Friday, September 13, 2013

Anak Ahmad Dhani patah kaki terlibat kemalangan kereta


Semanggi: Polis semalam mengesahkan Ahmad Abdul Qodir Jaelani, anak bongsu pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani memandu kereta yang terbabit dalam kemalangan awal pagi kelmarin di Tol Jagorawi hingga menyebabkan enam orang terbunuh.

Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul yang baru berusia 13 tahun bagaimanapun hanya patah kaki.

Kemalangan berkenaan membabitkan beberapa buah kereta turut menyebabkan sembilan yang lain cedera.

Jurucakap polis trafik Jakarta Timur AKP Agung berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada Dul sudah memiliki lesen memandu.

“Jika dilihat pada usianya yang baru berusia 13 tahun, sudah pasti dia tidak memiliki lesen memandu.

“Dan jika ini benar, dia berdepan dengan hukuman penjara lima tahun,” kata Agung.

Menurutnya, dalam kemalangan itu, kereta Mit- subishi Lancer yang dipandu Dul dari arah Bogor ke Jakarta terbabas di lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah van yang membawa 13 penumpang. Sebuah Toyota Avanza yang berada di belakang kemudian melanggar van berkenaan. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Lelaki beli 55,000 gaun isteri sepanjang 56 tahun kahwin


Los Angeles: Seorang lelaki romantik menghadiahkan isteri kesayangannya 55,000 pasang gaun sepanjang 56 tahun perkahwinan mereka. Paul Brockmann, 78, mahu Margot, 76, mempunyai gaun berbeza setiap kali mereka menghadiri majlis tari-menari.

Bagaimanapun, ekoran keadaan kesihatan yang kurang baik dan kos penyimpanan yang mahal, pasangan dari Los Angeles itu kini menjual koleksi gaun berkenaan.

Brockmann yang dilahirkan di Jerman dan juga kontraktor umum mula menari pada usia 13 tahun dan sejak itu meminati hobi berkenaan.

Dia bertemu Margot pada satu majlis tari-menari dan berkata, wanita itu mengubah hidupnya selepas mereka jatuh cinta.

Brockmann menulis di laman webnya: “Margot ialah kekasih hati saya sejak dulu hingga kini. Saya mengikutinya ke Amerika Syarikat walaupun disisihkan keluarga sendiri kerana bertindak demikian pada tahun 50-an.

“Saya suka melihatnya menari dan mula mengumpul gaun untuknya. Saya akan membayangkan dia menari dengan gaun itu, membayangkan penampilannya ketika memakainya dan membeli gaun demi gaun untuk dipakai Margot ketika kami menari.” Gaun sebanyak 55,000 itu dibeli selama lima dekad, tetapi gaya tahun 50-an yang paling digemari Brockmann.

“Saya kagum dengan gaun tahun 50-an. Kain dalam dan skirtnya yang kembang membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lemah lembut. Dan itulah yang paling saya suka. Apabila saya melihat seorang gadis dengan gaun sedemikian, saya ingin membawanya ke lantai tarian,” katanya.

Sumber: Harian Metro




Kecewa isteri tiada dara, lelaki rogol 2 anak saudara


Asuruan: Polis semalam menangkap seorang lelaki yang memperkosa anak saudara isterinya berulang kali sejak empat tahun lalu.

Ketika disoalsiasat mengenai tindakannya itu, buruh ladang berkenaan berkata, dia bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap isterinya yang sudah tidak mempunyai dara apabila mereka berkahwin.

“Saya dendam keluarga isteri saya kerana dia bukan lagi perawan ketika saya mengahwininya,” kata seorang anggota polis memetik kata-kata lelaki terbabit. Menurut polis, kedua-dua mangsa berusia 14 dan 17 tahun ketika mula diperkosa. Selain mengancam membunuh kedua-dua mangsa jika mereka mendedahkan perbuatannya, lelaki itu juga mengugut akan menyebarkan video pemerkosaannya ke atas mereka yang dirakam menerusi telefon bimbitnya.

Jurucakap polis Pasuruan AKP Supriyono Kamis berkata, lelaki itu memperkosa mangsa pada siang hari ketika ibu bapa mereka keluar bekerja.

Perbuatannya hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu ibu bapa mereka mengenainya minggu lalu.

Menurut Supriyono, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Amah campur Clorox dalam susu bayi


Riyadh: Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.

Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Ibu simpan mayat anak selama 18 tahun


Georgia: Tidak menghairankan bagi seorang ibu menjaga anaknya sehingga dia berusia 40 tahun.

Bagaimanapun, ia sesuatu yang ganjil jika si ibu itu terus menjaga anaknya yang sudah mati hampir 20 tahun lalu.

