Friday, September 13, 2013

Amah campur Clorox dalam susu bayi


Riyadh: Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.

Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Ibu simpan mayat anak selama 18 tahun


Georgia: Tidak menghairankan bagi seorang ibu menjaga anaknya sehingga dia berusia 40 tahun.

Bagaimanapun, ia sesuatu yang ganjil jika si ibu itu terus menjaga anaknya yang sudah mati hampir 20 tahun lalu.

Selepas kematian Joni Bakaradze pada usia 22 tahun, keluarga di Georgia mengambil keputusan untuk tidak mengebumikan mayatnya. Mereka sebaliknya mahu menjadikan mayat itu mumia.

Ibunya, Tsiuri Kvaratskhelia mahu cucunya (anak Bakaradze) melihat sendiri lelaki yang pernah menjadi bapanya. Bagi memenuhi matlamat itu, dia bertindak memelihara dan sekali gus memumiakan mayat Bakaradze.


Mayat lelaki itu disimpan dalam keranda lengkap dengan tingkap. Kvaratskhelia berkata, keluarga itu mulanya menggunakan cara tradisional, termasuk jus balsam untuk mengawetkan mayat berkenaan.

Baru-baru ini, dia mendakwa bermimpi menemui seseorang menyuruhnya menggunakan vodka memastikan mayat berkenaan tidak rosak. Sejak itu dia mula menggunakan arak untuk tujuan itu. “Anda tidak boleh membiarkan mayat itu tanpa vodka pada sebelah malam kerana ia akan menjadi hitam.” kata wanita itu.

Menjadikan mayat mumia adalah amalan terkenal pada zaman Mesir purba. Bagaimanapun, budaya sesetengah masyarakat di Amerika Selatan dan Asia juga dikesan mengamalkannya sepanjang sejarah peradaban manusia.

Pada 1920, mayat Rosalia Lombardo, kanak-kanak Itali yang mati akibat selesema ketika berusia dua tahun, diarah diawet oleh datuknya. Walaupun warnanya kian berubah baru-baru ini, mayat kanak-kanak itu masih elok. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Lelaki sesat 4 bulan, hidup makan kismis dan tikus


Montevideo: Seorang lelaki yang hilang di pergunungan Andes empat bulan lalu ditemui masih hidup selepas melalui musim sejuk yang melampau dengan hanya memakan tikus dan kismis.

Raul Fernando Gomez Circunegui, 58, kelmarin diselamatkan selepas sekumpulan rakyat Argentina yang merekod paras salji terserempak dengannya. 
Dia susut lebih 19 kilogram sepanjang tempoh sukar itu dan sangat kekurangan zat. Bagaimanapun, doktor berkata dia akan kembali seperti sedia kala dalam masa beberapa hari lagi. 

Gomez mula merentasi pergunungan itu dari Chile ke Argentina pada Mei lalu, tetapi terpaksa membuat perjalanan dengan berjalan kaki selepas motosikalnya rosak. Dia kemudian tersesat ketika ribut salji.

Gerakan menyelamat dilancarkan untuk mencarinya, tetapi dihentikan pada Julai lalu kerana keadaan cuaca buruk.

Pasukan petugas dari wilayah barat daya San Juan menemui Gomez dalam sebuah khemah di ketinggian 2,840 meter (9,318 kaki) dari paras laut. 

Gomez yang tidak berdaya dan terdesak berjaya menarik perhatian pasukan itu dengan berjalan terincut-incut sambil membuka pintu khemahnya. 

Gabenor San Juan, Jose Luis Gioja memberitahu akhbar Diario de Cuyo, kisah Gomez dianggap satu keajaiban. 

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan kejadian itu,” katanya. 

Gula, kismis, tikus dan baki bekalan makanan di khemah itu membolehkan Gomez terus hidup sepanjang musim sejuk di Hemisfera Selatan. 

