Assalammualaikum..
Bulan 10 is bulan birthday!! Yesssss!!! Dah tua!! Saya tak kisah sangat pasal usia ni, tua ke muda ke yang penting cara kita bawa diri kita. Saya okey je kalau bebudak panggil saya makcik. Tak de hal lah! Saya terus rasa matang & dah tentu la rasa dihormati. Yang penting jiwa tu kena muda. Dalaman mau muda arrrrr!!!
Dalam Instagram, saya ada la 'pantun' sikit. Pantun hamba berbunyi begini...
"29 tahun. Harta dunia ada la sikit. Sekadar cukup. Harta akhirat berbukit lagi nak kena cangkul. Hidup? Alhamdulilah..Dunia kecil aku pun sempurna. Sempurna cara aku la. Mata orang lain aku tak peduli sangat. Kalau cacat dipandang orang pun aku takde hal. Banyak dah Allah bagi. Syukur Alhamdulilah..."
Apamacam? Boleh jadi sasterawati negara tak? hehehe..
Sebenarnya...14.10.2013 (hari birthday) tu kenyataannya bukanlah seindah mana pun, tak ada pun makan malam yang romantik. Tak ada pun kek. Tak ada pun lilin atas meja. Tak ada pun lampu malap-malap berbayang-bayang. Tak ada wangi-wangi pun. Yang ada pun nasi kandaq sebungkus, popia goreng, patongkol dan air masak. Itu je. Sedih. Mat Fariq pun hari tu teramat la sibuk. Sedih tau! Tapi biasa la... kenyataan memang begitu, jarang nak indah dari impian. TAPI....nasi kandaq tu sedap kot!! Sekali hadap je lincin!! Muhahaaaaa.... bila perut kenyang je, hati automatik senang! So..tak payah nak sentap sangat ye Fidayu! ;)
Okey! Kita tutup cita sedih, buka buku baru. Sebenarnya, saya tak sentap sangat sebab Mat Fariq dan janji nak bawa gi Phuket. Weeeehhhuuuuuuuuu!!!! Dia cakap, Phuket tu kira hadiah birthday merangkap honeymoon merangkap upah sebab selalu ditinggalkan! Sedikit info la ye, Mat Fariq selalu ikut rally malaysia, dia marshal. So dalam setahun, banyak kali la saya ditinggalkan tau!! Lagi satu, dia selalu pi konvoi sana, konvoi sini, konvoi sinun. So, saya memang selalu ditinggalkan. Jadi..untuk menebus semua tu, dia ajak la saya gi Phuket. Kalau ikut saya nak gi Krabi je, tapi dia beria-ia nak sangat gi Phuket, so... ikut je lah!
Pagi-pagi lagi kami dah bertolak. Mat Fariq ajak ikut jalan dari pintu sempadan Wang Kelian. Sebelum tu kami isi minyak sepenuh penuhnya! Yela...kat sana minyak mahal Lupa nak bagitau, kalau ikut pintu sempadan Padang Besar @ Bukit Kayu Hitam pun boleh. Terpulang la, tapi menurut Indera ( Kawan mat Fariq - Kalau nak pi Thailand boleh la pi dengan dia, pakej dia murah! kalau nak no fon emai saya, saya bagi no fon dia ) jalan ikut Wang Kelian paling dekat. Kami pun ikut la pakar. Lebih kurang kul 10 pagi, kami dah masuk Thailand.
Ni prosedur nak bawa kereta ke Thailand. Alah.. pi je kat pekan Padang Besar tu, semua ada. Senang je.
Yang penting, jangan lupa serahkan balik surat kebenran bawa kenderaan tu, Kalau tak serahkan, nanti bila kita nak pergi lagi, kena denda. Rasanya RM200 denda tu. So, jangan main-main arrr...
