Sunday, September 15, 2013

Erra Fazira tunggu masa dedahkan masalah rumahtangga


SEBELUM ini memang banyak kisah mengenai rumah tangga pelakon dan pengacara terkenal Erra Fazira diperkatakan oleh peminat serta pemerhati industri hiburan tempatan.

Namun begitu, Erra tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan berhubung spekulasi tersebut sehinggakan membuatkan ramai pihak tertanya mengenai status sebenar rumah tangganya.

Menerusi portal Murai, Erra menyatakan, “buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum.

“Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumahtangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama,” katanya.

Aktres popular ini juga percaya apabila sampai waktunya kelak, pasti semua persoalan itu akan diperjelaskan kemudiannya.

Hasil perkongsian hidup Erra dengan Engku Emran, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun. - Murai.com.my

Amy Search anggap petunjuk kecil Tuhan kepada Nabila


KUALA LUMPUR – Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa kepada aktres berkenaan iaitu Amy Search hanya mengetahui mengenai kemalangan berkenaan petang semalam selepas dihubungi rakan Nabila.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Amy Search berkata dia baru sahaja pulang dari melawat anak dan cucunya di hospital.

“Sebaik saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima panggilan daripada Nabila sendiri.

“Kalau nak tahu, saya baru saja pulang dari hospital untuk melawat mereka.

“Keadaan buat masa sekarang semuanya tenang.

“Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu saya, Keisha Laila di tahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-Tray kerana tangan kirinya retak.

“Sewaktu kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila, Syazwan yang memandu kereta tersebut,” kata Amy.

Dalam pada itu, Amy nampaknya lebih memihak terhadap komen yang ditulis bekas suami Nabila iaitu Eddie di laman Twitternya lelaki berkenaan.

“Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja.

“Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.

“Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.

“Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.

“Apapun ini adalah peringatan buat penjaga itu sendiri.

“Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila,” jelas Amy yang amat risau keadaan cucunya itu. – Murai.com.my

Gambar persandingan Abby Abadi di kampung suami baru


Makin hari makin bahagia penulis tengok pelakon Abby Abadi ni.

Baguslah begitu, mungkin inilah hikmah daripada apa yang berlaku terhadap dirinya sebelum ini.

Kali ini, penulis ingin berkongsi gambar persandingan Abby dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar di kampung halaman suaminya yang bertempat di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.

Tampil dengan persalinan hijau muda, kedua-duanya tampil sopan dan segak dalam majlis tersebut.

Turut memeriahkan majlis itu ialah ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. - mynewshub

Isteri kedua Ashraf Muslim, Sakinah sudah mengandung?


Jika minggu lalu, pelakon Ashraf Muslim menafikan dakwaan isteri keduanya, Wan Sakinah telah hamil namun baru-baru ini Sakinah ada berkongsi gambar ubat yang diambilnya di sebuah klinik swasta di Putrajaya.


Menerusi pemerhatian, kebanyakan pengikutnya di laman Instagram memberikan ucapan tahniah terhadap gambar ubat yang dikongsinya itu.

Mungkin betul Sakinah yang dinikahi Ashraf pada 7 Julai lalu di Thailand kini sudah berbadan dua.

Sebelum ini pun, ada desas-desus mengatakan perkahwinan kedua aktor tersebut adalah disebabkan keinginan untuk memiliki zuriat sendiri.

Jika benar Sakinah sudah hamil, tahniah diucapkan buat pasangan ini! - mynewshub

Jumlah 6.8 juta ekor tikus di Lembah Klang melebihi penduduknya


BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!

Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.

Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang ‘high-end’ ini boleh dikatakan kotor.

Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.

Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.

Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.

Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan. - Sinar Harian

Sanggup beratur 10 hari awal demi iPhone 5S


MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti.

Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi antara orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.

Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store.

Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca.

Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.

Sumber: mynewshub


Orang minyak aktif cari anak dara di Marang


MARANG – “Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.

Sumber: mynewshub

Gambar Belangkas