Monday, May 5, 2014

MELANCONG DI JERMAN PART 4 - MELAWAT NEUSCHWANSTEIN CASTLE

Pengembaraan kami di negara Jerman bermula di Frankfurt, kemudian kami ke Stuttgart dengan memandu sendiri untuk belajar serba-sedikit tentang sejarah kereta sebelum meneruskan pemanduan ke Schwangau. Pengalaman memandu di Jerman juga ada saya ceritakan di entri sebelum ini.

Sebenarnya kalau kita sebut nama bandar kecik Schwangau ni, memang ramai yang tak tahu. Tapi bila sebut Neuschwanstein Castle, rasa2nya ramai yang tahu. Di bandar kecil inilah terletaknya istana yang menjadi inspirasi logo citer Cinderella dan logo Disney tu.. Schwangau terletak di Fussen.

Inilah Neuschwanstein Castle yang disebut-sebut orang

Pemanduan kami dari Stuttgart ke Schwangau di temani dengan pemandangan yang amat cantik. Saya memang leka melihat kiri dan kanan jalan untuk adsorb semua pemandangan cantik tu.

 Pemanduan kami ke Schwangau ditemani dengan pemandangan yang cantik. Semakin hampir dengan Schwangau, semakin dekat gunung Alps kelihatan.

 Macam biasa, jalanraya dorang ni tak banyak kereta. Kerap kelihatan ialah caravan.. maksudnya memang pelancong yang sering menggunakan autobahn mereka berbanding rakyat negara sendiri.

Setibanya di Schwangau, kami terus check-in di sebuah guest house bernama Romantic Pension Albeit. Ianya terletak betul2 di kaki bukit di mana Neuschwanstein Castle berada. Memang leh nampak istana tu dari hotel. Memula tu suspen gak tengok bangunannya yang agak usang. Kitorang park kereta dan terus tekan loceng untuk masuk. Seorang auntie tua yang sambut kami. Dia terus tunjukkan bilik kami yang berada di tingkat satu. Wah, cantik juga guest house ni dari dalam rupanya. Bilik kitorang amat basic bersesuaian dengan harga yang perlu dibayar iaitu Euro 89/nite termasuk breakfast for 2pax.  Free wifi juga disediakan. Guesthouse ini sebenarnya adalah rumah persendirian. Ownernya suka sewakan kepada pelancong.

 Scary beb tengok bangunan guesthouse ni.. Macam rumah tinggal je.

Tapi dari guesthouse dah nampak istana Neuschwanstein.. wah, cantiknya! Masa ni memang dah tergdik2 tak sabar nak gi panjat bukit untuk ke istana tu!

Di depan guesthouse pula terdapat canola field (yg berwarna kuning-kehijauan tu). Bunga canola ini ditanam di serata eropah. Bijinya dijadikan minyak masak.

 Tapi once masuk, aku terpegun dengan kecomelannya. Ia dijaga baik dan bersih dan cantik.

 Bilik sememangnya kecil. Tapi cukuplah untuk kami berdua.

Walaupon hari sudah petang (dalam pukul 7pm), tapi cuaca masih lagi terang. Lepas solat jamak takhir zuhur/asar, kitorang pon memulakan pendakian ke istana tu. Penat weyy mendaki. Dah la saya ni tak berapa rajin bersenam, so inilah hakibatnya. Punyalah semput satu badan kurasakan. Akhirnya selepas 30min mendaki kitorang pon mula nampak bangunan istana. MashaAllah, punyalah besar. Masa tu memang terus berkobar2 mendaki. Tak sabar nak sampai ke atas. Disebabkan masa tu masa lawatan sudah tamat, so kitorang pusing keliling istana sahaja dan posing2. Lepas tu kitorang ke Marienbruck Bridge. Another 10-15mins walk to Marienbrucke. Rugi ke sini jika tidak ke jejambat kayu ini sebab dari Marienbrucke leh tengok istana dari jarak jauh. Sememangnya breathtaking.
 
 Hanya 2 option untuk naik ke istana; berjalan kaki atau naik kereta kuda. Tapi segan den nak naik sebab kebanyakan yg naik kereta kuda adalah nenek, atuk dan cucu mereka. Yang muda2 berjalan kaki belaka.. huahua..


