Monday, April 14, 2014

Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail

Sebagaimana yang awok janjikan .....
awok akan kembali bersiaran pada hari Selasa ni...

Alhamdulillah...
awok baru sahaja menjelajah daerah kecil Pengkalan Hulu yang terletak di Daerah Hulu Perak......
program Fam Trip - Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ini  dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Pejabat Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Pengkalan Hulu......
bermula dari 12 - 14 April yang lalu...
disertai oleh pihak media, blogger dan agensi pelancongan...
bertujuan untuk menyelongkar keindahan dan kawasan berpontesi untuk pelancongan di Pengkalan Hulu yang berada jauh dipenghujung negeri Perak.....

Sebelum tahun 1909 ....
Pengkalan Hulu adalah sebuah daerah dibawah jajahan Kerajaan Reman dari Siam....
hanya pada tahun 1909 barulah Pengkalan Hulu ataupun nama lamanya Kroh diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak pada masa itu....

Untuk makluman kome juga ...
Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh sehingga tahun 1984...
dan dituko oleh Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II)..
kenapa Pengkalan Hulu dikenali sebagi Kroh sebelum 1984 akan awok ceritakan dalam entri awok akan datang......

dibawah awok sertakan dahulu gambo2 untuk tatapan kome...
sebelum entri sebenonya keluar nanti..
errr...awok tak habis pening lagi ni....


Pengkalan Hulu
Singgah makan tengahari di Restoran Tasek Raban, Lenggong pada 12 April 2014...

Pengkalan Hulu
Melawat Lombong Bijih Timah terbesar di Malaysia...

Pengkalan Hulu
Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu...

Pengkalan Hulu
Batu Sempadan Malaysia - Thailand...
yang berada di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dibahagian Malaysia...
dan di kawasan Betong dibahagian Thailand...

Pengkalan Hulu
Pintu Gerbang masuk ke Thailand...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang dan Gua Itik...
Awesome!!!!

Pengkalan Hulu
Antara Blogger dan Media serta Agensi Pelancongan yang terlibat...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang!!

Pengkalan Hulu
Bergambar di Pintu Keluar di Gua Gendang!

Pengkalan Hulu
Nasi Buluh Kalatia

Cameron Highland

Dah lama tak pergi bercuti, rindu sangat nak cuti-cuti Malaysia... kali ni anak dan menantu yg pergi bercuti ke CH. So dapat buah tangan dari mereka.

 Terimakasih Zaid dan Maryam.  Ummi suka sangat...

 strawberry yg manis manis masam
Teh 

dan bunga Ros!!!

Sunday, April 13, 2014

Main Saham? Daftar Akaun CDS dengan betul | Cara Main Saham dengan Betul

Main Saham? Daftar Akaun CDS dengan betul | Cara Main Saham dengan Betul. Main saham kena daftar dulu akaun CDS. Mudah sangat caranya.

cara main saham dengan betul daftar akaun CDS
Nak main saham kena tahu cara yang betul

Cara daftar akaun CDS | Tips Cara Main Saham dengan Betul

Central depository sistem (CDS). Inilah akaun yang korang perlu buat sebagai langkah pertama untuk main saham. Ingat, buat betul-betul untuk mulakan aktiviti main saham ni. Ianya langkah wajib.

Langkah-langkah nak buka akaun CDS ialah;

1. Pergilah mana-mana bank yang buat urusan jual beli saham ni. Contohnya CIMB Trade Bank.

2. Pergi terjah kaunter dan cakap nak buka akaun CDS (cth: korang pergi CIMB Trade Bank).

3. Sebelum tu, jangan lupa bawa 2 salinan kad pengenalan yang dah disahkan. Yang ori bawak sekali. Jangan lupa tu.

4. Bayar duit kos dalam RM10. Tunggu kejap dalam 10 minit kot.

5. Siaplah akaun CDS korang. Korang akan diberi NOMBOR AKAUN CDS.

6. Dah ada nombor akaun CDS ni, bolehlah korang mulakan membeli saham. 

Tak tahu nak beli saham? Banyak sangat dan masih blur lagi pasal jual beli saham? Takpe, saya ada PANDUAN JUAL BELI SAHAM yang terbaik untuk korang baca. 

Jangan risau, PANDUAN ni ditulis oleh pakar saham. Bukan calang-calang orang. Korang boleh pergi baca sendiri. Yakin, terus baca sampai habis. Kalau tak yakin, terpulang =) 

Korang boleh klik link kat bawah ni tanpa ragu-ragu!

KLIK SINI --> Baca CARA JUAL BELI SAHAM DENGAN BETUL

Selamat membaca dan jangan takut untuk belajar dengan mereka yang sudah berjaya main saham dengan betul!

