Thursday, September 12, 2013

KL Gangster 2 bocor, Syamsul Yusof berhenti jadi pengarah


PETALING JAYA: Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memberikan sebarang respons berhubung isu mengenai filem itu khususnya mengenai cetak rompak.
Syamsul, 29, berkata insiden itu membuatkan dia benar-benar terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa.
"Maaf, bukan tidak mahu memberi kerjasama tetapi saya benar-benar tidak tahu nak cakap apa.
"Saya tergamam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Minta maaf," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada petang Rabu.
Minggu lalu, bapa pelakon itu Datuk Yusof Haslam dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan.
Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.
Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.
Insiden itu membuatkan Syamsul membuat keputusan untuk berhenti mengarah filem sehingga menimbulkan perasaan risau Yusof.
Malah dia turut tidak hadir ke previu filem itu di TGV One Utama di sini, Isnin lalu.
Ditanya sekali lagi adakah benar dia ingin menarik diri daripada bidang pengarahan, dia enggan mengulas tentang perkara itu.
"Saya memang tak tahu nak cakap apa," ujarnya.
Sumber: mStar

Wednesday, September 11, 2013

Gambar yang tak pernah gagal buat saya ;)

Assalammualaikum..

Gambar - gambar ni sentiasa buat saya senyum!
Tak tahu la bila lagi nak berkumpul dan nak happy2 macam ni.
Rindu sangat!

Lupa pulak nak bagitahu, ni semua gambar adik beradik dan sepupu-sepapat. 
Kami memang rapat dulu, cuma bila dah dewasa ni masing-masing dah bawa haluan sendiri. 
Jarang sangat nak berkumpul.

Rindu!! 
Lama tak gelak kuat-kuat.
Rindu!! 
 






Insyallah suatu hari nanti kita berkumpul macam dulu-dulu ye.

MISTERI JELAMAAN HANTU DI PASIFIC MALL JOHOR BAHRU




Kenalkah anda pada bangunan ini??Ya..ini adalah bangunan Pacific Mall yang terletak di Jalan Storey JB.Mungkin anda berasa hairan mengapa bangunan ini menjadi begini?Sekilas pandang mungkin terlintas di benak fikiran kita bahawa `company` Mall ini jatuh bankrupt atau juga tidak dapat disiapkan.

Krew PAG pernah ke selatan Tanah air untuk membuat beberapa tinjauan lokasi angker untuk kajian edisi Jelajah Selatan.Apa yang admin diberitahu tentang bangunan ni mungkin ada kaitan dengan tanah yang di beli untuk mendirikan Pacific Mall ini.

Dari sumber yang admin terima dari cicit kepada tuan Tanah yang tinggal berdekatan dengan jalan Storey terbabit, pada zaman jajahan jepun dahulu Tanah Jalan Storey mempunyai beberapa kubur lama yang tidak dialihkan ketika melakukan pembangunan.

Dan admin juga dapat info dari seseorang yang mendakwa tahu kisah sebenar yang terjadi di dalam bangunan itu.Individu terbabit menyatakan ada terdapat gangguan mistik yang amat kuat di setiap floor bangunan ini sehinggakan suasana keadaan kelam kabut itu tidak dapat di pulihkan dan Pacific Mall terpaksa ditutup dalam tempoh setahun beroperasi.Adakah kisah misteri ini benar-benar belaku??Adakah ia rekaan semata-mata??Hanya Allah yang maha mengetahui..Wallahu a’lam.

Pestabola Merdeka 2013

Malaysia menang lagi semalam menetang Thailand walupun dibarisi pemain simpanan. Ada beberapa pemain berjaya menonjolkan bakat masing2. Kmenangan bergaya dgn 3 biji tanpa balas. Setelah membenam Singapura 1-0, Myammar 2-1.

Memang puas hati tgk perlawanan walaupun lawan mereka bukan dari team utama. Kalu team utama mesti gabra je sepanjang perlawanan.

