Wednesday, December 11, 2013

No devil

Aku beli dompet ni sbb dompet aku dah koyak. Beli yg mahal pun koyak gak, bek beli yg murah, boleh kerap2 tukar yer.

dompet MU
Tapi aa gambar setan la plak. Terpaka la aku memangkah. Bkn sebb aku x minat MU, tp setan kan.....kena la jauhkan. Dulu masa zaman rock kapak, selalu gak lukis tengkorak kat beg sekolah. X matang lagi tu, nk bagi nampak ganas konon.


Janda meletop dah kawen

Perkahwinan terhebat abad ni......Zain saidin (29) ngan Rozita che wan (40).....tahniah....

sama padan
Memilih tarikh keramat...11.12.13....juta2 punya wedding.....

Apsal aku kelu x tau nak kata apa2. Kawen lg baik dari duk bergosip ntah apa2...

Semoga kekal ke akhir hayat.....

Cik Ta pun x tua sgt, tua setaun ja dari aku....hehehhehe

Takut jugak bila dgr kawen hebat2 ni. Biarlah kawen hebat, jadila suami isteri hebat, rumahtangga pun hebat. Jgn masing2 nak tunjuk hebat, tolak ansur, saling memahami.....selalu pikir positif....InsyaAllah...

Wallahua'lam...........


Tuesday, December 10, 2013

Promosi Air Asia X ke Nagoya.Harga runtuh.Tempah sekarang !!


promosi terhebat setakat ni aku jumpa.baik korang tempah cepat.

Tarikh booking: 2-15 desember 2013
Tarikh Travel: 17 march 2014-13 jan 2015
Harga Pakej penuh (pergi balik): Lebih kurang rm 630

Air Asia X ni adalah penerbangan yang menggunakan AIR BUS,so lebih selesa berbanding penerbangan air asia yang lain.Lebih Luas dalam kapal terbang tu.masa nak beli tiket AIR ASIA nanti rujuk page ni ok (bahagian last skali) aku ada bagi link cara nak beat tiket harga air asia.make sure CHECK supaya korang dapat harga terbaik punya KLIK SINI

NAGOYA ni dekat dengan KYOTO,OSAKA dan TOKYO.banyak tempat menarik kat sana.pasal tempat tinggal korang jangan risau .KLIK SINI, sila buat tempahan di hostelworld lebih kurang 6 bulan lebih awal.

nak baca kisah aku di KYOTO KLIK SINI

Monday, December 9, 2013

Welcome to Tunetalk

Alhamdulillah....selamat dah tukar dari celcom line ke prepaid tunetalk. Kekal no lama gak.

Tujuan utama masuk sebab nak tukar ke prepaid, sebab line guna x guna kena bayar sama gak. Sekarang dah kurang gayut, x la tinggi sgt bil.

Tunetalk ni pulak bagi kita peluang bisnes. Tp kena la cari orang, bila orang tu topup kita dapat komisen 6% (level 1), level 2 dapat 3%. level 3 dapat 11%. Xdak dah level 4 5 6, sampai level 3 ja cuma setiap level xdak limit berapa orang pun. Setakat ni xdak lagi downline. Isteri la akan menjadi mangsa, hahahaha......lepaih tu cari la adik beradik lak...

Sekali saja kita promot org duk bawah kita, selagi dia guna kad sim tu, setiap kali dia topup, kita akan dapat komisyen......menarik x. Boleh la masyuk sikit2 yer...



Selain dari itu, ada perlindungan insurans. Kalau cacat kekal, mati dapat 100k, bukan kita dapat, waris la dpt......
Yg syoknya buleh kekal no lama.  Saya daftar tghri kemarin, malam kul 10 dah siap. Nak kekal no lama kena setel dulu berapa bil dgn telco lama. Kalu prepaid xyah la setel, kita dah bayar dulu kan.

Internet lak sehari cuma 1.88sen utk 50MB......cukup setakat nak berFB, watsap.....