 Sket lagi.. sket lagi...sket lagi nak sampai.. Next time kalu nak gi trip begini kena exercise dari Malaysia untuk kumpul stamina..

Tapi bila nampak bangunan istana Neuschwanstein di depan mata, hilang terus segala kepenatan dan sakit kaki.

 Meh masuk tengok ape ada.. tapi masuk takat kat entrance ni je. Xleh masuk bangunan utama sebab dah tutup.

 Pemandangan dari Marienbruke

Marienbruke Bridge ni diperbuat berlantaikan kayu. Macam bese, sama seperti jambatan2 lain di Eropah, terdapat banyak padlock chenta berjuntaian di sana-sini. Pasangan kekasih/suami-isteri memang suka pasang padlock di jambatan, kemudian buang kunci dalam sungai. Hmm.. bukti cinta takkan terlerai kot...

Masa kitorang turun semula dah hampir nak malam, dalam kul 9pm. Masa tu dah masuk maghrib dah. Malam tu kitorang makan maggi je.. huhu, sebab dah tak larat nak gi cari makan ape2. Kaki den dah penat mendaki. Nak simpan tenaga sebab esok nak kuar awal-awal untuk beli tiket masuk istana. Dari pembacaan di internet, ramai bloggers yang cadangkan untuk beli awal2, kalu tak nanti jenuh nak beratur panjang sebab tempat ni memang padat dengan pelancong.

Esoknya dalam kul 7.00pm kitorang breakfast dulu di guesthouse tu. Auntie tua semalam tu sediakan breakfast. Cantiknya meja makan yang dia preparekan untuk kitorang. Macam bese, makan roti-rotian dan bijiran sahaja untuk breakfast. 

Candle light breakfast gituu...

Lepas breakfast, kitorang beratur beli tiket. Di tiket tercatat masa untuk masa istana. Untuk pengetahuan, pelancong hanya boleh masuk dengan guided tour yang disediakan. Takleh masuk rewang2 sendiri. Memula kitorang gi Hohenschwangau Castle yang betada di bukit belakang tempat jual tiket. Hohenschwangau Castle ialah istana percutian milik keluarga raja Bavaria bernama Ludwig I. Tidak dibenarkan mengambil gambar dalam istana sebab kebanyakan lukisan/artifact sudah berusia. Dikuatiri flash kamera akan menyebabkan barang2 dalam istana tu akan cepat rosak.

Ticket counter dan tiket masuk kedua-dua istana (Hohenschwangau dan Neuschwanstein Castle). Sila beli tiket sebelum panjat bukit ke istana sebab kat atas sana takde jual. Juga perhatikan ada nombor tour dan masa lawatan tertulis di tiket. Dont missed it!

 Istana Hohenschwangau dari pandangan di bawah kaki bukit

 Laluan masuk utama istana. Dolu-dolu depa guna kereta kuda.

Salah satu taman istana. Terdapan swan fountain. Swan adalah lambang cote of arm King Ludwig. Taman ini berlatar-belakangkan gunung ganang dan banjaran Alps yang memutih; memang breathtaking.

Selepas melawat Hohenschwangau Castle, kami menapak ke Neuschwanstein Castle pula. Sekali lagi mendaki dalam 30minit untuk sampai ke atas. Untuk pengetahuan, istana ini dibina atas perintah King Ludwig II, cucu kepada King Ludwig I. Neuschwanstein bermaksud New Swan Stone. Kalu tengok istana ni dari jauh memang nampak macam swan pon. King Ludwig II adalah peminat opera dan istana ini direka berdasarkan opera2 yang dia selalu tonton. Dia digelar 'Fairytale King' sebab dia memang suka citer2 dongeng gitu. He brought dongeng to life.

Sepanjang hayatnya dia hanya sempat tidur 11 kali dalam istana ni. Diceritakan juga yang dia telah banyak menghabiskan masa dan hartanya sendiri untuk menyiapkan istana ini. Walaupun dia tidak menggunakan harga negeri, namun hutangnya yang melebihi pendapatan menyebabkan banyak pihak yang tak suka. So tak heranlah bila King Ludwig II ditemui mati di sebuah tasik secara misteri. Once dia dah mati, pembinaan istana itu terus dihentikan oleh keluarga diraja Bavaria.

