Tuesday, January 28, 2014

Pelancongan Malam Paranormal @ Kellie's Castle






Kome berani?
Sanggup bermalam di Istana/Rumah lama?
kalo kome berani moh sahut cabaran Kellie' Castle...
Pelancongan Malam Paranormal@Paranormal Night Tour ni merupakan satu usaha oleh pengendali Kellie's Castle bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014....

Kalo takde aral melintang benda ni akan bermula pada Februari 2014....
Jangan kome risau hasil sembangan awok dgn tokeh Kellie's Castle...
lawatan kome nanti akan diiringi oleh seorang pengamal perubatan Islam ataupun Ustaz....

Awok Insyallah akan cuba 'lawatan' ni nanti....
Kome apelagi... telefon nombor kat banner atas tu...
dan tempah lawatan kome sekarang....
kalo kome bertuah kome akan alami apa yang dialami oleh deme-deme dalam video kat atas.....

'Pergilah Melancong!'...hihihi

Monday, January 27, 2014

Seindah biasa..





Assalammualaikum..

Alhamdulilah...
Suami dah sihat, cuma jalan tu ada capit-capit lagi la..
Start minggu ni dah tak payah ulang - alik ke klinik, dah tak payah cuci...
Luka pun dah sembuh. 

Serius rasa lapang dada ni.
Tak sabar nak menjalani kehidupan macam biasa balik.

Sekarang ni pun bukan  tak normal, cuma ada la yang lainnya kan..
Mat Fariq pun tak sabar dah nak kerja, boring sangat kat rumah, nak bagi kaki kuat sikit je lagi,
lepas ni dah boleh kerja.



Dalam masa Mat Fariq sakit dulu, macam-macam dugaan. Tapi itulah tanda DIA sayangkan kami.
 Alhamdulilah, semua dugaan tu kami sama-sama harungi.

Marah, merajuk, sakit hati, makan hati, semua ada!
Nama pun dugaan kan.. Masa tu, memang kena ingat Allah banyak-banyak.


Perkara yang paling susah, ialah SABAR. 
Sangat susah nak jumpa sabar, sangat susah!! 
Tapi itu je ubat yang ada.
 SABAR..
So, memang kena cari, kena gali, kena 'kawan' dengan 'dia'.
Suka atau tak, itu sahaja yang ada.
SABAR.

Semoga hidup kami tetap seindah biasa..
DIA tahu ini yang terbaik untuk kami, sebab tu DIA bagi kami 'rasa' ini.



Kisah Rumah Pagar Ghaib..

Kembara 8 anak muda dari pasukan PAGparanormal Malaysia memulakan pengembaraan mereka ke selatan tanah air dan memberi tajuk baru pada episod-episod kajian mengenai kejadian fenomena paranormal di setiap pelusuk di semenanjung Malaysia.

Chapter 1 Season 5 bertajuk Rumah Pagar Ghaib ini diceritakan oleh beberapa individu yang mendakwa pernah terlihat kelibat perempuan yang betul-betul menjengah mereka dari tingkap atas.Terdapat juga cerita yang boleh mengaitkan dengan cerita pertama iaitu kisah rumah ini yang pernah di pagar `ghaib` oleh seorang bomoh kerana terdapat gangguan pada penduduk setempat yang menceritakan satu `saka` di rumah itu telah mengganggu kehidupan seharian mereka.Adakah saka yang dimaksudkan itu ialah entiti wanita terbabit??Kenapa dan mengapa ia mula merayau dan mengganggu orang kampung??Dan kenapa rumah terbabit ditinggalkan begitu sahaja??Adakah kisah-kisah seram yang di bualkan oleh masyarakat setempat itu benar atau hanya sekadar penyedap cerita yang di tokok tambah?Team PAGparanormal kali ini terpanggil untuk membuat tinjauan di rumah banglo terbabit.Saksikan sedikit gambar & video yang dirakamkan oleh krew PAGparanormal ini..

Krew PAGparanormal yang terlibat pada malam itu Az,Ash,AJ,Ron Asraff,Mirol,Yuyie,Basid & Yusz.













Video Chapter 1 Season 5 Rumah Berpagar Ghaib.

Misteri Trovants, Batu Yang Membesar Ketika Hujan


Romania mempunyai sebuah tarikan tersendiri yang disebut Trovants. Benda itu merupakan sebuah keajaiban geologi dengan sebuah batu yang akan membesar ketika hujan dan boleh berpindah sendiri.




Batu yang namanya bermakna “pasir disimen” itu terdapat di daerah Costesti. Trovants berbentuk bola pasir yang muncul di permukaan tanah setelah berlaku aktiviti seismik yang kuat.

Gempa bumi

Homestay Kg, Beng, Lenggong

Homestay Kg Beng terletak di Lenggong  dalam Daerah Hulu Perak...
yang menariknya berkenaan dengan Homestay Kg Beng ni....
kerana Homestay Kg Beng merupakan gabungan 6 buah perkampungan kecik...
Kg Durian Lubuk, Kg Beng Dalam, Kg Dusun, Kg Sekolah, Kg Durau dan Kg Batu Ring...

Perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani dikenali sebagai 'Tok Beng'.....
beliau telah melarikan diri mengikut Sungai Perak....
Maka wujudlah kampong ini sempena dengan panggilan 'Tok Beng'....
Untuk sampei ke Homestay Kg Beng terutama Kg Batu Ring...

