Wednesday, April 23, 2014

Western Home Decorating Ideas

Home Decorating Ideas: Western Home Decorating IdeasWestern Home Decorating IdeasWestern Home Decorating Ideas Western Decorations Home Ideas ...western decorating ideasWestern Decorating Theme | Home DecorA Western decor is a way towestern Home Decorating Ideas | Home Decoration Ideaswestern Home Decorating IdeasWestern Home Decorating Ideas | Modern Home Interior DesignWestern Livingroom

Kenangan Fam Trip Eco Adventure 2013 - Royal Belum & Gopeng


Video ini sebenonya semasa program Fam Trip Eco Adventure 2013 - Royal Belum & Gopeng pada 30 Oktober - 2 November 2013...
video amatur kenangan dalam bot dari Jeti Tasik Banding menuju ke Royal Belum....
Intro diberi oleh Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013 - Encik Zukni Yusoff...
dan Nature Guide di Taman Negeri Royal Belum .......

Tuesday, April 22, 2014

Sectionals Living Room Furniture

1000 Sectional, Sectionals, Living Room FurnitureLiving Room Furniture8851 Sectional Sectionals Living Room Furniture Esf Wholesale ...Living Room : 8851 Sectionalhouse interior design: Lounge Living Room Furniture Seems Best ...Lounge Living Room FurnitureIndex of /Living-Room-Sectionals Living Room Furniture - ESF Wholesale FurnitureLiving Room FurnitureSectionals | MC FurnitureThis sectional

kisah aku di kyoto part 3

...so hari ni aku nak sambung cerita kat kyoto...actually aku pun dah ingat2 lupa sbb lama sangat..haha...sebab tu aku nak go thru benda yang aku ingat je....begini ceritanya:

lepas je aku keluar dari lawson tu aku pun bertolak ke KIYOMIZUDERA..roomate TAIWAN aku kata kiyomizudera ni cantik GILA...so aku dengan excitednya terus la gi cari bus...wait!! mana BUS STOP. depan J-HOPPER mmg ada bus stop...so aku pun jalan ngan R ke sana,lintas jalan je pun...bus stop tu kecik je..sampai je kat bus stop tu aku nampak tulisan cam notis berbunyi "tempat ini telah berpindah ke bla...bla (alamat jepun) ).notis tu dalam inggeris...aku pandang kawan aku

aku: weh TEMPAT INI  tu, bus stop ni ke...takkan bus stop boleh pindah kot?!
R: takkan kot?..maybe notis kedai belakang ni kot , angin tiup then ada orang lekat balik kat bus stop ni..
aku: logik juga kan..haha..
so kami pun tunggu la...selepas 30 minit...masih tak ada bus...
aku: kenapa tak de bus ni R?orang jepun kan puntual?
R:aku pun tak tau...kau try la tanya org?
aku: ok gak...tapi...jujur cakap, aku tak tau perkataan PINDAH dalam japanese?BAHASA JEPUN aku tahap BUDAK TADIKA je.cadangan aku, baik kita tanya je dalam inggeris.

so kami pun jalan pastu jumpa satu GROUP geng pelancong MALAYSIA...terusla kami beramah mesra dan tanya kat mana bus stop...dekat je pun...

sampai je bus stop, mmg dia ada tulis number bus dan destinasi (sorry la aku lupa no bus nak ke kiyomizudera tu)..bus datang then kami naik...actually bus stop kat kyoto ni spesial sikit...sebab ada papan tanda untuk track bus secara automatik.cam gambar kat bawah ni




contoh gambar bus stop...gambar ni kat bus stop area kyoto station...ok..please beratur ye...jangan main redah macam kat MESIA.