On the way ke Neuschwanstein Castle, stop-by kat Swan Lake yang mystical ni.. Sangat sesuai untuk dating ngan hubby sambil feeling2 kat depan tasik ni. In summer leh main kayak, tapi spring macam sekarang xde activity tu semua sebab air dan cuasa sejuk yang amat.

Once dah sampai kat atas bukit tu, layan posing2 keliling istana sambil tunggu nombor giliran. You tolong I amik gambo, I tolong you plak..


Dan layan blues, berangan macam puteri sambil nengok istana... huhu..

Ini adalah dewan untuk pertunjukkan opera. Sehingga kini dewan ini masih digunakan untuk pertujunkan opera, dan khabarnya sentiasa sold-out berbulan2 sebelum persembahan. Sebenarnya takleh amik gambo kat dalam istana ni, so saya amik pic ni dari lancastria.net so that uolls leh imagine cemana ghupe istana ni kat dalam.

Dari jendela istana leh nampak pemandangan yang indah ini.

Selepas mengikuti guided tour di dalam istana, kitorang pekena hot chocolate di cafe yang di bina di dalam istana itu. Bilik yang dijadikan cafe ini mempunyai lukisan2 yang masih dalam draft mode.

Apabila King Ludwig II mangkat, semua kerja-kerja pembinaan di istana dihentikan termasuklah interior design works. Salah satu contoh kerja artists yang terbengkalai dapat dilihat di cafe ini.

Selepas lawatan di Neuschwanstein Castle selesai, kitorang pon meneruskan perjalanan ke Munich pula. Jom baca kisah seterusnya di Part 5 ye.

Perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan kebun bunga canola berwarna kuning-kehijauan begini


Garden Decorating Ideas

Ideas in Garden DecorIdeas in Garden DecorGarden Decorating Ideas, Gallery, Pictures and DesignGarden Decorating-Decorating5 Garden Decorating Ideas - Sunset.5 Garden Decorating IdeasGarden Decorating Ideas, Beautiful Decoration Pictures and DesignGarden DecoratingDress a fence < 5 Garden Decorating Ideas - Sunset.5 great garden decoratingFall Garden Decoration Ideas Photograph | Odd Garden Decor

PENGALAMAN MELANCONG DI JERMAN PART 3 - MENEROKA STUTTGART BANDAR KERETA

Negara Jerman sudah sinonim dengan teknologi hebat pelbagai bidang. Antaranya ialah kehebatan kereta buatan negara mereka. Kebanyakan jenama kereta yang hebat seperti Porsche, BMW, Mercedes Benz, Volkswagon, Audi dan lain-lain lahir di Jerman. Dah alang-alang berada di bumi Jerman, kami tak mahu lepaskan peluang untuk ke muzium kereta bagi melihat sendiri 'apa yang hebat sangat tuu..'.


Memandangkan kitorang memang akan ke Munich dari Frankfurt, kitorangpon ambil kesempatan untuk singgah di Stuttgart. Dapat duk 2 hari 1 malam di sana pon jadilah. Kitorang memandu kereta buatan Jerman (tapi versi yang murah je.. huahua..) iaitu Volkswagon Golf GTD untuk bergerak dari Frankfurt ke Stuttgart. Ini kan sebahagian daripada trip 'kereta', so tak sah lah kalu tak memandu di sini. Saya ada tulis pasal penjelajahan berkereta kami di Jerman di DIY Jerman Part 2 - Pengalaman Memandu dari Frankfurt ke Munich. Kalau korang nak tahu tentang perancangan dan kos percutian di Stuttgart ini, boleh baca di entri saya yang bertajuk Merancang Percutian ke Jerman.


DAY 1 - PORSCHE MUSEUM

Bangunan Porsche Museum yang cantik rekaannya tersergam sebaik tiba di simpang lampu isyarat. Belok kanan untuk ke tempat parking.

Muzium ini ada tempat parking di bawah bangunannya. Kos parking hanyalah Euro4 per entry. Tiket masuk berharga Euro8/pax. Selepas beli tiket dan ambil audio guide (percuma) dalam versi English, kami pon naik escalator untuk memulakan mini penjelajahan dalam muzium Porsche ini. 