Final ni Malaysia akan bertemu Myammar sekali lagi. Kali ni pasti berlainan, Myammar pasti menggunakan kesempatan ini utk membalas dendam.....Pemain tidak harus terlalu yakin dan selesa, tidak boleh memandang remndah semangat juang tinggi yg bakal ditunjukkan oleh Myammar.

ong kim swee sedang memberi arahan
Sepakan percuma Wan zack haikal memang cantik....Kelincahan Rozaimi dan voley oleh Nasir Basharudin. Keeper pun nampak kemas dan mantap tanpa kesilapan kecil yg remeh....

Semoga terus berjaya di final dan seterusnya....

Download Plants vs Zombies 2 sudah melebihi 25 juta pengguna


Game percuma yang cukup popular iaitu Plants vs Zombies kini muncul lagi dengan siri ke-2. Sejak dilancarkan pada Julai 2013 yang lepas, Plants vs Zombies 2 kini sudah didownload lebih 25,000,000 pengguna seluruh dunia.

Games Plants vs Zombies 2 yang dilancarkan pada Julai 2013 bermula dengan pelantar iOS dan ia bakal dilancarkan pada platform yang lain pada masa akan datang termasuk Android dan PC. Sejak game ini dilancarkan, para pengguna sudahpun menempuh sebanyak 5.4 billion kali zombi dan menanam lebih 10 billion tumbuhan. Secara keseluruhannya, pengguna telahpun bermain game ini selama 81 juta jam.

Miss my long hair already!

Monday, September 9, 2013

Gaji sikit tapi nak beli rumah? Ni caranya...cara saya la.

Assalammualaikum..

Macam mana nak beli rumah dalam keadaan harga rumah yang mendadak naik? 

Saya bukan pakar, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman, sebab saya tengok sekarang ni ramai sangat merungut tak mampu nak beli rumah. Ramai orang melayu kita ni sewa rumah berpuluh tahun sebab tak mampu nak beli rumah. Saya bukan kata saya bagus ye, tapi macam saya cakap tadi, sekadar berkongsi. Nak ikut silakan, kalau rasa tak sesuai takpa la. Saya cerita cara saya la, dengan pendapatan yang bukan mewah ni,macam mana nak beli rumah. tu je..

Okey, bila dapat kerja ja, jangan terus beli kereta atau motor besar. Sabar dulu. Kalau sebelum kerja ada kereta lama atau motor zaman belajar dulu-dulu tu, pakai je dulu. Kalau ada pengangkutan awam, naik yang tu dulu. Jangan melulu. Zaman saya dulu, nak beli kereta, tunjuk surat tawaran kerja je, mudah sangat-sangat kalau nak beli kereta. Ramai je kawan-kawan yang beli kereta, tapi saya tahan diri, sebelum kawen tumpang ayah, lepas kawen naik kereta proton saga Mat Fariq. Proton saga lama a.k.a buruk.hehehe...  Bunyi macam-macam kereta tu, yang paling mendugakan, power lengan ye. Tangan saya kuat sebab dok pulas stereng tu je!! Teringin sangat nak beli myvi...yela, zaman tu semua orang muda pakai myvi, siap makeup macam-macam.Teringin sangat-sangat-sangat.  Tapi terubat gak keinginan nak beli myvi sebab kawan saya cik zu & puan baidura tu pakai myvi. So, tumpang kereta kawan-kawan je la... ;)

Tapi, kalau memang sangat memerlukan kenderaan, beli yang murah. Takpa, simpan dulu niat untuk bergaya tu. Insyallah lain tahun boleh bergaya. Beli la kereta yang langsung tidak membebankan. Jangan sampai separuh dari gaji ye, suku daripada gaji cukup! 

Lagi, jangan buat personal loan untuk bayar muka kereta, untuk melancong @ saja-saja nak beli gajet. NO!! Ramai sangat yang 'saja-saja' buat loan. Ramai yang jawab 'Ala.....buat 20k je, ada nak guna sikit' JANGAN SAMA SEKALI!!! Bersihkan diri dari buat loan saja-saja ni. Sayang duit dik... Jangan buat kesalahan kecil ni. Fikir betul-betul, nak kena tanggung hutang 20 tahun untuk beli benda yang boleh rosak setahun dua. Sangan membazir.

Tapi, kalau sangat memerlukan duit, silakan. Situasi kita tak sama, tapi pertimbangkan sebaiknya ye.