automated bus traking system board (canggih weh)

so aku pastikan no bus aku, then tunggu...bila naik je atas bus...aku duduk...turun nanti baru aku tunjuk kansai pass aku tu...korang juga boleh  touch ICOCA CARD (masa naik) kalau tak beli kansai pass tu...kat kyoto ni, kita masuk bus dari pintu tengah dan turun dari pintu depan. design bus dia camni:


label bus...entri dari tengah ye


contoh bus ke tofukuji

bus sampai, then aku naik....tapi aku risau gak sebab tak tahu nak turun bus stop yang mana satu..tetiba je bus tu buat pengumuman dalam bahasa jepun dan inggeris" kiyomizudera temple, please get down here"...lega la sebab ada pengumuman rupanya...lagipun dalam bus mmg ada papan elektronik menunjukkan kita dah kat mana sekarang...canggihkan..walaupun bus dia agak buruk la...haha.

pemandu bus dia pakai UNIFORM LENGKAP dan sangat PROFESIONAL...

aku turun dan melawat KIYOMIZUDERA...kena naik bukit sikit baru la sampai kat temple tu...bayaran masuk 400yen...temple ni under UNESCO kalau tak silap aku.mmg superb.cam gambar kat bawah ni:

gambar hasil GOOGLE-lan aku...why aku google...sbb imposible nak ambil gambar dari posisi ni...

pastu aku terus ke bus stop sebab nak gi ke GINKAKUJI..masa tunggu bus tu aku dah tertanya2...berapa no bus nak ke Ginkakuji ni...untuk kepastian aku rujuk board dan tanya pada lelaki jepun kat sebelah aku.

aku: ano...basu Kinkakuji wa...number..nani? haha...teruknya japanese aku.
aku: ermm...bas..ke Kinkakuji...number...apa? haha...teruknya japanese aku.
aku nak pergi GINKAKUJI SEBENARNYA tapi disini aku tersebut KINKAKUJI
lelaki bus stop: sorry...im not japanese...im korean
laaa...rupanya orang korea..fasih pulak bahasa inggeris dia...laki korea ni pegang camera superb punya...DSLR yang POWER.
aku: so..are you a PHOTOGRAPHER...?
lelaki korea bus stop: No..no..haha...im just a tourist.where are you from.
aku: im from MALAYSIA..so you are from Korean ..where? i mean which part?
lelaki korea bus stop: im from busan...

so aku pun berbual-bual dengan lelaki busan tersebut...pastu bus sampai.pastu kami nak naik...unfortunately, bus dah penuh.hanya lelaki busan tu je sempat naik...pastu kan....

lelaki busan tu turun dari bus dan suruh kami naik dulu...GENTLEMAN KAN....pastu aku kedepan sikit.so lelaki busan tu pun berjaya naik.

Moralnya : kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita.so korang jangan sombong bila melawat jepun.korang jadi super peramah cam aku.hentam je inggeris ke, japanese ke...lebih kurang tu ok la...haha.

sampai je Ginkakuji...ye GINKAKUJI...tapi aku dengan R sampai ke KINKAKUJI pula...kami tersilap naik bus (memang dari mula lagi kami memang tersilap...haha)...haha..tu la nama tempat lebih kurang sama...kami terkejut sebab sampai tempat yang salah...salah aku juga sebab tak tengok betul...alang-alang dah sampai masuk je la.sebenarnya plan nak gi KINKAKUJI esok.

serius cakap...KINKAKUJI ni memang cantik...bayaran masuk 400 yen...sebaik masuk je dalam kawasan temple tu, R cakap dia nak solat jap.so kami gi toilet ambik wuduk...then cari tempat sesuai untuk solat...kami tgk ada bangunan cam x ramai orang lawat je..so kami solat kat area taman kat bangunan tu...ada beberapa orang jepun lalu, tengok,diaorang rasa pelik...tapi tak tanya....diorang ignore je kami.

selesai solat, kami teruskan perjalanan melawat kinkakuiji, jalan tak jauh pun...mmg cantik sgt..aku gaduh ngan R masa ni sebab dia ambik gambar aku kabur je...aku ambik gambar dia cun je..tak adil la kan...hehe..


