Sunday, September 15, 2013

Download percuma KL Gangster 2 watch online


Sebagaimana yang semua orang tahu, filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober 2013 depan sudahpun dirompak oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab serta menyebarkan di internet untuk didownload secara percuma oleh peminat.

Nak download percuma atau tonton online secara percuma filem KL Gangster 2, tunggu sehingga filem ni keluar dulu. Hehe...

Sedikit sinopsis filem KL Gangster 2:

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.

Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.

Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. 

Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Shoffi Jikan menangis filem KL Gangster 2 dirompak


DI saat pelayar maya berlumba-lumba memuat turun dan berkongsi laman tontonan filem terbitan Skop Production Sdn Bhd, KL Gangster 2, di internet, mungkin ramai yang tidak menduga perasaan pengarah, penerbit dan pelakon filem ini.

Bukan hanya bermaharajalela di laman maya, malah ada pihak yang senang hati mula menjual cakera padat (VCD) di pasar-pasar malam pada harga serendah RM5.

Bimbang dan sedih memikirkan ‘rompakan besar-besaran’ berleluasa dalam sejarah perfileman tempatan, pelakon, Soffi Jikan turut menitiskan air mata.

Walaupun terkenal dengan watak antagonis, Soffi tidak dapat menahan kekecewaannya apabila filem lakonannya itu bocor di internet sedangkan ia masih belum ditayangkan di pawagam.

Ketika ditemu bual Zass, Soffi atau nama sebenarnya, Mohamad Shoffi Jikan, 43, menangis apabila karya tempatan ‘dicuri’ sewenangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya memang sedih, dah berkali-kali saya menangis kerana kecewa dengan perkara ini. Memang mengaibkan, memalukan dan mengecewakan!

“Saya minta sangat, tolong padam! Tolong jangan beli VCD itu! Mereka merompak karya bangsa sendiri secara berleluasa.

“Saya sangat sedih.. Sejujurnya, kami masih belum menerima bayaran untuk kerja kami sedangkan karya itu sudah mula diedar secara haram.

“Tolonglah jangan buat macam ni… Saya merayu kepada anda semua…,” rintih Soffi.

Menurut Soffi, bukan hanya pengarah, Syamsul Yusof dan penerbit sahaja yang kecewa, malah krew produksi dan pelakon turut bersedih.

“Mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan. Ia adalah cara terbaik,” katanya. – Sinar Harian

(Video) Kes langgar lari BMW putih dan motosikal


PETALING JAYA- Polis menafikan kejadian di mana seorang pemandu kereta mewah yang didakwa melanggar penunggang motosikal sebelum memecut adalah kejadian langgar lari.

Mengulas mengenai video ‘langgar dan lari’ yang tersebar di Facebook, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata video itu adalah mengelirukan dan tidak memberitahu keseluruhan kisah.

“Saya tertanya-tanya di mana orang ramai mendapat berita bahawa ini adalah kemalangan langgar dan lari.

“Pemandu itu telah membuat laporan pada hari yang sama kemalangan,” katanya ketika dihubungi, Khamis.

Beliau menambah bahawa video tersebut berkemungkinan telah dipotong sebelum pengguna internet dapat melihat kejadian secara keseluruhan.

Satu rakaman video yang dikatakan kejadian langgar dan lari muncul di Facebook, menyebabkan suasana gempar di kalangan pengguna laman web dan rangkaian sosial.

Pengguna Facebook marah kerana tiada siapa yang datang untuk membantu penunggang motosikal yang telah dilanggar oleh sebuah kereta BMW putih E92 yang memandu laju.

Ada juga yang mengutuk orang yang merakam video kerana tidak membuat laporan polis terhadap pemandu. – Mstar.com.my

Trend remaja Melayu sambut birthday dengan minum arak


APALAH nak jadi dengan anak muda Melayu zaman sekarang.

Nampaknya kini sudah seakan-akan menjadi trend dan ikutan di kalangan remaja Melayu Islam menyambut sambutan hari lahir dengan minuman keras dijadikan sebagai santapan.

Melalui gambar yang dikongsikan ini, dapat dilihat seorang remaja lelaki Melayu dan wanita bertudung bergambar bersama-sama kek serta sebotol arak di hadapan mereka.

