Tuesday, December 3, 2013

galeri Melancong jepun

JEPUN
 MUSIM LURUH
TARIKH: 18/11-28/11/2013
MASA:SEPULUH HARI
KOS PENERBANGAN: RM 1220
KOS TEMPAT TINGGAL 10 HARI: 20600 YEN (RM 642.43)
KOS MAKANAN 10 HARI: 5000YEN (RM 155.93)
KOS PENGANGKUTAN 10 HARI:11700 YEN (RM 367.36)
KOS BAYARAN MASUK TEMPAT: 4000 YEN (RM 124.74)
SOURVENIER:KEMAMPUAN MASING-MASING
JUMLAH KESELURUHAN SELAMA SEPULUH HARI TERMASUK TIKET KAPAL TERBANG:  RM 2510.46

aku akan tulis itenari aku dengan lengkap selama 10 hari kat sana.termasuk kos dan tempat tinggal,no bus yang perlu di ambik dan no train.sistem train di jepun dan segala bagai yang aku belajar selama 10 hari pada next post.

semua gambar menggunakan kamera DSLR kawan aku..haha

1.KYOTO
















































2.NARA










































3.OSAKA

teruskan ke langkah yang ketiga : klik sini

Monday, December 2, 2013

Langkah Kedua.Bagaimana menempah tempat tinggal menggunakan hostelworld KE LUAR NEGARA

ok korang yang kurang berdikari,meh aku tunjukkan cara menempah hostel menggunkan hostelworld.so korang ikut betul2 stepnya.

1. mula-mula korang buka laman web dia dulu.KLIK SINI



2. pastu korang isi ruangan ni.
pilihla negara korang nak,tarikh,berapa malam dari tarikh bila ke bila.pastu enter.dia akan kuar macam gambar di bawah

korang tengokla dia akan keluar senarai panjang nama hostel2 yang available.so apa korang perlu buat.

3.pilih hostel yang korang suka.

pertama tukar currency duit jadi dalam RM ataupun MYR..kat atas dalam POUND STERLING KAN.kenapa tukar,korang akan dapat harga lebih murah.lagi satu harga hostel setiap hari berubah sebab dia ikut harga currency duit kita,klu time RM tinggi untungla kita.tengok peratus setiap hoste.lagi tinggi peratus,lagi bagus.tu tandanya customer suka hostel tu.

kedua, tekan BOOK NOW.korang bukannya nak book lagi tapi nak baca REVIEW.klik kat REVIEW bahagian atas skali.check BILANGAN REVIEW.PILIH HOSTEL YANG BILANGAN REVIEW YANG BANYAK DAN TINGGI.INGAT MESTI BANYAK ORANG REVIEW.KALAU SIKIT TAKUT PEKERJA HOSTEL TU PULAK YANG BUAT REVIEW.pastu baca review.caranya korang klik nama hostel tu,pastu klik review.BACA REVIEW TU PENTING.kenapa penting,sebab ada hostel yang murah,tapi tak sediakan perkhidmatan mandi hanya toilet je disediakan.so korang nak mandi kat mana nnt.jangan risau,kalau tak ade bilik mandi mesti pengguna yang lain akan cakap dalam review,kalau pengguna lain tak cakap maksudnya ada la tu.korang ni tak habis2 takut...bila la nak boleh berdikari agaknya.haha.

contoh review pengguna

ketiga, check avalability.tengok la tarikh korang pilih tu bilik mana yang free.kat mana nak check?aiyaa...lepas tekan BOOK NOW tadi,AVAILABILITY ada kat PAGE yang sama.


ni contoh availability bilik.kalau tanda X tu maksudnya bilik tu dah abis.aku stail pilih dorm je,selalunya 6 bed feamale/male dorm menjadi pilihan.kalau mix dorm (campur laki dan pompuan) lebih murah (tidak digalakkan untuk muslim).korang nampak hujung sekali yang tulis GUEST tu.Klik dan ubah bilangan Geng melancong korang,kemudian dia akan kuar secara automatik sama ada bilik tu dah abis atau ada lagi.kalau tak puas hati pilih hostel lain.jangan tempah dulu..kita check2 aje dulu.

keempat.kalau dah rasa puas hati.kita kena la book hostel.camna nak book camni.lepas korang dah isi langkah ketiga tadi (isi bilangan gueat dan pilih bilik,pilih harga) pastu dia akan kuar macam ni kat bawah senarai AVAILABILITY tadi.


pastu dia suruh korang pilih NON FLEXIBLE BOOKING atau STANDARD BOOKING.aku pun tak tau benda apa ni sebab peraturan baru.haritu aku tempah tak ada la pulak.tapi kalau ikut haritu mmg jenis STANDARD BOOKING je ada.so ambik je la STANDARD BOOKING.pastu klik BOOK NOW.