(KINKAKUJI TEMPLE) KIN tu maksudnya GOLD

puas bergaduh kami teruskan perjalanan, sampai ke kedai sourvenier... R nak masuk, aku dok luar je sbb takut terGODA untuk menghabiskan duit plak...kat area kedai ni aku nampak banyak budak lelaki pakai baju sekolah dan diorang semua cakap KOREA.banyaknya orang KOREA kat jepun ni...sebenarnya aku still tak dapat beza antara orang KOREA, JEPUN dan CHINA...SILLY ME.

balik je dari KINKAKUJI mood R masih tak baik....

aku: Nak gi mana pas ni?
R: ermmm....aku nak TAKOYAKI..
aku: ok2...jom cari....
R: eh tu DAISO kan....jom kita singgah (MOOD dia dah ok bila nampak DAISO)
aku: ok2

kami masuk DAISO tu ada 2 tingkat , semua barang 100Y je...best sangat..MACAM2 ADA.Daiso kat Mesia ok jugak...tapi yang ni lagi BEST. DAISO ni dekat NISHIOJI NANAJO...keluar dari daiso kami pun jalan-jalan cari gerai TAKOYAKI...masa tu dalam pukul 6 petang.dah malam kat sana.kami sebenarnya GAMBLE je jalan-jalan area ni.sebab kawasan ni bukannya kawasan TOURIST...jalan punya jalan... akhirnya jumpa kedai takoyaki.

kedai takoyaki ni kecik gila....well kami pun masuk dalam...

kedai makcik takoyaki yg ceria

dalam kedai tu ada seorang pelanggan lelaki..rasa umor pelanggan tersebut maybe pertengahan 30...

aku: obasan...takoyaki futatsu
aku: makcik..takoyaki dua
cewah...aku order cam kat mesia pulak
obasan: two??
aku: yes...two (makcik tu pandai gak cakap EIGO pulak (eigo tu maksudnya bahasa ingeris)

tiba-tiba, aku terpandang pelanggan lelaki tersebut, aku tunduk.dia tunduk balik pastu dia mula bersembang dengan aku dan R.macam2 kami sembang dengan dia ..sepatah..sepatah dia cakap...untuk memastikan aku faham...haha.

pelanggan jepun ni...aku panggil dia ONIISAN (abang) langsung tak boleh cakap english...dia cakap kat aku...dia menyesal tak belajar bahasa inggeris betul-betul masa sekolah dulu (sambil ketuk2 kepala dia)...kami semua ketawa RIANG...termasuk makcik takoyaki yang terdengar perbualan kami. Disebabkan Oniisan ni terlalu happy agaknya, dia cakap kat makcik tu dia nak belanja kami.

aku pun apa lagi terus ucap ARIGATO. ye la FREE weh...sapa tak suka...haha.


gambar makcik takoyaki

Oniisan tu kata kami ni SHIORI NO MEGAMI.apa tu?? kalau korang nak tau just GOOGLE IT.kalau google tapi tak jumpa jugak...boleh tanya aku....haha.

ok la tu..aku dah penat menaip....lain kali la aku sambung seterusnya...

nak tau cerita sebelum ni KLIK SINI

Hantu Orn Ganggu Si Suami..


Seorang warga emas Thailand ditahan kerana disyaki membunuh isterinya dan mencampak mayat wanita terbabit ke dalam tasik.


Namun, selepas ditangkap, Sombot Samuk mendakwa dia memang mahu menyerah diri kepada polis kerana tidak tahan menanggung gangguan mendiang isterinya melalui mimpi. 

Kata Sombot, 68, sejak membunuh Orn Donkanha, 67, hidupnya tidak tenteram dan sentiasa dihantui dengan pelbagai ketakutan. 

Sombot berkata, Orn sering memarahinya, tetapi dia tetap bersabar sehinggalah ketika dalam perjalanan pulang dari menemani wanita terbabit menghadiri satu majlis di kampung mereka.

