Sunday, September 15, 2013

Keburukan susu kacang soya kepada lelaki dan wanita

Disamping kelebihan dan khasiat yang ada dalam susu soya, ianya juga mempunyai beberapa keburukan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Antaranya:

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Kesan sampingan seperti kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang.

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK.

Soya juga dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Info keburukan susu soya kepada wanita!!!

• 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Khasiat dan kebaikan kacang tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus. Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dagaging, telur dan kacang soya.

Ia juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

Kelebihan dan kebaikan kacang soya

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur.Antara kelebihan kacang soya adalah:

Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.

Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

Kacang soya boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.

Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

kacang soya sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.

Cara elakkan dari payudara menjadi kendur

Merawat kulit wajah dan tubuh agar tetap cantik mungkin akan lebih mudah dengan kehadiran produk perawatan yang berlambak di pasaran. Tapi bagaimana dengan penjagaan kecantikan payudara?

Pasti anda sedikit bingung bagaimana cara terbaik untuk menjaga aset wanita yang stu ini terutama untuk mengelakkannya dari menjadi kendur. Perubahan payu dara sebegini sedikit sebanyak akan menjejaskan kecantikan dan penampilan.

Ada beberapa faktor penyebab payu dara kendur, antaranya adalah faktor kehamilan. Ukuran payu dara semakin berkembang seiring dengan usia kehamilan. Membesarnya payu dara membuat tarikan ke bawah semakin kuat.

Membiasakan diri tanpa memakai coli juga akan menyebabkan payudara kendur, apatah lagi jika ukuran payudara besar. Begitu juga faktor tidur mengiring. Ini boleh dilihat melalui teori graviti.

Tidur mengiring menyebabkan payu dara tidak ada yang menyangga sama sekali, kecuali oleh coli. Berbeza dengan tidur telentang kerana payudara dijaga oleh tubuh. Bagi yang mempunyai seperti tuberkulosis, kanser dan sebagainya ia boleh menyebabkan payu dara menjadi kendur, kecil atau turun. Ini kerana virus dan sel ganas yang merosakkan organ tubuh.

Dalam masa yang sama juga, faktor pemakanan turut berperanan untuk mengencangkan kulit. Makanan seperti kobis, kacang soya, tempe dan bawang putih sangat bagus untuk mencegah kanser payudara.

Dalam masa yang sama juga, anda harus berhati-hati terutama hal penjagaan payudara. Pemakaian coli yang salah sama ada terlalu besar atau kecil juga boleh menyebabkan payudara kendur.

Cara letak contact form pada blog

Untuk pengguna blogspot, jika ingin meletakkan contact form anda mungkin memilih Formstack,Foxyform,dan sebagainya.Sekarang anda tidak perlu menggunakannya lagi kerana blogger telah mengeluarkan contact formnya sendiri.

contact form

Cara memasukkan contact form pada blog

Masuk ke dashboard , pilih layout dan klik pada add a gadget

Kemudian pilih more gadget dan masukkan contact form

Cara meletakan pada page statik
Setelah memasukkan contact form pada blog seperti langkah diatas,kemudian pada dashboard pilih >>Template>>edit Html

Pada template cari ContactForm(gunakan Ctrl+F)
Klik anak panah dihujung untuk membuka kod seterusnya

kod blog

<b:widget id='ContactForm1' locked='false' title='Contact Form' type='ContactForm'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<data:contactFormNameMsg/>

<data:contactFormEmailMsg/> *

<data:contactFormMessageMsg/> *

<textarea class='contact-form-email-message' cols='25' expr:id='data:widget.instanceId + "_contact-form-email-message"' name='email-message' rows='5'/>

<b:include name='quickedit'/>
</b:includable>
</b:widget>
Kod warna merah perlu dipadam.
Kemudian save template anda
Pada dashboard pilih pages>>new page>>blank page
Masukkan kod ini pada page kosong tersebut dan masukkan namakan page tersebut dengan nama yang anda inginkan.

Friday, September 13, 2013

Bayi perempuan maut dihempap TV 29 inci

Gombak: Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci (73.6 sentimeter) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain yang berusia setahun lapan bulan dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang akibat parah di kepala.

Berikutan itu, bapanya Adlan Zulkarnain Mustafa, 40, membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Menceritakan kejadian itu Adlan berkata, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit jam 6.20 pagi sebelum dia ke tempat kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, 10 minit kemudian saya menerima panggilan telefon daripada pengasuh itu memberitahu kepala anak saya dihempap televisyen.

Sumber: Harian Metro

Anak Ahmad Dhani patah kaki terlibat kemalangan kereta

Semanggi: Polis semalam mengesahkan Ahmad Abdul Qodir Jaelani, anak bongsu pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani memandu kereta yang terbabit dalam kemalangan awal pagi kelmarin di Tol Jagorawi hingga menyebabkan enam orang terbunuh.

Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul yang baru berusia 13 tahun bagaimanapun hanya patah kaki.

Kemalangan berkenaan membabitkan beberapa buah kereta turut menyebabkan sembilan yang lain cedera.

Jurucakap polis trafik Jakarta Timur AKP Agung berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada Dul sudah memiliki lesen memandu.

“Jika dilihat pada usianya yang baru berusia 13 tahun, sudah pasti dia tidak memiliki lesen memandu.

“Dan jika ini benar, dia berdepan dengan hukuman penjara lima tahun,” kata Agung.

Menurutnya, dalam kemalangan itu, kereta Mit- subishi Lancer yang dipandu Dul dari arah Bogor ke Jakarta terbabas di lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah van yang membawa 13 penumpang. Sebuah Toyota Avanza yang berada di belakang kemudian melanggar van berkenaan. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Gambar Belangkas