Monday, September 16, 2013

Marché Restaurant, The Curve


Allah Selamatkan Kamu, Mr. Aid

 

Assalammualaikum...
Lama tak menjengah ke SnappySmoothie. Dalam proses nak kumpul bahan jugak ni (alasan tak... Huhuhuhu). Ok, takmo cakap panjang, entry kali ni Mrs. Yan nak share pasal Marché Restaurant, The Curve. Sebutannya 'Mar-sye' sebab ada 'e tanda'. Asal perkataan dari bahasa French yang membawa maksud 'pasar'. Wallawei... Ada ciri-ciri cikgu bahasa tak??? Memang dah lama nak ke Marché ni sebab kalo korang lalu kat luar kedai, korang akan ingat dia memang pasar macam Cold Storage.

Oklah... Tanpa membuang masa, Mrs. Yan sematkan di dalam hati untuk membawa Mr. Aid celebrate bezday dia kat sini. Kenapa nak kena semat dalam hati, sebab regenya boleh tahan. Mrs. Yan dah penah datang sini sekali dulu. Sebab tuh teringin nak ajak Mr. Aid lak. Hukhukhukhuk.... :) Ktorang g hari biasa. Kalo time cuti, agak crowded pastuh mesti bising sebab Marché ni korang kena datang sendiri kat seksyen menu yang korang nak, then bila da siap, chef akan jerit je, dan korang akan berlari sambil membawa 'passport'. Wahahahahaha... Sangat layan diri kan... Rasa macam tak berbaloi dengan harga yang mahal. Tapi Mrs. Yan suka... :)









Yang kat atas ni kalo korang tengok, deco kat dalam restoran ni. Ni antara la tau sebab restoran besar. Kalo nak tau, korang kena datang sendiri la ea... Yang Mrs. Yan pegang tuh la 'guest card' atau 'passport' korang sepanjang kat dalam restoran. Kad ni akan diberi oleh penjaga kaunter kat pintu masuk. Jangan gado-gado sebab kad ni akan dapat sorang satu. Masuk je kat dalam restoran, kalo korang nak air, g kat seksyen air, mintak air ape yang korang nak, then bagi kad ni, derang akan cop. Nampak kan hasil cop kat kad tuh. Nanti, bila korang nak bayar, korang akan ke pintu belakang lak sebab cashier kat situ, tunjuk je kad, nanti derang pandai la key-in. Lepas tuh korang akan terus keluar. Kalo tetiba nak masuk balik, korang g la ke pintu depan dia, dapat kad yang kosong, pastu korang ulang la balik macam tadi. Lagi satu, setiap kad yang hilang, derang akan denda RM200 okkaip... :)










Plain Rosti & sausage in the making. Ni feveret Mrs. Yan. Kena pulak dengan dia punya sour cream... Huuuaihhh...


Kalo korang pencinta makanan, sure korang boleh paham kenapa Mrs. Yan suka tempat ni. Korang imagine tempat ni dapur rumah korang, pastuh semua ada kat dalam dapur. Heaven Kak Kiah oiiii.... Korang boleh je nak ngadap derang masak untuk korang kalo sanggup. Seriously Mrs. Yan rasa macam satu therapy bila kat dalam ni... Hohohoho....

Menu kami hari tuh:
- Red Apple with Dragon Fruit Juice, RM29.80 (2orang)
- Lamb Chop, RM36.90
- Sweet Corn (tambah kat lamb chop), RM3.00
- Plain Rosti with Sausage, RM20.80
- Salmon Fillet Grill, RM29.90
- Fruit Cake, RM10.90
- Air Mineral, RM3.00 

Sub-Total : RM134.30

Ni belum masuk service charge (RM13.43) ngan goverment tax (8.06). Sebab tuh tulis sub-total. Bila dah masuk additional charge kat atas tuh, baru lah dapat total = RM155.79. Kuikuikui... Takpe sekali-sekala makan mahal kannnn... Kalo tuh salah satu cara kita appreciate orang yang kita sayang, apa salahnya... Uhukkk...

Overall, makanan dia menepati la citarasa kami nieh. Sampai umah, still teringat kat set rosti, dengan lamb chop dia. Air lak kalo korang tengok, dia memang betul-betul jus lah. kalo nak sejuk, korang amik sendiri ais dalam box yang derang dah sediakan. Kalo nak tambah manis lak, derang akan bagi korang air gula, pepandai lah nak manis macam mana pun, Hohohoho...
Mr. Aid with his besday cake.

Kalo dah macam terliur tengok gambar, korang boleh la g ke Marché Restaurant, The Curve di:

Marché Restaurant,
Lot G87, 
Ground Floor,
The Curve,
Mutiara Damansara.

Tel : 03-77278461  
 

Lastly, untuk Mr. Aid, semoga panjang umo, dimurahkan lagi rezeki, dipermudahkan segala urusan, sentiasa berada dijalan-Nya, dilimpahi dengan sifat-sifat mahmudah, dan dijauhi dari sifat-sifat mazmumah. Amin...
-with luv, yan-
 


-Thanks for reading- 

Sunday, September 15, 2013

Black Mentor sah bergelar suami kepada Chira Khairi


HANYA dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari, Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan.

Black & Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan. Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.

Bagaimana pun, Black akan mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September ini bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar. – OhBulan

Panyanyi Leina Hangat kini tampil bertudung


PETALING JAYA – Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.

“Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

“Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

“Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

“Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan,” katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

“Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah,” katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. - mStar Online

Nama anak Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad


PELAKON Diana Danialle, 22, mendedahkan nama anak lelakinya yang kini berusia dua bulan sebagai Muhammad Farid Kamil.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini berkata, pemilihan nama tersebut dibuat oleh ibu mertuanya selepas dia pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja.

“Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu,” katanya yang ditemui ketika menemani Farid pada Malam Gala Filem Dampak, di sini, Khamis.

Diana berkata demikian ketika ditanya mengenai anaknya yang dikatakan masih menjadi rahsia dan hanya akan disiarkan melalui program eksklusif sebuah stesen televisyen swasta.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang hubungan dia dan ibunya Norsiah Ramli yang dilaporkan dingin, Diana enggan mengulas perkara tersebut.

“Maaf ya, saya tidak mahu komen tentang itu, terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Diana yang masih lagi berpantang itu mengakui belum bersedia untuk kembali berlakon.

“Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali berlakon kerana kondisi saya yang lemah dan masih menyusukan Muhammad,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kurang mempercayai orang luar untuk menjaga anaknya itu ketika dia bekerja.

Sementara itu, Diana kini menetap di kampung halaman suaminya di Kedah bagi menghabiskan tempoh berpantang.

“Saya selesa tinggal di kampung kerana lebih aman seperti ketika saya berada di Australia.

“Insya-Allah kalau ada rezeki anak kedua nanti saya ingin pergi ke tempat seperti itu lagi,” katanya.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang.

Bercakap tentang pengajiannya, Diana yang sedang menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia, berkata, dia bakal menjalani latihan praktikal di Malaysia selepas selesai proses berpantang. – mStar

(Gambar) Kediaman mewah Kim dan Kanye bernilai USD 11 juta


PASANGAN Kim Kardashian, 32 dan Kanye West, 36, pastinya sudah tidak sabar untuk merasmikan kediaman baru mereka di Bel Air nanti.

Apa tidaknya, pembinaan mahligai mewah itu dikatakan hampir mencecah USD 11 juta.

Dengen menampilkan gaya Mediterranean, rumah tersebut turut dihiasi dengan tandas bersalut emas dan enam buah tilam mewah.

Ternyata kualiti dan kemewahan menjadi perkara utama yang dititikberatkan oleh Kanye bagi memastikan kesempurnaan hidup Kim dan bayi mereka, North.

Sementera menantikan kediaman itu siap nanti, terpaksalah keluarga baru ini bersabar menghadapi kerenah Kris Jenner. Nama pun menumpang kan? - mynewshub















Mesut Ozil bantu Arsenal menang 3-2 ke atas Sunderland


Arsenal dan Tottenham melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing untuk kini mengumpul 9 mata selepas 4 perlawanan, memintas pendahulu sebelum ini, Liverpool yang tidak turun beraksi.

Biarpun sama 9 mata, Liverpool kurang dari segi perbezaan gol dan hanya boleh memintas semula kedudukan teratas jika mereka berjaya menewaskan Swansea, jam 3 pagi Selasa ini.

Malam tadi, Arsenal berjaya menewaskan Sunderland 3-1 di gelanggang lawan menerusi dua jaringan Aaron Ramsey minit ke-67 dan 76.

Terdahulu Olivier Giroud meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-11 sebelum Sunderland menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Craig Gardner minit ke-48.

Tottenham pula meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Norwich 2-0 di laman sendiri menerusi dua jaringan Gylfi Sigurdsson minit ke-28 dan 49.

Manchester City di tangga ketiga selepas sekadar seri 0-0 dengan Stoke di tempat lawan manakala juara bertahan, Manchester United naik ke tangga keempat selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 di Old Trafford hasil jaringan Robin van Persie minit ke-45 (penalti) dan Wayne Rooney minit ke-81.

Chelsea pula gagal meraih mata selepas tewas 0-1 kepada Everton di tempat lawan menerusi jaringan tunggal Steven Naismith minit ke-45.

Tiga lagi perlawanan malam tadi menyaksikan Aston Villa tewas 1-2 kepada Newcastle, Fulham seri 1-1 dengan West Brom manakala Hull turut seri 1-1 dengan Cardiff.

Hanya mampu baring kerana payudara terlalu besar


IBU kepada empat orang anak telah hanya terbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar.

Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu – menyebabkan ia tidak dapat bergerak bebas.

Wanita 29 tahun ini berkata: “Ia sangat siksa. Jika saya cuba membangunkan diri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat.”
Isteri seorang petani kecil yang tinggal di Peru utara, akhirnya dapat dibantu apabila media tempatan membayarkan tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor yang mendiagnosisnya mendapati wanita malang ini mengalami Bilateral Gynecomastia – satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar.

Mereka terpaksa membuang 15kg lebih daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghempap paru-paru lalu membunuhnya.

Julia muncul semula dengan payudara bersaiz cawan 34B selepas pembedahan selama enam jam.

“Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat lakukan sebarang kerja, saya terpaksa hidup dengannya, ia menjadi begitu buruk sehinggakan payudara saya bersentuhan dengan kaki saya. “Saya mempunyai satu susuk badan yang kecil, dan ianya memberikan tekanan pada keseluruhan badan saya dan sangat menyiksakan.”

Dia menambah: “Payudara saya semakin membesar dari hari ke hari. Saya tidak boleh bergerak kerana payudara saya dan perut sama besar. Buah dada saya menjadi sangat besar dan mula berkudis, malah saya turut mempunyai masalah untuk bernafas.” - mynewshub

Gambar Belangkas