Penyakit yang paling bahaya, KREDIT KAD. Berhantu betul!!! Jangan jangan jangan!!! semua ni akan buat anda semua gila shopping, baik perempuan @ lelaki. Perempuan ada je nak beli handbag mahal, kasut mahal, makeup mahal,bla..bla..bla.. Yang lelaki nak beli Laptop mahal, PSP, makeup kereta..bla..bla..bla.. NO!!

Kenapa saya tak beli kereta dan buat loan? Sebab gaji saya tak besar. kontrak pulak tu. Suami pun kerja sendiri. Susah sangat nak buat loan rumah. So, make sure nama kita bersih dari hutang. Bila dah jumpa rumah yang harganya sesuai, mula buat carian bank mana yang sudi luluskan loan kita tu. Saya dulu sangat seksa, semua bank kat perlis ni tak terima, ada yang saya baru tanya sepatah, terus jawab tak boleh. Saya luaskan carian, saya gi bank kat Alor Setar, dan alhamdulilah...ada yang terima. 2 minggu je loan lulus. Akak yang uruskan loan saya bagitau, loan ni boleh lulus pun sebab saya belum ada hutang, kalau dah ada hutang, memang takan lulus. Alhamdulilah.

Bila loan dah lulus, masalah kedua ialah nak bayar 10% kat pemaju. Yang ni memang sangat-sangat berat. Macam mana nak cari 'seketul' duit nak bayar 10% tu? haa....kalau kita bebas dari hutang, kita boleh la simpan duit kan, bayangkan kalau kita simpan RM300-500 sebulan sepanjang kita bekerja. Banyak kan?  RM300 x 12 = RM3,600.00/tahun. Kalau 3 tahun, tak ke RM10,800.00. Banyak kan? boleh la bayar loan. Tu kalau beli rumah RM100 ribu, kalau rumah kat perlis sekarang ni koman-koman pun RM200 ribu keatas. Memang kena buat loan @ keluarkan duit KWSP la. Bayangkan kalau kita dah ada loan sebelum ni. Mesti tak mampu nak bayar @ loan tak lepas. Saya dulu simpan sangkut-sangkut gak, ada je benda nak beli. ;)

Saya dulu tak ada kwsp dan nak buat loan pun dah tak boleh, yela.. jadi kami guna duit simpanan & suami buat loan kat tokey kedai hardware yang sangat baik, tokey tu cina, tapi baik sangat-sangat. Banyak juga pinjam kat dia. Memang tak sangka dia bagi, tapi tula..dah nama rezeki. Alhamdulilah.

Okey, kalau beli rumah yang dalam pembinaan ni kita bukan lulus loan je terus kena bayar. Bayaran tu ikut peratusan yang pemaju dah claim kat bank. Muala-mula saya bayar rumah, RM56.00. Lepas tu bila peratusan kerja naik, baru la bayar penuh. Paling mahal pun RM300, tu pun lepas 3 tahun, rumah dah nak siap pun. So..bukanlah satu beban kalau kita sewa rumah. Insyallah.. Saya bertuah, sebab ada rumah pusaka, tumpang la kejap rumah arwah tok & chaq ;) 

Saya ULANG, saya bukan kata saya bagus & saya tak kata cara saya ni terbaik. Saya cuma cerita cara saya usaha untuk beli rumah. Kalau ada yang kata, boleh la..dok perlis ja. Boleh la, perlis rumah murah. Boleh la, perlis taraf hidup rendah. INGAT, saya dulu kontrak dan suami kerja sendiri, buat paip kat rumah orang je. 

Kalau tak usaha tak boleh juga. Harga rumah kat sini jauh lebih tinggi bagi berpendapatan sederhana macam kami. Tambah-tambah sekarang ni, nak cari yang RM100 ribu memang tak ada dah. Kat mana pun kita tinggal, kalau ada usaha dan keinginan, insyallah kita mampu. Yang penting beringat, pastu kena la sedar diri. Kalau gaji rm2000, jangan la berangan nak beli rumah rm500 ribu. Ukur baju badan sendiri. ;)




  





Gambar Belangkas