Akhbar Uruguay El Pais pula berkata, doktor yang memeriksa keadaan Gomez terkejut dengan daya pulih lelaki itu. 

“Dia pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, punyai sejarah merokok dan mengalami tanda-tanda kekurangan zat. 

“Tetapi dia akan pulih dalam masa beberapa hari lagi, dan kami akan membenarkan dia pulang,” katanya. 

Kisah Gomez mengimbau kenangan pada 1972 apabila sebuah pesawat yang membawa pasukan ragbi Uruguay ke Chile terhempas di bahagian terpencil Andes. 

Kejadian itu menyebabkan 29 orang maut, tetapi 16 mangsa yang terselamat berjaya meneruskan hidup dengan memakan daging rakan mereka yang mati. - Agensi

Sumber: Harian Metro

(Gambar) Masalah yang selalu dihadapi wanita bertetek besar


Memang tidak dinafikan, naluri seorang lelaki memang suka melihat tetek wanita lagi-lagi jika wanita tersebut bertetek besar membusung. Kebiasaannya, pandangan lelaki akan tertumpu pada bahagian tetek wanita terlebih dahulu sebelum melihat muka. Tapi adakah anda tau sebenarnya wanita yang mempunyai tetek besar ni ada masalah yang tersendiri dalam kehidupan seharian mereka?













Gambar seksi separuh bogel artis Malaysia Julie Woon


Artis Malaysia Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah. Beberapa keping foto telah dirakamkan menunjukkan Julie Woon tampil seksi di sisi seorang model lelaki.

Dalam majalah Men’s Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun ini mempamerkan gaya separuh bogel dengan hanya memakai pakaian dalam dan beraksi ghairah di samping seorang model lelaki.

Walaupun bukan berbangsa Melayu dan sememangnya terkenal dengan penampilan seksi sebelum ini, namun namanya cukup sinonim di kalangan komuniti Melayu kerana pernah muncul dalam drama bersiri “Blogger Boy” di samping Qi yang merupakan bekas teman lelakinya ketika itu.








(Gambar) Iklan produk kesihatan di Malaysia yang memalukan


Iklan yang kreatif dan lain dari yang lain selalunya akan dapat menarik perhatian para pembeli untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang dijual. Tapi di negara kita Malaysia, kadangkala iklan yang dianggap kreatif ini lah yang menunjukkan kebodohan serta memalukan model iklan tersebut secara langsung. Anda boleh tengok sendiri koleksi iklan produk kesihatan dan ubat kuat yang dijual di negara kita.

Tengok je la gambar kat atas ni, ada ke mak cik sanggup citer kat orang pasal laki dia punya keras macam besi. Apa yang keras? Takkan la perut kot. Paham-paham sendiri la ye. Hehe...












Dhaqabo Ebbaa dakwa umur lebih 160 tahun tapi tiada bukti


Addis Ababa: Sesiapa saja yang melihat lelaki yang bernama Dhaqabo Ebbaa pasti bersetuju peladang dari Habsyah ini sudah amat tua.

Ebba sendiri mengatakan usianya sudah menjangkau 160 tahun walaupun tidak memiliki sijil kelahiran bagi membuktikannya. 

Ebba membuat kenyataan itu dalam rakaman video untuk Oromiya TV. Wartawan yang mewawancaranya kagum dengan pengetahuannya mengenai sejarah tempatan hingga dia yakin usia bekas peladang itu mencecah 160 tahun. 

Jika usia Ebba boleh disahkan, dia mungkin menjadi individu tertua di dunia menewaskan pemegang rekod sebelum ini, Jeanne Calment, wanita Perancis yang berusia 122 tahun ketika dia meninggal dunia.

Buat masa ini, Rekod Dunia Guinness mengiktiraf Misao Okawa, 114, sebagai orang hidup tertua di dunia, tetapi terdapat mereka yang lebih tua contohnya, seperti Ebba. - Agensi

Gambar Belangkas