Selepas kematian Joni Bakaradze pada usia 22 tahun, keluarga di Georgia mengambil keputusan untuk tidak mengebumikan mayatnya. Mereka sebaliknya mahu menjadikan mayat itu mumia.

Ibunya, Tsiuri Kvaratskhelia mahu cucunya (anak Bakaradze) melihat sendiri lelaki yang pernah menjadi bapanya. Bagi memenuhi matlamat itu, dia bertindak memelihara dan sekali gus memumiakan mayat Bakaradze.


Mayat lelaki itu disimpan dalam keranda lengkap dengan tingkap. Kvaratskhelia berkata, keluarga itu mulanya menggunakan cara tradisional, termasuk jus balsam untuk mengawetkan mayat berkenaan.

Baru-baru ini, dia mendakwa bermimpi menemui seseorang menyuruhnya menggunakan vodka memastikan mayat berkenaan tidak rosak. Sejak itu dia mula menggunakan arak untuk tujuan itu. “Anda tidak boleh membiarkan mayat itu tanpa vodka pada sebelah malam kerana ia akan menjadi hitam.” kata wanita itu.

Menjadikan mayat mumia adalah amalan terkenal pada zaman Mesir purba. Bagaimanapun, budaya sesetengah masyarakat di Amerika Selatan dan Asia juga dikesan mengamalkannya sepanjang sejarah peradaban manusia.

Pada 1920, mayat Rosalia Lombardo, kanak-kanak Itali yang mati akibat selesema ketika berusia dua tahun, diarah diawet oleh datuknya. Walaupun warnanya kian berubah baru-baru ini, mayat kanak-kanak itu masih elok. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Lelaki sesat 4 bulan, hidup makan kismis dan tikus


Montevideo: Seorang lelaki yang hilang di pergunungan Andes empat bulan lalu ditemui masih hidup selepas melalui musim sejuk yang melampau dengan hanya memakan tikus dan kismis.

Raul Fernando Gomez Circunegui, 58, kelmarin diselamatkan selepas sekumpulan rakyat Argentina yang merekod paras salji terserempak dengannya. 
Dia susut lebih 19 kilogram sepanjang tempoh sukar itu dan sangat kekurangan zat. Bagaimanapun, doktor berkata dia akan kembali seperti sedia kala dalam masa beberapa hari lagi. 

Gomez mula merentasi pergunungan itu dari Chile ke Argentina pada Mei lalu, tetapi terpaksa membuat perjalanan dengan berjalan kaki selepas motosikalnya rosak. Dia kemudian tersesat ketika ribut salji.

Gerakan menyelamat dilancarkan untuk mencarinya, tetapi dihentikan pada Julai lalu kerana keadaan cuaca buruk.

Pasukan petugas dari wilayah barat daya San Juan menemui Gomez dalam sebuah khemah di ketinggian 2,840 meter (9,318 kaki) dari paras laut. 

Gomez yang tidak berdaya dan terdesak berjaya menarik perhatian pasukan itu dengan berjalan terincut-incut sambil membuka pintu khemahnya. 

Gabenor San Juan, Jose Luis Gioja memberitahu akhbar Diario de Cuyo, kisah Gomez dianggap satu keajaiban. 

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan kejadian itu,” katanya. 

Gula, kismis, tikus dan baki bekalan makanan di khemah itu membolehkan Gomez terus hidup sepanjang musim sejuk di Hemisfera Selatan. 

Akhbar Uruguay El Pais pula berkata, doktor yang memeriksa keadaan Gomez terkejut dengan daya pulih lelaki itu. 

“Dia pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, punyai sejarah merokok dan mengalami tanda-tanda kekurangan zat. 

“Tetapi dia akan pulih dalam masa beberapa hari lagi, dan kami akan membenarkan dia pulang,” katanya. 

Kisah Gomez mengimbau kenangan pada 1972 apabila sebuah pesawat yang membawa pasukan ragbi Uruguay ke Chile terhempas di bahagian terpencil Andes. 

Kejadian itu menyebabkan 29 orang maut, tetapi 16 mangsa yang terselamat berjaya meneruskan hidup dengan memakan daging rakan mereka yang mati. - Agensi

Sumber: Harian Metro

(Gambar) Masalah yang selalu dihadapi wanita bertetek besar


Memang tidak dinafikan, naluri seorang lelaki memang suka melihat tetek wanita lagi-lagi jika wanita tersebut bertetek besar membusung. Kebiasaannya, pandangan lelaki akan tertumpu pada bahagian tetek wanita terlebih dahulu sebelum melihat muka. Tapi adakah anda tau sebenarnya wanita yang mempunyai tetek besar ni ada masalah yang tersendiri dalam kehidupan seharian mereka?













Gambar Belangkas