Sunday, September 15, 2013

Biadap! Guna gambar masjib promosi arak di Pulau Pinang!


Kain rentang di sebuah pusat karaoke terkenal yang terletak di kawasan Penang Road, Georgetown, Pulau Pinang didapati mengandungi unsur menghina Islam apabila membuat promosi minuman keras sempena hari raya dan merdeka.

Paling biadap, pihak terbabit bukan setakat mengambil kesempatan mempromosikan minuman keras sempena perayaan disambut masyarakat Islam malah turut menampal gambar masjid di kain rentang tersebut.

Tindakan ini mencerminkan kelakuan tidak menghormati sensitiviti penganut agama lain sedangkan majoriti khalayak umum di Malaysia sudah mengetahui arak atau minuman keras adalah haram di sisi Islam.

Dan kalau pun tidak tahu hukum, mana-mana penganut agama lain sekali pun pasti tidak rela rumah ibadat mereka digandingkan dengan promosi minuman keras.

Seharusnya, perkara ini diberi perhatian oleh pihak berwajib di Pulau Pinang.

SEMENTARA itu Koordinator Pemuda UMNO Tanjung, Fahami Ashrof Badaruddin memberitahu Berita Harian, poster itu dipasang sejak awal bulan ini.

Menurutnya, beliau kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.


“Sedangkan jalan ini adalah antara laluan utama ke Komtar, iaitu pejabat kakitangan kerajaan dan juga tumpuan pelancong, pada kain rentang ini syarikat hiburan yang berkenaan mempromosikan minuman keras dengan menggunakan ucapan Selamat Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan.

“Pada saya ini langsung tidak kena tempat, yang paling aneh ialah saya hairan kenapa isu berkaitan sensitiviti agama ibarat dipandang remeh sahaja,” katanya.

Sementara itu turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Anak-anak Kariah Teluk Kumbar, Rashidi Abdul Majid.

Beliau berkata, pihak yang berkenaan langsung tidak berasa takut apabila sanggup meletakkan gambar masjid pada kain rentang bersama dengan minuman keras.
Menurutnya, tindakan berkenaan dilihat seolah-olah cuba menarik umat Islam untuk melihat iklan berkenaan kerana terdapat gambar masjid.

“Kalau bagi mereka yang mudah terpengaruh sudah pasti benda sebegini akan menjadi, pada saya perkara ini agak keterlaluan,” katanya.

Bagi Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Tanjung, Fazrul Izham Badaruddin berkata, akibat tiada pemantauan yang berterusan daripada pihak yang sepatutnya khasnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), perkara sedemikian mampu menyebabkan anak muda turut terpengaruh.

“Pada saya senang saja, orang lihat iklan ini ada gambar masjid, ada yang membantah keras namun ada juga yang mungkin akan tertarik memandangkan promosi seakan ganjaran.

“Ketika bulan Ramadan lalu kita sendiri digemparkan dengan penahanan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) apabila melihat pemuda Islam berpesta arak, tambahan lagi bila ada iklan sebegini sudah pasti perkara ini akan semakin teruk,” katanya. - mynewshub

(Gambar) Aksi tak senonoh pasangan kekasih di kantin


Orang lain datang ke kantin untuk mengisi perut yang lapar disamping dapat sembang-sembangbersama rakan-rakan sambil menjamu selera. Tapi sebaliknya berlaku apabila gelagat pasangan kekasih ini yang sedang asyik beromen dengan aksi yang kurang sopan sambil perpelukan seolah-olah sedang melakukan hubungan seks. Kalau ye pun gersang, jangan la buat kat kantin!

(Video) Emma Maembong mengamuk orang ganggu tidur


Cutenya Emma Maembong walaupun dengan muka mengantuk baru bangun tidur. Baru-baru ni tersebar video Emma Maembong yang mengamuk sebab orang kacau dia nak tidur. Klip video Emma Maembong ni cuma lawak adik-beradik je tapi ianya memang meletup. Untuk pengetahuan anda, klip video tersebut menjadi trending di Malaysia untuk dua hari berturut-turut minggu lepas. Jom layan aksi Emma Maembong diatas katil...hehehe...

