Wednesday, April 2, 2014

Gempar Gambar Hantu Budak Kecil

Saintis minta orang ramai hantar gambar hantu

LONDON - Sekumpulan saintis mengundang orang ramai menghantar koleksi gambar hantu kepada mereka bagi merungkai misteri paranormal, lapor sebuah akhbar semalam.


Saintis-saintis tersebut meminta orang ramai menghantar gambar itu supaya mereka boleh melakukan kajian teliti mengenai imej hantu.

Projek itu adalah sebahagian daripada program Festival Sains Edinburgh.

Satu daripada foto yang paling pelik diterima kumpulan itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit oleh seorang remaja, Matthew Summers, 17, pada tahun lalu.

Gambar sekumpulan rakan yang dirakamkan Summers menunjukkan kepala seorang kanak-kanak menjulur keluar dari celah paha seorang rakannya.

Seorang pakar psikologi yang mengkaji hantu, Profesor Richard Wiseman yang mengetuai kumpulan itu berkata: "Kadang-kadang anda melihat muka dalam keadaan samar-samar tetapi ia sebenarnya permainan cahaya.

"Otak manusia diprogram untuk melihat muka. Keadaan itu berlaku kerana wajah manusia adalah perkara paling penting yang dapat dilihat di sekeliling kita."

Menurutnya, sepuluh peratus daripada populasi mempunyai pengalaman melihat hantu.

Namun, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang melakukan kajian berhubung bentuk pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah melihat hantu.

"Kita mengetahui hantu cenderung untuk dilihat sebagai satu bentuk jasad dan hanya mendedahkan diri sebagai hantu sebenar apabila ia melakukan sesuatu seperti berjalan menembusi dinding,"


Kalo soalan SPM macam ni!




Kalo soalan SPM macam ni!!!!

SUBJEK : BAHASA PERAK KERTAS 1 - Kod 3573/1
KOME PILIH LE JAWAPAN YG SESUEI.
1."_______ ler le sikit ngayuhnye pun, tutup kedei besi bughuk tu kaghang mau mangko nunggu tokeh tu mukok balik esok."
a) lekeh
b) laju
c) cepat
d degheih
2.'cher mengkemer biler lalu-lalang kat situ jangan dipijok buchu tiko tu, abeh ______ hujung tiko dilantok nyer.'
a) menchakoh
b) nyeluin
c) tekeipok
d) bergulung
3.'pekehei dibiokan pintu tu ________, jenguk dik langsuyo kaghang, komer jugak yg ngigo sampei ke subuh.'
a) tebongeh
b) tenganger
c) tepongor
d) tebongkang
4.'sedang ber-jalan2, entoh ape pasei tibe2 teman _________ ke dalam sebuah lubang beso, abih seluin baju teman.'
a) tejeghombab
b) tepeghosok
c) tepegholoh
d) tejeghumuih
*ate boleh ke kome jawab yob/yong

Awok dapat A++++++++++++++++++++++ le jawab nye.....
Jangan maghah ye.... saje seloghoh petang2 ni.....

Kitchen Cabinets Design Layout

Kitchen Cabinet Layout Ideas | Kitchen Layout & Decor IdeasKitchen Cabinet Layout Ideas | Kitchen Layout & Decor IdeasKitchen Cabinet Layout Ideas | Kitchen Layout & Decor IdeasKitchen Cabinet Layout Ideas | Kitchen Layout & Decor IdeasKitchen Cabinet Design Service :: Accent Building ProductsKitchen Cabinet Design Service :: Accent Building ProductsKitchen Cabinets Design Layout | The Kitchen

Cara jahit baju kurung | Panduan Menjahit Baju Melayu | Jahit Baju Kurung Budak

Cara jahit baju kurung | Panduan Menjahit Baju Melayu | Jahit Baju Kurung Budak. Nak belajar cara menjahit dengan mudah tanpa perlu ke kelas? Nak belajar jahit baju kurung Pahang, Riau, tradisional dan moden serta baju Melayu? Jom!

panduan jahit baju kurung | cara jahit baju kurung
Jom belajar cara jahit baju kurung dengan panduan jahit baju kurung.

Cara jahit baju kurung

Asas paling penting dalam belajar menjahit baju kurung ialah cara ambil ukuran samada terus dari badan atau ukuran baju kurung melalui baju contoh. Di bawah, adalah contoh bagaimana ukuran baju kurung di ambil;
  • A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher
  • C-D = Labuh lengan
  • D-J = Labuh baju  
  • D-E = Lebar lengan 
  • G-F = Lebar kekek 
  • F-E = Lebar pesak atas 
  • H-J = Lebar pesak bawah Cara Jahit Baju Kurung Moden
Ini bentuk asas baju kurung. Bergantung kepada jenis baju kurung yang nak dijahit juga. Ada yang jenis baju kurung Pahang, Riau, atau baju kurung moden. Jadi, asas ukuran baju kurung adalah seperti gambarajah di atas.

