Wednesday, August 28, 2013

Bersyukurlah....

Kat status fb selalu kita baca keluhan hati ank2 muda pasei masalah hidup dema. Ada pasei cinta, mslh kwn2, mslh d tmpt keja, masalah kesihatan kecik2 macan deman, batuk selesema, xdak mood, maleh bangun tido g keja bla bla bla...
X malu kae, org lain mslh lg besor...Di palestin, syria, mesir.....cuba bygkn kita d sana. Bndgkn kt sini....patut kae mengeluh....layak kae.... Berapa besor dah nikmat Allah bg kt kita. Sepatutnya bkn keluhan, Alhamdulillah lebih layak diucapkan.
Kalu kita bndgkn dgn masalah sesetgh rakyat d Malaysia pun cukup dah utk kt tarik nafas lega. Contoh usstaz kazim yg dah 2 3 kali operation, ank ustaz najimuddin yg kena virus tikus, org yg terlibat dlm kmlgn bas, keta, moto, budak yg hilang. Btp bertuahnya kita tdk d uji dgn dugaan hebat begitu. Semoga Allah melindungi dan memberi kejayaan dan kesabaran kepada mereka mengharungi dugaan sebegitu hebat.

Semoga cepat sembuh....

Apabila kita susah, cuba tgk org lain yg lebih susah, maka kita akn bersyukur. Bila kita berjaya, pandang lah org lain yg lebih berjy agar kt lebih bersmgt dan tidak mudah berbangga dan takabbur dgn pencapaian kt yg x seberapa itu.
Wallahualam.....
Sent from my Sony Ericsson Xperia neo

UPdate 4/9/13 : info dari FB ustaz Najimuddin, Allhamdulillah anaknya dah beransur pulih tp masih lemah, namun maih bersemangat utk ke sekolah...Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatannya....

Aku rasa


Assalammualaikum

Bangun ikut suka
Makan ikut suka
Tidur ikut suka
Tengok tv ikut suka
Keluar ikut suka
Main internet ikut suka

Aku


Orang lain sibuk gila
Aku lapang gila
Orang lain tak cukup masa
Aku banyak masa
Orang lain sakit kepala tak cukup tidur
Aku sakit kepala terlebih tidur

Ingat tak lagu raihan?

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sibuk
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati

Aku sekarang tak kaya tapi cukup
Cukup makan cukup pakai

Aku sekarang tengah lapang
Goyang kaki tengok tv

Aku sekarang alhamdulilah sihat
Tak sakit

Aku sekarang baru 29
Tak tua tak muda

Dan aku sekarang masih hidup
Insyallah maut bila-bila masa

Tapi..
Aku rasa aku sunyi

Telinga aku jelas tangkap bunyi kipas
Telinga aku dengar bunyi cicak
Telinga aku dengar ja bunyi angin 

Aku rasa aku sunyi





Tuesday, August 27, 2013

Wordless Wednesday


Sape???

Wordless Wednesday #35


Masjid Muhammadiah dibina berasakan senibina dan budaya Cina



MASJID Muhammadiah merupakan masjid pertama di negeri Perak yang dibina sepenuhnya berkonsepkan seni bina dan budaya Cina selain mempunyai persekitaran yang unik dan indah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
"Pembinaan Masjid Muhammadiah dengan kos RM4 juta itu merupakan mercu tanda kepada rakyat di Perak yang mana masyarakat Islam di sini terdiri daripada pelbagai kaum.
"Masjid yang menjadi tarikan pelancong itu juga dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara," kata Zambry ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di masjid itu di Taman Tasek Jaya, Ipoh, baru-baru ini. 

Pada majlis itu Zambry turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk penambahbaikan masjid berkenaan.
Majlis Bandaraya Ipoh juga diarah membina landskap untuk memperindahkan persekitaran masjid itu.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata fasa pertama masjid yang akan siap sepenuhnya September ini mempunyai ruang besar yang boleh diguna untuk majlis ceramah, forum dan aktiviti budaya.

"Fasa kedua dengan kos RM3 juta melibatkan pembinaan pusat dakwah, pendidikan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan," katanya.
Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang. - BERNAMA