Jom cepat tukar....peluang nak buat duit. Tiap2 bulan org topup, kita dapat komisyen walaupun dah x promot org. Kalu sorang topup 30, kita dpt 1.80, 10 org dah 18inggit.....kalu ramai lagi kira la sendiri....
X payah jual topup pun.....

Info lanjut sila ke sini........terima kasih
X percaya??? Cuba tgk sini lak

Wallahua'lam......

Perutusan Raja Sehari : Hairulzaman & Suzilawati

Assalammualaikum...

 

Pengantin:
En. Hairulzaman & Pn.Suzilawati

Tarikh:
16.11.2013 - 17.11.2013

Majlis:
Pernikahan & Persandingan : Kampung Sungai Timun, Linggi, Negeri Sembilan

Kami doakan semoga pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 






 -Thanks for reading-



Mizz Nina....Noh Hujan

Kemarin tgk nona dipaparkan kisah depa ni, terutama Mizz Nina yg dah bertudung litup dah. Alhamdulillah, senang je berubah. Popular lak tu, balik je umrah terus berhijab.

Macam kita ni macam2 lak alasan bila nak berubah. Itu la ini la, susah cari makan la, salahkan org lain la, xdak duk ambik duit ampa la.....seribu 1 alasan duk ada...

Kekadang rasa malu gak dgn depa ni, dan ramai lg artis. Bukan sja berubah tp mendalami ilmu agama, lebih alim lak dari kita yg duk perasan baik ni....

Alhamdulillah
Yg bukan Islam pun kita xleh nak kata gak kapir bodo ka lagu mana. Tiba2 dia dapat hidayah terus convert pastu belajar ilmu agama, pandai lebih dari kita lak.....Hidayah milik ALlah. Depa masuk Islam sebab depa nampak kebenaran Islam. Bukan macam kita, dah mak bapak Islam, otomatik Islam. Tp tau agama sikit2 ja, pahtu dah nak belagak alim.......nak belajar lebih  x mo gak.

Wallahua'lam.........

Sunday, December 8, 2013

Apa itu Jelangkung??


Apa sebenarnya Jelangkung? Untuk mereka yang tinggal di Indonesia, bukan sesuatu yang asing terdengar di telinga mereka. Bahkan diantara mereka pernah memainkannya pada waktu dibangku sekolah dengan menggunakan peralatan tulis untuk bertanya atau meramal sesuatu. Namun apa sebenarnya jalangkung itu?

Misteri Sebalik Permainan Jelangkung
Jelangkung merupakan permainan `boneka kayu` yang berkaitan dengan pemujaan mahluk ghaib dimana para pemainnya memanggil atau memuja roh atau hantu untuk datang.Jelangkung merupakan sebuah permainan warisan nenek moyang yang berasal dari (Indonesia).

Biasanya permainan ini dilakukan oleh 3 atau 4 orang yang memangku boneka jelangkung, yang membaca mantra, dan orang yang mempersiapkan alat tulis. Permainan ini kebanyakan dilakukan di tempat yang angker dan pada waktu malam hari, biasanya antara jam 10 malam ke atas.

Permainan jelangkung ini sangat berbahaya dan memudaratkan bagi orang awam yang tidak ketahui akan `kuasa` alam ghaib, kerana biasanya orang yang memainkan permainan ini akan terkena tempias dari permainannya.Biasanya orang yang bermain jelangkung ini mudah dirasuk oleh hantu-hantu jelangkung tadi bahkan boleh membawa maut jika jelangkung tersebut tidak dapat dikawal.Maka saya sarankan lebih baik jangan!, kerana ia sangat berbahaya bagi anda sendiri dan mampu melibatkan diri anda dalam kekhurafatan dan syirik.


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga kepercayaan kurafat .

Petikan dari sahabat PAG di seberang (Indonesia)

Gambar Belangkas