Sunday, September 15, 2013

Sepasang kekasih lakukan hubungan seks dalam keretapi


Sepasang pasangan kekasih Taiwan telah dirakam melakukan seks dalam keretapi yang bergerak menuju ke Taitong pada Sabtu petang yang lepas lapor China Times.

Individu yang memuat naik gambar tersebut memaklumkan pasangan tersebut langsung tidak mempedulikan penumpang lain. Dan lebih menjijikkan , seluar panjang lelaki dan seluar dalamnya sudah dilondehkan pada paras buku lali tanpa segan silu menyembunyikan perbuatannya.

Pihak polis menahan pasangan tersebut untuk disoal siasat di stesen keretapi Taitong. Pihak polis mendakwa pasangan ini mempunyai masalah mental.

Rozita Che Wan persoal tindakan peminat


PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan mempertikaikan tindakan seorang peminatnya (bukan dalam gambar) yang menyebarkan cerita palsu di laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya ketiga lalu.

Berita Harian melaporkan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, mengakui menyedari kehadiran pemuda tersebut pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

“Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik.

“Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya , Ayu Raudhah. Apa ayang peliknya dia berani meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWandanZainSaidin yang mencetuskan spekulasi,” katanya.

Bagaimanapun, Rozita berkata, dia tidak terkejut dengan perkara itu kerana kerana memang tiada sebarang majlis pertuangan diadakan.

“Saya rasa umum tahu bahawa kami memang tidak merancang untuk bertunang sebaliknya mahu bernikah sahaja.

“Mungkin juga kerana kami sekeluarga berpakaian sedondon pada hari itu yang membuatkan peminat terpedaya dengan gambar itu,” katanya.

Sementara itu, Rozita turut mengulas cemuhan peminat terhadap tindakan Zain yang dikatakan terdesak mencari wang untuk majlis pernikahan mereka dengan membuka tawaran kepada pembeli kuih terbanyak pada majlis persandingan mereka.

“Saya tidak tekankan apa-apa syarat sekalipun untuk dia berkahwin dengan saya. Biasalah apa yang kita buat pasti ada yang tidak berpuas hati.

“Zain bukan sangat terdesak sehingga sanggup berbuat demikian. Lagipun majlis kami nanti bakal ditaja, jadi tidak perlu fikir soal bajet,” katanya. - mStar Online

(Gambar) Lelaki ini diberkas suka buka kancing bra wanita


SEORANG lelaki akhirnya berjaya diberkas di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Shanghai kerana ‘kegemarannya’ membuka kancing bra penumpang wanita.

Siasatan lanjut mendapati lelaki itu berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap golongan Hawa. Entah apalah yang dia dendam sangat sampai jadi macam tu.

Selalunya dia terlepas tetapi tidak pada 22 Julai lalu.

Semuanya terjadi bila lelaki yang dikenali sebagai Yang ini dilihat bertengkar dengan seorang wanita berumur 29 tahun di stesen tersebut.

Wanita itu mendakwa Yang cuba membuka kancing branya.

Insiden itu menarik perhatian ramai yang berada di stesen berkenaan, lalu sepasukan polis datang dan menahan lelaki itu.

Namun ada saksi yang mengatakan Yang berbuat demikian kerana terlalu marah dengan tindakan wanita tersebut menolaknya sewaktu hendak masuk ke dalam keretapi.

Persoalannya, kalau betul sekali pun, apa kejadahnya dia buat perangai tak senonoh macam tu???

Macam-macam hal…ada juga manusia yang perangai macam ni! - mynewshub


Aidil hilang sabar kerana Rita Rudaini tak jujur


Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak. Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.

Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian hari ini, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.

Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.

Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil

“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.

“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban

“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.

Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu. - Malaysian Digest

Tubuh Uqasha Senrose pernah diraba wanita lain


Aktres yang sedang meningkat naik namanya, Uqasha Senrose mengakui dia pernah diraba pengurus peribadinya (PA) sendiri ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan terkutuk individu tersebut, teraju utama filem Paku Pontianak ini lantas membuat keputusan memecat pengurus peribadinya itu serta merta.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, dia sama sekali tidak menyangka bekas pengurusnya yang juga seorang pengkid itu tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada individu berkenaan.

“Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta. Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar.

“Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia. Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya. Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain”, kata Uqasha ketika ditemui pada sesi preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi.

Enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut, Uqasha tidak membuat lapoan polis berhubung hal itu.

Uqasha turut memberitahu sehingga kini dia masih belum mencari pengurus peribadinya yang baru kerana buat masa ini dia selesa menyerahkan segala urusan yang melibatkan aktiviti seninya kepada pihak pengurusan yang dinaungi iaitu MIG.

Beri Pekin Tempoh Setahun

Dalam pada itu diminta mengulas mengenai laporan media dia kononnya telah menerima rombongan merisik oleh pihak keluarga kekasihnya pelakon Pekin Ibrahim, gadis kacukan Kelantan-Siam ini tanpa berselindung mengesahkan hal tersebut.

“Ya, dia (Pekin) datang hantar rombongan merisik pada bulan Julai lalu. Hanya merisik dan kami tak bertunang. Tapi untuk ke arah perkahwinan tu rasanya bukan tahun ni sebab buat masa sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Dalam masa setahun ni kami beri tempoh pada diri masing-masing untuk cari duit dan mengenali lebih lagi hati budi antara satu sama lain”, tuturnya.

Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu. Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar di internet beberapa bulan lepas.

Biarpun baru lebih kurang tujuh bulan mengenali Pekin namun kata Uqasha keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu.

“Dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah. Dia rapat dengan keluarga saya”, katanya.

Perkembangan lain, selain muncul menerusi filem Paku Pontianak yang akan ditayangkan pada 22 Ogos ini, Uqasha juga baru selesai mejalani penggambaran drama bersiri Ratu Suhada dan akan ditayangkan di saluran RTM, tidak lama lagi. – Malaysian Digest

(Video) Perompak dicampak keluar dari tingkap


GAGAL merompak satu hal, digagalkan pula dengan cara yang amat memalukan satu hal lain.

Inilah yang berlaku di Brazil terhadap seorang penyamun malang.

Dalam kejadian yang direkodkan ini, penyamun pertama memasuki sebuah kiosk untuk mencuri sementara penyamun kedua menunggu di luar di atas motosikal.

Mengikut perancangan mereka, sebaik sahaja rompakan berjaya maka penyamun pertama akan bergegas keluar lalu beredar secepat mungkin dengan rakannya itu.

Tapi apa yang berlaku, penyamun pertama ‘dikeluarkan’ dari kiosk tersebut dengan cara dilempar melalui tingkap dan ini mengejutkan rakan yang sedang menunggu di luar hingga dia terus memecut laju motosikalnya.

Kalau lepas itu masih tak insaf dan tetap gigih hendak menyamun, tak tahulah nak cakap apa. - mynewshub

Kanak-kanak mangsa dera ibu kangdung meninggal dunia


IPOH – Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 16 Ogos lalu.

Ibunya, Choong Mee Chin, 30, sebelum ini telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai anaknya dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya dengan menggunakan sebatang rotan di ruang tamu rumah No 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.

Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas anaknya itu di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan. - mynewshub

Gambar Belangkas