Tiket masuk dan audio guide

Muzium ini menceritakan sejarah Porsche dari mula ia di direka oleh penciptanya, Ferdinand Porsche, evolusi kereta Porsche dari 1931 sehingga kini, contribution mereka kepada Jerman dan lain-lain lagi. Dari sini juga saya dapat tahu yang kereta Volkwagon juga adalah kereta keluaran Mr. Porsche ni, cuma ia dicipta khas untuk orang biasa (volkswagon bermaksud kereta rakyat) berbanding Porsche yang dibina untuk tujuan racing.

Pernahkah korang perasan perkataan 'Stuttgart' yang tertulis di logo kereta Porsche? Kitorang pon tak pernah perasan selama ni. Dan lambang 'prancing horse' itu adalah lambang bandar Stuttgart itu sendiri. Betapa kereta ini sinonim dengan tempat kelahirannya!

Saya suka dengan layout muzium ini sebab ianya ringkas; tak memerlukan terlalu banyak membaca. Tengok pameran dan labelnya, kita akan terus faham apa yang dorang nak sampaikan.

Jom layan gambar2..

Salah sebuah fire fighting engine yang direka oleh Porsche di awal-awal penglibatan dalam dunia kereta, Masa tu semua benda dia nak buat, tak focus lagi.

Susun-atur bahan pameran yang baik memudahkan pelawat untuk melihat satu persatu, inshaAllah tak akan ada yang termissed.

 Merasa la naik Porsche walaupon sekejap. Ramai lagi yang dah beratur nak naik gak, so xleh lelama..

"Bulan tu macam familiar,".... muahahahaha....

Kereta polis ini adalah hadiah daripada Porsche kepada Datuk Bandar Stuttgart pada suatu ketika dahulu. Sekarang dah masuk muzium je.

Lama juga kitorang dalam muzium tu. Tau-tau dah kul 6 lebih dan perut dah lapar sebab skipped lunch. So En. Suami pon drive ke Hotel Freihof di mana kami akan bermalam dan berehat. Sebelum ini pihak hotel ada hantar email. Katanya kalau masa kitorang sampai tu takda receptionist, boleh ambil sendiri kunci di kotak biru di muka pintu hotel. Hanya masukkan nombor PIN yang diberikan, dan kunci akan jatuh keluar. Wah, mudahnya!

Hotel Freihof ini adalah sebahagian daripada bangunan kedai. Masukkan nombor PIN di box biru di sebelah kanan untuk mendapatkan kunci hotel dan bilik.

 Bilik hotel yang ringkas namun bersih dan cozy. Hanya Euro79/night dan Euro5/pax for breakfast.

Selepas check-in kan diri sendiri, kitorang pon gi simpan barang dalam bilik dan kemudian keluar semula untuk cari tempat makan. Lapar wey! Nasib baik 2-3 minit berjalan dari hotel dah ada kedai makan Turki, so apa lagi kami pon masuk untuk mamam. Beli 2 set, tapi makan 1 je kongsi berdua sebab dorangnya saiz hidangan amat besar untuk kami yang comel lote ni. Huhu.. 1 lagi kitorang tapau bawa balik. Cadangnya nak makan masa breakfast, tapi alhamdulillah breakfast pagi esoknya yang disediakan oleh pihak hotel amat memuaskan hati dan mengenyangkan.

Antara sarapan kami di Hotel Freihof. Suami suka smoked salmon. Saya ratu roti dan bakeries. 
Saya terpikat dengan metal jug tu. Ianya sejuk diluar namun panas giler di dalam. Disebabkan dah berkenan, kitorang nekad nak cari, beli utk bawa balik.


DAY 2 - MERCEDES BENZ MUSEUM

Keesokkan harinya, kitorang ke Mercedes Benz Museum plak. Yang ni jauh sket dari hotel, ia berada di kawasan bandar Stuttgart. Masa ni kitorang parking kat luar muzium, kat tepi jalan je. Sebab sini free. Huhu.. Tapi jangan lupa letak parking card ye. Parking card tu diberikan oleh Avis. Cuma letakkan berapa lama masa nak parking. Harga tiket masuk muzium ni ialah Euro 8/pax, sama macam muzium Porsche.