Cara potong kain juga ada teknik yang mudah dan tepat. Penting supaya tak bazir masa dan pastinya tak membazir kain. Banyak lagi teknik, tips, dan cara untuk jahit poket, cara nak pasang zip, cara nak cantum bahagian kain yang sudah dipotong dan sebagainya.

Kenapa nak belajar menjahit ek?

Ramai yang nak belajar jahit baju kurung kerana nak tambah pendapatan disamping memang minat nak belajar menjahit. Bila dah pandai menjahit, paling tidak tidak siapkan baju kurung untuk anak perempuan dan diri sendiri juga. Betul tak?

Lagi best, bila dapat jahit baju Melayu untuk orang yang tersayang. Memang terbaiklah! Serius, kalau suami atau anak lelaki dapat pakai baju Melayu yang kita siapkan , mesti rasa puas hati sangat-sangatkan?

Tak reti nak menjahit tapi nak belajar menjahit baju kurung atau baju Melayu tak?

Kalau niat yang murni dan baik, insyaAllah ada jalannya. Paling penting, usaha dan usaha dan jangan mudah putus asa. Percayalah, kalau dapat siapkan sepasang baju kurung atau baju Melayu hasil jahitan sendiri, kepuasannya boleh buat korang tak tidur malam nanti!

Kalau dah minat, kawan saya (Pn. Salmawati) ni sudi berkongsi panduan jahit baju kurung. Bukan dia main cilok mana-mana buku kat kedai buku. Bukan-bukan! Ebuku ni dia tulis sendiri, sebab dia memang tukang jahit yang terer. Ada masalah, boleh terus rujuk dia untuk tanya apa-apa masalah. Ramai yang dah dapatkan panduan ni, dan puas hati. Boleh tengok screenshot ni untuk lebih yakin. Pn. Salmawati siap ada facebook group lagi sebagai support group. Best tak?

cara jahit baju kurung dengan mudah | panduan jahit baju kurung pahang
Bukti salah sorang yang dah mendapatkan panduan jahit baju kurung. Puas hati katanya.
Kalau minat, anda boleh terus klik link di bawah ni. Boleh baca dulu sampai habis. Puas hati, boleh terus dapatkan segera. Sebulan dua lagi dah nak puasa, banyak kedai jahit baju dah tak nak terima tempahan....huhuhu...

KLIK BANNER DI BAWAH untuk baca terlebih dulu panduan ni;

buku panduan cara jahit baju kurung pahang riau

KLIK SINI untuk BACA --> JOM BACA PANDUAN JAHIT BAJU KURUNG & BAJU MELAYU

Saya doakan moga anda bakal mendapat ilmu yang bermanfaat dan berjaya menyiapkan baju kurung pertama dan baju Melayu pertama hasil jahitan tangan anda sendiri. Selamat maju jaya!

Tuesday, April 1, 2014

Bagi Penggemar Filem Zombie..The Walking Dead Season 1 - 4

THE WALKING DEAD SEASON 1



 THE WALKING DEAD SEASON 2


 THE WALKING DEAD SEASON 3


 THE WALKING DEAD SEASON 4

Wood Sconces Pair

Pair Of Early 18th Century Italian Gilt Wood Wall Sconces ...Gilt Wood Wall SconcesPair Of Early 18th Century Italian Gilt Wood Wall Sconces ...978.768.3811. Pair Of EarlyPair of Gilded Carved Wood Sconces | Cafiero SelectPair of gilded wood sconces,Pair of Dramatic Italian Carved Wood Sconces at 1stdibsCarved Wood SconcesPair Directoire Style Gilt Wood Sconces at 1stdibsStyle Gilt Wood

Kepercayaan dan Ritual Mengurangkan Kesengsaraan Para Hantu..

Hantu lapar cari mangsa

MENGIKUT kepercayaan masyarakat Tionghua, hari ke-15 pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar Cina, merupakan permulaan Bulan Hantu Lapar. Kononnya pada masa itu pintu neraka akan dibuka dan para hantu serta roh dipercayai keluar dari alam ghaib dan merayau-rayau pada waktu malam.

Dek pegangan turun-temurun, pada bulan itu mereka akan lebih berhati-hati dan patuh kepada pantang larang yang diperturunkan nenek moyang bagi mengelak ditimpa nasib malang.