kelima.lepas korang tekan BOOK NOW tadi korang akan masuk page payment.dia akan minta korang isi segala bagai maklumat korang,dan kad kredit korang.INGAT JANGAN MENIPU NAMA KE,EMAIL ADRESS KE,NATIONALITY KE,JANTINA KE.NANTI DIA INGAT ORANG LAIN PULAK YANG BOOKING.MASA NI KORANG KENA BAYAR 10% DOWN PAYMENT BAGI HOSTEL TU.NANTI BILA SAMPAI KAT HOSTEL BERKENAAN, BARU KORANG BAYAR LAGI 90% SELEBIHNYA TU.

keenam.last sekali klik COMFIRM PAYMENT.dia kan keluar page camni.

sorila.gambar tak jelas.tapi macam ni jenis page yang kuar.korang save atau print.

pesanan aku kat korang.PLEASE HANYA PILIH HOSTEL UNTUK NEGARA PEMBERSIH JEPUN,KOREA,TAIWAN.KALAU CHINA BAIK TINGGAL KAT HOTEL SEBAB MURAH.

CARA NAK BEAT TIKET AIR ASIA TERMURAH

CARA NAK BELI TIKET AIR ASIA DAN BEAT EXTRA SEMUA BAGAI CHARGES VERSION MINAH SINGAPORE :KLIK SINI.P/S UNTUK PENGETAHUAN VERSION MINAH SINGAPORE NI OK JUGA.WAT SEMENTARA KORANG IKUT JE LA.AKU NAK SIAPKAN REPORT AKU DULU.LEPAS SIAP AKU TULIS K..HAHA

Langkah ketiga, jom tengok barang apa yang kita perlu bawak bila nak backpack: klik sini

Langkah pertama: Tempah tempat tinggal 6 bulan lebih awal SEBELUM KE JEPUN

langkah pertama yang korang kena buat kalau nak melancong murah ni adalah berbaik2 dengan pakcik google so korang boleh tempah HOSTEL lebih awal.diulangi HOSTEL bukan HOTEL.why?dengar je perkataan HOSTEL je terus korang tarik diri dari ek?haha...meh sini aku nak gitau HOSTEL kat luar negara tu bukan macam HOSTEL atau MOTEL di MESIA.kat MESIA je yang kotor berdaki cam tak pernah cuci 10 tahun.tapi kalau kat negara yang korang tahu sikap diorang memang kaki pembersih cam JEPUN,KOREA,maybe TAIWAN.korang boleh tempah HOSTEL dengan senang hati.

meh aku cerita pengalaman aku tempah tempat tinggal di HOSTEL.camni.Aku nak gi jepun tapi hotel mahal gila so aku tanya la pakcik GOOGLE sbb aku selalu melawat orang tua cam pakcik GOOGLE ni.so apa jawapannya tempah HOSTEL atau RYOKAN.apa benda RYOKAN tu?senang cerita RYOKAN ni adalah rumah orang jepun yang diubahsuai untuk jadi HOSTEL.aku lebih suka RYOKAN sebab keluarga jepun tu yang akan uruskan kita.so kita akan dapat merasakan kehidupan sebenar orang jepun tu sendiri.panjangnya aku membebel so jom kita pergi step by step camna cara nak tempah HOSTEL ni.please korang aku ingatkan tempah awal2 sebab HOSTEL2 camni macam goreng pisang panas.kejap je dah abis.so rancang betul2.
Bilik air kat hostel aku...kecik!tapi canggih gila...korang tak payahla nak susah payah bawak shampoo or shower gel.sbb diorang mmg dah sediakan.so guna je.lembut je rambut aku bila guna shampoo diorang.best!

tandas dia pun bersih gila.jenis WASHLET...eh tak tau juga washlet tu apa?washlet ni mangkuk tandas yg jenis memancutkan air secara automatik dari mangkuk tandas tu sendiri untuk basuh korang punya ****.so korang tak payahla bawak botol ke apa bagai bila nak basuh korang punya ****.tapi kalau korang rasa korang jenis pakai air banyak cam kawan aku R******L tu,korang boleh la bawak botol air sekali.boleh basuh cuci tahap gaban.