Kat Thailand ni, kalau nak singgah tandas, cari stesyen minyak siam PTT. Tandas bersih dan suasana best, redup sebab banyak sangat pokok yang ditanam kat kawasan tandas.
ni kira sikit je pokok, tempat lain lagi banyak. tapi lupa nak ambil gambar la.. |
Dalam kul12 tu, perut mendidih lapaq ooii.. Mat Fariq ajak makan kat 7e dulu, lapik perut je dulu, nanti kat Krabi baru makan nasi. Masa tu terus rasa 'eh!! apa kes nak makan kat 7e? ada apa kat sana?' Rupanya, baru tau yang Mat Fariq dok target dah nak makan burger ayam ngan spegeti. Frozen food, suruh je minah siam tu panaskan, pastu terus makan. Sedap!! Mula-mula tu saya macam cuak, tapi bila tengok ada tulis halal tu okey sikit. Tapi tetap cuak, masa tengah fikir depan peti sejuk tu, ada sorang minah siam Islam, pakai tudung, dia terus je beli apa yang Mat Fariq suruh saya ambil. Ha! Terus yakin. Terus makan dengan lahapnya!!
sedap sangat! RM 3.70 |
tanda halal ada kat belakang. |
serius sedap! sedap dari kat pizza. ayam pun banyak! RM3.90 |
tanda halal. |
Sampai je kat Krabi, terus cari nasi. Kami makan kat muara sungai, Nama kedai tak tau! Lupa pulak nak ambil gambar. Sedap. Tapi agak mahal. Tomyam, ayam goreng kunyit, telur dadar, fresh oren & teh o ais RM 47.00!! Gile mahal. Tapi nasib baik la sedap.
ayam goreng kunyit. gambar ni tak mau pusing arr.. |
tom yam |
bilik kami. |
Malam tu, operasi mengukur Phuket bermula. Mulanya kami jalan-jalan je kat tepi pantai, pastu kaki lenguh. Biasa la, sayang lemak kat perut punya pasal, kami sewa la motor. hehe.. Dah memang jenis malas ni takleh penat sikit! Sewa motor kat sini RM20 sehari. 8 malam sewa, 8 malam besoknya hantar, takat lewat sejam 3 jam tu tak kisah! Minyak sendiri lah! Ni pun nasihat daripada Indera. "Hang simpan kereta, sewa moto. Naik kereta buat stress ja!' So, kita ikut nasihat pakar!
depan hotel je tempat kami sewa ni. |
Niat hati nak naik motor besaq, tapi lagi mahal la sewa. So, kami sewa moto ni je la. Okey la.
Malam tu kami cari la kedai makan yang Indera bagitau, tapi penuh. Pusing punya pusing, kami pi la makan kat Ali Baba ni. Makanan tak sedap, pastu mahal. Makan nasi 2 jenis, Rm57.
Konon-konon dalam gua la.. |
siap ada tulis jawi lagi. |
Masa ronda tu, ada la nampak satu jalan ni, meriah gila. So, apa lagi, parking motor, pastu masuk la. Mula-mula tu banyak la kedai jual barang, sekali kat tengah-tengah tu, rupanya disco bagai. Ternganga jap! Yang bertudung masa tu saya, 4 orang adik-adik dari Pattani & sorang minah Arab. Kerkebil-kebil tau! Tempat ni memang tak sesuai la bawa budak-budak. Saya pun sebab tak tau! Kalau tau macam tu, takmau masuk!!
Kat belakang tu la macam-macam ada! |
Aktiviti malam tu ronda je lah. Kat sini banyak jual kasut, bag, baju. Macam biasa la.. Harga boleh runding. Tapi yang saya tak suka, kat sini mat bangla banyak, pastu mulut kurang ajar. Bila tak beli maki-maki dalam bahasa depa. Hello!!! I boleh rasa tau yang u maki i! Nasib baik kesabaran i tebal. Kalau tak memang i buka silat arrr depan kedai tu! Kami nak meronda sambil tengok-tengok je, pastu paksa-paksa suh beli. Padahal kami tak masuk pun kedai, main tepi-tepi je. Mat Fariq awal-awal dah belah, sakit hati ngan mat bangla punya pasal!!