Setiap rumah yang terdapat di dalam kampung tersebut mempunyai sampan sendiri bagi aktiviti harian mereka....
seperti menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.......
Di Homestay Kg Beng juga deme ada ladang rusa....
maka tak hairanle kalo kome dijamu dengan rusa panggang masa kome disini....

Kg Beng bertuah sebabnye dikelilingi tasik....
itu yang kawasan sekeliling ni cantek....
tak heghan le bile banyak iklan ato ceghite yang dibuat disini....
antaghe nye Iklan Raya Petronas kat bawah ni.....

Iklan Raya Petronas tahun 2003 ni dibuat di Kg Beng...

Gambo2 dibawah ni semasa awok membawak group ke sekitar Lenggong baghu2 ni....


Yang dalam gambo ni ketua Penyelaras Homestay Kg Beng...
merangkap Ketua Kg Batu Ring.... Pak Alias....

Kalo kome peghatikan.....
kampung ade ade jalan simen...... disetiap rumah...
yang warne ijo tu.....surau....

Antaghe rumah yang terlibat program Homestay ni...

Kawasan Jeti Homestay Kg Beng






Jambatan Raja Dr Nazrin Shah dari tengah tasik.......
gambo daghi dalam bot......
mase ni kebetulan group awok turun di Jeti Tasik Raban

Kome boleh hubungi nombor tertera dibawah ni:-

Penyelaras Homestay Kg Beng
Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong
33400 Lenggong
Perak Darul Ridzuan
Tel : 016-565 4303
Faks : 05-767 7102

Video Cara Pakai Shawl Fesyen Terkini Labuh & Tutup Dada | Cantik Berhijab Dari Hijabterkini.com

Assalamua'laikum.
cantik berhijab dengan fesyen shawl terkini dari hijabterkini.com
Cantik berhijabkan?
Video Cara Pakai Shawl Fesyen Terkini Labuh & Tutup Dada | Cantik Berhijab Dari Hijabterkini.com. Fungsi utama hijab/tudung/shawl ialah menutup bahagian dada. Maka, walau apapun jenis tudung/hijab/shawl terkini yang digayakan anda, maka seharusnya perkara ini yang menjadi ukuran asas sebelum urusan jual beli. Untuk kali ini, saya ingin berkongsi video cara memakain shawl fesyen terkini yang labuh dan pentingnya, ianya menutup bahagian dada.

Video cara pakai shawl fesyen terkini labuh

Ayuh, buat seluruh para wanita yang mencari-cari cara memakainya, bolehlah menjadikan video ini sebagai panduan asas.



Semoga dengan perkongsian seringkas ini, menjadikan tiada alasan untuk para wanita sentiasa berfikir dalam menyempurnakan pemakaian hijab atau tudung mahupun shawl mereka.

Bertudung itu wajib, maka berusahalah untuk menyempurnakannya. Semoga sentiasa diberi kekuatan oleh Allah jua untuk melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Wallahua'lam.




Wirawatiku..

nape mata rara tuuu... ngantok ekk :)

Lama gak aku dah update kat sini ekk... bz ?? toksah citer la sememangnya sangat sibuk dalam menguruskan urusan rumahtangga. Penat bekerja di ofis dari pagi sampai ke malam, lagi penat dan mencabar kalo seharian duk mah melayan anak-anak ditambah ada baby haa.. :)

adam sedih nak tinggalkan kakak dia...

Dalam dok kalut dengan keluarga disini, tanggungjawab pada anak-anak yang lain sedikit pun aku tak pernah abai walau dorang dari kecil membesar ditangan orang lain... huh ! * mcm geram jer bunyi nya kan !? *  macam-macam citer yang aku dengar layanan terindah depa bagi kat anak-anak aku..its ok aku hargai dan diiringi dgn ucapan terima kasih dengan cacian makian mulut yang teramat longkang tuh! anyway aku sebagai ibu pada anak-anak aku tuh, tetap sabar dan selagi boleh sabar aku sabar. :)

sape sangka boleh lak satu kem dengan kawan sekampung

Wokey lah citer bab my gegirl kesayangan sorang nih, dekat 2 minggu dah duk dalam hutan di Kem Plkn Ayer Keroh Melaka, baru semalam dapat ketemu dong.. rindu dgn masakan ibu katanya walaupun hanya sambal ikan bilis, terung rembang ngan cili api huhu.. itulah air tangan ibu biar pun simple masakan tetap menjadi pojaan untuk si anak..

ni jer view yg sempat aku snap

Sejak duduk dalam kem, semua okay kecuali makanan yang disediakan tak berapa menyelerakan pada tekak budak-budak nih sampai ada yang beli maggie dan makan jajan. Kemain berselera si nadira makan. siap aku bekalkan untuk dia makan malam.  Cuma yang ralat sikit nadira tak dapat nak join latihan sesama kawan-kawan dia di sana sebab dikuarantin atas penyakit Anemia yang dia alami. Sebelum gerak balik semalam tak berhenti mulut aku coceh-coceh suh dia makan jer apa yang dihidangkan walau tak sedap, kang duit belanja cepat habis ada plak yang terkinja-kinja meroyan ekekeke... Tak lama mana pun duk sana pejam celik habis latihan balik la ko nak.. ;)

  
p/s :  sian nadira tak merasa nak pegang rifle..

Gambar Belangkas