sapa2 yang rasa nak mandi ala2 bath tub boleh la try bilik air fesyen ni.kat hostel selalunya disediakan 2 jenis bilik air berbeza:jenis shower or jenis bath tub.pilihlah mana korang suka.aku main bantai je mana2 pun asalkan bersih dan wangi.
katil dia cam gini ye kawan2.korang pilihla bilik mana yang korang nak.yang jenis 2 katil sebilik ke,4 katil sebilik ke or 6 katil sebilik ke.lagi banyak katil sebilik,lagi murah.aku pilih 6 katil sebilik so sempat la buat kawan dari thailand,hongkong,taiwan,jepun and orang mesia juga.semua jenis katil dia ada privasi camna tu.setiap katil dia ada langsir,so korang boleh la berprivasi sendiri2 ye.rujuk gambar bawah
haa..kan ada langsir camtu.korang tutup je langsir mean korang nakkan privasi.orang lain tak kan kacau punya.ni katil jenis 4 sebilik.aku dengan kawan2 aku (3 orang) tinggal dalam bilik ni 2 malam kat osaka.best gila.
selalunya bilik private kat RYOKAN camnila.tidur tanpa katil.gaya orang jepun.tapi aku suka pakai katil so aku ambik bilik murah.bilik jenis camni selalunya mahal dalam rm 40 berbanding bilik lain,sebab private room japanese style.kalau korang nak merasa gaya orang jepun tido,silakan la tempah awal.
penggunaan komputer percuma untuk 3 jam pertama.3 jam weh...lama tu.sebab tu aku tak pernah kena bayar.haha.lagi satu internet percuma setiap hari tanpa had dah la laju.aku gila happy meng-upload gambar aku ke fb.haha

Untuk pengetahuan korang hostel selalunya 4 tingkat.tingkat ke 3 atau tingkat 1 khas untuk makan dan tengok tv.ni contoh ruang makan kat hostel osaka hana (osaka) yang aku tinggal selesa gila.
pinggan,mangkuk,cawan dan semua bagai FREE USE.

sapa kata HOTEL lagi SELESA.HOTEL ada ke nak sediakan ruangan camni free,dah la semua peralatan elektrik FREE USE.RICE COOKER ke,HAIR DRYER ke,MICRO WAVE ke,atau CEREK air pun free.nak masak pun bleh DAPUR ELAKTRIK FREE.cuma MESIN BASUH BAJU je korang kena bayar dalam 300 yen.aku tetap kata HOSTEL IS THE BEST.

ok jom mula langkah pertama:korang kena tempah bilik dulu guna kredit kad

  1. Tempahan boleh dibuat dengan cara korang masuk laman web ni HOSTELWORLD.COM.kalau korang malas sangat nah link web tu KLIK SINI atau AGODA.COM korang KLIK SINI. aku selalu guna hostelworld ja.
  2. Pastu korang tempahlah cam biasa2...eh tak reti nak tempah...iksh2..nampak sangat jarang ziarah pakcik GOOGLE.tapi tak pe aku akan ajarkan cara nak menempah.korang KLIK SINI.korang mesti ingat nak menmpah ni mesti pakai kredit kad.kalau takde mintak pinjam yang bini punya ke,ayah punya ke or kawan punya.aku pun takde kredit kad so aku pinjam yang kawan punya.kawan aku semua baik2 belaka.thank you Z******H.
  3. pastu korang print la tempahan tu or save je.ingat bawa kertas tempahan tu bila korang nak check in kat hostel nanti.camna cara nak check in kat hostel tu.tak tahu juga.takpe korang KLIK SINI 
  4. dah settle bab penempahan hostel.next korang kena tempah flight.naik je AIR ASIA.kalau ke JEPUN korang akan naik AIR BUS.luas sangat.Cara nak beat harga tiket air asia, korang check je minah ni punya blog dia ada terangkan cara nak beat harga flight air asia KLIK SINI
nak teruskan ke langkah kedua , cara menempah tempat tinggal...korang KLIK SINI

nak keluar negara tapi money takde...

nak melancong kan,tapi duit takde,tapi teringin nak tengok negara orang.jangan risau korang,aku akan bagi tips bagaimana cara nak kesesebuah negara yang korang anggap mahal tapi sebenarnya boleh murah kalau pandai berdikari.ehhhh~takut nak berdikari,haha,,ni bukan tips biasa-biasa tapi tips lengkap step by step yang korang tak kan jumpa dalam mana2 blog sebab pengalaman aku sendiri.siap kira bajet secara tepat lagi untuk korang.apa tunggu lagi jom kita mula one by one.sebelum tu aku nak gitau yang aku ni pun baru mula berjinak-jinak dengan dunia backpaker ni,selama ni pakai travel agensi tapi tak tahan la,licin akaun bank aku.so negara pertama aku nak ajar korang travel adalah JEPUN.orang kata gi jepun ni mahal,siapa la yang pandai sebar fitnah ni.aku gi jepun sama dengan bajet aku bercuti kat dalam negara.tapi kena pandai la.aku akan ajar korang caranya.

mungkin korang dah tahu maklumat ni,tapi baik aku ingatkan balik.....WARGA MALAYSIA YANG HENDAK KE JEPUN SEKARANG TIDAK PERLU LAGI MEMOHON VISA.SO VISA FREE !!!!

gambar awek jepun dengan seorang makcik jepun.pilih2,yang mana satu korang nak?haha

teruskan ke langkah pertama,KLIK SINI

Gambar Belangkas