Friday, September 13, 2013

Lamborghini Aventador dari 500kg emas berharga RM23.9 juta


London: Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.

Sebahagian daripada wang itu akan disumbang kepada kebajikan. Kenderaan itu dibina berasaskan gentian karbon yang kemudian disalut emas dan lampu besarnya bertatahkan berlian. Setiap tempat duduk mempunyai 700 batu permata berharga yang dijahit pada fabriknya. Projek itu melayakkannya meraih empat gelaran Rekod Dunia Guinness model paling mahal di dunia, kereta paling selamat yang diperbuat daripada kaca kalis peluru, logo paling berharga dan satu-satunya kereta yang dibina daripada 500 kilogram bongkah emas padu. - Agensi


Remaja tembak mati bayi dipenjara seumur hidup


Atlanta: Seorang remaja dari Georgia yang disabitkan kesalahan menembak seorang bayi dalam kereta sorong dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang untuk parol selepas ibu mangsa meminta hakim menghukum pesalah yang mengambil “nyawa hidupnya.”

De’Marquise Elkins, 18, hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dibacakan di kamar mahkamah kurang daripada dua minggu selepas juri mendapati dia bersalah membunuh Antonio Santiago yang berusia 13 bulan dalam satu cubaan merompak.

Ibu mangsa, Sherry West berkata, dia tidak akan dapat mendengar perkataan pertama yang sepatutnya dilafazkan anaknya.

Sherry juga sempat membacakan puisi dengan linangan air mata. “Dia belum sempat untuk tidur di katil bayi,” katanya dalam mahkamah, semalam. Bayi itu berada dalam kereta sorong ketika dibawa Sherry berjalan-jalan di Brunswick sebelum ditembak di antara dua matanya pada 21 Mac lalu.

Elkins menembak bayi terbabit selepas Sherry enggan menyerahkan dompetnya. - AP

Sumber: Harian Metro

WTF! Gambar pasangan gay Melayu cium pipi


"ku rindu saat bersamamu
menemani malam sepiku
mengalir air mataku
terimbas kembali kenangan lalu
teringatkan dirimu
ku tidur tak lena
malam..."

Begitulah antara kata-kata cinta dan rindu yang ditulis dalam gambar tersebut. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang?? Dah ada batang pun masih bernafsu lagi dengan batang lain? Ini semua poyo! Hehe...

Gambar wanita acu pistol di kepala budak cetus kontroversi


London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.

Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, usaha mereka terhalang ekoran kurangnya maklumat mengenai asal usul gambar itu.

Foto terbabit menunjukkan seorang wanita muda tersenyum sambil mengacu pistol antara dua mata kanak-kanak yang berusia sekitar dua tahun.

Tiada maklumat mengenai bila dan di mana gambar itu diambil, tetapi kelihatannya berasal dari laman Facebook warga Argentina sebulan lalu.

Kemungkinan kedua-duanya adalah penduduk Amerika Latin. Imej itu mencetuskan panik hingga mendorong penulis blog berkempen menentang penderaan domestik.

Seorang bekas mangsa penderaan berkongsi foto itu mengatakan: “Jika ada sesiapa yang boleh membantu kami mencari kanak-kanak itu, tolonglah buat sesuatu. “Seorang bayi boleh mengalami trauma seperti mangsa penderaan yang lain - dan ini adalah satu bentuk penderaan.” 

Ramai pengguna Facebook menyuarakan kemarahan terhadap foto itu dengan sesetengahnya menyifatkannya “benar-benar jahat.” Tidak diketahui sama ada pistol dalam gambar itu senjata betul atau pistol mainan. - AFP

Jyoti, wanita paling kerdil di dunia dari India


New York: Ketika bulan terakhir kehamilan Ranjana Amge, dia bimbang tidak mampu mendakap bayinya itu selepas doktor menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena pada janinnya.

Selepas 20 tahun kemudian Ranjana mempunyai sebab untuk berbangga apabila anak perempuannya itu hidup sihat, gembira dan dikenali di seluruh dunia.

Kata Ranjana, semua kebimbangannya kini menjadi sejarah.

“Apa yang ada adalah kegembiraan dan kami berasa sangat bertuah,” katanya. Dengan ketinggian cuma 63.5 sentimeter dan berat 5.4 kilogram, Jyoti Amge adalah wanita paling kerdil di dunia.

Berasal dari Nagpur, India, Jyoti memasuki kolej dan bercita-cita menjadi pelakon.

Walaupun di kalangan orang kerdil, Jyoti memang lebih kerdil.

Keadaan itu diakui menyukarkan hidupnya pada ketika tertentu.

“Saya susah mencapai barang, tetapi nasib baik saya ada adik-beradik lain untuk membantu,” katanya. Dalam lawatan pertamanya ke New York, Jyoti dibawa melawat Statue of Liberty sebelum menghadiri pelancaran Rekod Dunia Guinness edisi 2014 serta sidang media di puncak Bangunan Empire State. - Agensi




Amalan makan sotong mentah di Korea Selatan


Seoul: Amalan memakan ikan mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai.

Tetapi ia bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.

Tanpa banyak masalah mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari, bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan itu.

Bagaimanapun, pada akhirnya pengunjung yang “kebuluran” itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan bergerak-gerak.

Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar dengan apa yang dilakukan.

Bandar Donghae menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga 70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan hidangan makanan tempatan. 

Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.” Pesta berkenaan diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika makan sotong hidup.

Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum penjara seumur hidup. - Agensi

Sumber: Harian Metro

4 lelaki yang merogol seorang wanita dihukum gantung

SEORANG wanita India membawa replika tali gantung dan neraca ketika berkumpul sementara menunggu keputusan kes rogol di luar kompleks mahkamah di New Delhi, semalam.
New Delhi: Mahkamah India semalam mengarahkan empat lelaki yang dituduh merogol seorang wanita muda sebelum mencampaknya keluar dari bas yang bergerak supaya dihukum gantung.

Hakim Yogesh Khanna berkata, serangan yang mengejutkan masyarakat India dan dunia itu berlaku ketika jenayah terhadap wanita kian meningkat.

“Mahkamah tidak boleh menutup mata terhadap jenayah yang mengerikan itu,” katanya.

Selepas hukuman dibacakan raungan seorang daripada empat perogol itu, Vinay Sharma, 20, kedengaran di kamar mahkamah. Sharma yang juga pembantu gimnasium kemudian menangis teresak-esak.

Ketika Khanna berlalu dari bangkunya, peguam bela A P Singh yang membela keempat-empat perogol itu mula menjerit ke arahnya.

“Ini bukan kejayaan kebenaran, tetapi tewasnya keadilan,” katanya. Dalam kejadian di New Delhi Disember tahun lalu itu, mangsa yang berusia 23 tahun menaiki bas bersama rakannya selepas menonton filem “Life of Pi” apabila mereka diserang. 

Teman mangsa dibelasah dan dicampak keluar, manakala wanita terbabit dirogol bergilir-gilir. Kemaluan wanita itu juga ditusuk dengan batang besi. Dia akhirnya gagal diselamatkan ketika dirawat di sebuah hospital di Singapura. - AP

Sumber: Harian Metro

Gambar Belangkas