Suatu hari, saya balik kerja disambut dengan anak2 yang seronok bermain pasir di depan rumah. Pasir tu adalah lebihan jiran buat renovation rumah. Dah lama kat situ, tempat tu dah menjadi toilet kucing-kucing jalanan dan kucing jiran. Terjerit-jerit juga saya dibuatnya masa tu, nak suh dorang stop main pasir tu. Geli wei.. main pasir bertahi kucing!
"Saya nak buat sand castle," kata Ammar seakan-akan merayu. Amalina pula tunjuk muka kesian. Memang ada ala-ala binaan kecil kat situ, dengan daun kering jadi hiasan kat atas bangunan castle yang dorang bina. "Nanti kita pergi beach," kata saya pula. "Kat sini kotor, cat dah berak. Nanti hand kotor, ada kuman, kulit boleh tumbuh kudis macam masa chicken pox aritu," saya cuba sedaya-upaya nak kasi budak 6tahun ni faham. Bahasa pon campur-campur, kalu didengar dek Dewan Bahasa dan Pustaka memang kena banned ni. Ammar memang tak suka chicken pox. Disebabkan chicken pox lah dia takleh mandi dan bersuka-ria di Tambun aritu. Serta-merta dia sapu saki-baki pasir di tangan ke seluar.
Bila saya cerita kat En. Hubby, dia pon cadangkan pergi Batu Feringgi masa balik kampung nanti. Jadi, seperti yang dicadangkan, saya dan keluarga sebelah suami telah ke Batu Feringgi yang tidak berapa jauh dari rumah mertua. Rumah mertua bukannya di bahagian pulau, jadi dapatlah rasa naik jambatan pulau pinang (pergi) dan feri (balik) untuk ke Batu Feringgi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam juga disebabkan faktor trafik.
Di Batu Feringgi, kami menetap di Rumah Rehat Kakitangan Petronas pada harga RM25/room/nite. Bilik tu apartment style tau. Siap ada dapur masak. Kat belakang ada swimming pool untuk bebudak dan menapak 2-3 langkah dah sampai ke pantai (ok, bohonglah 2-3 langkah... 20-30 langkah baru betul kot). Murah ke tak tu sedara? Amat murah, kan? Yes, amat berbaloi-baloi.
Pandangan hadapan Rumah Rehat Kakitangan Petronas. Boleh di sewa oleh kakitangan sahaja.
Semasa kami sampai di sana, hari sudah malam. Jadi hari pertama tu burnt xde aktiviti. Kami keluar makan di salah sebuah restoran siam dan order makan ala-carte. Pedas wei. Lepas tu balik hotel dan tidur. Esoknya kami bangun awal-awal pagi untuk menikmati keindahan pantai Batu Feringgi. Subhanallah, memang cantik pemandangan pagi-pagi tu.
Pemandangan pantai Batu Feringgi dari belakang rumah rehat Petronas
Banyak ikan-ikan kecil yang terdampar di pesisiran pantai, buangan nelayan yang menjala malam tadi. Ni kalu kucing datang ni memang kekenyangan dorang..
Sepanjang pagi kami habiskan masa bersembang di bawah rimbunan pokok di belakang rumah rehat tu. Ada payung besar dan beberapa buah kerusi; walaupon kondisi agak uzur tapi memadai sebab suasana dah best. Yang dewasa sembang-sembang sambil makan-makan, yang kanak-kanak (dan yang merasakan dirinya masih kanak-kanak) pula seronok main air dalam pool. Dah tengahari barulah kami bersiap untuk keluar makan tengahari di pekan Batu Feringgi.
Mengelilingi meja yang kecil untuk bersembang bersama-sama
Ke manalah agaknya anak bujangku ini nak pergi.. orang lain syok sembang, seb baik Pak Lang Badri perasan dia dah gi jauh
Lepas lunch, kami ronda-ronda di sekitar Gurney Drive. Lepas tu balik semula ke rumah rehat untuk sambung aktiviti lepak, makan, sembang, makan dan berendam dalam pool. On the way balik tu beli barang-barang keperluan anak-anak buat sand castle. Petang tu dapatlah Ammar dan adik-adiknya lepaskan gian untuk membuat sand castle. Abah jadi supervisor. Tapi pasir-pasir kurang halus, so tak sesuai untuk buat sand castle. Bersungguh-sungguh anak-anak cuba buat tapi gagal. Last-last dorang surrender... sian depa.
Anak-anak tak berjaya buat sand castle sebab pasir yang kasar. Roboh sokmo binaan depa.
Juga ada kuda yang kita boleh naik.. hanya RM10/pax utk 1 pusingan. Kebetulan masa tu kuda terberak. Penjaganya memang bertanggungjawab, beliau kutip berak kuda tu untuk dibuang agar tidak mengotori pantai. Makteh Hajar dan adik Wan sedang memerhati.
Nampak makcik2 dan pakcik2nya main volley ball, kami semua pergi join. Paling sempoi Tokcik Padin Majid sebab leh main volleyball pakai kain pelekat. Dia tertinggal baju2 dan seluar2.. yang dibawa cuma sepasang persalinan yang dipakai di badan dan sehelai kain pelekat. Huhu...
Main beach volley ball bersama-sama. Perhatikan salah seorang dari kami memakai kain pelekat jer..
Lepas main volleyball, semua menghurungi pool yang sekangkang kera. Tokcik Padin Majid pon turut serta dengan kain pelekatnya saja. Kelass! Only in Penang, ok!
Wah.. tengok tu siapa yang main water slide tu..? huhu..
Esoknya, kami semua bangun awal lagi dan sambung lepak-lepak di tepi pantai sambil sembang dan makan-makan. Seronok juga sekali-sekala begini, dapat merapatkan silaturahim yang ada di antara adik-beradik dan anak menantu. Anak-anak sambung main kat pool.
hari ni makck Bad ditugaskan untuk jaga bebudak dalam pool
Selepas check-out pada kul 2pm, kami ke Padang Kota Lama. Lepak dalam 1 jam, kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah mertua. Dapatlah naik feri pula. Anak-anak memang gembira sepanjang perjalanan dalam feri tu.
Trip 3hari 2malam ke Batu Feringgi ini amat bermakna sebab ia adalah platform untuk semua berkumpul dan bersama. Kami memang tidak ke mana-mana tempat lawatan sangat, tetapi ia sudah memadai kerana objektif untuk berkumpul bersama-sama sudah tercapai.
Cuma objektif anak-anak nak wat sand castle je tak tercapai... but they've fun anyway. Dapat berendam dalam pool sudah amat memadai bagi mereka.