Pemain piano Malaysia bertaraf antarabangsa, Claudia Yang



BAGI
 pemain piano bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Claudia Yang, beliau menterjemahkan patriotisme dalam muziknya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini percaya terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan semangat patriotik seseorang kepada negara.
Ia termasuk mengetahui lagu kebangsaan, menghormati Jalur Gemilang, mematuhi undang-undang negara, menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan bekerjasama untuk kebaikan negara.
Beliau kini menetap di Beijing selepas mengahwini ahli perniagaan China, Yang Lingyang dan dikurniakan sepasang anak kembar perempuan, Yang Zhi dan Yang Hui.
Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 pada 31 Ogos, pemain piano yang menempa nama di persada antarabangsa ini, tidak pernah lupa sambutan Hari Kebangsaan.
"Selamat Hari Merdeka, saya mahu mengucapkan tanah air saya, selamat menyambut ulang tahun ke-56, dan saya sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia.
"Walaupun saya tinggal di luar negara, jiwa saya masih untuk negara. Saya sangat berharap untuk pulang mengembangkan karier saya dan memberi sumbangan (kepada negara).
"Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang melihat persembahan saya dan saya juga berharap kejayaan saya ini merupakan rahmat kepada negara," katanya kepada media Malaysia selepas persembahan resital pianonya sempena ulang tahun ke-39 penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Beijing, baru-baru ini.
Walaupun terkenal di luar negara, Yang, 39, lebih berbangga menjadi warga Malaysia.
"Saya masih memiliki pasport Malaysia dan kad pengenalan, dan saya tidak pernah menyesal lahir di Malaysia," katanya dengan bangga.
Semasa persembahan itu, Yang memainkan lagu 'Lagenda' oleh ratu jazz negara Sheila Majid selain mengetengahkan genre klasikal karya L.V. Beethoven, F. Chopin dan S. Rachmaninoff.
Dilahirkan di Muar, Johor beliau mempelajari piano sejak berusia lima tahun.
Pada usia 17 tahun, Yang meneruskan pengajian di Vienna, Austria, untuk mengejar impiannya bergelar pemain piano antarabangsa, dan berjaya memperoleh pemain piano bersama terbaik pada 1997.
Pada tahun yang sama, Yang dijemput oleh duta China dan Malaysia membuat persembahan diplomatik resital pertamanya di Obudai Tarsaskor, di Budapest.
Yang juga dijemput membuat persembahan sempena lawatan negara Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi ke China pada 2004.
Beliau juga mendapat jolokan sebagai 'The Global Chinese of the Year 1999' oleh majalah terkemuka China, 'China Voice' di New York.
Sementara itu, pengerusi Beijing Winland Real Esatte Co Ltd, Adam Yu Chikeung berkata Yang merupakan 'hadiah' hubungan persahabatan Malaysia-China yang telah lama terjalin. - BERNAMA

Masalah tidak subur pasangan suami isteri boleh dirawat



SELEPAS
 tiga tahun mengharungi perkahwinan dan masih tidak mempunyai anak, David Ng dan isteri mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan bagi 'masalah' mereka.
"Kami membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan setelah isteri saya gagal mengandung selepas tiga tahun kami berkahwin manakala tekanan daripada ahli keluarga yang lebih tua sudah tentu memburukkan lagi keadaan.
"(Tetapi) kini saya adalah bapa kepada tiga anak IVF (Persenyawaan Dalam Vitro)," jelas Ng yang bertugas dalam industri telekomunikasi kepada media pada majlis pelancaran kempen 'Harapan Dapatkan Anak' di sini baru-baru ini.
Ng mengahwini Shirley Goh pada tahun 2006. Goh, yang juga bertugas dalam industri yang sama, menceritakan bahawa beliau jadi runsing kerana gagal mendapatkan anak selepas tiga tahun berkahwin.
Pasangan itu mula mencari rawatan alternatif dan Goh mencari maklumat mengenai cara mengatasi kemandulan.
Beliau bernasib baik kerana mendapat satu pilihan.
IVF
Pasangan itu tidak membuang masa untuk mendapatkan bantuan perubatan.
"Kami dapatkan rawatan bagi kesuburan tetapi gagal pada awalnya. Kami diberitahu peluang berjaya hanya 50-50.
"Kami tidak berputus asa dan memilih satu lagi pilihan iaitu program 'Persenyawaan Dalam Vitro' atau IVF. Kami mengambil peluang mencubanya dan kalaulah ia berhasil, itu adalah anugerah dari Tuhan," Goh menjelaskan pengalamanya.
Ng adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga dan itu menyebabkan tekanan yang dihadapinya dirasakan amat besar.
Selepas dua prosedur IVF yang berjaya, pasangan itu kini mempunyai anak perempuan yang berumur tiga tahun dan sepasang kembar berumur satu tahun.
"Tiga (anak) sudah cukup," jelas pasangan itu.
KOS RAWATAN
Terdapat 30 Pusat Kesuburan bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak secara normal mendapatkan rawatan di seluruh negara.
Bagi masalah kesuburan, masa adalah faktor penting kerana jika seseorang yang 'mandul' itu lambat mendapatkan rawatan, peluang bagi pasangan itu mendapat anak akan lebih tipis.
Di dunia, dianggarkan 9.6 peratus daripada pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan.
Pakar penjagaan kesihatan menyatakan trend lambat memulakan keluarga juga menyaksikan banyak pasangan mengalami masalah ketidaksuburan yang juga boleh dikaitkan dengan umur lanjut bagi pasangan wanita.
Menurut takrif Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ketidaksuburan adalah satu penyakit sistem reproduktif yang diukur dari segi kegagalan untuk mengandung secara klinikal selepas 12 bulan atau lebih hubungan seksual secara normal.
Masalah ini bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja, malah ia melibatkan lelaki.
Wanita yang boleh mengandung tetapi 'gagal' melahirkan anak juga menghadapi masalah ini.
Kos bagi rawatan kaedah IVF adalah antara RM12,000 dan RM20,000 bagi satu prosedur. - BERNAMA

Gambar Belangkas