Bukan itu sahaja, sebagai langkah pencegahan supaya tidak diganggu oleh roh dan hantu itu, sebilangan besar pengamal kepercayaan Taoist membakar duit palsu, emas, kereta dan rumah kertas sebagai persembahan kepada roh jahat atau hantu lapar.

Menurut seorang peniaga di Kuala Lumpur, Lee Hock Ming, 29, dia percaya ritual itu mampu mengurangkan kesengsaraan para hantu.


“Orang Cina percaya dunia di bawah sana sama dengan dunia yang kita tinggal sekarang.

“Selain duit, ada juga orang yang sediakan makanan dengan kerusi kosong dan menganjurkan acara-acara hiburan.

“Mereka akan menyanyi dan berjenaka bagi mengurangkan penderitaan roh,” katanya yang mula menyambut hari tersebut Ahad lalu.

Roh mangsa kemalangan

Hock Ming berkata, rakan sekolahnya sendiri pernah disampuk roh jahat pada Bulan Hantu Lapar.

“Dulu semasa saya tinggal di Perak, seorang kawan Melayu saya tiba-tiba pengsan semasa kami menghadiri kelas malam. Bila sedar, dia bercakap dalam bahasa Hokkien.
“Rupa-rupanya roh itu milik seorang lelaki Cina yang mati akibat kemalangan dan dia hendak ‘balik’ ke rumahnya.

“Roh itu turut memberitahu tempat tinggal keluarganya. Bila kawan saya selidik, keluarga itu memang ada dan salah seorang anggota keluarga itu mati akibat kemalangan beberapa bulan sebelumnya,” katanya.

Seorang sami Buddha di sebuah tokong di Petaling Jaya, Chang Wen, berkata asal-usul perayaan ini adalah daripada seorang anak murid pendeta Buddha bernama Mu Lian.

“Semasa bermeditasi, Mu Lian yang merupakan antara 10 murid terbaik Buddha telah mendapat petunjuk yang ibunya sedang sengsara di neraka.

“Menurut kisah itu, ibu Mu Lian merupakan seorang yang kedekut dan sering menghina golongan pengemis. Apabila Mu Lian mengambil keputusan untuk menjadi sami, ibunya sangat marah.

“Sebagai tanda bantahan, ibunya telah memberi Mu Lian makanan berdaging iaitu makanan yang tidak boleh dijamah oleh para sami. Kerana perbuatannya, si ibu telah diberi balasan dengan dihantar ke neraka selepas dia mati.

“Sebagai anak yang baik, Mu Lian sentiasa berdoa untuk ibunya dan doa itu telah didengari oleh Buddha. Dengan keizinan Buddha, setahun sekali pintu neraka dibuka dan roh-roh boleh kembali ke bumi untuk diberi makanan,” cerita Chang Wen.

Bukan bulan malang

Mengupas kebenaran sama ada wujud roh atau hantu jahat yang berkeliaran dan mengganggu manusia pada bulan ini, Chang memberitahu, ia sebenarnya tidak wujud.

“Perayaan untuk memperingati tarikh 15 haribulan ini telah jauh menyimpang daripada ajaran Buddha. Mungkin ia banyak dipengaruhi oleh adat resam orang Cina itu sendiri.

“Dalam ajaran Buddha, Bulan Hantu Lapar adalah bulan yang paling bahagia dan sangat diberkati. Selain roh ‘dibebaskan’, ia juga hari kemuncak para sami belajar dan berbincang mengenai agama.

“Cara terbaik memperingati para roh ini adalah dengan bersedekah dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka, bukan dengan membakar kertas atau menganjurkan pesta. Itu hanya perbuatan yang membazir dan sia-sia,” jelas Chang Wen.

Tambahnya lagi, ritual yang sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Tionghua itu tidak sepatutnya diamalkan.

“Jangan fikir apabila duit, rumah, kereta atau emas dibakar, roh itu akan tenang. Kehidupan mereka di alam fana tidak sama dengan kehidupan kita di sini. Mereka tidak perlukan itu semua, yang mereka mahukan ialah doa dan nikmat sedekah,” katanya.

Menyelar sesetengah orang yang suka meramalkan peristiwa malang kerap terjadi pada bulan ini, Chang Wen memberitahu, semua hari adalah baik dan tiada hari yang malang.

“Pucuk pangkalnya ialah amalan dan perbuatan kita. Ia tiada kena-mengena dengan pantang larang, hari, warna atau perkara-perkara lain. Itu adat sahaja,” kata Chang Wen.

CHANG WEN - roh tidak perlukan wang

Gambar Belangkas