Shower Curtains On Clearance

Buy Gray Shower Curtains Access. from Bed Bath & BeyondFabric Shower CurtainsCutest owl shower curtain on clearance @ Target | Flickr - Photo ...Cutest owl shower curtain onBath Clearance & Shower Curtains Clearance | Pottery BarnPB Classic Stripe ShowerShower Curtains & Bath Accessories - Shower Curtains & Hooks ...City Streets Shower CurtainsBuy Burgundy Shower Curtains from Bed Bath &

Implied lines in design

Adam L Humphreys - Implied Line ProjectAdam L Humphreys - Implied Line ProjectART115: Implied LineART115: Implied LineCassi's Design Blog: LineCassi's Design Blog: LineIdeas Gen Week 09 *DESIGN* + one-on-one tutorials Billy Blue ...Ideas Gen Week 09 *DESIGN* + one-on-one tutorials Billy BlueElectric Chameleon - The Elements & Priniples of Design [C] 2004 ...Electric Chameleon - The Elements &

Bathroom streamlining Space Impression Room

TLC Home "Bathroom Design Idea: Streamlining Tight Spaces"TLC Home "Bathroom Design Idea: Streamlining Tight Spaces"TLC Home "Bathroom Design Idea: Streamlining Tight Spaces"TLC Home "Bathroom Design Idea: Streamlining Tight Spaces"Bathroomstreamlining Space Impression RoomBathroomstreamlining Space Impression RoomBathroomstreamlining Space Impression RoomBathroomstreamlining Space Impression

Saturday, April 12, 2014

Tabung Haji Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hotel Tabung Haji Pulau Pinang terletak berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas.Jarak lebih kurang 2km.  Apa yang menarik tentang hotel ini ialah Bank Tabung Haji juga terletak dalam bangunan ini. Jadi ambillah kesempatan untuk buka akaun Tabung Haji atau kemaskini buku anda. Di luar pagar Tabung Haji ini pula ada satu kedai Nasi Dalca, kecil saja tapi orang ramai beratur panjang. Kalau hari Sabtu pula ada pasar malam. TH hotel ini juga berdekatan dengan Muzium Perang dan Akuarium yang jaraknya lebih kurang 8 km.

Aku telah menginap di hotel ini dua kali iaitu pada 28 Feb dan 12 April. Sebenarnya aku suka hotel TH ini kerana sunyi, nyaman, bilik besar tetapi ada satu sebab yang menyebabkan aku ralat  dengan hotel ini iaitu perkhidmatan internetnya yang sangat teruk dan perkhimatan pelanggan di kaunter yang tidak berapa mesra. Selama dua kali aku datang dua kali juga tiada perkhidmatan internet. Alasan yang mereka berikan internet di bawah ada (lobi) sepatutnya di tingkat 4 juga ada atau orang terlalu ramai mengakses. Janji dengan aku hendak periksa tapi sampai sudah tiada inisiatif hendak update aku bertanya sudah ok atau belum. Bila  aku pergi ke kaunter bertanya mereka bagi alasan di kaunter juga ada masalah internet sejak dua hari lepas. Aduan sudah dibuat pada TM dua hari lepas tapi tiada tindakan lagi. Itu adalah alasan palsu sebab dua hari itu adalah waktu bekerja bukan hari bercuti.  Aku  bagi tahu TM ni kalau kita dah buat aduan dia akan ambil tindakan dalam tempoh 24 jam. Tapi itu sajalah alasan mereka sedangkan pekerja yang bekerja waktu syif sebelum itu beritahu dia boleh mengakses internet. Aku juga boleh akses internet dari tingkat 1 tapi bukan dari tingkat 4. Apabila alasan yang tidak munasabah diberikan dan tidak ada inisiatif hendak membantu, kekecewaan dalam diri aku pun timbul  dan ini mungkin kali terakhir aku menginap di sini.  

Ada 3 kriteria untuk aku menginap di satu-satu hotel itu iaitu tempat tidur dan bilik air yang bersih, perkhidmatan pelanggan dan capaian internet. TH Bayan Lepas gagal pada dua perkara itu. Aku rasa ia amat menyedihkan kerana TH adalah jenama orang Islam. Diharapkan TH  boleh membaiki kekurangan yang ada. Tetapi aku harus berikan pujian kepada pekerja-pekerja housekeeping. Mereka amat mesra, murah senyuman dan suka membantu.


Aku  menginap di bilik superior bernombor 411 dan 402 yang berharga RM150 tanpa sarapan pagi.

Pro
----
1. Bilik luas sangat dan bersih
2.  Bilik air pun luas
3. Pengelap kaki di bilik air (TH Alor Setar tak ada)
4. Siaran kabel tv
5. Wifi
6. Air mineral
7. Penghantaran surat khabar depan pintu
8. Peti ais mini, al-quran dan lain-lain yang biasa
9. Makanan ala carte di cafenya sedap walaupun menunya tak banyak
10. Ada gym
11. Ada lif dan mesra OKU

Kontra
---------
1. Wifi teruk sangat
2. Tiada seterika
3. Tiada pengering rambut
4. Tiada tisu tandas
3. Tiada kolam renang dan sauna. 

Ini gambar dan video bilik.


Lobi depan tu Bank Tabung Haji

Kawasan lobi dan receptionist

Lif bahagian lobi

Harga biasa



Bilik air pun cantik


Sangat luas. Bila dah luas tv tulisan di tv pun tak berapa nampak
Macam rumah pangsa. Ruang berjalan ke bilik sangat selesa

Pemandangan dari bilik. Taman kecil di bawah

Pemandangan dari bilik
Luas sangat puas hati.

Gym




Gambar Belangkas