kedai ni okey, sebab orang siam sendiri jual. |
ronda ngan moto malam-malam. |
Hari ke2 pagi-pagi terus je keluar cari nasi. Lapaq. Biasa la perut tong! Muhahahaaa... Masa tu layan jap pemandangan. Memang best! Yang kagumnya, mat saleh dok mandi laut dah masa tu! Ishh..sejuk kot.. Tapi yela, depa dah biasa main salji, takat sejuk air laut tu apa la sangat kan. Kami pun boleh je nam mandi laut, tapi malas je.. ;p
nilah ikan sembilang tu. pedas! |
Habis makan, balik bilik dan siap untuk pi pusing-pusing pulau. Yang ni pun Indera uruskan. Phi-phi Island ngan Khai Island. Maya Island tutup! Sebab angin monsun telah membawa kekotoran ke pulau tersebut, makan pulaupun ditutup untuk urusan pembersihan. Sehubungan dengan itu, tutuplah ia. Sedih!!!!!
Ni benda wajib ada kalau nak gi pulau-pulau. Untuk keselesaan kita gak.
Ni kasut mandi kami, atas yang bertutup tu saya punya, bawah yang gedabak besaq tu Mat Fariq punya la. Kasut mandi ni wajib la ada, tak payah risau dah kaki nak cedera, cuma kalau dah takdir nak tercedera tu redha la kan.
2. Bag kalis air
Bag ni wajib ada gak. Senang nak letak barang dan dijamin tak basah. Bag ni rasanya cuma ada kat siam je, so kalau sampai sana, beli lah, tak rugi. Paling kecil yang macam kat gambar tu, 5liter, paling besar 30liter kot. Yang tu letak baju sesuai. Satu lagi kalau nak beli, beli kat pantai Patong lagi murah dari kat jeti. Tapi saya tak pasti la harga bag ni, sebab ni semua Mat Fariq beli masa dia pi Krabi dulu, iols tukang guna je.
3. Bag kalis air untuk phone.
Bag ni Rm15 (atas). Best tau! Kita tak payah nak buka-buka dah. Boleh ja slide atas plastik tu. So, jangan risau phone masuk air. Macam gambar kat bawah tu RM25. Ok gak. Bag ni baik beli kat jeti, murah balik. Kalau kat Patong RM35 mat bangla tu jual. Berbaloi.. Saya tengok mat Turki tu slumber je berenang sambil gantung phone kat leher. Errrrrr gayat! Mau terputus tali tu!
Dalam kul8 pagi, ven sampai depan hotel. Saya dah senyum-senyum dah ni, semangat tau nak pi Pulau Phi-Phi tu!! Dah lama teringin. Rupanya jeti punya la jauh! Kena keluar dari Patong, masuk pekan Phuket. Dalam ven je rasanya dekat 1 jam.
nilah jeti ke pulau. |
Bila sampai jeti, orang tak berapa ramai. Patu kami disuruh tunggu 30minit. Hati dah bergelora nak naik bot ni. ;( Kat jeti ni ada la kedai jual-jual barang, tapi tak ada la yang halal. Takat beli air boleh la. Tupun RM6 tuk mineral botol besaq. Bapak mahal!!
Kami beli roti n kacang tuk ikan n monyet! |
Darling!! ni pemandu pelancong. Dia suruh semua panggil dia Darling. |
penuh bot! |
Ni perhentian pertaman. banyak giles bot |
Phi-phi ni ada 3 pulau. Dekat-dekat je. Kat sini kami mandi manda dalam 45minit. Masa Si Darling tu bagi penerangan, saya pulun la dengar, sekali tengok belakan, semua dah londeh baju!! Adoiiiii... Tak la berbogel, tapi seksa la kak!! Malu tau!! Iols tunduk je.. Mat Fariq pun masa tu terpinga tengok saya sambil senyum cover! Nyampah!! Masa saya turun dengan bertudung, semua orang tengok! Macam saya pulak yang berbogel. Adoiiiii...
Lepas tu terus gi makan. Kat sini makan buffet dan halal. Masa kat sini, baru la ada jumpa keluarga Arab. Taklah saya ni nampak janggal sangat kan.. Makanan okey la..