Di hadapan bangunan Mercedes Benz Museum

Sejarah kereta ini amat panjang dan berbelit-belit. Segalanya bermula sejak 1885! Ia dimulakan dengan Gottlieb Daimler yang memang sangat sukakan enjin menggunakan combustion enjin untuk kereta, kemudian kawan baik masa belajar si Wilhelm Maybach join sekali. Yang paling menarik ialah bagaimana si penjual kereta Emil Jellinek berjaya mempengaruhi Daimler untuk menamakan kereta baru keluaran mereka 'Mercedes', sempena nama anak gadis kesayangan Jellinek. Yang kelakarnya, Mercedes tak pernah dan tak tahu drive langsung sepanjang hayatnya, tapi namanya terus melekat kat kereta hebat ni sampai la sekarang.

Antara pameran yang menarik perhatian saya di sini...

 Antara rekaan pertama Daimler. Masa ni kereta dimiliki oleh orang kaya jer.. dan di pandu oleh pak supir

 Wajah 3 lelaki yang menjadikan Mercedez Benz satu brand hebat sehingga kini

 Inilah cerita disebalik nama Mercedes.

 Pandangan salah datu ruang pameran.
Muzium ini amat besar, banyak yang saya tengok laju2, tak sempat nak menghayati. Kitorang kena cepat sebab nak bertolak ke Schwangau pula selepas tu.

Antara rekaan awal kereta untuk gentleman drivers (masa ni orang kaya dah mula drive kereta sendri untuk tujuan suka2 dan sport, dah tak pakai supir lagi)


MERCEDES BENZ ARENA

Berdekatan dengan Mercedes Benz Museum, ada Mercedes Benz Arena. Ia adalah stadium bola sepak yang di sponsor oleh Merz kepada pasukan Stuttgart (saya tak tahu apa nama pasukan tu.. haha.. nampak sangat tak ambil tahu pasal bola!). Jalan kaki 5min je dari museum dah sampai. Kitorang amik gambo dari luar je..



Selepas dua hari di dua muzium kereta ni, saya boleh buat kesimpulan yang syarikat2 gergasi ini sememangnya hebat. Dorang bermula dengan workshop belakang rumah je, dan naik slow dan steady sehinggalah glamer hingga ke hari ini. Kita punya syarikat kereta nasional masih juga di tampuk lama.. walaupun mendapat bimbingan dan sokongan kerajaan tapi masih tak berapa nak pergi jauh.

Selain daripada Stuttgart, kami juga telah ke :

Sunday, May 4, 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis S27 Penolong Pegawai Penerangan | Exam Bertulis S27

Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis S27 Penolong Pegawai Penerangan | Exam Bertulis S27. Rujukan terbaik untuk peperiksaan bertulis gred S27 Penolong Pegawai Penerangan untuk bakal calon exam bertulis tahun ini.


Tahniah jika anda salah seorang calon yang bakal menduduki peperiksaan bertulis s27 Penolong Pegawai Penerangan Pastinya anda berdebar-debar dan teruja untuk membuat persiapan menghadapi exam bertulis ini. Skema contoh soalan dan jawapan peperiksaan bertulis untuk tahun-tahun sudah sewajarnya anda korek dan cari untuk menjadikan persediaan anda benar-benar lengkap!

download contoh soalan peperiksaan bertulis s27
Gred S27: Serba ringkas tentang penjawatan Penolong Pegawai Penerangan

Bidang Tugas Penolong Pegawai Penerangan S27

Seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 ditempatkan hanya di dua kementerian atau jabatan kerajaan iaitu;
  1. Kementerian Penerangan atau 
  2. Kementerian Kesihatan
Bidang tugas Pembantu Pegawai Penerangan S27 sedikit berbeza mengikut kementerian itu sendiri. Contohnya bidang tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan S27 ialah;
  1. Kementerian Kesihatan:

    • Bidang tugas meliputi hal berkaitan tabung darah seperti menyelia perkhidmatan tabung darah
    •  Menyelia peralatan ternikal tabung darah
    •  Mengurus bekalan dan peralatan teknikal tabung darah
    •  Bertanggungjawab merangka Kempen Derma Darah, pameran dan ceramah
    •  Mengurus kebajikan penderma darah
  2. Kementerian Penerangan:

    • Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan
    • Menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah
    • Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah
    • Menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa

PANDUAN UMUM PEPERIKSAAN BERTULIS S27

Soalan peperiksaan bertulis untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 melibatkan 4 seksyen utama iaitu:
  1. Seksyen A: Pengetahuan Am tentang Malaysia & Dunia
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Esei Bahasa Melayu
  4. Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris

Contoh soalan peperiksaan bertulis S27 Penolong Pegawai Penerangan

Contoh soalan Seksyen A Peperiksaan Bertulis S27: Pengetahuan Am tentang Malaysia & Dunia
Secara kasarnya, soalan seksyen ini menguji pengetahuan calon tentang beberapa aspek hal ehwal Malaysia dan dunia seperti:
  • Masa 30 minit | 40 soalan | 30 markah
  • Isu-isu semasa
  • Hal ehwal politik
  • Dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi
  • Pengurusan sumber kewangan
  • Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi dan keselamatan negara
Soalan: Apakah laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia? 
Jawapan: www.penerangan.gov.my

Contoh soalan Seksyen B Peperiksaan Bertulis S27: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini menguji kemahiran calon peperiksaan bertulis s27 dalam beberapa aspek penting iaitu;
  • Kemahiran logik untuk selesaikan masalah - calon diberikan soalan berkaitan masalah pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam.
  • Kemahiran interpretasi data - calon diberikan jadual, data atau perangkaan dan soalan diberikan berdasarkan data tersebut. Kemahiran interpretasi/analisis data diuji dalam seksyen ini.
  • Konsep Matematik - Soalan menguji kemahiran numerik dan kuantitatif calon. Asas Matematik, pemahaman konsep asas Matematik diuji sebaiknya dalam Seksyen B. 
  • Masa 35 minit | 30 soalan | 30 markah
download Contoh soalan Matematik peperiksaan bertulis S27
Contoh soalan Matematik peperiksaan bertulis S27

Contoh soalan Seksyen C Peperiksaan Bertulis S27: Esei Bahasa Melayu
Objektif soalan menguji kemampuan calon menguasai kemahiran Bahasa Melayu. Pendapat yang ditulis dengan jelas, teratur dan munasabah memberi markah yang tinggi buat calon.
  • 3 soalan jawab 1 sahaja | 45 minit | 20 markah
Contoh soalan esei Bahasa Melayu: Dilaporkan jumlah siswazah yang menganggur adalah meningkat tahun demi tahun. Terdapat saranan supaya siswazah menceburi bidang perniagaan berbanding kerja makan gaji. Bincangkan pernyataan ini.

Contoh soalan Seksyen C Peperiksaan Bertulis S27: Esei Bahasa Inggeris
Objektif soalan ialah menguji penguasaan calon dalam penulisan Bahasa Inggeris.
  • 3 soalan jawab 1 sahaja | 45 minit | 20 markah
Contoh soalan esei BI: "Online social networking sites such as Facebook, Twitter and Myspace can be a great tool for communication. However, many underestimate the potential danger they pose to users. Discuss this statement with relevant examples"

ADAKAH ANDA MEMERLUKAN RUJUKAN TAMBAHAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS S27?

Jika anda salah seorang calon peperiksaan bertulis S27 tahun ini dan memerlukan rujukan tambahan berkaitan contoh soalan, contoh jawapan, apa yang perlu dibaca, apa yang tidak perlu dibaca dan banyak lagi tips berkaitan, SILA DAFTARKAN NAMA & EMEL AKTIF anda di bawah. Kami akan menghubungi anda dengan segera apabila RUJUKAN KHAS ini sedia untuk diDOWNLOAD nanti.




Powered byEMF Free Form Builder

NASIHAT - Elak rasa takut pada waktu malam..

Habis saja menonton cerita atau drama seram, pasti ketakutan mula menguasai diri. Paling dirisaukan adalah diri sendiri sememangnya penakut dan tidak dapat tidur malam apabila ketakutan.
\


Perasaan takut itu biasanya hadir dari hati atau minda yang selalu fikirkan bayangan ‘kelibat’ yang menakutkan dan menganggap ia sebagai suatu realiti. Hakikatnya, semua itu sekadar permainan imaginasi minda yang dicetuskan kamu.