Gambar Neelofa peluk lelaki dikritik peminat


Hari Raya yang lepas, Neelofa telah memuat naik gambar di atas yang mengakibatkan peminatnya di Instagram meroyan kerana aksi bergambar sambil memeluk lelaki ini. Bagi menghormati peminatnya, Neelofa telah mengeluarkan gambar di atas dari akaunnya. Kalah Neelofa dengan gadis kat sebelah die, lagi hot!

Download percuma KL Gangster 2 watch online


Sebagaimana yang semua orang tahu, filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober 2013 depan sudahpun dirompak oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab serta menyebarkan di internet untuk didownload secara percuma oleh peminat.

Nak download percuma atau tonton online secara percuma filem KL Gangster 2, tunggu sehingga filem ni keluar dulu. Hehe...

Sedikit sinopsis filem KL Gangster 2:

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.

Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.

Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. 

Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Shoffi Jikan menangis filem KL Gangster 2 dirompak


DI saat pelayar maya berlumba-lumba memuat turun dan berkongsi laman tontonan filem terbitan Skop Production Sdn Bhd, KL Gangster 2, di internet, mungkin ramai yang tidak menduga perasaan pengarah, penerbit dan pelakon filem ini.

Bukan hanya bermaharajalela di laman maya, malah ada pihak yang senang hati mula menjual cakera padat (VCD) di pasar-pasar malam pada harga serendah RM5.

Bimbang dan sedih memikirkan ‘rompakan besar-besaran’ berleluasa dalam sejarah perfileman tempatan, pelakon, Soffi Jikan turut menitiskan air mata.

Walaupun terkenal dengan watak antagonis, Soffi tidak dapat menahan kekecewaannya apabila filem lakonannya itu bocor di internet sedangkan ia masih belum ditayangkan di pawagam.

Ketika ditemu bual Zass, Soffi atau nama sebenarnya, Mohamad Shoffi Jikan, 43, menangis apabila karya tempatan ‘dicuri’ sewenangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya memang sedih, dah berkali-kali saya menangis kerana kecewa dengan perkara ini. Memang mengaibkan, memalukan dan mengecewakan!

“Saya minta sangat, tolong padam! Tolong jangan beli VCD itu! Mereka merompak karya bangsa sendiri secara berleluasa.

“Saya sangat sedih.. Sejujurnya, kami masih belum menerima bayaran untuk kerja kami sedangkan karya itu sudah mula diedar secara haram.

“Tolonglah jangan buat macam ni… Saya merayu kepada anda semua…,” rintih Soffi.

Menurut Soffi, bukan hanya pengarah, Syamsul Yusof dan penerbit sahaja yang kecewa, malah krew produksi dan pelakon turut bersedih.

“Mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan. Ia adalah cara terbaik,” katanya. – Sinar Harian

(Video) Kes langgar lari BMW putih dan motosikal


PETALING JAYA- Polis menafikan kejadian di mana seorang pemandu kereta mewah yang didakwa melanggar penunggang motosikal sebelum memecut adalah kejadian langgar lari.

Mengulas mengenai video ‘langgar dan lari’ yang tersebar di Facebook, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata video itu adalah mengelirukan dan tidak memberitahu keseluruhan kisah.

“Saya tertanya-tanya di mana orang ramai mendapat berita bahawa ini adalah kemalangan langgar dan lari.

“Pemandu itu telah membuat laporan pada hari yang sama kemalangan,” katanya ketika dihubungi, Khamis.

Beliau menambah bahawa video tersebut berkemungkinan telah dipotong sebelum pengguna internet dapat melihat kejadian secara keseluruhan.

Satu rakaman video yang dikatakan kejadian langgar dan lari muncul di Facebook, menyebabkan suasana gempar di kalangan pengguna laman web dan rangkaian sosial.

Pengguna Facebook marah kerana tiada siapa yang datang untuk membantu penunggang motosikal yang telah dilanggar oleh sebuah kereta BMW putih E92 yang memandu laju.

Ada juga yang mengutuk orang yang merakam video kerana tidak membuat laporan polis terhadap pemandu. – Mstar.com.my

Gambar Belangkas