Wednesday, October 16, 2013

Pelik! Video Peraduan Tarik Tali Manusia Dengan Harimau


Siapa yang akan menang dalam pertarungan antara seorang lelaki dan harimau? Beberapa orang pelawat yang ingin tahu di Zoo Changsha ekologi dengan bermain tarik tali bersama harimau dalam sangkar menggunakan ayam hidup .




Menurut kakitangan zoo, apabila berbaring di persekitaran tanpa apa-apa yang perlu dilakukan dan mempunyai makanan yang dihidangkan kepada mereka, haiwan zoo sering menjadi

Tuesday, October 15, 2013

Wordless Wednesday


Kenanga Wholesale City (KWC)

Assalammualaikum...
 
Best... Best... Best... Dah lama Mrs. Yan ngan Dayah mengidam nak g sini. Macam best sangat je kan... Bermulalah terjahan ktorang hari Ahad lepas. Oklah, KWC ni dia dekat dengan Balai Bomba Hang Tuah. Seperti biasa, Mrs. Yan bukan orang yang expert pasal jalan. So gunalah Mr. Google Map korang ye...
 
Dari Balai Bomba Hang Tuah (bulatan kuning) korang da boleh nampak Bangunan KWC (bintang merah).

 


Ni bangunan luar KWC okkaip...
 
Ni directory yang ada kat tepi tiap eskalator.
 
Kalo korang nak info lagi kedai apa yang ada kat KWC nieh, korang boleh klik sini dan sini okkaip... Maleh nak taip... Huhuhuhu... Tapi memang macam-macam ada. Dari baju wanita, baju lelaki, baju budak-budak, beg, aksesori, segala macam perhiasan badan la ada kat situ... Kat bawah ni ada la gambar cket kat dalam KWC ni. Tak best la sebab tak boleh nak amik gambar... Siap kena sound lagi ngan tauke kedai. Cisss... Macam luak jer kalo nak amik gamba kedai dia...
 
 
 
Baju kat kedai ni chumel gak...


Ktorang borong 6 helai skrit kat sini. Material kain pun ok.





Ini semua... POYOOOOO...


Kat kedai ni la Mrs. Yan kena sound takleh amik gamba...











 
Kalo beli kat sini make sure korang beli minima 6pcs baru boleh dapat harga borong. ada kedai yang kena beli 6pcs item yang sama baru boleh dapat harga borong. Ada kedai yang boleh beli 6pcs campur-campur then dapat lah harga borong... Depends la k. Kalo nak senang, sebelum pegi, bukak dulu website dia (ada link kat atas) then korang tengok kedai mana yang berkenan. Pakat-pakat lah g reramai ke, beli kat kedai yang sama. Lagi untung... Harga lebey kurang sama je tiap kedai. Pastuh ada gak owner kedai yang tanya nak jual ke, korang iyekan jela deknon...
 
Jadinye, selamat membeli-belah la ye... Sori sangat gambar tak cantik tahap cipan... Bersyukur jela handphone ada kamera walaupun pakai hp murah dari nak jinjing kamera ke hulu ke hilir... Lagi meluat akak kedai tuh usha ktorang nanti... Wahahahaha...
 
-Thanks for reading-


Misteri Berkeley Square Yang Berpuaka


Lebih dari 100 tahun yang lalu, sesuatu yang mengerikan terjadi di Berkeley Square. Nameless Thing of Berkeley Square adalah sebuah julukan yang diberikan kepada entiti misteri yang kelihatan pada abad ke 18 dan 19 di sebuah bangunan era Victorian bernama 50 Berkeley Square di England.




Walaupun kebanyakan peneliti lebih cenderung memasukkan peristiwa ini ke dalam kategori supernatural,

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 1434h

Salam Aidiladha 1434h pada semua.....
Moga Aidiladha tahun ni membawa pengertian yang besar untuk kome semua.....
Moga Pengorbanan kali ini membawa seribu makna pade kome semua.....
Pengorbanan awok sehingga raya Haji tahun ni bila terpaksa meninggeikan blog buat sementaghe sebelum ni....
Insyallah...
macam yang awok kabo sehaghi dua ni...
awok akan menulih balik......
untuk dighi awok....dan untok yang selalu dan pernah berkunjong ke blog awok...
terima kasih....terima kasih...terima kasih.....

Kompleks Selera Sukom

06-1 : Nasi Campur & Tomyam Kak Su

Assalammualaikum...
Entry kali ni Mrs. Yan nak share pasal tempat lunch. Ni ofismate Mrs. Yan, Nora yang suggest. Sebelum ni kitorang kalo nak makan ikan bakar je gi Fendi Ikan Bakar. Tapi kali ni kitorang tukar angin lak. Mulanya Mrs. Yan bawak Nora g melawat sedara kat Hospital Selayang. Balik tuh rasa macam lapar sebab tak breakfast lagi. Jadinya, bermula lah terjahan ke Kompleks Selera SUKOM nieh...
 
Gambar pun Mrs. Yan amik tak banyak. Gambar depan kompleks pun tak amik tapi nak gak share kat sini...
 






Ok, menu lunch kitorang:
- Ikan keli 2 ekor
- Kerang setengah mangkuk
- Nasi 2 pinggan
- Ulam - ada pucuk ubi rebus, bendi rebus, daun salad
- Kerabu

Total harga makanan kitorang = RM12.50.
Murahkan... Tapi ni tak termasuk harga air. Makanan dia, ya ampun... berdepa-depa panjangnya... Kalo tengok gambar kat atas tuh boleh rambang mata la kan tak tau nak pilih apa. Mrs. Yan geram tengok sotong sambal dia besar-besar. Ada lak jantung rebus... Huishhh... Heaven betul... Tapi macam mana nak makan semua kan... Hohohoho...  

 Mangsa makan dikenalpasti... Owh, no camera please... Mrs. Nora...
 
Ok, kalo korang nak g,  korang boleh dari LDP yang sebelah Western Digital tuh, amik 'U-turn', pastuh nanti korang nampak kedai perabot, pas tuh depan dia ada Petronas, depan sikit, masuk simpang ke kiri. Nanti kat sebelah kiri korang nampak Giant kecik, belah kanan korang nampak kuil besar. Ok, pandang balik belah kiri, nanti korang nampak bangunan lama warna biru. Haaaa... masuk kat bangunan tuh ok. Parking tak banyak. Bangunan tuh sebelah shop lot baru. Korang masuk je kat Kompleks Selera SUKOM tuh, g gerai yang hujung sekali...
 
Harap-harap korang paham la direction yang Mrs. Yan bagi ni okkaip... Masa gi sini, first time Mrs. Yan rasa Air Laici Susu... Sedapppp... So, selamat mencuba la ok... :)
 
-Thanks for reading-
 
 


Sunday, October 13, 2013

Cara Yang Pelik Untuk Menjadi Cantik


Rupa paras yang cantik dan menarik menjadi idaman setiap wanita di dunia. Tapi tahukah anda golongan wanita di beberapa buah negara sanggup menggunakan teknik aneh dan pelik hanya kerana ingin kelihatan menawan?




Boleh dikatakan setiap negara di dunia ini mempunyai pelbagai teknik mahupun cara tersendiri untuk cantik.

Di Amerika Syarikat dan Korea Selatan misalnya, banyak klinik kecantikan

Gambar Belangkas