Friday, September 20, 2013

Bayi ditikam 90 kali selepas gigit puting payudara ibu


Seorang bayi di China yang berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting akibat menggigit puting ibunya ketika menyusu.

Xiao Bao ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh bapa saudaranya dan dikejarkan ke hospital.

Bayi terselamat dan doktor terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.

Ibunya kemudian mengaku telah mencucuk bayinya itu.

Kesan buruk hubungan seks semasa datang bulan


Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.
Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.

Kajian Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, 

menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. 

Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. 

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, 

wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Thursday, September 19, 2013

Pelik! Terlupa Isteri Sendiri Selepas Jalani Pembedahan


Pengalaman jatuh cinta ketika bertukar pandangan buat kali pertama sememangnya indah namun untuk mengulangi detik-detik perasaan itu semula dengan orang yang sama pastilah hampir mustahil.




Namun, seorang lelaki melaluinya apabila tidak mengenal isteri sendiri selepas menjalani satu pembedahan.

Paling menarik, lelaki itu yang merasa seolah-olah melihat isterinya buat kali pertama begitu

My birthday

Today is my birthday! I have always enjoyed small parties with meaningful people and the best people to spend birthdays with are my family members. My family and I had an early celebration for me because my bro could only be in town last weekend.

Today, I celebrated my birthday for real with cakes and candles. I am thankful for the chocolate cake my mum made. I am delighted with the chocolate and cheesecake my younger sister bought for me from Intercontinental Hotel. It looked and tasted amazing.
I am touched that I received a present from a friend. I think I buy more birthday presents for friends than I receive. So, it always feels nice to get something.
Mum and dad gave me floral earrings to match my floral dress.

This year has been pretty special. I did get some special presents which I will not reveal yet by the special someone. It is a 'transformation' present so I have to wait for the correct time to reveal. 

I am one year older and I feel that I have matured a bit more too. Don't everyone feel like they are always mature enough but realise one year later that they were not that mature actually. I think maturity comes with experience. The experience of taking chances, opportunities and living the moment. I have learnt that spending so much time at home will never make someone mature enough. Meeting new people, understanding different characters, and braving through the ups and downs of life is what I deem as being more mature. This year I made changes. This year I made an effort to change. This year I made more mistakes and I learnt to cope with it. This year I found the kind of company I really like. This year, I found myself.

I have plenty to be thankful for this year.


Wednesday, September 18, 2013

Geng WhatsApp

Assalammualaikum..

Sejak ada geng whatsapp ni dunia tidak sunyi lagi. Hahaha.. macam tagline pulak. Okey, dulu saya tak download pun whatsapp ni, sebab kena bayar. So..saya ada app yang free je.. LINE ngan  WeChat. I jimat cermat u, bukan kedekut tau.

Disuatu hari yang hening dan boring, buka la App Store, ku ternampak whatsapp dan ianya free. Ku pun downloadlah aianya. Yeaaaaaa!!!!!

Ishh...menyampah pulak tulis macam tu. Kembali kepada bahasa yang bertamadun ye. Bahasa perlis..hehe..



Saya memang tau yang  geng sekolah dulu ada group whatsapp, Mat Fariq selalu je story. Tapi dah tak ada whatsapp kan, tak dapat la nak layan. Ni, bila join geng sekolah dulu, rasa best pulak. Rasa muda kembali. Jangan salah faham...Bukan bermaksud sekarang ni tua, cuma tak berapa nak muda je okey. ;)

Sebenarnya berborak dengan kawan-kawan yang pernah sama-sama comot dulu ni, rasa lain tau. Walaupun semua dah berkeluarga, semua dah kerja, tapi semua jiwa budak-budak lagi. Hilang stress. Yang paling best, tak sombong dan tak cakap up diri. Semua relex jer... walaupun ada yang dah pakai ferrari. Tak sombong langsung. Tu yang best tu.. Ishhh...gila kan umur baru 29 dah pakai ferrari. Rezeki..rezeki..

Dalam group ni ada yang jadi polis, jadi cikgu, suri rumah, kerja ngan bank, kerja ngan swasta, bisnes sendiri pun ada dan tidak ketinggalan, tukang paip...haaaa ni Mat Fariq la ni. Alhamdulilah semua jadi 'orang'. Tak sia-sia kita pi sekolah dulu..... poyo tak kenyataan tu? hahahhaaa....Kalau la hampa (korang) kenal dan tau betapa belemoih (comot) kami dulu, mesti hampa semua senyum je tengok kami sekarang. Yela..kami semua budak kampung, main pun macam budak kampung la. Kayuh basikal sana-sini. Pendek kata, belemoih tak sangga la.. Baju pun biasa-biasa ja, baju murah ja. Tak pernah la nak pakai baju cap adidas, cap nike ni. Kalau ada pun, yang ciplak punya je.

Tapi semua tinggal kat luar. Saya je setia kat sini. Dulu Kini Dan Selamanya. ;) Ala....... Tak kisah la mana kita tinggal, yang penting tak lupa daratan. Geng ni pun relex je cakap perlis, tak da nak belagak cakap kolompoq (KL) pun. Stedy je!!  ;)

Topik perbincangan kami semua HOT! HOT! tau... Lebih HOT dari HOT FM. Macam-macam merapu. Isu yang paling disukai, macam biasa la....... isu kenapa tak bagi lelaki kawen 2. Rasanya tiap hari akan timbul isu ni. Kira isu sepanjang zaman la. Suka sangat geng laki kalau cakap bab tu. Berpusu-pusu masuk. Semangat! 

Apapun, memang saya harap sangat kami semua akan kawan sampai bila-bila. Harap-harap lepas ni berjumpa balik dengan kawan-kawan yang lain & rapat balik macam zaman sekolah dulu. Sayang la kalau kita lupa semua kenangan zaman sekolah kan. Yang paling penting, kena ikhlas dalam berkawan. Saya tak suka kawan yang cari masa dia susah ja. Bila senang, lupa. Tak best la berkawan macam tu. Kita berkawan sebab kita kawan ye, senang ke, susah ka, tak kisah. Kawan tetap kawan.

Lagipun hidup kita lebih indah kalau ramai orang yang baik-baik disekeliling kita. ;)



Alahh...rindunya zaman sekolah!

Black jadi suami

Tahniah Black, akhirnya bergelar suami kepada gadis yg dicintai, Cira. Dah lama dah tau, baru hari ni dan pos. Black ni pun bukan org lain, ada bau2 macang gak ngan kita...hehehehee...

Selamat diijabkabul pad 13.9.13. Cantik gak tarikh ni....Senang nak ingat....Katanya bulan madu dan umrah sekali. Alhamdulillah....

Black ni suara dia tinggi sangat....setakat lagu Ziana Zain tu kacang la. Xyah angkat kening pun sampai...hehehehe

Tahniah
Semoga kekal ke anak cucu.....

Wallahua'lam

Coinneach Odhar Si Peramal Misteri Yang Tidak Di Kenali


Kisah ramalannya tidaklah sepopular kisah Nostradamus. Ramalannya juga tidak sehebat mana sehingga boleh meramal malapetaka akhir zaman dunia seperti ramalan lain.




Walaupun begitu, dia juga bukanlah calang-calang manusia. Dia merupakan antara tukang ramal yang paling hebat di Britain.

Kenneth Mackenzie atau dalam sebutan Gaelicnya, Coinneach Odhar yang juga digelar Brahan atau Highland Seer

Gambar Belangkas