“Dalam perjalanan pulang Orn menghina keluarga dan saya dan anak kami.

Dia juga menghalau saya keluar dari rumah,” katanya. 

Disebabkan hilang sabar Sombot memukul Orn dua kali menggunakan kayu. 
Wanita itu rebah dan mati di tempat kejadian sebelum Sombot mencampakkan mayat wanita itu ke dalam tasik. 

Mayat Orn ditemui di dalam tasik berhampiran Wat Santikaram pada 15 April dengan kesan hentakan di bahagian kiri kepalanya menggunakan objek tumpul. 
Polis percaya wanita itu dibunuh tiga hari sebelum ditemui. 

Pada mulanya polis tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai pembunuhan itu, tetapi kemudiannya menjadikan Sombot sebagai suspek. 

Pasangan terbabit pernah berkahwin dengan orang lain sebelum ini. 
Sombot berkata, selepas kejadian itu dia sering bermimpi didatangi Orn yang memaksanya menyerah diri. 
“Dia mengugut untuk terus mengganggu saya jika saya terus bersembunyi,” katanya. - Agensi


Pasar Tamu Koleksi Antik & Vintaj @ Kellie's Castle



Lagi event terbaru yang akan berlangsung di Kellie's Castle, Batu Gajah...
awok salute le tokeh Kellie's Castle sekaghang ni...
banyak aktiviti yang dia buat ...
semata2 untuk naikkan pelancongan dikawasan Kellie's Castle dan di Batu Gajah amnya...
para pencinta barangan antik dan vintaj jangan lepaskan peluang utnuk dapatkan barang2 yang kome idamkan masa tarikh tu.....



Sementara tu...
bersempena dengan event Ol'Skool tu juga akan diadakan Kellie's Castle Classic Bike Day pada 4 Mei 2014 ...
apelagi..... moh kome!!!

Batu Sempadan Malaysia - Thailand


Siapa kata batu tak boleh dijadikan tarikan pelancongan?
batu pun boleh jadi tanda kepada kekuasaan sesebuah negara itu...
contoh termudah..... hahaha...
awok masih nak merujuk kepada lawatan awok ke Pengkalan Hulu baru2 ni....
harap kome jangan muntah la ye...... banyak entri Pengkalan Hulu yang keluo....

Selagi batu sempadan ni tak diubah...
Insyallah kat situ le letaknya sampei bila2.....


Batu Sempadan kat gambo diatas entri awok ni...
sebenonye merupakan batu sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu
disebelah Malaysia.....


dan di kawasan Betong di sebelah Thailand....

dan sebelum sampai ke kawasan Batu Sempadan Malaysia-Thailand ni...
kita perlu melalui pemeriksaan kastam, Imigresen dan Polis......
pada yang ber kad pengenalan 08... bolehlah buat border pass...
pada yang idak jangan lupa bawak passport kome...
ehhh.... itu cerita kalo nak menyeberang ke Betong la......
hehehee... maklumla ada yang kaki urut kan?? kan???....

oh ye... ada satu kompleks Zon Bebas Cukai dan kawasan 'bazar' untuk kome yang kaki shopping


Disini kome boleh beli bermacam2 buah....
dan bermacam baju dengan harga murah....

Kenangan program!






Sekadar  Selingan

Awok sedih sebenonye....
ye... batu sempadan ni merupakan garisan yang membezakan sesebuah kawasan itu dibawah naungan sesebuah negara....
apa yang awok sayu kan ...sebab pembahagian itulah yang membuatkan orang Melayu terpisah....
kalo kome tengok balik Sejarah.....
Betong, Pattani, Narathiwat dan beberapa lagi daerah di Thailand yang ramai orang Melayu....
kebanyakkan nya merupakan kerajaan Melayu....

idak..idak..awok bukannya rasis....
cuma sekadar mengimbas sejarah......

Gambar Belangkas