Tak diketahui sama ada memang mereka memang meminumnya atau pun hanya sekadar props untuk menunjukkan tahap urban dan cool mereka kepada kawan-kawan di luar sana.

Perlu ke ada botol arak tu kalau tak diminum pun? Mesej apa yang dihantar kepada adik-adik yang lebih muda di luar sana?

Dan yang pakai tudung tu digalakkan terjun lombong pasal menyokong pasangan buat kerja bodoh. - mynewshub

Senarai nama ketua geng kongsi gelap 04, 08 dan 36


KDN mendedahkan nama ‘kepala’ tiga kumpulan kongsi gelap iaitu 04, 08 dan 36 masih aktif di kawasan masing-masing.

Kumpulan 04 yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi di Johor, Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Pulau Pinang), Prai Bala (Pulau Pinang) dan Langkap Sasi (Perak dipercayai terlibat dalam kes tembak di Kampar Perak melibatkan anak dan bapa), Selvam (Batu Gajah) yang dipercayai mempunyai kelab 04 di Taman Perdana Batu Gajah, Ragu (Ayer Tawar), Sudha (Sitiawan).

Kumpulan 08 juga dikenali sebagai Indren di Pulau Pinang, Jiva (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (Kuala Lumpur), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (Kuala Lumpur) dan Gobi (Kuala Lumpur).

Kumpulan 36 dikenali sebagai Cendol Kanna (Kuala Lumpur), Ratenan (Kuala Lumpur), Devan (`kepala’ 36 Kuala Lumpur yang juga jutawan dan pembekal dadah), Kajang Balan (Kajang dan orang kanan bagi Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping yang terlibat dalam kes tembak di Relau melibatkan seorang lelaki yang pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dari Taiping berpunca daripada masalah dadah dan sama kumpulan dengan bekas tentera ditembak sebelum ini).

Nama ‘kepala’ lain, M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang diperrcayai orang rapat dengan Devan), Santhanem (Kuala Lumpur), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim), Avi @ Avinash (Kulim dan Kuala Lumpur) dan Alavanthan (Kulim).

Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

KDN sebelum ini mengharamkan 49 kongsi gelap yang menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. — BERNAMA

Salleh Yaakob maut, isteri cedera disambar petir


TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said. – Bernama

Doktor conteng muka pesakit disaman


LOS ANGELES – Seorang pesakit yang tidak sedarkan diri menjadi mangsa seorang doktor ketika pembedahan dijalankan ke atasnya apabila doktor terbabit telah melekatkan sticker di mukanya.

Sticker itu berupa pelekat air mata dan misai.

Kejadian itu yang berlaku pada 2011 telah terbongkar selepas seorang jurugambar merakamkan gambar pesakit berkenaan.

Sehubungan itu, doktor terbabit telah disiasat dan tindakan saman turut dikemukakan oleh pesakit berkenaan ke atas Pusat Perubatan Torrance Memorial kerana melanggar privasi perubatan.

Doktor tersebut, Dr. Patrick Yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh pusat perubatan berkenaan manakala kakitangan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan turut dikenakan tindakan sama.

Namun mereka semua tidak dipecat.

Ketika mempertahankan diri, Dr. Patrick memberitahu, dia melekatkan sticker dan mewarnakannya pada muka mangsa, kerana menyangka ia sesuatu yang lucu dan mangsa yang juga pekerja di hospital  itu iaitu Veronica Valdez akan menyukainya.

Sementara jururawat Patricia Gomes pula merakamkan gambar Valdez.

Dia menjelaskan gambar itu tidak pernah tersebar kerana dia tidak pernah mengirim emel atau memuat naik di mana-mana tempat.

Malah kata Gomez, dia memadamkan imej tersebut selepas menunjukkannya kepada Valdez.

Dalam pada itu, pengasas Hak Privasi Pesakit, Dr. Deborah Peel mengecam tindakan merakamkan gambar pesakit.

“Ia merupakan idea yang gila, apabila anda membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik pembedahan.

“Ia jelas melanggar aspek keselamatan dan sensitivity pesakit,’ katanya. - mynewshub

Gambar Belangkas