Gambo copy paste dari FB kengkawan awok....... |
Baru-baru ni ada awok up kan entri berkenaan Teater Muzika Ramlee
Teater arahan saudara Ard Omar ni telah dipentaskan di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Perak....
pada 23 & 24 Mei yang lalu......
walopon diterbitkan dalam skala yang kecil....
tapi apa yang awok tau....
tiket untuk 2 hari ni SOLD OUT .....
lupe awok nak kabo....
Teater ini dibawakan oleh Persatuan Kesenian & Kebudayaan Daerah Kinta dan pihak JKKN Perak....
awok berkesempatan menonton teater ni pada hari kedua (Sabtu 24/05/2014)....
awok udah lama tak menonton teater...
dan teater yang terakhir sekali awok tonton ialah Ronggeng Rokiah di Istana Budaya....
uiiii.... lama gila.....
yang bestnya awok dapat duduk di seat kedua depan pentas....
memang mabeles....
awok terhibur dengan persembahan teater ni....
walopon sistem audio nya kadang2 mengganggu kita.....
awok cukop gemo bila scene penanyi undangan nya Nona Asiah (sila google kalo nak tau sapa dia)....
penyanyi tu menyanyi sebijik suara Nona Asiah.....
oh ye...
sinopsis teater ni lebih kurang macam ni....
"Tiga sahabat (Osman Zailani. J.Jamil & Kassim Selamat) bekerja di sebuah kelab malam kepunyaan Tn Hj Bakhil...... Kelab Malam ni kiranya tak berapa terkenal la di Malaya masa tu....... dan pada satu malam tu.... tiga bujang lapok tu berlagak kononnya deme ni tuan manager kelab ni........ deme terkantoi bila Tn Hj Jamil datang ke kelab masa malam tu...... dan deme bertiga Tn Haji Bakhil pecat dengan serta merta....... tapi..... hasil pujukan Salmah (Pekerja yang cantik berkerja di kelab tu jugak)...... dan tiga bujang lapuk ni merayu.....
deme berjanji untuk membawa P.Ramlee untuk menyanyi di Kelab Tn Hj Bakhil.... tujuannya supaya ramai yang datang ke kelab ni....... disini le yang bermula lawak dan lucu bila deme terpaksa mengotakan janji pada Tn Hj Bakhil untuk membawakan P.Ramlee ke Kelab ni.....
ada scene dimana Ketua Samseng yang konon2nya Ibrahim Pendek(tuan punya bangunan ni) menyerbu kelab ni bila tahu P.Ramlee nak datang ke kelab ni..... Ibrahim Pendek tak suka P.Ramlee datang ke sini disebabkan hutang lama P.Ramlee dengan dia..... tapi disebabkan pujukan Cik Salmah ...Ibrahim Pendek cair dan setuju dengan cadangan P.Ramlee menyanyi ke kelab ni...
Tiga Bujang Lapok tadi terpaksa mencari mana-mana orang yang hampir menyerupai P.Ramlee untuk mengelabui mata Tn Hj Bakhil dan pengunjung ke kelab malam ni..... sampei le akhirnya..... bila Ketua Samseng dan konco2 nya serta pengunjung kelab malam udah tak sabo... disebabkan P.Ramlee masih tak muncul2 lagi.... tengah kelam kabut bergaduh itu la.... tiba2 sayup2 muncul satu suara dari luar menyanyi lagu P.Ramlee..... yang awok suka tu.... boleh pulak pelakon yang melakonkan watak P.Ramlee tu ...... suaranya lebih kurang macam P.Ramlee, berpakaian macam P.Ramlee dan gerak gaya sebijik macam P.Ramlee....... apa yang Tn Hj Bakhil, Ketua Samseng dan pengunjung kelab tak tau....... P.Ramlee yang muncul tu sebenonye P.Ramlee celup..... kengkawan bujang lapuk bertiga yang bernama Omar..... kekekekek.....
apa yang penting penonton suka dan terhibur.......
gambo2 ni semuanya awok ambik dari fb kengkawan awok...
awok tak bawak kamera masa malam tu......
awok enterframe gambo deme je.....
Scene dimana tetiba ane yang bergaduh dengan bini nya dalam Filem Seniman Bujang Lapok muncul... bergaduh dengan bini nya dalam kelab malam..... |
Scene akhir setelah P.Ramlee muncul ..... deme menyanyi gembira .... misi berjaya.... |