Mat Fariq makan baikkkk punya!! Banyak! |
Kat sini pun ada hotel, boleh ja nak bermalam kat sini. Tapi korang berani ke?? Kang datang ombak besaq camna?? camna?? Jauh tu dari darat. Tapi..serius cantik!!
banyak hotel-hotel baru nak naik. |
banyak gila tempat nak buat dendan ni. siapa yang minat, boleh la. |
konon-konon merenung masa depan la ni.. muhahaa |
dia sangat teruja tau! sampai dengan sing bord tu pun nak bergambar |
banyak kedai jual ni, mat fariq jeling je kat i tau!! 'takan ayang nak makan ni, mahai la'. ehhhh!! orang nak bergambaq ja la! dalam hati, punya la rasa nak makan tau!! takpa la, one day okey!! |
Habis masa makan, kami ke pulau Khai. Kat sini kami lepak 1 jam 40 minit. Panas toksah cakap la!! Si Darling tu suh sewa kerusi, RM15 untuk 2 kerusi. Ikut je la.. takan nak berjemuran kan.
masa ni baru sampai. |
panas weiiii... |
pemandangan memang terbaik! |
manusia ramai gilesss |
mamat ni sangat tak berputus asa! tak ada orang beli pun, tapi dok bejalan ja depan kami. syabas bete!! usaha tangga kejayaan.. haha.. |
iols feeling2 minah saleh la. tengok depan saya tu. hemm... |
minah ni boleh tidoq.. hemm... |
deretan bot kat pantai ni. banyak wokey! |
1 jam 40 minit tu rasa macam satttttt sangat!! Tak puas tau. Walaupun cuaca panas, tapi air laut tu sejuk. Indahnya ciptaan Allah. Bila ada dalam air, rasa seimbang dan nyaman sekali. Rasa macam tak mau naik ke darat. ;)
Dari Pulau Khai tu, naik bot 20 minit je dah sampai jeti. Sampai-sampai je driver ven dah tunggu. Yang bestnya, kami lupa muka driver tu, tapi nasib baik la driver tu ingat muka kami ni. Dia yang datang panggil. hehehe.. Sorry bang supir!! Lepas maghrib kami sambung ukur Phuket. Isi minyak RM10, pastu pusing arrr!!!
Banyak tempat cantik, tapi semua tu jual arak la. Kami ronda je..
cantik kan? |
ni best! kios minyak. takdehal lah kalau lupa isi minyak, banyak tepi jalan. |
masa ronda tu, jumpa kakak jual roti canai pisang, 2 biji RM8!!! pengsan!! |
malam tu kami makan kat sini. makanan kat sini semua halal. |
Malam tu kami takla meronda sangat. Letih. Lagipun besok dah nak balik, kesian gak kat tok laki i tu..nak kena rehat.
mencari sarapan ~ last day! |
ni hotel kami, hotel biasa je.. |
sebelum balik, isi minyak dulu. sekali nah!! RM120 u.. |
Bila sampai tu, mata berpinar-pinar!!! wwwwwiiiiiiiiii bestnya!!!
sebenarnya, mamat ni yang lebih over dari i tau! dia yang bersungguh2 pilih kasut. nyampah arrr!! |
Kami kat sini dalam 30minit je kot. Gila kan pi tempat macam ni tapi kejap sangat. Naluri kewanitaan i meronta tau!! Tapi dan gak la rembat kasut 1.. heheheeeeeeeee..... Mat Fariq nasib kurang baik, kasut yang dia dok gila dari dulu tu ada, tapi saiz takdak!!! kikiki..
wang kelian - phuket |
phuket - padang besar |
Alhamdulilah... Kami selamat sampai dalam kul 10 malam. Haaa....ngam-ngam okey!! Pintu pagar sempadan dah nak tutup dah, kira kami ni orang last la.
Alhamdulilah perjalanan kami tak sesat langsung. kredit to Indera sebab sangat ambil berat, langsung tak berkira call kami dan uruskan kami walaupun kami tak bayar sekupang pun kat dia. Jalan yang dia bagi memang terbaik, tak masuk bandar, jimat masa. Nanti Mat Fariq belanja u makan yek..
Akhir kata dariku..
nilah hadiah birthday paling best!
tq abang
;)