Percaya atau tidak, rasa takut itu sebenarnya dikawal minda kamu sepenuhnya. Fikiran yang negatif dan berunsur fantasi banyak menyumbang kepada perasaan takut itu muncul secara tiba tiba, lebih-lebih lagi apabila kamu baru saja habis menonton cerita seram.

Ketakutan itu boleh diubah jika kamu berfikiran rasional dan tidak memandang serius sesuatu perkara. Waktu kamu pula boleh terganggu dan lebih buruk lagi apabila kamu sudah bekerja kerana ia boleh merosakkan prestasi dan reputasi di tempat kerja. Ikuti langkah di bawah ini untuk atasi rasa takut.


1. Kenal pasti punca - Kadangkala bunyi bising kerap kedengaran di dapur dan mana-mana sudut rumah. Namun, jika ia berdekatan dengan kamu, seeloknya beranikan diri untuk pergi dan lihat apa punca bunyi itu berlaku. Hakikatnya bunyi pada waktu malam itu biasanya disebabkan binatang perosak seperti tikus ataupun hanya bunyi pintu yang ditolak angin. Ubah persepsi kamu terhadap sesuatu dan langkah ini menjadikan kamu lebih selesa kelak.


2. Buang rasa takut - Apabila habis saja menonton filem seram, pasti kelibat menakutkan akan muncul bermain di fikiran kamu seterusnya membuatkan kamu lebih takut untuk tidur. Perkara itu adalah normal dan kamu patut buang ia jauh-jauh. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir mengenai perkara lain ketika di bilik tidur. Kamu boleh mengenang kenangan manis ataupun memikirkan masa depan bagi menghilangkan rasa takut.

3. Bawa bersama - Jika kamu ada binatang peliharaan di rumah, apa kata bawa si kesayangan ke dalam bilik untuk menemani kamu sepanjang malam. Binatang peliharaan seperti kucing mahupun ‘hamster’ pasti dapat mengalih perhatian kamu dari memikirkan rasa takut. Seeloknya, jika kamu hendak tidur, belai haiwan kesayangan sambil menutup mata kerana ia boleh menenangkan kamu.

4. Dengar muzik - Paling mudah dan berkesan menghilangkan rasa takut ialah dengan mendengar lagu kegemaran sama ada di telefon pintar ataupun radio. Muzik biasanya memberikan impak pada emosi kamu sama ada positif atau negatif. Perlu diingatkan untuk mengelakkan dari mendengar muzik yang sayu dan perlahan kerana ia boleh membuatkan kamu rasa ­sedih dan mengingatkan kamu kembali kepada perasaan takut. 

5. Pindah kedudukan - Jika kamu kerap rasa takut disebabkan kedudukan katil yang berhadapan tingkap, apa kata ubah posisi katil kamu pada kedudukan yang jauh dari tingkap. Percaya atau tidak, kebanyakan remaja mula rasa takut akibat memikirkan sesuatu akan muncul di tingkap atau pintu pada waktu malam.

6. Ajak teman - Andai kata kamu tinggal di hostel atau menyewa rumah, ajak teman kamu tidur bersama untuk semalaman. Jika mereka tiada hal lain, ajak mereka berbual sehingga kamu rasa mengantuk. Jika ia tidak berkesan, lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu mengantuk seperti mendengar muzik ataupun membaca buku.

7. Lakukan senaman - Rasa takut itu berpunca dari diri kamu yang selalu berfikiran negatif dan dipengaruhi kepenatan. Lakukan beberapa senaman yang dapat menyihatkan badan pada waktu malam. Lakukan regangan ataupun yoga untuk menenangkan fikiran kamu supaya boleh fokus pada realiti dan ketepikan rasa takut yang bersifat sementara.

8. Matikan segala alat elektronik - Alat komunikasi seperti televisyen dalam bilik juga menjadi punca kamu rasa takut. Kadangkala kamu membiarkan ia terpasang dan lupa menutupnya. Apabila terjaga dari tidur pada larut malam akibat bunyi bising televisyen, kamu mula rasa takut dan tidak boleh tidur kembali. Oleh itu, biasakan diri untuk matikan suis semua alat elektronik sebelum tidur.

Gambar Belangkas