.

Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk. - Astro

AS tawar ganjaran sebanyak AS$57.93 juta untuk maklumat pejuang Islam

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menawarkan ganjaran sebanyak AS$18 juta (RM57.93 juta) berhubung maklumat mengenai empat pejuang Islam di Afrika.



Jabatan Negara AS semalam menyatakan empat pejuang itu beroperasi di utara dan barat Afrika.
Menurut jabatan itu, pihaknya menawarkan sebanyak AS$5 juta (RM16.09 juta) untuk maklumat bagi setiap tiga pejuang Islam iaitu Khalid al-Barnawi, Hamad el Khairy, dan Ahmed el Tilemsi.

Kesemua mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Mereka menyasarkan warga Barat yang berada di barat Afrika termasuk di Nigeria, Niger dan Mauritania.

Jabatan tersebut juga menawarkan maklumat sehingga AS$3 juta (RM9.65 juta) berhubung maklumat sehingga tertangkapnya seorang lagi pejuang Islam, Abu Yusuf al-Muhaiir. - AP

Iran sanggup bekerjasama dengan AS

TEHERAN - Iran mungkin menimbangkan untuk menjalin kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menentang anggota-anggota Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam, kata Presiden negara itu, Hassan Rohani kepada pemberita semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan sama ada kepentingan bersama akan menyebabkan AS dan Iran menjalin kerjasama.
Sebelum ini AS dan Iran merupakan musuh tradisi yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik sejak lebih tiga dekad lalu.


"Jika kami melihat AS mengambil tindakan menentang kumpulan pengganas di Iraq, kita mungkin akan berfikir mengenai perkara itu," kata Rohani.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar yang diadakan sempena setahun beliau menjadi Presiden.
Kelmarin, Presiden AS, Barack Obama menyatakan, Washington menimbangkan beberapa opsyen berhubung isu Iraq.

"Kami tidak akan menghantar semula askar-askar AS untuk bertempur di Iraq. Namun, saya meminta pasukan keselamatan kami untuk menyediakan opsyen lain yang dapat membantu pasukan keselamatan Iraq," kata Obama. - Agensi

Lelaki misteri ketuai serangan di Iraq

AS tawar RM32.08 juta tangkap Sheikh Au Bakr al-Baghdadi

MOSUL: Digelar “individu paling berbahaya dunia” oleh majalah TIME dan “bin Laden yang baru” oleh majalah Perancis Le Monde, Abu Bakr al-Baghdadi adalah pemimpin jihad paling berkuasa dunia ketika ini.

Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$10 juta (RM32.08 juta) untuk penangkapannya. Beliau dikeluarkan daripada Al-Qaeda namun berjaya menawan Mosul, hab minyak yang berada di persimpangan penting antara Iraq, Turki dan Syria.

Tidak banyak rekod individu misteri ini kecuali biografi beliau yang diterbitkan kumpulan jihad. Berlatarbelakangkan keluarga agama dan pendidikan tahap kedoktoran dalam pengajian Islam dan sejarah, beliau sebelum ini hanya seorang penceramah. - BHarian

Selamat Bertunang, Amir (Raja Lawak) Kahwin Tahun Depan

PETALING JAYA: Peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) iaitu Amir masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Intan.


Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, bagaimanapun berkata, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan selepas mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan dirumah pihak perempuan di Sungai Besi, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan kami akan bertunang selama setahun.

"Bagaimanapun masih belum ditetapkan tarikh sebenar kami akan bernikah namun menjangkakan ia akan dilangsungkan lebih awal daripada tempoh bertunang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Amir sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya selepas enam bulan berkenalan.

Perasaan cinta tersebut berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak.

Dalam pada itu, Amir berkata, mereka merancang majlis berkenaan sejak sebulan lalu selepas hubungan tersebut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan syukur semua yang dirancang berjalan dengan baik. Paling penting ia mendapat restu daripada kedua-dua keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, Intan adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri kerana wanita berkenaan sangat memahami dan sentiasa menyokongnya dalam pelbagai perkara.

Jelas Amir lagi, Intan juga adalah orang yang bertanggungjawab menyakinkannya untuk memulakan perniagaan dan sentiasa menyokongnya sehingga usahanya membuahkan hasil.

"Selain itu Intan seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah mengongkong saya, itu adalah sikap dia yang paling saya kagumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, selain sibuk dengan aktiviti seni dia kini semakin ligat mempromosikan sabun pencuci (detergen) yang dijualnya sejak beberapa bulan lalu.

Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164. - Mstar



Gambar Belangkas