Sunday, September 15, 2013

Gambar persandingan Abby Abadi di kampung suami baru


Makin hari makin bahagia penulis tengok pelakon Abby Abadi ni.

Baguslah begitu, mungkin inilah hikmah daripada apa yang berlaku terhadap dirinya sebelum ini.

Kali ini, penulis ingin berkongsi gambar persandingan Abby dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar di kampung halaman suaminya yang bertempat di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.

Tampil dengan persalinan hijau muda, kedua-duanya tampil sopan dan segak dalam majlis tersebut.

Turut memeriahkan majlis itu ialah ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. - mynewshub

Isteri kedua Ashraf Muslim, Sakinah sudah mengandung?


Jika minggu lalu, pelakon Ashraf Muslim menafikan dakwaan isteri keduanya, Wan Sakinah telah hamil namun baru-baru ini Sakinah ada berkongsi gambar ubat yang diambilnya di sebuah klinik swasta di Putrajaya.


Menerusi pemerhatian, kebanyakan pengikutnya di laman Instagram memberikan ucapan tahniah terhadap gambar ubat yang dikongsinya itu.

Mungkin betul Sakinah yang dinikahi Ashraf pada 7 Julai lalu di Thailand kini sudah berbadan dua.

Sebelum ini pun, ada desas-desus mengatakan perkahwinan kedua aktor tersebut adalah disebabkan keinginan untuk memiliki zuriat sendiri.

Jika benar Sakinah sudah hamil, tahniah diucapkan buat pasangan ini! - mynewshub

Jumlah 6.8 juta ekor tikus di Lembah Klang melebihi penduduknya


BANDAR RAYA Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat namun cabaran persekitaran sosial dan pembangunan yang semakin pesat turut menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit, tikus!

Terdapat 6.8 juta tikus bersarang di Kuala Lumpur, itulah pendedahan statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Satu angka yang sangat mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi Kuala Lumpur. Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur.

Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang ‘high-end’ ini boleh dikatakan kotor.

Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Persoalannya, apakah halangan utama yang dihadapi h pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan makhluk perosak itu? Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa.

Masalah utama yang dilihat ialah usaha pembersihan di kawasan-kawasan tertentu tidak mencapai objektifnya. Kawasan tersebut masih menjadi syurga tikus.

Ini ditambah dengan kawasan penjaja haram yang menjadi punca tikus membiak kerana pihak konsesi tidak menjalankan kutipan sampah di situ.

Kegagalan PBT menyelesaikan masalah penjaja haram di kawasan kepadatan tinggi dilihat antara punca kesukaran tikus dihapuskan. - Sinar Harian

Sanggup beratur 10 hari awal demi iPhone 5S


MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti.

Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi antara orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.

Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store.

Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca.

Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.

Sumber: mynewshub


Orang minyak aktif cari anak dara di Marang


MARANG – “Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.

Sumber: mynewshub

Keburukan susu kacang soya kepada lelaki dan wanita


Disamping kelebihan dan khasiat yang ada dalam susu soya, ianya juga mempunyai beberapa keburukan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Antaranya:

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Kesan sampingan seperti kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang.

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK.

Soya juga dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Info keburukan susu soya kepada wanita!!!

  • 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Khasiat dan kebaikan kacang tanah


Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus. Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dagaging, telur dan kacang soya.

Ia juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

Gambar Belangkas